Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Sunday, March 28, 2010

Award.


"Wajiblah cinta-Ku bagi mereka yang berkasih sayang kerana-Ku"
(Hadith Qudsi)


Salam warahmatullah.

Entri ini adalah entri khas. Hari ini & semalam aku telah di-tag oleh 2 orang sahabiah yang baik hati. Mereka yang beri aku award ni. Maka, haruslah aku menyelesaikan tugasan yg diberikan.

1) Thank and link the person who gave you the award.
2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4) State 7 things about yourself.

Baiklah.


Pertamanya; syukran jazilan kepada 2 serikandi Islam yg amat kukagumi;
Ummi Adibah & adik Zuhelsyaheedah atas award yg diberikan. Mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin kerana Allah ini akan terus kukuh & memberi manfaat kepada bukan saja diri kami tapi jua kepada agama & ummah, insyaAllah. :)

Keduanya; aku menghadiahkan award ini kepada 15 bloggers yg juga kukagumi & kuhormati. Memandangkan award ini dinamakan sbg Beautiful Blogger, maka moleklah kalau aku bagi pada bloggers wanita saja. (^^)y

Serikandi2 yang kuhadiahkan award ini adalah seperti berikut;


3) InsyaAllah, rasanya semua dah dijemput. Nama-nama di atas adalah nama yg cukup dekat dalam hatiku. Terimalah award di atas sebagai tanda kasih dariku.

Kepada sahabiah yang namanya tak cukup untuk ku senaraikan, dengan rendah hatiku, dipersilakan untuk mengambil award ini juga. :) Teruskan menziarahi teratakku ini utk menasihatiku & menegurku andai aku kekhilafan. Moga Allah sentiasa merahmati kalian semua.. :) Ukhuwahfillah abadan abada, insyaAllah.



Bagi award yang kedua ini, aku namakan 12 bloggers yang bagiku blognya memberikan inspirasi kepada pembacanya, insyaAllah.

Dipersilakan;


Tugas yg anda perlu selesaikan jika berkelapangan ialah;

1) Sila link-kan pemberi award ini & pendapat kamu tentang cadangan pembaikan blog beliau.
2) Sila beri award ini kepada 12 bloggers yang memberi inspirasi kepada anda.
3) Antara Fiqah, Aqidah, Sirah Nabawiyah, Akhlak, & kajian Quran (tilawah) & Hadis [sekadar menyebutkan beberapa], bahagian ilmu manakah yang paling anda sukai?
4) Senaraikan 10 buah buku ilmiah [sertakan nama penulis] yang telah anda baca & memberikan inspirasi kepada anda.
5) Senaraikan 5 Surah di dalam Al-Quran yang paling menjadi kegemaran anda & nyatakan sebab.

Itu saja soalannya. Syukran atas kesudian anda semua. Teruskan tsabat di jalan Allah. Moga Allah merahmati kalian semua, insyaAllah. :)




Kepada rakan-rakan yang namanya tidak tersenarai, jangan berkecil hati. Selagi mana kalian ber-blogging untuk menegakkan agama Allah, selagi itu kalian berhak untuk mendapat award ini. :) silakan.. :)

Akhir kalam, renungilah kata-kata ini;

"Jika Islam diibaratkan sebuah rumah usang yang hampir roboh, akan ku merantau ke seluruh pelosok dunia bagi mencari JIWA2 MUDA. Aku bukan mahukan dari mereka, bilangan yang ramai, tetapi aku mahukan golongan yang benar2 ikhlas dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Jika aku menjumpai mereka, akan kuubah Islam itu dari rumah usang tadi kepada sebuah bangunan yang cantik dan tersergam indah." (As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)
Hayati juga Firman Allah;
Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (Az-Zukhruf : 67)

Salam ukhuwahfillah semua.. :)




p/s: Silakan semua ambil award ini & sudi-sudikanlah untuk menjawab 5 soalan yang diberi. Soalan tersebut adalah tambahan dariku & bukannya dari tugasan asal.. hehe. (^^)y Nak juga tahu apa jawapan kalian. Sudi-sudikan menjawabnya. Tapi tak perlu jawab kalau rasa menyusahkan.. :)

*Niatkan dlm hati utk ikhlas berkongsi. Mungkin perkongsian senarai buku2 & senarai surah-surah tersebut memberikan inspirasi kepada yg lain2.. Moga-moga jawapan kalian nanti akan memberi manfaat, insyaAllah. :)


Wednesday, March 24, 2010

Tentang Sesuatu.


Salam warahmatullah..

Jam sudah melewati angka 2. Lagi 2 minit masuk pukul 3. Mata sudah kelat sebenarnya. Tapi aku paksa demi menulis entri ini. Entri kali ini bukan bawah label 'tazkirah', harap maklum. :) Sekadar perkongsian ayat-ayat dari hati yang tak pernah diluahkan kepada insani.

Sebagai 'secret book' bagi beberapa teman rapat, aku belajar sesuatu. Tak ada gunanya meluah rasa pada manusia. Lebih baik jadikan modal utk menghadap Dia sebagai tetamu di penghujung malam. Sebabnya; aku tak pernah dapat buat apa-apa untuk bantu teman-temanku yang meluah masalah, tekanan dan perasaan mereka. Hanya yang ku mampu sekadar memberi sebaris dua ayat yang membuktikan kejahilanku & ketidakberdayaanku sebagai manusia.

