Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Sunday, October 31, 2010
Kesetiaanmu Wahai Bidadari; Nailah al-Farafishah.
KESETIAAN NAI’LAH BINTI AL-FARAFISHAH
Nai’lah binti Al-Farafishah adalah seorang wanita yang cukup cantik dan mempunyai nilai akhlak yang tinggi. Dia adalah di antara wanita yang petah berbicara, seorang sasterawan dan juga penyair.
Keistimewaan Nai’lah ini telah disampaikan oleh Said bin Al-Ash kepada Khalifah Uthman bin Affan. Tanpa berlengah lagiKhalifah Uthman telah mengutus surat kepada Said dan memintanya supaya meminang Nai’lah bagi pihaknya. Maka Said pun melakukannya. Tidak lama kemudian perkahwinan antara Nailah dan Khalifah Uthman pun berlaku.
Meskipun Nai’lah bukan dari golongan wanita-wanita Quraisy, namun dia mempunyai kelebihan dari segi kecantikan, kebijaksanaan akal, kepetahan bertutur dan kematangan fikiran. Dengan segala keistimewaan yang dimilikinya, Nai’lah telah mendapat kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada wanita muslimat yang lain. Pengaruhnya kekal hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah.
Ketika fitnah melanda dan rumahnya dikepung oleh pemberontak, dia kekal di sisinya suaminya dan menahan segala pukulan pedang dengan tangan dan tubuhnya sebelum pukulan tersebut terkena kepada khalifah.
Suatu ketika salah seorang pemberontak sedang menghayunkan pedangnya untuk menyerang khalifah Uthman. Serta merta Nai’lah menahan pedang itu dengan tangannya hingga terputus jari jemarinya oleh tetakan itu. Beliau terus menjerit dan meminta tolong. Lalu, seorang pengawal khalifah yang bernama Rabah segera datang membantunya dan membunuh pemberontak itu.
Datang pula pemberontak kedua, sekali lagi Nai’lah menahan pedangnya itu dengan tangannya. Namun, pemberontak tersebut dapat juga menusukkan pedangnya ke perut Khalifah Uthman dan membunuhnya.
Sesudah pemergian Khalifah Uthman, api fitnah masih tetap menyala dan telah mengakibatkan kematian beribu-ribu manusia. Ia juga telah mengakibatkan persengketaan antara Saidina Ali bin Abu Talib dengan Mu’awiyah bin Abu Sufyan, ditambah pula dengan api fitnah yang dinyalakan oleh Aisyah r.a. Bertambah semarak api fitnah itu hingga berlakunya perpecahan dan perpuakkan umat Islam ketika itu.
Baju Khalifah Uthman dan jari jemari Nai’lah telah digantungkan di mimbar masjid untuk menaikkan kemarahan orang ramai supaya mereka memberontak. Nai’lah berasa amat sedih dan menangis berterusan setiap kali mengenangkan hal itu.
Nai’lah telah dipinang oleh Mu’awiyah. Namun, Nai’lah telah menolaknya. Dia kemudiannya mematahkan gigi-giginya supaya kelihatan begitu hodoh sekali sehingga tiada satu pun lelaki yang akan berkehendak kepadanya.
Nai’lah tidak berkahwin lagi sesudah kewafatan Khalifah Uthman. Walaupun Khalifah Uthman telah wafat, Nai’lah tetap setia kepadanya. Dia telah mengatakan:
“Demi Allah, aku tidak akan membenarkan lelaki lain menjamahku, di tempat yang dijamah oleh Uthman sama sekali!”
Rujukan;
Riwayat Bidadari Syurga; Munif Ahmad; Hijjaz Records Publishing. [2009]
Labels:
tokoh islam
Saturday, October 30, 2010
Rindu. Lapar. Exam Mode.
Salam warahmatullah..
Kali ini, tak nak tulis banyak. :)
1) Alhamdulillah. Ini gambar insect collection yang sudah pun di hantar isnin (25/10/2010) yg lepas.
2) Dalam hati ini... kerinduan menggebu-gebu buat;
Ibu & ayah. I heart them both. <3
Boyfriend kesayangan; Oyen. :D
Anak kesayangan; Ain..
3) Saat ini perut berbunyi-bunyi. Teringin nak makan ini;
Nasi paprik.
Spagetti bandung.
Tako Tao.
4) Minggu ini, minggu depan... semua student IPT, terutamanya USM akan dilanda;
FINAL EXAM!
