Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Showing posts with label diwan. Show all posts
Showing posts with label diwan. Show all posts
Sunday, August 26, 2012
Merindui Kekasih Yang Telah Pergi.
Bismillahirrohmanirrohiim..
Alhamdulillah.
Untuk setiap nafas yang dihela serta peluang untuk bertaubat kepada pemilik cinta yang dibuka seluasnya.
*******************************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..Inginku nukilkan sesuatu.
Tinta yang ditaip dari hati yang semakin merinduimu...
Yang begitu merinduimu,Wahai sang kekasih yang telah pergi...Engkau yang sangat kacak, pemurah, baik hati & bersopan santun pada pandanganku itu,Telah pun semakin samar-samar di dalam pandangan.Ku masih ingat betapa sayunya hati kecilku ini untuk melepaskan kau pergi."Engkau.... mahu ke mana...?" soalku.Engkau tersenyum."Sudah sampai masanya untuk aku pergi....."Mataku berair."Sesungguhnya aku belum puas untuk bersamamu! 30 hari bersamamu, aku rasa singkat sekali...
Jangan pergi.. jangan pergi..." aku merayu dalam kesayuan.Engkau yang penuh cahaya rahmat itu tersenyum lagi."Aku mengerti perasanmu. Namun, sebagai hamba yang selalu taat & patuh kepada Tuhanku Yang Menciptakan & Mengaturkan peristiwa malam & siang, aku tetap akan pergi.."Aku terhenyak sepi.Mengerti keadaan & nasib diri.Yang mana gagal memanfaatkan masa bersamamu kekasih yang dinanti sekian lama.
Kalau Allah izinkan, ini bermakna aku perlu berdoa sepanjang 11 bulan lagi untuk bertemu semula denganmu pada masa seterusnya..
Itupun, jika Allah izinkan umurku panjang untuk bertemumu lagi...
"Jangan bersedih... Syawal yang tiba ini adalah kemenangan buat semua muslimin & muslimat..." pujukmu.Aku menggeleng."Tapi aku tidak layak digelar pemenang pun..."Aku tambah sedih pabila terkenang sabda Nabi; bahawa celakalah orang yang memasuki Ramadan namun, gagal memperolehi keampunan daripada Allah swt."Jangan bersedih... Sahabatku yang baik itu sedang menantimu di hadapan. Kau masih boleh merasai kehadiranku di dalamnya. Begitu juga dengan sahabat-sahabatku yang lain. Teruskanlah momentum ibadahmu jika benar kau ikhlas keranaNya selama 30 hari bersama-samaku..."Ah....Pujukan itu benar-benar menusuk hatiku.Buat aku tak mampu berkata apa-apa lagi.Kau tetap akan pergi..Menurut perkiraan Tuhan Yang Maha Agung."InsyaAllah kita akan bertemu lagi tahun hadapan. Hiasilah dirimu dengan taqwa yang teguh kepadaNya sepanjang kerinduanmu kepadaku nanti ya...?""-------"
******************************************
Ya...
Ramadan yang mulia itu sudah pun berlalu pergi..
Ya Allah. Gusar hati tatkala merenung kembali seputar 30 hari di dalam satu-satunya bulan yang disebut di dalam al-Quran Nur Qarim itu.
Apakah telah ku manfaat semua peluang & ruang yang Allah kurniakan kepadaku kali ini...?
Ya Allah...
Sayu & takutnya hati ini...
Sebagai insan yang berlumur dosa sepanjang kehidupan menjadi hambaNya ini.. Ramadan merupakan kekasih yang selalu dinanti-nanti, dirindui sepanjang tahun. Disebut-sebut di dalam doa & harapan untuk menjadi medan, guru serta madrasah tarbiyyah bagi memperbaiki & menambah amalan & darjat kedudukan di sisi pemilik cinta abadi.
Ya Allah, terimalah semua amalanku yang tidak seberapa itu & kurniakanlah keampunan, redha, rahmat & cintaMu kepada hambaMu yang hina & jahil ini..
Hati ini rindu Ramadan yang mentarbiyyah hati, menjadi 'spirit booster' untuk mencari cinta, rahmat, redha & ampunan daripada Ilahi.
Persoalannya,
Bagaimana hendakku lunaskan rindu yang semakin membuak-buak ini..?
************************
SYIFA' BAGI SEBUAH KERINDUAN.
Syifa' (penawar) bagi kerinduan itu mungkin boleh diperolehi di dalam bulan Syawal yang mulia ini juga, insyaAllah. Hal ini sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam di dalam 2 hadis.