Sedarlah manusia;
Allah itu adalah sebaik-baik penolong bagimu. Mintalah apa jua yang kau mahu dariNya, nescaya akan diberikanNya kepadamu.

"Hasbunallah wa ni'mal wakil."

Ertinya; Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. [Al-Furqan: 31]

Dan Allah berfirman lagi;
"Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan, Allah mempunyai kurnia yang besar." (QS. Ali 'Imran: 173-174)

Sudah lebih seminggu aku bebas dari facebook. Dalam tempoh masa itu, ada beberapa teman yang 'menyoal siasat' faktor2 mengapa aku deleted facebook aku.

"Kenapa deleted fb?"-s.b

"Lama ke tinggalkan fb? Saya doakan awak cepat kembali. Banyak ilmu yang saya dapat dari status awak."-s.b

"Laa.. sampai hati kau buat fb just 4 '30 days trial pack' jek? Habis tu susahla nak contact kau nanti?"-n.z

"Nur, ber-fesbuk itu tak ada salahnya, bergantung pada jalan yang kita pilih. Bagaimana cara kita aplikasikan kemudahan trsebut. selama ini pun Nur sentiasa jg perbatasan. Nur gunakan fesbuk inikan sebagai jln dakwah? Kembalilah, terasa kehilangan."-o.a & j.a

"Salam, ana nak tanya, fb okkkk kerr? Semakin berkuranglah mujahidah fb jika ukhti pergi."-j.a

Macam-macam. :)
[Terharu juga sedikit sebanyak.]

Dulu, masa aku ada facebook, banyak la mesej masuk, tanya kenapa tak letak gambar nampak muka? Tak cukup dengan itu, ada juga yang tanya kenapa letak nama 'syauqah nur'? Bukankah syauqah maksudnya duri dan nur itu maknanya cahaya?

"Peliknya ayah awak letak nama anak dia duri cahaya. Apa nama penuh awak? Boleh tahu?"-s.b


Aku yang pakai tudung putih terlindung di balik pokok. Memanglah tak nampak kan. :) :)

Soalanku;
Buat apa kau nak telek2 muka anak dara orang..? Kau nak meminang dia-kah? 

Tidak kan.. Dah tu?

Mula-mula kau tanya ni.
"Banyaknya gambar kucing, peminat kucing ke?"-m

Lepas tu,
"Kenapa tak letak gambar muka, senanglah nanti kalau jumpa kat mana-mana, dah kenal. Kita satu U kan.. Nama betul awak pon saya tak tahu. Susahlah awak ni."-m

Aik?

Serius. Aku malas nak layan manusia-manusia macam ni. Macam tak ada kerja lain nak fikir.

Namun, dlm banyak2 komen ttg gambar ni. Ada satu nasihat yg takkan kulupakan, insyaAllah sampai ke akhir hayat.

"Kenapa tak tunjuk muka?"

Aku jawab.
"Sebab malu.. pada Allah. Sebab takut.. pada Allah."

Dan beliau menjawab;
"Alhamdulillah, pertama kali seumur hidupku ada perempuan yg memberiku jawapan sebegini. Selalunya perempuan yg aku tanya mesti jwb; 'kenapa nak tengok muka saya?' 'saya tak cantik, tak pyh tengok muka sy..'.

Mudah-mudahan apa yang kau tulis lahir dari hatimu yang ikhlas dan mudah-mudahan Allah memelihara hatimu itu. Jadilah muslimah yang benar2 menjaga batasan diri. Moga Allah merahmatimu, ukhti."


Terkedu aku baca komen tu.

Betul, aku setuju dgn pendapat beliau. Buruk, atau cantik. Hodoh atau jelik. Ingatlah semuanya datang dari Allah.

Wajah yang buruk juga adalah nikmat dari Allah. Dengan rahmat Allah, mungkin dengan hodoh wajahmu itu, akhirat nanti syurga tempat diammu kerana taqwa yg ada padamu. Dan jangan dengan secantik2 wajahmu itu yg menjadikan kau mendiami neraka Allah kerana ingkarmu. Nauzubillah.


Wajah kita adalah anugerah dan amanah Allah. Maka jagalah amanah Allah ini. Semuanya pasti akan dipersoalkan kelak di akhirat.

Punca aku buat fb sbb kawan2 (masa sekolah menengah-jumpa wktu reunion dis/09) sibuk merayu-rayu suruh buat. Senang nak contact kata mereka. Tapi lepas aku buat, tak adanya nak contact pun. Setakat sekali dua jek 'write on the wall'. Sedih.

Itu puncanya wujud terma '30 days trial pack'. Genap sebulan, i'll bid farewell to my fb account. Alhamdulillah, the promise fulfilled.

Kesimpulannya, fb memang bagus byk faedahnya. Banyak sahabiah yg baik2 aku ketemu di sana. Status fb sentiasa berkaitan 'hadis, firman Allah, ayat2 hikmah'. Banyak aku pelajari di fb. Tapi, byk juga masaku yg trbuang di situ tanpa kusedari. Tanpa sedar, aku cuma baca 2 muka Quran kerana hatiku membuak2 mahu check inbox gmail.

Aduhai, hatiku ini adalah harta yg paling berharga sekali dalam diriku. Aku takkan benarkan ia rosak & lalai hanya sebab2 yg begini. Baik berhenti sebelum trlambat. Inilah faktor utama mengapa aku deleted akaun fb-ku. Bukan kerana negatifnya laman sosial tersebut, tetapi kerana kelemahanku dan kelalaianku sendiri..

