Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, November 14, 2009

Saya Tak Rasa TERCABAR..


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan (batu2 yang dijadikan sembahan)..."

(Al-Tahrim:6)




Salam warahmatullah,

Alhamdulillah, akhirnya ada masa terluang untuk terus berkongsi sesuatu dengan pengunjung2 blog ini. Dalam entri kali ini, aku ingin berkongsi suatu cerita yang kubaca dari majalah kesukaanku.

Moga memberi manfaat buat kalian semua. InsyaAllah.. :)

Pelbagai karenah jemaah haji pada musim haji di Makkahtul Mukarramah. Suatu hari seorang isteri datang mengadu dengan seorang ustazah, dia memberitahu suaminya hendak kahwin seorang lagi.

"Dia nak kahwin di mana?"

"Suami saya nak kahwin di sini. Dia minta izin dengan saya." sedu suara si isteri penuh sebak mengenang nasib diri diperlakukan begitu oleh si suami.

Ustazah itu menasihatkan si isteri agar membawa suaminya bertemu dengan kaunselor di maktab penginapan haji agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kedua2 suami isteri ini pun bertemu dgn kaunselor.

"Isteri tuan ada memberitahu kami bahawa tuan mahu kahwin seorang lagi. Betulkah tuan nak kahwin lagi?" soal pegawai kaunselor berkenaan.

"Betul." jawab si suami.

"Tapi kenapa? Saya tengok isteri tuan baik, rupa paras juga cantik. Apa yg tidak kena padanya sampaikan tuan mahu berkahwin lagi?"

"Isteri saya sangat baik. Dia jaga saya dgn sangat sempurna. Makan, minum, pakai, layanan batin dan semua keperluan saya semuanya dijaga dgn baik. Walaupun dia bekerja, tetapi dia tetap menguruskan rumah tangga dgn baik. Urus itu, ini. Saya dilayan semacam raja. Dia tak bagi saya buat apa2 pun. Saya ditatang bagai minyak yg penuh.Urusan bayar bil elektrik, bil air, bil telefon dan persekolahan anak2, semua dia yg uruskan.Saya duduk goyang kaki saja di rumah." jelas si suami.

"Uih. Baguslah macam itu. Bukan senang, tuan.. nak dapat isteri yg taat macam ni." tingkah kaunselor.

"Masalahnya, saya rasa tak tercabar. Tujuan saya nak bernikah lagi dengan ibu tunggal adalah untuk membantu urusan kerja2 dia. Nak bantu uruskan anak2nya sebab selama ini saya tak buat apa2 di rumah, semuanya isteri saya yang uruskan. jadi, biarlah saya gunakan masa yang kosong itu untuk diisi dgn bantu orang lain pula." jawab si suami tersenyum lebar.

Tersandar pegawai kaunselor tersebut dgn keluhan yg cukup panjang. kepalanya tak henti2 menggeleng.

"Saya buat ini semua sebab nak dapat keredhaan suami saya, nak dapat kasih sayang suami saya, nak dapat balasan syurgaNya. Suami saya sangat baik orangnya. Salahkah saya balas budi baiknya itu, ustaz?" tangisan isteri semakin kuat kerana terlalu hiba.

"Tuan haji... semua lelaki suka dimanjakan, suka jadi raja dalam rumah dibelai oleh isteri, ditatang tanpa membuat sebarang kerja. Tapi tuan lain pula jadinya. saya cadangkan, tuan haji tangguhkan dulu hasrat tuan haji itu. Raikanlah bakti isteri tuan haji yang selama ini amat setia kepada tuan haji. Berbincanglah balik dengan isteri, mana2 tugasan yang boleh tuan haji ambil alih, tuan ambillah. Macam urusan bayar bil2, beli barang dapur dan urusan anak2 di sekolah. Kalau isteri sibuk memasak di dapur, tolonglah tengok2kan anak2 membuat kerja sekolah. Boleh juga ajar mereka mengaji Al-Quran. Banyak perkara yang perlu kita didik, supaya anak2 membesar jadi orang yang soleh." nasihat kaunselor itu.

Pasangan tersebut mendengar dengan teliti setiap nasihat kaunselor itu.

"Kepada puan hajah pula, berilah kepercayaan kepada suami untuk melakukan tugasan2 utama. Mula2 memang kekok. Tapi, lama2 nanti ok lah." pesannya lagi.

"Makkah bumi barakah. Mintalah pada Allah untuk diberi petunjuk dan ketenangan hati dalam menghadapi ujian hidup ini. Jangan sangka apabila beristeri satu lagi akan menyelesaikan masalah. Takut2 nanti semakin membebankan diri. Sudahnya kita pula yang tak sanggup nak hadapi ujian tersebut dan menyesal tak sudah. Jagalah isteri dan anak2 dgn sebaiknya. Ini amanah Allah yang tidak boleh diabaikan." nasihat kaunselor itu lagi.

Kedua pasangan tersebut saling bermaafan dan berjanji akan cuba mempraktikkan nasihat ustaz.

"Orang mukmin yang paling sempurna iman mereka ialah yang paling elok, baik akhlak mereka, dan terbaik dalam kalangan mereka ialah mereka yang berbuat baik kepada isteri-isteri mereka.."
(Riwayat Al-Tarmizi dan Abu Dawud).

Wallahu 'alam..



2 comments:

  1. salam alaik..

    bertuahnya dapat isteri semacam ini..
    murninya niat suami jika betul kerana Tuhan.

    entahlah.
    hmm..kelu.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..

    benar..
    beruntung beroleh isteri yang sebegitu..

    Lebih beruntung jika dapat menjadi isteri yang semacam itu..

    seperti umi, ana juga kelu saat baca artikel ni..

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."