1) Sabda Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam;"Sesiapa yang puasa Ramadan & diikuti dengan enam hari daripada Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun." [HR Muslim daripada Abu Ayyub]2) Juga Nabi salallahu 'alaihi wasallam bersabda;"Sesiapa yang puasa Ramadan, satu bulan ganjarannya sepuluh bulan. Dan dia berpuasa 6 hari daripada bulan berbuka (syawal), dengan itu genaplah (pahala) satu tahun." [HR Sa'id bin Mansur daripada Thauban]Imam an-Nawawi berkata;"Ashab kita (fuqaha mazhab kita) berpendapat bahawa disunatkan puasa 6 hari daripada syawal berdasarkan hadis-hadis di atas. Tidak ada perselisihan di antara kami. Begitu juga pendapat Ahmad & Daud."Pelaksanaannya pula berdasarkan kata-kata Imam an-Nawawi;"Digalakkan puasa sunat ini secara berturut-turut pada awal bulan Syawal. Jika diselang-selikan, atau dilewatkan sehingga akhir bulan harus juga & dikiran melaksanakan apa yang disunatkan kerana hadis menyebut secara umum tanpa mengaitkan dengan awal atau akhir, berturut-turut atau tidak."
Antara Qadha Puasa Ramadan (Puasa Ganti) & Sunat Syawal (Puasa 6).Syaikh Daud Fatani menjelaskan persoalan ini di dalam kitabnya, 'Bughyah at-Tullab li Muridi Ma'rifatil Ahkami Bis-Sawab.', juzuk 2, halaman 128 seperti berikut;1) Orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sebab uzur, sunat juga berpuasa 6 hari daripada Syawal (sebelum qadha).2) Orang yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa uzur, wajib menyegerakan qadha puasa Ramadan. Dia wajib qadha puasa Ramadan terlebih dahulu. Jika terlepas sunat Syawal kerana menunaikan qadha puasa Ramadan, dia boleh qadha sunat Syawal pada bulan Zulkaedah. Kes ini; sekiranya dia tidak berniat sunat Syawal beserta qadha Ramadan. Jika dia telah berniat sunat Syawal beserta dengan puasa qadhanya, maka dia memperoleh pahala sunat & tidak perlu diqadha sunat Syawal ke bulan Zulkaedah.3) Seseorang yang mempunyai tanggungan puasa wajib, samada puasa qadha, nazar atau lain-lain, jika dia berniat untuk puasa sunat Syawal selepas menyelesaikan puasa wajib, dia tidak mendapat pahala sunat Syawal ketika puasa wajib itu. Tetapi jika dia berniat puasa wajib serta sunat syawal, atau tidak berniat sunat syawal (hanya niat wajib sahaja), dia akan mendapat pahala sunat syawal & tidak lagi dituntut mengerjakan puasa wajib itu.
Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan ibadah sebaiknya lakukan yang paling selamat & selari dengan pendapat semua pihak.
Sempurnakanlah yang wajib terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan yang sunat.
Jom, kita berpuasa di bulan Syawal, bagi sesiapa yang telah pun membuak rindunya kepada Ramadan; Kekasih yang telah semakin jauh meninggalkan kita...
Allahu'alam..
p/s: Penerangan tentang Puasa Syawal & Puasa Qadha di atas diambil & dirujuk melalui tulisan Ustazah Maznah Daud; Fikah Wanita - ANIS (September 2012).
Labels:
aidilfitri,
catatan hati,
diwan,
hikmah,
malu,
muhasabah diri,
puasa 6,
ramadan,
sunnah,
syawal
Saturday, June 16, 2012
Kerana DIA Amat Dekat.
Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah..
Semua pujian hanyalah milik Allah..
Sebagai manusia biasa, yang mempunyai tahap iman yang grafnya sentiasa naik & menurun, terkadang tatkala iman sedang sakit, kita selalu terasa lemah & kerdil. Waktu itu, hati sangat sensitif kan..?
Seakan dunia ini kosong, sunyi & sepi..
Wahai diri...
Renungilah kata-kata ini..
Saat kita merasakan seluruh dunia menjauh daripada kita, sebenarnya masih ada yang selalu ada setia di sisi kita.
Saat kita merasakan semuanya membenci kita, sebenarnya masih ada yang setia mencintai kita.
Saat kita bersedih & merasakan tiada siapa yang mempedulikan rasa sakit, perit & sedih itu, sebenarnya ada sudi menjadi pendengar setia rintihan kita.
Dialah Allah. Tuhan Yang Sangat Mencintaimu, selalu setia ada di sisimu, susah & senang, lapang & sempit, gembira & sedih.
Saat rasa takut, sedih, perit, resah & sempit. Letakkanlah tanganmu & tepuklah lembut bahumu; Maka, katakanlah;
"Jangan risau, kau tidak keseorangan... Engkau masih ada Allah... Cukuplah Allah bagiku kerana Allah-lah sebaik2 penolong & pelindung.. Aku masih ada Allah.. Aku masih ada ALLAH.."
Namun, adakalanya mengapa kita merasakan Allah begitu jauh? Sedangkan Dia terlalu dekat dengan kita?
