Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Sunday, January 17, 2010

Ada Apa Dengan ZIKRULLAH?


Dan katakanlah Muhammad kepada mereka;

"Maka segeralah kembali mengingati Allah.
Sesungguhnya aku pemberi peringatan yang nyata
dari Allah untukmu."

[Ad-Daariyaat: 50]


Salam warahmatullah,

Sahabat-sahabiah yang dikasihi Allah sekalian,

Tidak ada ibadah yang lebih utama bagi lidah setelah membaca Al-Quran selain daripada mengingati Allah swt dengan berzikir (zikrullah) dan memanjangkan doa kepadaNya untuk menyampaikan segala hajat keperluan. Memperolehi ketenangan hati melalui zikrullah itu mendapat jaminan daripada Allah swt.

FirmanNya;

"Ketahuilah! Hanya dengan banyak mengingati Allah (zikrullah) itu maka hati akan menjadi tenang."
(Ar-Raadu:28).

Rahsia bagaimana hati menjadi tenang dengan ingat kepada Allah adalah kerana Allah ingat kepada orang yang mengingatiNya.

Ini dijelaskan Allah dalam firmanNya;
"Kerana itu ingatlah akan Daku, nescaya Aku akan ingat kepada kamu pula." (Al-Baqarah: 152).


Bahkan Allah akan beserta dan bersama dengan orang yang mengingatiNya. Ini sebagaimana disabdakan oleh Nabi saw;
"Sesungguhnya Allah berfirman; Aku berserta hambaKu selagi dia mengingatiKu dan kedua bibirnya bergerak-gerak menyebutKu" (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

Natijah daripada hati terasa Allah hampir dan sentiasa bersama untuk mengawasi keselamatan dirinya dengan pandangan penuh kasih sayang akan menimbulkan rasa tenteram dan aman. Rasa hati inilah yang dikatakan bahagia.

Sabda Nabi saw lagi;
"Tidaklah segolongan orang itu (berzikir) mengingati Allah melainkan para malaikat menghormati mereka, rahmat menyelubungi mereka, ketenangan turun kepada mereka dan Allah swt mengingati mereka bersama orang-orang yang ada di sisiNya." (Riwayat Muslim dan Tirmidzi).
Bold
Memahami keberuntungan banyak mengingati Allah telah menyebabkan zikrullah menjadi budaya hidup para salafussoleh.
Mereka itu termasuk dalam firman Allah swt;
"iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring." (Ali-Imran: 191).

Namun untuk memperolehi segala fadhilat zikrullah itu tidak semudah hanya dengan memperbanyakkan zikir. Lebih-lebih lagi apabila zikir baru dengan lidah dan akal, belum berjaya menjunam ke dalam hati. Inilah keadaan zikir orang awam, walaupun berzikir namun hati masih ghaflah (lalai). Zikrullah begini masih belum mampu memberi ketenangan dalam hati. Adalah biasa terjadi, walaupun telah bertahun mengamalkan zikir untuk mendekatkan diri kepada Allah namun hati masih lalai. Maka, datanglah penyakit jemu dan putus asa, bahkan diwas-waskan oleh syaitan hingga sangsi dengan fadhilat zikir.

Sebenarnya, lebih baik terus berzikir kepada Allah walaupun hati masih ghaflah (lalai) daripada tidak berzikir langsung. Jika tidak berzikir, maka lebih besar dan berat padahnya.

Bahaya yang menanti mereka yang meninggalkan zikrullah ialah; hati menjadi semakin gelap dan keras hingga akhirnya menjadi buta dan mati.

Inilah satu persatu rentetan kecelakaan yang bakal menimpa orang yang meninggalkan zikir mengingati Allah hingga akhirnya terjerumus dalam lembah kesesatan.

Firman Allah;
"Sesiapa yang berpaling daripada mengingati Allah, nescaya Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan). Maka, syaitan itulah yang menjadi teman yang selalau menyertainya." (Az-Zukhruf: 36).


Firman Allah swt,
"Maka kecelakaan yang besar bagi mereka yang membatukan hatinya untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Az-Zumar: 22).

Firman Allah swt lagi;
"Dan sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan buta pula dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)." (Al-Isra:72)


Untuk memperolehi segala keutamaan zikir maka zikrullah perlu ditingkatkan dari hanya pada lidah dan akal hingga berjaya mempengaruhi hati. Disamping terus memperbanyakkan zikrullah, usaha untuk menambahkan ilmu adalah sama penting untuk dipertingkat dan digiatkan, terutamanya ilmu tasawuf dan tauhid untuk tambah makrifat (kenal) kepada Allah SWT. Pedoman dan bimbingan guru yang mursyid juga perlu dicari dalam membuat latihan jiwa mendidik nafsu.

Apabila zikrullah telah berjaya mempengaruhi hati, jiwa akan menjadi kuat untuk membuat perubahan lahiriah. Demikian syarat dari Allah untuk kejayaan melaksanakan hijrah membuat perubahan hidup.

FirmanNya;
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan yang ada di dalam diri mereka sendiri." (Ar-Raadu:11).



*Rumusan dari rujukan tulisan Hj Roslan Kassim (Editor Majalah ANIS)





p/s: Beramallah selagi masih diberi nikmat bernafas di bumiNya...


Mood status: I'm waiting for my bouquet of red flower, soon. :)

3 comments:

  1. salam warahmatullah kekasihku..

    benar.
    selain taqwa, senjata mukmin yang paling ampuh adalah zikrullah.tapi malang tak ramai yang amalkan termasuk umi.memang payah nak sebatikan dalam diri.apatah lagi umi yang suka mencarut dan terbahak2 neh T__T.

    zikir mesti diikuti dengan pantulan roh jiwa.disinilah titik kekusyukkan muslim, bila mana mereka berjaya menenggelamkan isi dunia dengan mengangkat isi akhirat sebagai terutama.inilah rahsia besar keberjayaan islamiah zaman anbiya terdahulu.dan kita tak mustahil utk mendapatkannya.

    umi masih berdoa agar kita sama2 menjadi srikandi yg punya dua senjata ini sayang..

    taqwa.
    zikrullah.

    terima kasih atas perkongsiannya. :)

    p/s: sihat tak neh?:P

    ReplyDelete
  2. Subhanallah,...

    god posting. sukses dan bahagia dalam rahmat Allah

    ReplyDelete
  3. Dzikir adalah bahasa orang2 beriman. berpikir adalah diamnya orang2 beriman,dan ibadah adalah aktivitas orang-orang beriman.

    Zerokan diri dengan dzikir untuk menjadi Hero.
    Zero to Hero

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."