Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Wednesday, November 4, 2009

Mencari Nur Amina.. wujudkah dia?


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit,

diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman,
mereka akan tetap berhati teguh, dikala insan lain mengalami kegoncangan.."
[Syed Qutb]


Salam warahmatullah,

Seseorang bertanya kepadaku;


"Apakah yg akan kau lakukan kiranya kau mendapat lelaki yg sifatnya buruk spt Adam (slh satu watak dalam drama Nur Kasih- sebelum dia insaf)? Adakah kau akan menerimanya seperti Nur?"

Akalku menginterpretasikan segera apa yg ingin dia utarakan. Maksud dia; adakah aku sedia menerima lelaki yg sifatnya sgt menguji kesabaran spt watak Adam dlm drama popular itu. Dan adakah aku akan bertindak spt apa yg Nur Amina buat?

Mulanya, aku agak terkejut apabila dia bertanya spt itu. Mklumlah, selama kami berSMS, jrg kami bercerita atau membincangkan hal2 yg serius. Kami juga mmg jrg berhubung.
Bagi soalan yg begitu kompleks; tetapi jawapan yg dpt kuberi;

"Entah.."

Dia kemudiannya membalas;

"Kdg2 Allah satukan kita dgn org yg cukup menguji kesabaran dan keimanan kita semata2 untuk menguji kesabaran kita dan mahu kita membimbing psngn kita itu ke jln yg benar.."

Lantas aku pula membalas;

"Realitinya kehidupan, kita berubah bukan sbb seseorang. Tetapi kita berubah kerana Allah memberikan kita petunjuk. Manusia tidak akan boleh menjadi sbb untuk manusia yg lain itu berubah melainkan semuanya adalah atas kehendak Allah belaka.."

Soalnya lagi;
"Adakah kau akan jadi Nur? Dan adakah lagi perempuan spt Nur?"

Soalan dia kali ni membuatkan aku trsenyum sendiri. Soalan seperti itu sangat sering aku dengar..

"Ada ke lagi lelaki yg soleh, beriman, baik dan setia? Dan dpt yg beriman, heboh nak poligami pulak. Wujud lagi ke lelaki beriman yg setia dlm dunia ni?" adu N.

"Hm.. manalah dtgnya lelaki yg baik tu.. semuanya perosak anak dara org, tak guna, pandang perempuan sbb nafsu jek.." gumam S pula.

Kalau tak pun..;

"Kdg2 lelaki yg kita tengok mcm garang, jahat, mcm kaki pukul 2 la yg penyayang, yg sayg kita betul2 tau, setia.. lelaki yg nampak baik, solat tak tinggal 2 la yg merosakkan kita. POYO!"

Gulp! Lain mcm jek bunyi... Emosi sungguh kan.. Memang realitinya, aku seringkali dijadikan tempat utk kwn2 meluah rasa dan rahsia. Sayang sekali, orang hanya boleh menjadikan penasihat terbaik kiranya dia berpengalaman dlm hal2 trsebut. Jadi aku hanya boleh menjadi pendengar setia sahajalah sambil mengucapkan;
"Sabarlah.. sabar ya.."- serius, mmg tak pandai memujuk org.. maaf kawan2.. :)

Berbalik kepada soalan tadi;

"Adakah aku akan menjadi seperti Nur? Dan masihkah ada lagi perempuan yg seperti Nur?"

Kali ini, aku tak jawab soalan dia. Sebaliknya kujawab dgn lontaran persoalan yg lain pula.

"Kenapa nak harapkan cahaya datang kepada kita? Kenapa tidak kita yg menjadi cahaya itu sendiri? Dgn itu, Allah akan beri kita cahaya yg lain pula..?"

Sesungguhnya, jauh di sudut hatiku.. aku yakin, memang masih ada perempuan yg seperti Nur di dalam dunia ini. Malah, yg berkali2 lebih solehah daripada Nur juga wujud.

Perempuan baik yang akhlaknya lebih mulia, yg sopannya lebih ketara, yg bicaranya meluluh jiwa, yg lembutnya menyejuk jiwa, yg lebih alim, waro', yg tudungnya melabuhi dada, yg kecantikannya, auratnya, keindahannya dipelihara khas buat yg berhak saja.