Apapun, tahniah aku ucapkan kepada teman2 sahabiah yang masih istiqamah berdakwah melalui fb & berjaya menguruskan masanya dgn baik. Alhamdulillah, rahmat Allah bagimu, insyaAllah.

Baiklah. Cukup bicara hal fb.

Next topic, please.


Akhirnya, petang tadi aku sempat habis menonton filem 'Perempuan Berkalung Sorban' setelah dibahagi kepada 4 sesi tontonan melalui youtube (harus jaga kualiti masa)- (^^)y). Selepas pulang diskusi dengan liyana di DUP, hatiku terpujuk untuk menonton 'Ketika Cinta Bertasbih' (diberi oleh liyana-beria-ia dia pujuk suruh tengok filem ni.).

Alhamdulillah, tahniah kepada Indonesia kerana masih menghasilkan filem2 Islami dikala Malaysia sibuk dihujani dengan cerita keruntuhan akhlak insani & filem hantu tak habis2. Bohsia, KL-drift, jalang, V3, Adnan sempit, Niyang Rapik dan segala macam filem yang merepek dan merapik2!

Baiklah, cukup dengan sindiran itu.

Berbalik kepada 2 filem Islami Indonesia tersebut. Jika kau tanya apa komen aku tentang kedua-dua filem itu, jawapanku;

"Subhanallah."

Lebih cantik, lebih menarik, lebih kekeluargaan dan syahdu penceritaannya.

Lebih baik dari 'Ayat-Ayat Cinta' aku kira.

Kedua filem itu jalan ceritanya berbeza, tapi penghujungnya tetap sama.-Kembalilah kepada Allah sebagai penolong yang nyata.

Bagaimana kedua-dua watak utama (wanita) filem2 ini gagal dalam perkahwinan yang pertama dan Alhamdulillah bahagia pada pernikahan yang kedua.

Aku sangat kagum dgn watak Khudori (PBS). Lelaki yang sangat baik, lemah lembut, dan penyabar melayani isterinya. Juga aku kagum dengan watak Khairul Azzam yang sangat baik ilmu agamanya & merupakan anak yg taat-(sudah pasti kedua-dua watak ini alim dan waro' memandangkan lulusan Al-Azhar.) Cuma bezanya latar belakang plot masa yg melatari filem2 ini. 'PBS' berkisar tahun 80-an hingga 90-an. Manakala 'KCB' pada masa kini.

Adegan yang menyentuh jiwaku dalam PBS adalah waktu Nisa & Khudori difitnah berzina dan ingin direjam dengan batu oleh pelajar-pelajar madrasah tersebut. Lalu ibu Nisa menghalang dengan mengatakan;
"Berhenti! Hanya orang yang tidak pernah berbuat dosa saja yang layak untuk merejam batu pada mereka. Yang lain enggak pantas!"

Lalu, semua orang berhenti membaling batuan kepada mereka berdua. Semua orang mengelak & tertunduk malu tatkala ibu Nisa menghulurkan batu di tangannya kepada seorang demi seorang pelajar yang pada mulanya beria-ia merejam.

Terlintas di hatiku waktu itu;
"Siapakah manusia yang tidak pernah berbuat dosa? Ada ke selain dari Rasul yang maksum?"


Dan sungguhnya, ada satu ayat yang mencuri hatiku dalam PBS;
Kira-kira begini maksudnya;
"Jangan gelar aku perempuan sejati jika hidupku bergantung pada lelaki. Tapi bukan beerti aku tak perlu lelaki untuk aku cintai..."



Dalam KCB pula, seperti kata ukhti bidadari besi- hatiku tersentuh waktu melihat reaksi Azzam tatkala dia diberitahu dia lulus dalam pengajiannya. Ekspresi beliau boleh buat hati kita rasa lain macam..

Keduanya; tak sedar aku menangis tatkala Azzam mengucapkan "Allah, Tuhan..." apabila Hj Lutfi menyebut nama anak perempuannya untuk dinikahkan dengannya. Manakala Anna yang mencuri dengar perbualan tersebut terus sujud syukur tatkala lelaki yang dicintainya sekian lama akhirnya adalah jodoh baginya.

Ya Allah, sungguh.. tak dapat digambarkan perasaan itu. [Aku memang menonton dengan penuh perasaan.. (^^)y]

Sebenarnya; InsyaAllah, banyak lagi scene yang bisa menggetarkan hati & membangunkan jiwa. Tontonlah dengan mata hati nurani. Lihat keakraban persahabatan, keindahan hubungan kekeluargaan serta perbatasan antara lelaki & perempuan yg begitu terjaga dgn baik.

Sungguh, semua orang suka orang baik, semua orang suka dilayan dengan baik, semua orang mengharapkan yang terbaik saja dalam hidupnya. 

Namun, apakah mengharap saja sudah cukup? Adakah kita sudah cukup baik bagi mendapatkan yang terbaik itu?

Kesimpulannya, aku harap kalian yg belum menonton filem2 ni silalah berbuat demikian jika berkelapangan. InsyaAllah, akan dapat memujuk hati dan perasaan yg kadangkala asyik tertanya2 tentang perihal jodoh.

Bismillahirahmanirrahim..
Allahumma sa’ khirli zaujan solihan yakhtibuni wayatazauwajubi, wayakunu sahibanli fiddunya wal jannah...
Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminangku dan menikahiku. Dan Tuhanku, jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurgaMu...


