Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Sunday, November 8, 2009

Takutlah Kamu Kepada ALLAH.


"Sesungguhnya orang-orang yang baik dalam syurga dan sesungguhnya orang-orang yang jahat dalam neraka diamnya."

(Al -Infithar: 13-14)




Siapakah manusia2 yang baik itu?

Firman Allah swt;
"Dan mereka yang memelihara kehormatannya." (Al-Mukminun-5)

Maksud ayat itu ialah, mereka yang memelihara diri dari sesuatu yang haram.

Dan Allah berfirman lagi;"Dan janganlah kamu hampiri perbuatan yang keji, baik dari segi lahir mahupun batin." (Al-An'am-151)

Baik yang besar, iaitu zina. Mahupun yang kecil iaitu, mencium, menyentuh atau memandang yang tidak halal.
Sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah saw.
"Tangan, kaki dan mata juga boleh berzina."

Allah swt ta'ala berfirman;
"Katakanlah kepada orang2 mukmin lelaki supaya mereka merendahkan pandangannya (melihat benda yang terlarang) dan menjaga kehormatannya (tidak berzina). Itu lebih suci bagi mereka." (An-Nur: 30)

Allah swt telah memerintahkan lelaki atau perempuan yang beriman agar memalingkan pandangannya dari hal yang haram dan menjaga kehormatan, serta mengharamkan zina.

Allah telah berkali2 mengingatkan;
"Barangsiapa yang berbuat demikian, nescaya akan menemui dosa (seksa)." (Al-Furqan: 68)

Dirawikan daripada seorang sahabat Rasulullah saw; dia berkata,
"Hindarkan akan zina. Di dalamnya ada 6 hal. 3 di dunia, dan 3 lagi di akhirat. Yang di dunia ialah 1) berkurangnya rezeki, 2) putus ajal, 3) bermuka durja. Adapun di akhirat, 1) kemurkaan Allah, 2) hisab yang berat dan 3) masuk neraka."

Dirawikan bahawa nabi Musa AS berkata;
"Ya Allah, apakah seksaan buat orang yang berzina?" 
Allah menjawab; "Kukenakan padanya baju besi dari neraka. Kalau diletakkan di gunung, tentu akan hancur."

Dalam suatu hadis ada merawikan bahawa Perempuan yang jahat lebih disukai oleh iblis berbanding 1000 lelaki jalang.

Dalam kitab Al Mashabih: Rasulullah saw bersabda;
"Jika seseorang berzina, hilanglah imannya dan di atas kepalanya ada semacam kegelapan. Jika dia bertaubat daripada perbuatan itu dengan taubat nasuha, maka iman itu akan kembali padanya."

Dalam Kitab Iqna' tersebut: Rasulullah saw bersabda;"Tidak ada dosa yang lebih besar di sisi Allah daripada lelaki yang meletakkan mani pada wanita yang tidak halal baginya." 

Walaupun begitu, liwat itu lebih besar dosanya. Dirawikan dari Anas bin Malik RA, dari Rasulullah saw, beliau bersabda;"Barangsiapa yang berliwat (pelakunya) takkan mencium bau syurga. Meskipun bau itu tercium dari sejauh 500 tahun perjalanan." 

Qadli Imam RA berkata;Kudengar seorang guru berkata,"Setiap wanita disertai seekor syaitan. Dan setiap lelaki disertai 18 ekor syaitan."

Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ma'qal bin Yasar telah menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan katanya;
"Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh."

Wahai manusia2 yang tidak tahu bersyukur! Bertaubat itu wajib bagi setiap orang Islam.

Firman Allah dalam Surah At Tahrim ayat 8;"Wahai orang-orang mukmin, bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha.."

Kerana sesungguhnya;Rasulullah saw bersabda;
"Orang yang bertaubat daripada dosa bagaikan orang yang tidak berdosa.."

Bertaubatlah. Azab neraka itu tidak terperi..

Allah berfirman dalam Al-Quran tentang balasan kepada penghuni neraka.
"Ketika air diberi kepadanya, dia tidak suka. Setelah dekat air itu ke wajahnya, kulit kepalanya terbakar dan mengelupas. Apabila dia meminumnya, usus putus keluar dari duburnya." 
"Dan diberi minum dengan air panas, sehingga putus-putus usus perut mereka."

Tidak menitiskah air matamu mengetahui balasan seksa Allah buat pengingkarNya?

Kalau kau tanya.. Mengapa aku menulis entri ini?

Jawapannya;

Kerana ini..