Kerana kitalah yang MENJAUHKAN diri daripadaNya...
Kerana kita TIDAK SEPENUHNYA PERCAYA kepada Dia.
Kita TIDAK SEPENUHNYA BERDOA, BERHARAP & BERTAWAKAL dengan bersungguh-sungguh kepadaNya.
Masih ada TERLALU BANYAK ruang di dalam hati kita untuk MANUSIA, untuk DUNIA.
Kita TIDAK SEPENUHNYA MELETAKKAN PERGANTUNGAN DIRI hanya kepadaNya..
Kerana itulah kita merasakan Dia itu terlalu jauh, asing, & masih tidak mencukupi untuk memenuhi ruang hati & hidup kita.
Firman Allah SWT;
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat Dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi (perintahKu) & beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran." [Al Baqarah, 2: 186]
Ketahuilah bahawa dirimu tidak pernah keseorangan, kesepian, kehilangan...
Kerana kegagalan, kesepian & kehilangan yang sebenarnya ialah apabila kita gagal membina hubungan dengan Allah.
Kehilangan yang sebenarnya ialah apabila tali yang menghubungkan kita dengan Allah itu telah terputus.
Pada ketika itulah.. benar-benar sudah tiada maknalah lagi kehidupan kita ini..
-------------------------------
Bawalah hatimu yang retak, sakit & kosong itu kepada Tuhan... Pastilah Dia akan selalu Meraikan kehadiran hambaNya..
Tunaikanlah solat ketika kamu berbicara dengan Allah & bacalah Al-Quran serta fahami maknanya untuk mendengar bicara Allah kepadamu..
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." [2: 155-156]
Genggamlah tali pergantunganmu kepada Allah dengan sekuat-kuatnya. Nescaya Dia akan Memegang kuat hatimu itu.
Hati yang penuh dengan mahabatullah pasti akan lebih dekat dengan akhirat kerana begitu tidak sabar menanti untuk bertemu dengan si Dia yang Tercinta. & sesungguhnya, hati yang benar-benar terarah kepada akhirat pastilah tidak akan sewenang-wenangnya terpengaruhi & dikaburi oleh godaan duniawi..
Tanpa Allah di sisi kita, tiada satu apapun yang dapat kita lakukan. Dengan adanya Allah di sisi kita, tiada satu apa pun yang tidak mampu kita lakukan, insyaAllah.
Janganlah merasakan Allah itu jauh kerana Dia amatlah dekat. Maka, mulakan langkah untuk mendekatiNya!
Allahu'alam.
p/s: Masih dalam mood final exam. InsyaAllah, ini memang benar-benar final exam terakhir di USM. Mohon doanya.
KLIK 'LIKE' untuk SHARE. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Labels:
catatan hati,
diwan,
hiba,
hikmah,
muhasabah diri,
tazkirah,
tips
Saturday, November 14, 2009
Aku kini benar-benar SEDAR..
"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"
[Syed Qutb]

Manusia..
memang bodoh,
Degil,
Jahil,
Hipokrit,
Pendusta,
Kau..
memang jahil!
Pendusta!
Bermuka tembok!
Di hadapan manusia..
Kau berjuta kali lebih baik,
Dari malaikat..
Konon..
Di hadapan Dia..
Kau sebenarnya lebih jahat,
Lebih buruk,
Lebih busuk,
Dari sejuta iblis dan sekutunya.
Kau beramal..
Untuk apa?
Atau untuk hari tertentu saja?
Mengapa..
Ada masanya..
Kau begitu taat kepadaNya..
Dan mengapa..
Ada ketikanya..
Kau berani mengingkariNya?
Allah itu...
Hanya wujud pada hari isnin..
Hingga jumaat sajakah?
Mengapa hari2 yg lain kau begitu malas beribadat?
Atau..
Kau ingat..
Tuhan itu hanya wujud pada waktu2 tertentu?
Hingga kau berani membuat maksiat pada waktu yang lainnya?
Kau hanya ingat Dia..
Waktu susah saja?
Waktu kau susah..
Kau datangi Dia,
mengadu keluh kesah,
Menangis rayu..
Tangisan mendayu-dayu..
Waktu senang dan bahagia..
Waktu bergelak ketawa,
Kau tinggalkan Dia..
Padahal kau tahu..
Semua itu adalah nikmat dariNya..
Dasar manusia tidak tahu malu!
Pendusta!
Kau kata kau cinta Dia..
Benarkah begitu?
Kalau benar..
Apa buktinya?
Hari ini kau minta ampun..
Hari esok kau kembali berbuat dosa..
Kau seperti mempermain-mainkan ampunanNya.
Kurang ajar punya hamba!
Ampuni aku Ya Tuhan..
Aku banyak berbuat dosa..
Tunjukilah aku jalan..