-------------


Syauqah Nur. Aku tetap suka nama ini.

Aku tetap akan jadi duri bagi yang bukan hak bagiku kerana aku hanya akan menjadi Nur buat dia yang halal bagiku. InsyaAllah. :)

Kerana Allah-lah yang lebih Mengetahui segala-galanya...




p/s: PBS perlu ditonton dengan keterbukaan hati, minda & akal untuk membuka seluas2nya interpretasi konklusi. Tonton sehingga habis baru boleh membuat kesimpulan. Ada beberapa scene yang agak .... (tak tahu ayat yg sesuai utk digunakan). Hakikatnya, anda perlu menontonnya sendiri. Hakikatnya Islam bukan bermakna perlu jumud & ektremis. Bukankah Islam itu indah & sempurna?


Pendek kata, antara PBS & KCB, KCB adalah lebih sopan & 'bersih'. :) (^^)y

Tuesday, March 16, 2010

SLOT 2: Menyukat Solat Diri.


Salam warahmatullah.
Alhamdulillah. Moga diberikan hidayah dan taufik selalu olehNya..

Alhamdulillah, syukur semua nikmat Allah. Diberi lagi nikmat untuk menaip. Entri kali ini merupakan sambungan slot yang lepas. Harap kalian mendapat manfaat dari perkongsian ini. Mudahan-mudahan, insyaAllah.

SLOT 2: MENYUKAT SOLAT DIRI- ENCIK AZMI BAHARI (RMC TRAINING).

Kenapa mesti solat? Persoalan yang diutarakan oleh orang-orang yang suka bertanya. Maka, setiap persoalan pasti akan jawapannya.

Pertamanya, solat merupakan madrasah rohani. Solat adalah rahsia kemantapan iman Saidina Umar. Kata Syed Qutb; Saidina Umar suatu ketikanya hanyalah serpihan dari masyarakat jahiliyyah, yang melalui tarbiyyah dari Rasulullah SAW dan mendidik kemantapan iman melalui solatnya.

Keduanya, solat merupakan amalan mereka, orang-orang yang inginkan kehebatan. Hal ini menjadi bukti dimana orang-orang beriman yang diseksa ketika sedang solat, mereka tidak merasa sakit, bahkan merasa sangat lapang hati, bahagia dan aman.

Bagaimana solat menjadikan seseorang itu hebat?

Solatlah dengan penuh kerendahan diri pada Allah, hati terus memuji Allah. Inilah puncak ketinggian insan, yang mana dunia tidak lagi beerti apa-apa. Bahkan hanya pertemuan dengan Allah yang menjadi dambaaan tiap saat.


Dalam satu hadis Khudsi dirawikan oleh Muslim. Hadis ini memberikan jawapan, siapakah kita yang sebenarnya di hadapan Allah?

Allah berkata;

Wahai manusia...
Kamu hanyalah sesuatu yang hina, kotor, keji, sesat dan sentiasa berada dalam kesesatan, melainkan orang-orang yang Aku beri Hidayah.

Mintalah Hidayah dariKu dan Aku akan berikannya kepadamu.


Wahai manusia...
Kamu semua tiada apa melainkan sesuatu yang kebuluran, melainkan orang-orang yang Aku berikan makanan.


Wahai manusia...
Kamu ini tiada apa-apa melainkan hanyalah sesuatu yang telanjang, hina, keji, melainkan orang-orang yang Aku beri pakaian dan kemuliaan.


Wahai manusia...
Kamu semua bukanlah apa-apa melainkan suka melakukan dosa siang dan malam, maka minta ampunlah kepadaKu, dan Aku akan ampunkan kamu.


Sesungguhnya, semuanya adalah milikKu..

Dikisahkan suatu ketika, Saidina Umar berjumpa dengan seorang lelaki yang seang menangis tersedu-sedan. Tangisan tersebut amatlah dasyat hinggakan Saidina Umar (yang garang dan berhati waja- dikatakan batuknya sahaja boleh membuatkan beberapa pemuda jatuh pengsan) juga ikut menangis tersedu-sedu dek kerana kedasyatan tangisan pemuda tersebut. Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW lalu di kawasan tersebut dan nampak Saidina Umar menangis. Maka Rasulullah SAW bertanya kepada Saidina Umar sebab beliau menangis. Saidina Umar menjawab dia menangis kerana hatinya tersentuh dengan tangisan pemuda tersebut.

Lalu, Rasulullah SAW pun bertanya kepada pemuda tersebut mengapa dia menangis. Pemuda tersebut pun mula bercerita. Katanya, dia bekerja sebagai pencuri kain kafan. Siang, dia akan mengenal pasti kematian, dan malamnya dia akan menggali kembali kubur mangsa dan mencuri kain kafan mangsa. Kain kafan tersebut akan dibasuh dan dijual kembali di pasar. pada hari yang seterusnya.

Suatu hari, dia mencuri kain kafan seorang mangsa; iaitu seorang gadis muda yang baru meninggal dunia. Hatinya terpaut melihat kejelitaan wajah mayat gadis tersebut. Maka, nafsunya mula menguasai diri melihat kecantikan gadis itu lalu merogol mayat tersebut. Pada malam seterusnya, pemuda tersebut bermimpi didatangi oleh gadis tersebut dalam keadaan yang sangat marah kerana memalukannya. Oleh kerana penyesalan dan rasa takut tersebut pemuda itu berterusan menangis hingga Saidina Umar menjumpainya.