Mereka memang ada!


Tetapi, perempuan2 yg solehah sebegini, Allah lindungi maruahnya, Allah lindungi kehormatan dan keimanannya daripada tipuan dunia apatah lagi dari anasir2 jahat..

Ingin aku bertanya; mana kau cari perempuan2 yg solehah ini?
Kat pub? Kat disco? Kat parti2 liar?

Kalau tempat begitu yg sering kau kunjung.. tak hairanlah kalau kau tak bertemu langsung dgn mereka.


Lagi, kat mana lagi kau cari mereka?
Kat facebook? Kat friendster? Kat myspace? upload picture saban waktu utk tontotan pandangan yg tidak halal..?
Nauzubillahi min zalik.. patut saja kau tak jumpa dengan mereka..


Utk makluman kau, perempuan2 sebegini, mereka amat menjaga kehormatan mereka.. ada banyak urusan yg lebih penting dari itu bagi mereka.. Hal2 yg boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka kepadaNya..

Sesungguhnya..
Kita seakan berada di dunia yg berbeza dgn mereka. Walhal, mereka wujud di sekeliling kita sebenarnya.. Dan jika kau bersungguh2 mencari mereka, aku pasti, kau akan jumpa. Masalahnya, kalau kau jumpa pun, kau layakkah utk memiliki mereka?
Begitu jugalah halnya dgn lelaki2 yg beriman.. Allah melindungi mereka2 ini dari fitnah dan Allah menjaga kehormatan mereka..


Aku.. paling suka pergi majlis anjuran Persatuan Mahasiswa Islam di uni aku. Waktu berkumpulnya kami dalam majlis itu, barulah aku sedar bahawa memang masih ramai muslimah yg bertudung labuh, bersopan santun, baik pekerti.. Suasana Islami yg begitu mendamaikan.. (Jujur, aku mmg suka memerhati org.. :)). Ramai muslimah yg baik2 di dalam majlis itu. Lembut tutur kata, sedap sungguh mata memandang..

Menjadikan aku rasa rendah diri yg amat sangat.. aku, secara peribadinya amat memandang tinggi pada golongan mukminah yg dikasihi Allah ini..

Maka, sebab itu aku berani mengatakan bahawa perempuan2 yg solehah ini masih wujud.


Perempuan solehah, sering dikaitkan dgn wanita yg bertudung labuh. Habis, yg tak bertudung, atau bertudung tapi tak sempurna tu tak solehah ke?

Dan seringkali juga aku dgr org mempertikaikan prmpuan bertudung labuh ini;

"Bajet alim la 2.. dia jek la yg solehah.. banyak ilmu, tahu serba serbi.. kita ni apalah sangatkan.. pakai baju pun ketat.."

Itulah silapnya kita, silap orang lain nampak.. salah yg tak ada, diadakan.. salah sendiri pula cepat2 buat2 tak nampak.. memalukan!

Memang tak dinafikan.. perempuan yg bertudung labuh itu, belum tentu semua hatinya bersih. Dan belum tentu juga perempuan yg tak bertudung itu semua hatinya hitam..

Siapa kita untuk mempersoalkan keimanan seseorang itu?
Sebelum kita sibuk menilai orang lain, apa kata, soalan itu kita tanyakan kepada diri sendiri? Dan sejujurnya, ukurlah baju di badan sendiri..

Mmg ada juga perempuan2 labuh yg memang bajet baik, orang senyum pada dia pun lokek nak senyum balik.. Tapi, apa salahnya kita bersangka baik? Anggap jek la dia tak nampak kita senyum pada dia ke, atau dia tengah badmood ke.. :)

Ada juga manusia yg luarnya nampak begitu waro', rajin ke masjid, ingatkan ikhlas kerana Allah.. rupanya hati penuh dgn riak. Beribadat, dan beramal soleh dgn niat mahu mendapatkan psgn yg soleh/ solehah. Kalau hal ini benar2 ada, sungguh rugi pelakunya itu.
Amalannya berkecai bak debu.. hilang tanpa kesan ditiup bayu. Allah tak pandang langsung segala amalan yg dilakukan dengan niat selain dariNya. Allah tak terima ibadah yg dilakukan bukan ikhlas kerana rasa takut dan cinta padaNya..

