Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Wednesday, June 30, 2010
Terus Beriku Peluang..
Pernah aku terfikir.
Pernah aku mencuba.
Aku pernah mencuba untuk mengira.
Jumlah rasa terkilan yang ada dalam hidupku.
Jumlah penyesalan yang ada dalam hidupku.
Nyatanya aku tak mampu.
Dan nyatanya aku tak berani untuk mengaku.
Aku malu, untuk memandang ke belakang dan berkira.
Tentang sesal dan terkilan yang terpalit dalam dukaku.
Begitu banyak saat sudah menjauhiku.
Dan masa terus pantas berlari.
Meninggalkan aku nan termangu2 dalam piluku. Dalam senduku.
Nyatanya pilihan bersusun di depanku.
Dan aku malu untuk mengaku, naluri itu kerap menipuku.
Memberiku jawapan nan salah.
Dan ada sesal di hujung cerita.
Cerita yang mana menyaksikan drama aku dan mereka.
Putarkan kembali masa..
Dan aku mencuba.
Beranikan diri memandang wajah lampau.
Dan aku melihat ada wajahmu nan sugul.
Balas pandangan mataku.
Ada soalan dalam matamu.
Tidak!
Aku menundukkan wajahku, mataku ke hulur hilir membawa nada pilu.
Dan hati memalu sendu.
Maafkan aku.. Maafkan aku.
Aku pernah mencarikkan luka di suatu sudut hatimu.
Maafkan aku..
Aku pernah mensiakanmu.
Dan akhirnya, aku kehilanganmu.
Hanya Tuhan yang tahu,
Betapa dalam sesal di hatiku.
Dan seringkali rasa itu,
mengingatkan aku pada pedihnya penyesalan.
'mencari benang hitam di dalam gelap malam.'
Begitu kiasan untuk kucari dirimu.
Aku tertunduk, melarikan anak mata..
sembunyi mata nan berkaca.
Nafas berat kuhela panjang.
Di kejauhan tinggalan masa.
Maluku untuk mengaku, aku sering mengharap pada keajaiban.
Untuk bertemu semula denganmu.
Dalam pertemuan yang lain.
Dan akan cubaku tebus semua silapku.
Begitupun kau memberiku pengajaran.
Begitupun kisahmu telah tercoretkan.
Aku masih tetap ada dalam kesilapan.
Aku masih dalam kelemahan.
Dan masih sampai saat ini.
Begitu banyak hati2 yang telah aku siakan.
Kuhela nafas panjang dan hala pandangan ke hadapan.
Masa nan kian datang..
Berilah ku peluang.
Jangan biarkan ku lepaskan dia yang aku perlukan.
Jangan biarkan ku lepaskan dia yang aku nantikan.
Jangan biarkan ku lukakan dia yang aku cintakan.
Oh Tuhan..
Jangan Kau biarku tersilap perkiraan.
Jangan Kau biarku terus menghitung sesalan.
Oh Tuhan..
Jangan biarku tersilap pandangan.
Jangan biarku terus tersilap pilihan.
Jangan Kau hala pandanganku pada dia.
Jika bukan dia..
Dan jangan Kau beratkan hatiku padanya.
Jika bukan dia..
Juga jangan biar rindu ini untuknya,
Jika bukan dia..
Serta jangan Kau isi hatiku dengan namanya.
Jika bukan dia pilihanMu yang sebenarnya..
Teruslah beriku peluang.
Dan aku takkan pernah tersilap memilih.
Kerana hanya satu pilihan yang benar.
Memilih untuk mencintaiMu.
Dan aku juga memilih untuk terus mencintaiMu..
Ya Allah, kepadaMu jualah aku kembali. Lindungilah hatiku nan sekeping ini..
Ya Allah, kepadaMu jualah aku kembali. Lindungilah hatiku nan sekeping ini..
p/s:
Mood status: gloomy day.
Hearts song: 12. 낯선 해 (연주곡) - Park Hye-ri (박혜리).
*Hak cipta terpelihara.
Hanya untuk display bagi http://syauqahwardah1209.blogspot.com sahaja. Harap maklum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."