Mendengar cerita tersebut, Rasulullah SAW menyuruh pemuda tersebut pulang dahulu kerana baginda hanya memberikan jawapan berdasarkan wahyu Allah. Hati pemuda tersebut bertambah-tambah takut setelah mendengar Rasulullah SAW menyuruhnya pulang tanpa berkata apa-apa. Berhari-hari pemuda tersebut menangis, dan terus menangis.

Suatu hari, Rasulullah SAW mendapat wahyu dari Allah (berkenaan jawapan kepada dosa pemuda itu). Maka, Rasulullah SAW pun menyuruh seseorang pergi ke rumah pemuda itu untuk menyampaikan jawapan baginda. Sampai sahaja di rumah pemuda itu, dilihatnya keadaan pemuda tersebut tidak terurus kerana asyik menangis. Lalu, penyampai amanah Rasulullah SAW itu pun berkata;
"Rasulullah SAW berkata, Allah telah mengampuni semua dosa-dosamu..". Mendengar kata-kata tersebut, pemuda tersebut rasa sangat terkejut, gembira lalu rebah dan terus meninggal dunia. Subhanallah!

Jelaslah, Allah itu Maha Pengampun. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakal kepada Allah, pasti Allah akan bantu.

Oleh itu, hendaklah kita menyerah diri kepada Allah seluruhnya, kerana
solat adalah keperluan asasi kehidupan. Hendaklah kita bersolat dengan rendah diri dan tawadu'. Kita kena sedar siapa diri kita dihadapan Allah.

Solat yang baik bermula dengan wudhu' yang betul, sambil berwudhu' minta diampunkan semua dosa-dosa mata, mulut, tangan, kaki, kepala. Perbuatan kita, Hati kita sehari-hari juga mempengaruhi solat kita. Jika seharian asyik fikir buruk pada orang, sakitkan hati orang, cakap benda-benda yang tidak baik. Rasa diri besar, orang lain semuanya tak betul. Fikir, bagaimana kita hendak khusyu' dan ikhlas dalam solat kita?

Sesungguhnya, solat itu meliputi perbuatan, hati, jasad, rohani dan akal fikiran. Jika semuanya kotor, apa yang hendak diharapkan daripada solat tersebut?

Maka, hendaklah kita jaga tingkah laku, pemikiran dan kata-kata yang diucapkan dalam kehidupan seharian. Ingatlah! Lidah itu adalah senduk hati. Jika dalam periuk itu hidangannya lazat dan berbau harum, maka harumlah. Jika dalam periuk itu lauknya basi dan berulat, maka busuklah. Begitu juga dengan kita.

Jika bersih hati kita, maka percakapan kita juga adalah percakapan yang bermanfaat, dan baik. Jika hati kita rosak, busuk, hitam dan berulat, maka, apa yang boleh keluar dari mulut kita? Asyik mengumpat, mengata orang itu, ini.. macam-macam. Sebab itu, ada suatu bidalan mengatakan; "
semakin bijak seseorang itu, semakin bijak dia menjaga percakapannya.".

Kata Imam Al-Ghazali;
Allah menguji kita hanya sedikit, tapi kita merungut, mengeluh dengan banyak.


Maka, solatlah! Solat dapat membersihkan hati, dibantu lagi dengan tadarus dan tadabbur Al-Quran, zikrullah. Sebelum solat, bayangkan seperti sedang berada di padang Mashyar, bayangkan itu adalah solat kita yang terakhir, bayangkan hari pembalasan sudah tiba. Solat dengan kesedaran hati, dengan kerukunan solat yang dijaga dengan sebaiknya serta dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Dari Surah Al-Ma'arij (70) ayat 19 hingga 23. Allah berfirman dengan maksudnya;
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya."

Dan Allah berfirman lagi dalam Surah Al-Haj (22) ayat 18;
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya."

Kembalilah.. kembalilah bersujud kepada Allah, sebagaimana makhluk-makhluk lain semuanya tetap bersujud kepada Allah.

Dan Allah berfirman lagi dalam ayat seterusnya;
"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak, Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka. Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!"[Al-Haj: 19-22]

Ambillah iktibar dari apa yang telah Allah beri. Peringatan sudah diingatkan, Amaran sudah dikeluarkan, Contoh teladan telah banyak dihidangkan. Apa lagi yang kau tunggu? Apa lagi yang kita tunggu? Apa lagi yang kita mahu?

Ingatlah, hari pembalasan dan perhitungan itu pasti. Dan kedatangan hari kehancuran juga sudah sangat hampir. Berbahagialah bagi mereka yang sudah menyiapkan bekalan untuk dibawa ke hari mati. Dan bersiap sedialah orang-orang yang masih tiada sedarnya. Sesungguhnya, manusia itu bodoh dan tiada apa-apa. Melainkan orang-orang yang dijanjikan syurga dan tempat yang baik di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera." [Al-Haj-23]

siapakah mereka?

"Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji." [Al-Haj:24]

Allah SWT berfirman lagi;
"Wahai hamba-hambaKu, seandainya Ku-kumpulkan semua hamba-hambaKu dari zaman Adam hingga ke zaman akhirnya, manusia dan semua jin, yang mana dikatakan semuanya datang dengan hati penuh ketaqwaan, semua itu takkan menambahkan kekuasaan-Ku walau sedikitpun.