Kau bermula dengan ini;



Diikuti dengan ini;


Dan diakhiri dengan ini;



Aku sudah tidak sanggup melihat, membaca berita bayi dibuang. Aku sudah tidak sanggup mendengar berita gadis-gadis yang mengandung anak luar nikah, berzina berkali-kali.. Aku sudah tidak sanggup..

Aku sungguh takut mendengar.. betapa beraninya kamu semua mengingkariNya.. aku sungguh takut melihat kamu semua begitu bangga melakukan dosa.. 

Aku sungguh takut kalau kiranya suatu saat nanti Allah menarik kembali hidayahNya dariku sebagaimana Dia melakukannya kepada orang-orang yang melupakanNya..

Wahai manusia-manusia yang gagal..

Bertaubatlah kau.. sebelum izrail datang ke muka pintu..

Bertaubatlah kau.. sebelum nyawa tiba di hujung halkum..


Moga ampunan Allah sentiasa terbuka buat kita semua..

Wallahu a'lam..



Ya Allah..
Jangan Kau jadikan aku,
Seperti orang-orang yang melupakanMu..
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah aku dalam jalanMu..
Peliharalah imanku,
Diriku, Maruahku,
Dan seluruh manusia-manusia yang beriman..
Dari tipuan dunia yang busuk ini.
Selamatkanlah kami semua, Ya Allah..
Kami sungguh takut dengan azab api nerakaMu..

Ya Allah,
Tuhan Yang Maha Mengasihani..
Tuntunlah hati-hati yang berdosa kepadaMu ini..
Bukakanlah hati mereka untuk mengejar taubat dan redhaMu..

Bukakanlah mata mereka Ya Allah..
Sedarkanlah mereka..
Bahawa dunia ini hanya sementara..

Dan kepadamu jualah tempat kami kembali..


Moga ada tempat untuk kami dalam redhaMu, Wahai Tuhan yang Pengasih lagi Maha Penyayang.. (T T)

*sumber rujukan hadis; Mukasyafah Al-Qulub karangan Imam Al-Ghazali.



9 comments:

  1. Alhamdulillah..

    dpt juga post entri ni..

    harap2nya bermanfaat pada yg membacanya..

    Ya Allah.. Ampunilah aku.. aku banyak berdosa padamu.. (T T)

    Tolonglah jangan tinggalkan aku ya Allah..

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwah...

    sungguh bermanfaat....benar kata ukhti... moga2 mereka peroleh hidayah dariNya untuk bertaubat...ameen...

    ReplyDelete
  3. salam sayangku manis.. :)

    ummi suka baca post entry neh.
    sungguh menyedihkan ada saja berita anak luarnikah, bayi dibuang..tuh belum masuk kes zina.masya Allah.mmg takdapat nak kata apa dah T___T kasihan mereka sayang....mereka tak faham agama.mereka tak punya keinginan faham agama atau org2 macam kita yang KURANG peduli tentang nasib mereka?

    ummi lebih menangisi nasib kita sayang dari pendosa-pendosa ini...kenapa kita diam?kenapa kita membenci?kenapa kita terkejut?kenapa kita pilih kasih?

    sayang..
    dah nangis ummi..

    YA ALLAH,
    Engkau ampuni kami..
    Engkau ampunilah mereka.
    ampuni kami atas ketidakmampuan ini..
    ampuni mereka atas keterlajuran itu..

    sayang..
    tolong jangan disisihkan mereka2 ini yaa.
    mereka perlu org2 macam kita..
    kawanlah mereka...
    sayanglah mereka..
    tunjukkan bahawa agama Tuhan ini sangat peduli..

    Ya Allah,
    gagahkan hati-hati kami untuk memerdekakan jiwa-jiwa pendosa ini agar kami tidak turut terjebak ke kancah yg sama.

    Allah...
    perkenankan langkah-langkah perjuangan kami..
    kami tulus ingin membantu mereka..
    membawa mereka kembali kepada-MU..
    Allah..
    restuilah perjuangan kami...
    kami ingin menjadi pejuang agama-MU.

    sayang.
    peluk. :(

    ReplyDelete
  4. Salam warahmatullah umi..

    ana pun nangis baca komen umi..

    Jangan nangis umi.. meh ana lapkan air mata umi.. mengapa kita pula yang menangis?

    Kerana kita takut dengan dosa yang dilakukan manusia lain.. mereka ini tidak takut kepada Allah. Tetapi kita sangat takut..

    Bala yang Allah timpakan.. tidak memilih samada mereka beriman atau tidak. Allah lenyapkan sekaligus!

    Sayangku umi..