Itu saja. :) Bittaufiq wan najah fil imtihan buat semua pembaca yang bakal menempuhi peperiksaan akhir. Semoga berjaya dengan cemerlang di dunia mahupun di akhirat, insyaAllah..
p/s: Floor bilik sangat sunyi. Ramai penghuni balik ke kampung study week ni. Roommate-ku pun balik. Apa pun dah remind ibu hari tu supaya poskan rendang nanti sebab tak dapat balik raya haji... ;(
Akhir kata;
Bersabarlah... sesungguhnya bersabar itu tidak akan rugi..
Wallahu 'alam. Maaf kiranya entri ini tak bermanfaat. :)
Labels:
catatan hati
Friday, October 22, 2010
Semudah-mudah Kehidupan.
Pucca. Aku suka kartun Pucca. Beliau sangat handal berlawan. Sampai melambung-lambung pihak lawan dikerjakannya. It's unbelievable but really interesting! Kartun yang memang sangat kartun. :)
Assalamualaikum semua..
Pertamanya, boleh tak entri kali ini nak tulis secara santai? mahu membuka gumpalan perasaan yang berpintal-pintal dek tekanan kerja. :D harapnya boleh ye..?
Alhamdulillah, status sekarang: sedang menyiapkan insect id (insect identification include; naming order, family.. etc.) insyaAllah, insect collection tersebut akan dihantar isnin depan. Ketahuilah, untuk proses menamakan order & famili serangga ini memerlukan masa yang lama & sangat stress..
Alhamdulillah minggu ini sudah melalui oral & listening test untuk subjek Mandarin yg mana memang boleh tahan & mencabar. :) Whatever it is, Alhamdulillah, it had been done.
Sebetulnya, aku tak pernah membayangkan bahawa kehidupan ini akan menjadi se-komplikated ini. Masih teringat saat-saat diriku masih kecil, my imagination bout my life flow is just about kindergarten, primary school, secondary school, entering university, got a best job [macam yang diangan-angankan oleh orang kita dalam drama di TV], fallin in love, got married to the person that I love, dapat anak 4-5 orang, live in the blissful family [macam dalam drama-drama korea.. :D] & mati secara aman..?
Flow tersebut semuanya dilalui dengan mudah & bahagianya seolah-olah tanpa masalah.
Wah.. nampak macam begitu mudah kan..?
Itulah fikiran kanak-kanak... Apabila umur sudah semakin membanyak ini, barulah kita sedar bahawa kehidupan yang mudah itu hanya wujud di dalam imaginasi & mimpi.. :)
Ini antara impian utamaku waktu kecil. I want to be a kindergarten teacher! :) sebab cikgu tadika sangat baik, lemah lembut, keibuan, comel & sebagainya.. hehe.
Namun, sayangnya, apabila dewasa ni, bila dah makin tua ni, impian itu telah termenjadi lebih besar, sebesar tanggungjawab yang bakal digalas. Tambahan pula, apabila ada yang meletakkan harapannya atas bahu kita. Mengharapkan kita menjadi lebih hebat dari apa yang kita sendiri impi & harapkan..
Melepaskan keinginan kita demi merealisasikan kehendak orang lain, mungkin itu bukanlah perkara yang teruk. Asalkan ia membawa ke arah yang lebih baik, rasanya itu bukanlah sesuatu yang tidak baik. Itu namanya pelajaran dari pengorbanan. :)
Sememangnya, untuk menjalani kehidupan ini, sepanjang perjalanan itu kita memerlukan banyak pengorbanan. Banyak disukai tetapi perlu dilepaskan, banyak pula yang tidak rela tapi harus digenggam..
Kehidupan ini bukannya selalu mengikuti kehendak kita. Aku jadi teringat dengan kata-kata seseorang.
Baiklah, cuba utk memahami apa yang ukhti tersebut maksudkan. Rasanya pasti kita juga pernah fikir macam itu. Tapi, pengakhirannya kita akan terfikir, dunia ini, hidup ini bukanlah hak kita untuk kita buat segala-galanya mengikut acuan sendiri.
Kita harus sedar mana letaknya kita dalam posisi kehidupan ini. Kita wajib sedar, posisi kita atas dunia ini, mahupun di akhirat kelak adalah hanya sekadar hamba. Diulang; kita ini hanya HAMBA.
Sebelum kita mahu berbuat sesuka rasa kita, sila amati firman Allah ini.

"Kadang-kadang teringin juga nak pakai trendy-trendy, pakai shawl, dressing ala-ala korean, macam yang orang sekarang dok pakai ni."