Dan wahai hamba-hambaKu, jika kamu semua datang berkumpul kepadaku dari zaman Adam hingga ke zaman akhirnya, semua manusia dan jin, datang dengan hati dan iman yang rosak, maka semua itu takkan menjejaskanKu walau sedikit pun."


Sesungguhnya, samada kita beriman atau tidak kepada Allah, sedikit pun tidak memberi apa-apa kelebihan atau kekurangan kepada Allah. Kita, kita adalah pihak yang rugi sekiranya kita mengabaikan suruhan Allah.

Memetik kata seorang sahabat;
"Bersiap sedialah, hari ini kita melihat dia di belakang kita, di mata Allah, entah-entah dia sudah jauh meninggalkan kita.."
(komen tentang seseorang yang memandang rendah pada sahabat yang baru hijrah).

Persiapkanlah diri, kumpul bekalan sebanyak mungkin.
Sesungguhnya, antara semua perkara yang menakutkan, yang paling mengerikan adalah hari di mana kita akan dikembalikan kepada Allah SWT.

Akhir kata, maafkan aku kiranya kata-kataku melukakan hati. Niatku hanya ingin menyentuhi hatimu.

Wallahu 'alam.





Sunday, March 7, 2010

SLOT 1: Tazkiyah Diri


Salam warahmatullah..
Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmatNya kita semua, insyaAllah.

Terasa lama tak menulis untuk entri baru. Aku tak mahu menjadikan sibuk sebagai alasan. Kedengaran klise, pemalas dan beralasan.

Aku masih ingat naqibah usrahku pernah menasihatiku; tak kira sesibuk mana kita dgn jadual kuliah, jangan jadikan alasan kesibukan itu untuk tidak mengikuti usrah mingguan. Sesusah mana pun, jika hati kita ikhlas dan berazam utk melakukan, nescaya Allah juga tunjukkan jalan. Inilah keberkatan masa namanya.

Ada saja pelajar yang tak keluar-keluar bilik kerana menelaah pelajaran. Dia enggan mengikuti program2 di universiti sbb tak nak ganggu masa belajar. Berbeza dgn ada pelajar yang asyik keluar mengikuti program2 ilmiah hingga mengorbankan masa mengulangkajinya. Apa yang menghairankan, keputusan exam pelajar B lebih baik dari pelajar A walau pelajar B dikatakan byk 'membuang masa' dgn program2 universiti.

Nasihatku, rebutlah peluang untuk mengikuti program2 ilmiah dan berbentuk kerohanian kerana manfaatnya banyak. Malaikat2 Allah menyertai majlis ilmu dan mendoakan kesejahteraan peserta2 majlis2 ilmu. Jangan takut ganggu masa belajar, sebaliknya bermohonlah pada Allah untuk selalu memberkati masa yang kita ada.

Panjang mukadimah entri kali ni. (^^)y. Alhamdulillah, hatiku rasa sungguh gembira dan kupanjatkan syukur pada Allah. Entahlah nak mulakan dari mana, tetapi semalam aku menyertai bengkel 'smart solat' anjuran PMIUSM (Persatuan Mahasiswa Islam USM).

Alhamdulillah, program yg bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang itu memberikan banyak manfaat kepadaku. Program tersebut diisi dgn 4 slot ceramah. Jujur, semua penceramah sangat bagus dan begitu mengagumkan. Berkali-kali mata aku bergenang kerana tersentuh dgn butir bicara yang diutarakan. Di sini, ingin aku kongsikan isi2 yang sempat disalin ketika program tersebut berlangsung.

Buat masa ini, aku mencatatkan isi2 slot pertama dahulu. InsyaAllah, akan bersambung lagi. Harap kalian mendapat manfaatnya. InsyaAllah.

Slot 1: MUHASABAH-LANGKAH PERTAMA LANGKAH PERTAMA DALAM MENTAZKIYAH DIRI- Tuan Hj Rosdi Baharum (pegawai HEPP KTD)

Pernah tengok, sepasang pasangan belum berkahwin, naik motor bersama2, tetapi berhenti singgah untuk bersolat dan kemudian kembali merempit bersama? Mengapa solat 5 waktu tidak boleh membenteng diri dari maksiat? Walhal, sebaik2 pendinding diri dari maksiat adalah solat?

Tazkiyah membawa maksud kesufian. tetapi antara terma lain yang boleh digunakan untuk menerangkan perkataan ini ialah 'purify and develop'. Meneliti, membersih jiwa dan memperbaiki dan membina kekuatan diri.

Terdapat begitu banyak peringatan dari Allah di dalam Quran Nur Qarim, yang mana bisa menggetarkan tubuh badan, menyebabkan wajah pucat lesi dan berpeluh-peluh serta jantung berdebar ketakutan. Antaranya,

Dari surah Al-Hasyr, ayat 18 yang membawa maksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."

Firman Allah SWT;
"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya." (Surah Al-Anbiya':1)

Subhanallah! Allah telah memberikan peringatan demi peringatanNya kepada kita. Hari pembalasan telah dikhabarkan, mengapa kita masih bersenang2 melakukan kemungkaran seolah2 kematian itu tidak akan berlaku?

Sesungguhnya, antara semua perkara yang menakutkan, yang paling mengerikan adalah hari di mana kita akan dikembalikan kepada Allah SWT. Hanya 2 tempat yang menjadi pengakhiran kita; syurga atau neraka.

