Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Friday, June 4, 2010

Kelebihan Ayatul Kursi.


Salam warahmatullah..

Alhamdulillah, di kesempatan ini inginku berkongsi fadhilat ayat kursi. Mudah-mudahan bermanfaat.

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

*Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga solat yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir solat Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., "Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Setiap lelaki dan wanita (khasnya untuk isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang daripada syaitan ,jin dan manusia seperti :

* dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan

* Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian.

* Dijauhkan dia daripada malapetaka jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalan raya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya daripada Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamNya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw.

Serta, jangan lupa selepas selesai solat fardhu duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah..

Muhasabah sejenak, daripada bibir kita asyik melantunkan lagu-lagu yang tiada berfaedah baiklah kiranya bibir dan lidah itu dididik untuk mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Sekurang-kurangnya menandakan kita sentiasa mengingatiNya.

Dan sesungguhnya, Allah ada berfirman;




Dari surah Ali-Imran ayat 150, maksudNya;

"Allah itu sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik penolong bagimu."


Maka, bertawakallah kepada Allah dan Allah akan membantumu, insyaAllah. Semoga bertemu di lain masa, insyaAllah.. :)







p/s: Syukran ala ziarah ya sahabat-sahabiah yang sudi meraikan walimah kekandaku tempoh hari. Terima kasih aja, rina, zabed, jiji, zahid, mamat, ridzuan serta Rizal dan keluarganya. Moga Allah juga memberkati kalian semua. InsyaAllah.

1 comment:

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."