Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Saturday, November 14, 2009
Aku kini benar-benar SEDAR..
"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"
[Syed Qutb]
Manusia..
memang bodoh,
Degil,
Jahil,
Hipokrit,
Pendusta,
Kau..
memang jahil!
Pendusta!
Bermuka tembok!
Di hadapan manusia..
Kau berjuta kali lebih baik,
Dari malaikat..
Konon..
Di hadapan Dia..
Kau sebenarnya lebih jahat,
Lebih buruk,
Lebih busuk,
Dari sejuta iblis dan sekutunya.
Kau beramal..
Untuk apa?
Atau untuk hari tertentu saja?
Mengapa..
Ada masanya..
Kau begitu taat kepadaNya..
Dan mengapa..
Ada ketikanya..
Kau berani mengingkariNya?
Allah itu...
Hanya wujud pada hari isnin..
Hingga jumaat sajakah?
Mengapa hari2 yg lain kau begitu malas beribadat?
Atau..
Kau ingat..
Tuhan itu hanya wujud pada waktu2 tertentu?
Hingga kau berani membuat maksiat pada waktu yang lainnya?
Kau hanya ingat Dia..
Waktu susah saja?
Waktu kau susah..
Kau datangi Dia,
mengadu keluh kesah,
Menangis rayu..
Tangisan mendayu-dayu..
Waktu senang dan bahagia..
Waktu bergelak ketawa,
Kau tinggalkan Dia..
Padahal kau tahu..
Semua itu adalah nikmat dariNya..
Dasar manusia tidak tahu malu!
Pendusta!
Kau kata kau cinta Dia..
Benarkah begitu?
Kalau benar..
Apa buktinya?
Hari ini kau minta ampun..
Hari esok kau kembali berbuat dosa..
Kau seperti mempermain-mainkan ampunanNya.
Kurang ajar punya hamba!
Ampuni aku Ya Tuhan..
Aku banyak berbuat dosa..
Tunjukilah aku jalan..
Tuntunilah aku..
Keluar dari lembah kejahilan..
Ya Tuhanku..
Mengapa begitu sukar...
Mengapa begitu sukar..
Mengapa begitu sukar..
Untuk istiqamah?
Untuk terus muhasabah?
Mengapa imanku terus berubah2?
Ada kalanya aku lebih kuat..
Dari sang gajah.,
Adakalanya aku lemah..
Tersangat lemah!
Baru kini aku sedar..
Menuju syurga itu..
Bukanlah mudah..
Baru kini aku sedar..
mengekalkan iman itu amat payah..
Begitu sukar menggapai redhaMu, Tuhan..
Begitu sukar untuk menjadi orang-orang yang beriman..
Yang benar-benar beriman..
Baru kini aku benar2 sedar..
Begitu mahal rupanya..
Mahar bagi syurgaMu..
Labels:
catatan hati,
diwan,
hiba,
hikmah,
malu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sayang!yeahhhhh!!!
ReplyDeleteakhirnya....
begitulah pejuang!!membentak nafsu sampai lumat, biar nafsu sedar yang nafsu itu gagal menguasai hati kebal kita.kita wajib berkeras dan berkasar sama nafsu.kena pukul nafsu dengan pekik herdik biar nafsu kelu dan diam tak terucap.begitu cara nak ajar nafsu yang DEGIL!!marah dia sayang.marah lagi!!biar nafsu kecut!HAHAHAHA hambekkk kau nafsu!!
i likeeeee okeh sayang..
entry neh sangat memberi kesan..
alhamdulillah semakin hari kita semakin laju mengayuh sampan menuju Tuhan :)
Tuhan terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Salam alaik umi..
ReplyDeleteukhti yang dikasihi kerana Allah..
ini monolog hati..
Hati yang imannya terlalu rapuh..
berbolak balik..
"Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati.. Tetapkanlah hati kami di jalan-Mu.."
yup, umi..
Allah la yang paling baik, paling utama.., paling penting..
Moga Allah mengampuni semua dosa2ku..
MasyaALLAH
ReplyDeletehebat karya enti
sebak juga ana baca ;(
Jahilnya diri ini
Salam alaik,
ReplyDeleteaisyahumaira..
syukran atas kunjungan..
Moga kita beroleh redhaNya.. :)
~aah kan... syurga Allah itu mahal. x ternilai harganya di mata manusia.
ReplyDelete~angkuhnya kita andai menganggap amalan yg bertimbun boleh membawa kita ke syurga. byk beramal tidak membawa kita ke syurga. Tapi, hanya RAHMAT ALLAH semata.
~lama x jenguk sini.
~salam ziarah. :)
salam warahmatullah,
ReplyDeleteukhti teratai biru yg dikasihi kerna Allah,
syukran atas komen dan kunjungan..
Moga Allah merahmatimu..
Selalulah datang jenguk2 sini.. :)