"Tak payahla pandang tinggi sgt prmpuan2 alim ni.. luar jek bajet alim. Kat Mid 2, ada jugak yg selamba buat tak senonoh kat khalayak ramai. Ada juga prmpuan brtudung labuh yg mengandung anak luar nikah, berzina!"

Astaghfirullah.. pedih sungguh telinga mendengarnya.. pedih lagi hati terasa..

Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Dengan adanya manusia2 seperti ini, sedikit sebanyak orang hilang hormat pada mereka yg benar2 baik. 


Tapi, manusia2 soleh dan solehah kerana Allah ini peduli apa pada pandangan manusia? Kerana dalam hati mereka, mereka cuma mendahulukan pandangan Allah. Buat baik kerana Allah semata2.. bukan utk menunjuk2 spt yg org fikirkan.


Aku masih ingat.. ketika aku menghadiahi adikku tudung yg lebih labuh lebih kurang 2 bulan yg lalu, dia telah meluahkan rasanya..;

"Adik takutlah kak.. golongan tudung labuh kat uni adik 2 boleh dikatakan rata2nya bajet.. hipokrit.. kuat mengata dan kuat mengakimi orang. Adik pergi usrah, selamba pakai t-shirt, dorg sibuk menjeling2 smbil berbisik sesama sendiri. Ah, lantakla, adik peduli apa? nampak orang lain pakai baju ketat2, tudung bawal, tak nak bertegur sapa langsung.. adik tak faham la kak.. Bukan ke perempuan solehah itu hatinya lembut dan penuh dgn kasih syg? kenapa dorg tu kuat berprasangka? Patutnya, mereka kenalah tunjukkan contoh yg baik. Bukannya mengutuk2 orang.. Adik tak faham kenapa mesti nak rasa bajet.. Bajet baik, bajet alim, bajet perfect, serba serbi benar.. dorg jek yg confirm masuk syurga.. kami semua masuk neraka ye dok?"

muka putih bersihnya berubah kemerahan. Nampak marah benar..

Sayang sungguh.. kesilapan2 sebegini menjadi racun dalam keindahan dan kemanisan Islam itu.. Islam itu indah, tetapi kita yg merosakkan keindahannya atas kejahilan diri sendiri.

"Adik takut kalau adik pakai tudung ni nanti.. adik akan jadi macam dorg.. tiba2 berubah jadi perasan baik jugak.. suasana uni akak lain. sng nak tarbiyah diri. kat sini? nak tarbiyah mendenye kalau org yg sepatutnya mrtarbiyahkan kita tu pun tak betul? Adik tak naklah sebab adik, rosak nama perempuan brtudung labuh.." sambung adikku lagi.

Nurul Izzati Liyana.. Cahaya kemuliaanku, kelembutanku.. Dia garang, dia tegas, tapi dia juga lemah lembut.. dan cantik! :)

Aku pandang lagi wajahnya yang putih bersih itu.

"Ikhlaskan hati berubah kerana Allah. Amalan kita dihitung atas tiket diri kita sendiri. Kita takkan kemana2 kalau semuanya dilakukan bersandarkan pandangan orang, apa orang fikir.. kalau hati dah bersedia dan ikhlas.. apa salahnya hijrah?" pujukku. Dia diam buat seketika.

"Betul juga.. buat baik bukannya perlukan alasan.." nyata hatinya cepat terpujuk.

Bagi aku.. tak kisahlah macam mana sekalipun seseorang itu. Perangai dia, sifat dia, penampilan dia, keturunan dia atau apa2 pun.. kita haruslah ikhlas untuk menerima dia seadanya.. jika kita ikhlas, insyaAllah, orang juga akan ikhlas pada kita..

Sebagai seorang Islam, kita haruslah bersangka baik sesama sendiri. Masing2 ada kekurangan dan kelebihan. Belajar untuk menerima kekurangan orang lain sebagaimana kita mengharapkan orang lain menerima kekurangan kita. Dan harus kita sematkan di dalam hati, kita bukannya sesiapa untuk menghakimi orang lain.

Kita juga seorang hamba. Dia juga. Mereka juga. Kalau dia kuli, kita juga adalah kuli kepada Allah. Lantas, apa bezanya kita dgn dia? Tak ada..