"Kadang-kadang nak juga try bercinta.. macam depa dok buat tu. Nampak happy jek!"
"Nak aje pakai cantik-cantik, tabarruj, tangkap pic & post dekat blog macam bloggers-bloggers terkenal yang sempoi-sempoi tu... "
"..............................."
"Kenapa orang boleh buat itu, buat ini sesuka hati depa, sedangkan kita ni terpaksa tahan semua keinginan tu...?"
Baiklah, cuba utk memahami apa yang ukhti tersebut maksudkan. Rasanya pasti kita juga pernah fikir macam itu. Tapi, pengakhirannya kita akan terfikir, dunia ini, hidup ini bukanlah hak kita untuk kita buat segala-galanya mengikut acuan sendiri.
Kita harus sedar mana letaknya kita dalam posisi kehidupan ini. Kita wajib sedar, posisi kita atas dunia ini, mahupun di akhirat kelak adalah hanya sekadar hamba. Diulang; kita ini hanya HAMBA.
Sebelum kita mahu berbuat sesuka rasa kita, sila amati firman Allah ini.
Ertinya; “Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.”[Surah Yasin: 77]
Jangan sesekali rasa kecewa dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Kita sepatutnya bersyukur, dipilih oleh Allah kerana masih dapat bertahan hingga hari ini dari penyakit cintakan keduniaan.
Dunia memang penting, tapi jangan sampai kita letakkan ia dalam hati kita.. setiap benda dalam hidup ini ada peraturannya. Maka, kita tak boleh melakukan segala-galanya dengan sewenang-wenangnya.
Renungi mutiara zuhud ini; "Letakkanlah dunia dalam tanganmu & akhirat dalam hatimu.."
Percayalah, kiranya kita melakukan semua perkara di atas secara pukal sekalipun.. pada pengakhirannya, pasti kita akan tertanya.. apa tujuan sebenar kita hidup dalam dunia ni? Adakah sekadar mahu berseronok-seronok?

Ertinya; "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." [Al-Ankabut: 64]
Melakukan sesuatu perkara yang tidak benar akan menimbulkan rasa tidak selesa di dalam hati. Rasa tidak bahagia. Kosong.
Percayalah, kita lihat orang-orang itu hanya dengan mata kita. Kita hanya lihat luaran mereka yang mungkin nampak seperti sangat bahagia. Namun, di dalam hati mereka, rohani mereka, emosi mereka, hanya Allah yang tahu samada mereka benar-benar bahagia ataupun tidak..

Renungilah firman Allah swt ini;
Ertinya; "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan untuk mereka menyembah & beribadat kepadaKu." [Ad-Dzariyat :56]
Ertinya; "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." [Al-Kahfi: 7]
Mari teman-teman.. mari bersama kita renungi dalam-dalam.. apa sebenarnya yang kita harapkan daripada kehidupan kita ini? Benarkah telah kita manfaatkan hidup kita yang singkat ini dengan beribadat kepada Allah serta melakukan kebaikan untuk dituai di akhirat kelak?
Apakah penghujung yang kita harapkan daripada hidup kita yang fana ini? Baikkah, burukkah, syurgakah, atau neraka?
Apakah penghujung yang kita harapkan daripada hidup kita yang fana ini? Baikkah, burukkah, syurgakah, atau neraka?
Teringat tazkirah ringkas Ustaz Hasrizal suatu ketika dahulu; katanya, penghujung kita hanya ada 2; samada syurga atau neraka. Tidak ada intermediate. Kita tak boleh buat syurga setinggan di tepi kawasan syurga kiranya kita tidak masuk syurga. Jika tidak ke syurga, maka, memang pasti nerakalah tempat kita.
Perihal syurga itu pula hanya untuk isian orang-orang yang hebat. Di syurgalah tempatnya Rasulullah saw, saidina Abu Bakar, saidina Umar, saidina Uthman, saidina Ali, Saad bin Waqas, Abu Ubaidah' Amru, Talhah bin Ubaidillah, Abdul Rahman bin Auf, Fatimah Az-zahra, Saidatina Siti Khadijah, Siti Aisyah ra, serta semua insan-insan habibullah yang dijanjikan syurga berkumpul.
Mereka ini semuanya hebat. Mereka ini telah banyak bersabar dalam meniti kehidupan mereka. Mereka ini sangat tinggi ketakwaannya kepada Allah. Melaksanakan perintah Allah tanpa bantahan mahupun rungutan. Sifat zuhud & taqarrub mereka sukar dijelaskan dengan kata-kata.