Tuntunilah aku..
Keluar dari lembah kejahilan..
Ya Tuhanku..
Mengapa begitu sukar...
Mengapa begitu sukar..
Mengapa begitu sukar..
Untuk istiqamah?
Untuk terus muhasabah?
Mengapa imanku terus berubah2?
Ada kalanya aku lebih kuat..
Dari sang gajah.,
Adakalanya aku lemah..
Tersangat lemah!
Baru kini aku sedar..
Menuju syurga itu..
Bukanlah mudah..
Baru kini aku sedar..
mengekalkan iman itu amat payah..
Begitu sukar menggapai redhaMu, Tuhan..
Begitu sukar untuk menjadi orang-orang yang beriman..
Yang benar-benar beriman..
Baru kini aku benar2 sedar..
Begitu mahal rupanya..
Mahar bagi syurgaMu..
Labels:
catatan hati,
diwan,
hiba,
hikmah,
malu
Friday, September 4, 2009
Tarbiyah Hati
Bismillahirahmanirrahim...
Wahai Tuhan Yang Pengasih lagi Maha Pengasihani...
Hamba datang mengabdi diri...
Wahai Tuhan Yang Pengasih lagi Maha Pengasihani...
Hamba datang mengabdi diri...

Bila ingin mengubati hatimu dari keburukan dan kelalaian,
Jauhilah sesuatu yang syubhah,
Keluarlah menuju ke padang taubat,
Pakailah baju penyesalan,
Angkatlah panji kehinaan,
Tinggalkan tempat tidur,
Ubahlah kedudukanmu dari jauh kepada Allah dengan mendekatiNya,
Dan dari sambil lewa dengan kesungguhan,
Berilah makan fakir miskin,
Biasakan hatimu untuk mengasihi dan mencinta,
Memperbanyakkan menangis,
Dan teruslah berdoa kerana mengharap,
Dan cemas kerana dosa yang dilakukan,
Dengan begitu...
Mudah-mudahan engkau sembuh...
Dari penyakit hatimu...
Labels:
diwan
Thursday, July 9, 2009
Susahnya Menjadi PEREMPUAN!

Sejak aku melangkah ke sini,
Aku melihat pelbagai karenah manusia,
Ya, aku suka melihat, dan memikir...
Indah sungguh figura di hadapanku itu,
Kak Farah nama diberi,
Santun kata, lembut tuturnya,
Hanya wajah serta kehalusan tangannya dapat kurasa,
Selebihnya tersembunyi di sebalik pakaian,
serta tudungnya yang labuh...
Benar Riwayat Al Bukhari dan Muslim, Wanita solehah memang adalah hiasan dunia. Penyejuk mata dan penyejuk hati. Jika aku sebagai perempuan juga bisa terpaut, entah bagaimanalah agaknya bagi seorang lelaki...
Lantas, mataku terpaku lagi,
Kali ini figuranya berbeza.
Cantiknya badan...
Boleh ku anggar berapa inci pinggangnya,
Dadanya juga,
Dan punggungnya juga...
walau tanpa mengukurnya.
Badan berbalut,
Tapi tiada maknanya,
kaifiyahnya terbuka.
Ternyata pakaiannya tiada berfungsi,
Ibarat ada dalam tiada.
Aurat wanita...
Semua yang ada padanya.
Kecuali wajah dan...
apa yang lebih dari pergelangan tangannya.
Maka, besar sungguh tanggungjawab seorang perempuan.
Kerana auratnya adalah maruahnya.
Terdedah auratnya,
Hilanglah malunya,
Maka, rendahlah maruahnya,
Apabila rendah maruahnya...
Maka, hinalah dia.
MARUAH,
harganya amatlah mahal,
Jika hilang hari ini,
Tak mungkin dapat dibeli lagi...

Aku ingin menjadi perempuan yang baik,
Baik akhlaknya,
Baik agamanya,
Baik pegangan ilmunya,
Dan mahal harga dirinya.
Aku sedar,
bukan mudah mahu menjadi muslimah sejati,
Berazam saja tidak cukup,
Tetapi perlu ada usaha, doa dan semangat.
Kepada Allah lah jua tempatku panjatkan doa, Semoga perjalananku diredhaiNya...
Ya Allah...
Susahnya menjadi perempuan...
Tapi,
semua ini pasti ada hikmahnya.
Kerana Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia...
Dan sesungguhnya inilah yang harus dibayar sebagai mahar syurgaNya..
Bukankah telah dicatat di dalam sebuah hadis;"Dunia itu adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah?"
Alhamdulillah.
Bergembiralah kerana dilahirkan sebagai perempuan & jom usaha untuk jadi perempuan solehah!
InsyaAllah..
:)
Labels:
bisikan nurani,
diwan,
malu,
muhasabah diri,
puisi,
tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)