    Aku sangat sayang kepada semua saudara2 perempuanku.. Tak mungkin aku meninggalkan mereka.. kelak di akhirat, Allah akan bertanya kepadaku tentang semua itu..

    Umi..
    Aku tidak meninggalkan mereka..

    Persoalannya..
    Mereka sendiri tidak mahu bertaubat, umi..

    Hidayah itu milik Allah..

    Kita hanya boleh menuntun kuda ke gigi air..

    Tetapi terpulang pada kuda itu sendiri untuk minum atau tidak..

    Sesudah nasihat juga tidak berkesan..

    Hanya doa saja yang mampu ku panjatkan kepada Ilahi..

    Moga kita semua sentiasa mendapat ampunanNya..

    Sabarlah ya umi..
    InsyaAllah.. sama2 kita doa agar Allah melindungi orang2 yang beriman daripada kemungkaran..

    Neraka Allah itu sangat perlu untuk digeruni..

    Sabar ya umi..
    Jangan menangis lagi..

    Meh peluk.. :)

    ReplyDelete
  5. Tengah mengingat dosa2 aku yang dulu2....rasanya memang banyak giler. Sikit2 aku menngingatkan dan menginsafkan diri...aku cuma manusia biasa yang hidup pun macam orang biasa...belum tercapai tahap orang alim-alim nih...tapi masih sudi mendengar perkara yang baik-baik...

    ReplyDelete
  6. elok juga kita sama2 elakkan diskriminasi... supaya orang2 yg memerlukan petunjuk itu bersama2 golongan yang berilmu...

    saya suka entri ini... besar implikasinya kepada pembaca...tahniah

    ReplyDelete
  7. ya Allah, kenapalah sanggup buang bayi tu? anak yg tak berdosa..
    dah ada anak, bela lah elok2..
    nauzubillah..
    ramai yg takde anak. klu taknak anak tu, bg je kat hospital ke..tanya kat jiran2 kot2 depa nak bela anak tu..tolonglah jgn buang bgtu..haiwan pun tak buat gtu. *mereka itu lebih teruk dari haiwan "balhum adhal"
    dah buat dosa, sepatutnya jaga anak tu..tu mungkin Allah nk bg pahala drp anak tu utk tampung dosa yg dilakukan...sabarlah dgn ketentuan..sabarlah dgn dugaan..setiap kali buat dosa, bersegeralah bertaubat, Allah tu Maha Menerima taubat hamba2Nya.
    astaghfirullah al'azhim..nauzubillah..

    ReplyDelete
  8. Salam warahmatullah..

    syukran atas komen..

    respon kepada;
    1) Hahn 3rd-
    salam ziarah..
    Setiap manusia juga tidak dpt lari drp melakukan dosa.. disebabkan itulah kita harus kembali kepadaNya. Hanya Rasulullah saw shj yg suci drp dosa krn baginda brsifat maksum. wlupun begitu, baginda tetap memohon ampunan dari Allah dlm setiap nafas baginda.

    Sedangkan kekasih Allah sendiri begitu takut kepada Allah.. siapa pula kita? marilah sama2 terus mendekatiNya. insyaAllah, Allah psti akan mengampuni kita.

    syukran atas komen... :)

    2) FAB-
    Saya setuju benar dgn pndpt saudara. Sebagai masyarakat Islam yg prihatin dan penyayang, kita harus sama2 membantu golongan ini kembali ke jalan yg benar..

    Bagaimana kita ingin lari, sdgkn kita juga bertanggungjwb utk membantu menyelesaikan mslh sosial ini. Kelak, di akhirat, Allah pasti akan brtanya kepada kita ttg ini. Adakah kita sudah melaksanakan tugas kita sbg khalifah di bumi ini?

    syukran atas komen dan kunjungan.. :)

    3) Naimah 27-

    Syukran atas kunjungan..
    Inilah kenyataannya.. perit utk ditelan. tapi kenytaan ttp kenytaan.
    Anjing yg kurus dan kelaparan pun ttp menyusukan anak2nya yg lebih dr seekor. Tp, kita manusia, anak seorang pun sggup buang.
    Buang di tmpat bakar smpah, dlm tndas, dlm sungai, dlm tong smpah. Paling keji.. buang di tepi jln..

    Ke mana hilang moral kita sbg manusia? mana akal yg diberi Tuhan utk brfikir?

    inilah akibatnya jika berfikir mggunakan nfsu.. manusia juga jadi lebih rendah drjatnya dari haiwan..

    Serendah2 darjat haiwan.. mereka dijamin masuk syurgaNya. sedangkan kita?

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."