Tak pernah bermimpikah kita untuk bertemu insan-insan hebat ini di syurga Allah?
Jika pernah, teruskanlah bersabar. Ini bukan masanya untuk bersenang-senang atau bersuka-suka. Ini masanya untuk kita bekerja kuat untuk menentukan mana hujung kita. Dunia ini perlukan pengorbanan. Teruskanlah kehidupan & sentiasalah jadi manusia yang lebih baik & bertakwa. Semoga Allah terus memberikan taufik & hidayahNya kepada kita, insyaAllah..
Firman Allah;
"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan sesiapa yang takut kepada kebesaran Tuhan-nya & menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka, sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." [Surah An-Naziat: 37-41]
Semudah-mudah kehidupan itu memang wujud. Tapi cuma wujud dalam syurgaNya..
Allahu 'alam.
p/s: ini tulisan santai ke tulisan cincai..? [bila baca balik macam ayat terabur] ;D Infinity sorry if the words look miserable.. sangat mengejar masa. harapnya apa yang mahu disampaikan, sampai kepada kalian. mudah2an, insyaAllah. Rahmat Allah bagi kamu semua. :)
Labels:
catatan hati
Thursday, October 14, 2010
Healing.
Assalamualaikum everyone.
Alhamdulillah.. finally, i can update this blog since it had been awhile i don't share anything here. :) sashibudi.. [long time no see] . Actually, I had nothing much to write, since all alphabets, the words yet the sentences had been blown by the wind called time.. ;)
I'm still on my way to find insects to accomplish my insect collection for subject code: BGT 212 [Lab Entomology]. Last week also I had been in Perak to join Leadership Camp under USM Bio-society programme. My week was filled with test, quiz, project & the society programme.
Alhamdulillah, sounds my schedule quite packed. Honestly, it's tiring! :) But it's not something that I can avoid. hehe.
No pain without gain, right? Sacrifice is needed when we want to achieve something. It could be anything..
Sometimes, I feel so stress but, at least I've learned how to work on pressure. But still, my heart can't be 'shut up' to stop complaining & "sigh-ing". Shame on me.
Alhamdulillah, at the end of the day, I'll be grateful.
Minna! [Everyone], everyday we read Quran, we learn the things from the Tafsir. Allah keep reminds us to not easily give-up. Don't just read without knowing the meaning. Don't just knew the meaning but not study the message that Allah want us to take.
"For indeed, with hardship [will be] ease. Indeed, with hardship [will be] ease. So when you have finished [your duties], then stand up [for worship]. And to your Lord direct [your] longing." [As-Sharh/al-Insyirah 94: 5-8]
Lately, i'm in the tense situation. i'm homesick too. so, everyday, after prayer & settle up 'any related stuff', i would like to hear Healing-Sami Yusuf. Honestly, he is one of my favourite nasyeed singer after Maher Zain & Ahmed Bukhatir.
Have you heard this song? If you still dont, here a link to SYcafe [official website of Sami Yusuf]. You can subscribed the song there.
"A smile can change a life."
Ganbatte kudasai, minna! [Good Luck, everyone!] exam is really around the corner. Hibernate session might be began now. insyaAllah.
Wallahu 'alam. See ya.. ;)
Labels:
coretan hati
Friday, October 1, 2010
Tadabbur Alam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang..
Firman Allah SWT;
"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani." [Al-Baqarah: 163]
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” [Surah al-An’aam: 32]
"... Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)." [Ali-Imran: 13]
"Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini mencintai orang yang beriman & jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.." [Riwayat Muslim]
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." [Ali-Imran: 8]
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran." [Al-Baqarah: 164]
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Ar-rahman: 28]
"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." (An-nur; 24:43)
"... dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." [Al-Hadid: 20]
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya. Maka, masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu..." [Al-Fajr: 27-30]
Wallahu 'alam.
"..Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).." [Luqman: 14]
* Rehlah bersama ibu, ayah, Liyana & Ayu.
* 17/6/2010 (Khamis)
* Persisiran Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati & melimpahkan kebahagiaan kepada kamu semua, wahai manusia-manusia yang menjadi kecintaan & kerinduanku. Moga cinta & rindu Allah juga mekar buatmu. Amin ya robbal 'alamin..

catatan hati,
catatan perjalanan,
cerita,
muhasabah diri,
tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)