Dan sesungguhnya manusia2 yang lalai dan leka! Antara orang yang paling celaka adalah orang yang keras hisabnya; Allah memeriksa setiap amalnya dengan begitu teliti sekali.

Terdapat 3 sebab utama yang akan mencampakkan kita ke dalam neraka;
1) syirik.
2) wahan (cinta akan dunia)
3) dosa2 maksiat.

Untuk membenteng diri dari melakukan perkara2 di atas, maka kita harus mentazkiyah diri.

Apakah proses2 untuk mentazkiyah diri?
1) Kesedaran
2) Berfikir dan merenung
3) Berazam
4) Muhasabah
5) Taubat

Tahukah kalian? Kita harus fokus dan tetapkan dalam hati kita, kita harus berazam untuk masuk ke syurga Allah. Ya, mulai sekarang! Mulai dari sekarang, kita harus fokus pada matlamat untuk ke syurga Allah dan kita perlu buat apa yang perlu dibuat untuk melicinkan usaha kita tersebut.

Kata Ibnu Jarir;
Bila Allah tetapkan sesuatu sasaran, Allah juga menyediakan jalan untuk kita menyempurnakan sasaran tersebut. Allah sediakan syurga, maka, Dia juga menyediakan jalan untuk kita menjadi penghuni syurgaNya.


Dan dalam suatu Hadis Khudsi;
Nisbah orang yang masuk syurga dan masuk ke neraka adalah 1:1000 atau lebih dari itu. Perumpamaan orang masuk syurga dan penghuni neraka ialah seperti mencari sehelai bulu putih pada badan kambing berbulu hitam.


MasyaAllah, begitu sukar sekali untuk masuk ke dalam syurga Allah.

Begitu pun, Allah masih mengasihi kita biarpun kita banyak melakukan kemungkaran dan meninggalkan perintahNya. Dia masih beri kita makanan untuk dimakan meskipun mulut kita berat untuk melafazkan syukur padaNya. Dia masih beri kita rezeki biarpun tangan kita begitu sukar untuk melaksanakan suruhanNya. Dia masih memberi kita pelbagai nikmat sedangkan kita masih ingkar kepadaNya.

Bayangkan jika Allah sangat bertegas, katakan jika kita melihat benda yang tidak sepatutnya dilihat, mata kita akan buta. Jika kita mencuri, Allah hilangkan tangan kita. Jika kaki selalu melangkah ke tempat 'clubbing' kaki akan kudung serta merta?

Subhanallah, Allah itu tidak zalim terhadap hambaNya. Bahkan kitalah yang menzalimi diri sendiri. Cuba bayangkan? Bayangkan betapa banyak nikmat dan peluang Allah telah beri pada kita? Betapa Allah mempunyai banyak hak terhadap diri kita.

Oleh itu, haruslah bagi kita untuk bermuhasabah. Muhasabah adalah jalan untuk bertaubat. Muhasabahlah untuk mendinding diri dari masuk ke dalam neraka. Dindingkan diri dari melakukan perbuatan keji yang boleh mencampakkan diri ke dalam neraka. Serta dindinglah hati dari perkara yang melalaikan.

Ada satu riwayat menceritakan di mana ada suatu ketika Annas bin Malik r.a membaca surah At-Tahrim, lalu beliau jatuh pengsan serta merta kerana begitu takut dengan azab seksa Allah.

Bagaimana pula dengan kita? Biasa saja.. tak rasa apa2 pun.. (dalam hati jawab ini.) Ataupun, Puas memaksa diri untuk berasa takut. Padahal hati langsung tidak berasa kecut.
Bahaya, bahaya! Besar masalah yang sedang kita hadapi ini. Masalah HATI!

Untuk bermuhasabah, kita perlu bandingkan apa yang datang dari Allah dan apa yang datang dari kita sendiri. Kita harus sedar, semuanya datang dari Allah. Kita harus sedar, nikmat, rahmat, pengampunan dan kehancuran semuanya datang dari Allah. Maka, haruslah kita bersyukur kerana Allah sangat baik dengan kita.

Carilah cinta Allah, cinta Rasul, cinta ibubapa. Jauhilah cinta luar nikah. Tahukah anda, terjadinya cinta di luar nikah (yang berakhir dengan anak luar nikah) ini berpunca dari kegagalan mahabatullah (cinta Allah). Hati kosong dari merasakan cinta Allah. Mata hati buta, dan nafsu datang bagaikan ombak ganas yang menghempas pantai hati.

Dan ingatlah, untuk melawan dan membenteng diri dari nafsu, hanya pertolongan Allah satu2nya penyelesaian. Nafsu tidak boleh ditolak dengan akal. Nafsu tak boleh diberi muka, kerana ia akan mengheret kita mengikut satu demi satu anak tangga menuju kehancuran yang di akhirnya membinasakan diri kita sendiri.