Bezanya amalan dan ketakwaan kita masing2 yg mana hanya Allah sahaja yg layak untuk mengakimi dan menerimanya.

Beribadat dan berbuat baiklah kerana Allah. Jangan jadikan manusia sebagai sebab untuk kita berbuat sesuatu. Takut2 jatuh hukum kita menyekutukan Allah kerana menyamakan tempat yg seharusnya menjadi milik Allah dgn manusia..


Seperti firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 110;

"Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa. Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya"


Ikhlaskanlah hati untuk berbuat apa2 pun.. Lakukan semuanya demi Allah.. Kerana cinta kita padaNya, kerana kasih kita padaNya, kerana janji kita padaNya.. 

Jika kita ikhlas.. InsyaAllah, ganjaran itu akan datang dengan sendirinya. Dan yg lebih penting.. hati kita akan rasa bahagia.. :)
Selalu dengar, orang kata, jika kita mencintai sesuatu itu.. kita akan sanggup lakukan apa saja deminya. Jika kau sanggup lakukannya demi cinta kau pada manusia, takkan kau tak boleh lakukannya demi ALLAH?

Kalau pun kau tak dapat menjadi bidadari dalam hati 'dia yg berhak', kau menjadi bidadari dalam syurgaNya kelak.. Bukankah itu jauh lebih indah?


Harus kutegaskan di sini, setiap dari kita telah dijemput oleh Allah untuk ke syurgaNya, Allah sendiri berfirman dalam surat cintaNya;
Dari Surah Al-Fajr, ayat 27 hingga 30 yang menyampaikan firman Allah yang membawa maksud;

‘Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya. Maka, masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu...’

Allah sendiri menghantar jemputan kepada hambaNya, lantas siapa kita untuk menyekutukannya? Siapa kita untuk berpaling dariNya?
Jangan sesekali lupa..
Motif utama kita hidup di dunia milikNya ini adalah untuk melaksanakan misi untuk bertemu dengan Allah di dalam syurgaNya kelak.. lupakah kau pada janjimu?

Kau adalah perempuan Islam.. Lantas mengapa bersikap, berbicara, berpakaian seperti bukan Islam? Tidak takutkah kau kepada Allah?


Wahai muslimat kesayangan Allah,
Jagalah dirimu, jagalah imanmu, jagalah hatimu, jagalah amalanmu.. jaga semuanya.. Lakukan apa yg diperintahkanNya, dan jauhi apa yang dilarangNya..


Dengan itu... kau bukan sahaja akan menjadi Nur Amina. Malah berkali2 lebih baik daripada itu..


Bagaikan bidadari yg hadir dalam mimpi, berkali ganda lebih indah, berkali ganda lebih wangi, berkali ganda lebih manis dari watak yang hanya wujud dalam lakonan, kau lebih baik dari watak yang hanya sekadar rekaan. Kerana imanmu itu bukanlah satu kepalsuan..

Kau kini.. bukan lagi berlari mengejar cahaya.. kerana kau sendiri adalah cahaya.. cahaya yang bersinar terang, cahaya keredhaanNya..

InsyaAllah, Moga bertemu kita dalam syurgaNya..

Wallahu 'alam..



p/s: Kumohon kemaafan andai ada kata yg menyinggung perasaan.. Aku hanya insan biasa, yg baik dtgnya dari Allah, yg buruk dtgnya dari aku sendiri..

Esok ada exam, begitu juga dengan lusa.. ambil masa seketika untuk meluah rasa. Doakan kejayaanku dan yg lain2.. :)

3 comments:

  1. salam. semoga berjaya di dalam peperiksaan amin ya rabbal alamin, ana doakan.

    ReplyDelete
  2. Salam warahmatullah nur.. :)

    insyaAllah. syukran atas komen dan doanya ya.. ana doakan kejayaan enti juga..

    moga dirahmatinya selalu.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... khusyuk je ak bc post ko.. Alhamdulillah... harapnye ak dapat memahami erti ikhlas.. terlalu payah utk ak pastikn adakah ak ikhlas atau tidak.. well kalo sudi.. comment ah cket... mmg la ko bkn seorang yg benar2 alim.. tp pendapat still interesting..

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."