Tn Hj Rosdi sempat berkongsi cerita. Beliau menceritakan bahawa beliau mendapat gambar bukti salah seorang pelajarnya ber'couple' dan ber'dating'. Lalu, pelajar tersebut dipanggil ke biliknya.
Tn Hj Rosdi: Betulkah gambar ini gambar kamu?
Pelajar: (Melihat ke arah skrin komputer riba Tn Hj Rosdi buat seketika sebelum tersenyum kemudiannya.) Laa... gambar yang ini ke..? (Masih lagi tersengih mcm tak ada apa2 yang serius.)
Tn Hj Rosdi: Kamu boleh gelak lagi? Kamu tahu salah ni kan?
Pelajar: Berhenti senyum. Terdiam.
Tn Hj Rosdi: Kalau dekat dunia, Allah boleh nampakkan dosa kamu macam ni. Kamu tak fikir macam mana dekat akhirat kelak, macam mana Allah boleh tunjukkan semua dosa2 kamu? Lebih banyak, semuanya! Kamu tak takut? Jangan disebabkan gambar nilah nanti Allah campakkan kamu dalam neraka!
Pelajar: Diam. Dan tertunduk malu.

(KTD-Kolej Teknologi Darul Naim Kelantan adalah sebuah kolej agama swasta.- melalui ketegasan Tn Hj Rosdi, aku dapat mengagak, pelajar2 KTD pastinya sangat hebat2 orangnya. Mungkin sangat jauh lebih hebat dari pelajar2 IPTA).

Dari Surah An-Nazi'at ayat 40-41;
Firman Allah maksudnya;
"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya."

Kata Saidina Umar Al-Khattab;
Selepas bersolat Taubat, hendaklah disusuli dengan 1 infak (kebaikan).


Selain itu, kita juga perlu memupuk sifat su'uzhan (berprasangka buruk pada diri sendiri). Sifat ini amat penting untuk mengelakkan diri dari merasakan sudah cukup baik. Apabila diri merasa cukup baik, maka akan menimbulkan sifat riak, ujub dan pelbagai lagi sifat buruk selepas itu.

Untuk mendapatkan solat yang syumul, hati yang syumul, tazkiyah yang syumul kita perlu mempunyai ilmu. Ilmu untuk membezakan;
1) Antara haq dan batil.
2) Petunjuk dan kesesatan.
3) Bahaya dan yang menyelamatkan.
4) Mana yang baik dan mana yang buruk.

Ada orang kata;
"Aku tak solat pun Allah bagi pointer 4.00. Aku tak solat pun dapat dean's list. Kau solat tapi result hampeh!"

Ingatlah! Fitnah itu sangat berbeza dgn nikmat. Istidraj atau fitnah ini adalah ujian untuk Allah bagi orang yang tidak mendapat kasih sayangNya. Allah boleh saja bagi semua yang kau nak. Result exam bagus, kerja bagus, isteri cantik, rumah besar, harta banyak. Allah buat kau lupa diri dan lupakan Allah. Saat-saat kau semakin mencintai dunia ini, Allah akan rentap nyawa kau dan kau mati dalam kekufuran!

Oleh itu, berhati2lah.. ada masanya Allah memberimu nikmat dalam bentuk fitnah, dan ada masanya memberi fitnah dalam bentuk yang kau anggap nikmat. Allah sekadar ingin menguji keimananmu sebenarnya.

Kata Saidina Ali r.a;
Perjalanan ini perjalanan yang jauh detinasinya. Untuk cepat sampai hendaklan dia berjalan malam. Hidup ini jauh destinasinya. Hendaklah kita bersolat malam. Dan kembalilah dengan hati yang sejahtera kepadaNya.

Manakah letaknya kita di sisi Allah? jawapannya, di mana kamu meletakkan Allah dalam hati kamu?

...insyaAllah, slot 2, 3 dan 4 akan disambung kemudian.. Maaf kalau ayat serabut..

Wallahu 'alam..



p/s: Baru habis membaca buku 'UNTUKMU WANITA-Zaharuddin Abd Rahman'. Sangat bagus! Sekarang mahu sambung membaca buku; '501 Persoalan Fikah Wanita-Zawiyah Hassan & Rohayati Bakri'.

Sangat terkilan rasa hati apabila tak dapat beli buku Saidina Uthman bin Affan. Kebetulan hanya bawa not 50. Sampai sekarang masih rasa terkilan walau hati sudah redha. (T T)

Saidina Uthman adalah antara sahabat Rasulullah SAW kegemaranku.. huhu. Sifatnya lemah lembut, sopan dan sangat pemalu... *melting2* (^^)y

Tuesday, March 2, 2010

Mencari Kebahagiaan Abadi



Bismillahirrahmanirrahim.

Mencari Kebahagiaan Abadi..



Dimana?

Di sisi Tuhan...
Firman Allah, maksudnya:
"Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Maha Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya." (Surah Al-Qamar: 55)

Bagaimana?
1) Dengan zuhud.
Firman Allah, maksudnya:
"Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." (Surah Al-Baqarah: 86)

2) Dengan sabar dan taqwa.
Firman Allah, maksudnya;
"Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Hud: 49)


Untuk siapa?
1) Bagi yang beriman dan beramal soleh..
Firman Allah, maksudnya:
"Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Surah Al-Ra'd: 29)
Bold
2) Bagi yang beroleh hidayah..
Firman Allah, maksudnya:
"Dan sesiapa yang diberi hidayah serta petunjuk oleh Allah, dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan." (Surah Al-Isra': 97)


Subhanallah.. Allah memberikan jawapan bagi semua persoalan..

Dari Surah Al-Fajr, ayat 27 hingga 30 yang menyampaikan firman Allah yang membawa maksud;
‘Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya. Maka, masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu...’

Wallahu 'alam..

Sesungguhnya hanya Allah Yang Mengetahui segala-galanya..