Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Friday, July 1, 2011

Lembaran Hidup Wanita Solehah.




Mampukah aku ya Allah...

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah,
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Harta diperjuangkan ke jalan Allah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana,
Pendorong tatkala kesusahan & penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan,
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang..

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang,
Tiada sebarang harta dunia,
Layaklah dia penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah,
Ingin kuintip serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah,
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagaikan wanginya pusara Masyitah. 

Mampukah aku ya Allah..
Untuk menyusuri jalan para pencintaMu ini..?

ya Allah..
Izinkanlah aku bertemu & berkumpul dengan mereka dalam jannahMu..

Saturday, June 18, 2011

DenganMu Aku Tenang.



Opick-DenganMu Aku Tenang

Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia


Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Nenangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa


Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang


Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa


Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Aku tenang




Donwload lagu ini [di sini]


Saturday, May 14, 2011

Benarlah, Aku Telah Tertipu..



Nampaknya selama ini,
Telah ku tertipu dengan pantulan cahaya,
Hingga menafsir kaca sebagai permata,
Dan pandangan mataku,
Yang dibutakan oleh emosi & nafsu buruk,
Hingga membuang permata yang ku kira ianya kaca.

Sungguh benar aku jahil,
Terburu-buru,
Dan aku benar telah tertipu.
Lalu kini aku menyesal,
Kerana kejahilanku sendiri..

Astaghfirullah hal adzhim..
Mengapa begini sekali aku diperbodohkan?
Mengapa begini sekali aku mempersiakan?

Astaghfirullah hal adzhim..
Cetek benar ketelusan hati,
Dan menilai reluk kilas beza,
Antara hitam dan putih.
Antara kaca & permata,
Antara buruk & baik..

Benarlah aku telah tertipu...

Penyesalan,
Rasa terkilan,
Berputus asa,
Berputus harapan,
Kekecewaan...

Semuanya seakan sudah tiada kegunaan.

Mana yang pergi,
Mana mungkin boleh kembali...

Mana yang hilang,
Mana boleh dicari ganti,
Yang sempurna sama.
Kerana dia.. hanya ada satu.
Hanya satu saja yang seperti dia.

Maafkanlah..
Maafkanlah diriku yang jahil & terburu-buru ini.
Keputusan yang ku rasakan sudah benar,
Rupanya adalah yang terburuk sekali.

Apapun padaNya,
Tetapku panjatkan kesyukuran.
Kerana terpilih untuk diuji.
Walau carikan ujian ini..
Meninggalkan luka yang dalam,
Serta parut yang sangat buruk..


Benarlah kata Imam al-Ghazali,
Bersahabat dengan tukang besi,
Tercarik baju terkena serpihan api.
Sebaliknya pula..
Wangi bersemi dek sahabat penjual minyak wangi. 

Carilah, Dekatilah & Pilihlah,
Sahabat yang memegang agamaNya sebagai tali hidup.
Sahabat yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup.
Sahabat yang mencintai Allah & memikirkan Allah dalam setiap saat hidup.

Andai kau marah, dia memberikan kesabaran.
Andai kau tersasar, dia menunjuki jalan.
Andai kau tersilap, nasihat nya pula berpandukan Islam.
Kata-katanya manis,
Tiada dendam, perli & keji.
Tiada niat buruk yang tersirat.
Kerana hubungan mahukan redha Allah sebagai ganjaran.

Sesungguhnya,
Kawan, teman & sahabat itu jauh benar bezanya..

Ya Allah..
Walau aku bukan Asiah Yusra..
Untuk mendapatkan Elya Khadijah sebagai sahabat sejati..

Aku redha..
Kerana aku mengerti..
Kau mahu aku hanya bergantung & berpegang padaMu..
Mungkin jika ku diberikan nikmat sahabat yang solehah..
Dia mungkin akan mencuri perhatianku melebihi diriMu..

Alhamdulillah..
Besarnya ibrah yang kuperolehi dari ujian ini ya Allah...

Alhamdulillah..




10.29 pm | 12/5/2011 | Thursday
Seksyen 10, Shah Alam.


p/s: 2 bulan di shah alam.. Mudah-mudahan Allah redha.

Wednesday, April 20, 2011

Pelangi Hanya Ada Selepas Hujan.

 

Benarkah cinta yang kita ungkap. Dalam bait kata cinta yang ditaip, dipapar, dilafazkan melalui bibir itu benar-benar lahir dari hati, dari ruang reluk ikhlas yang paling dalam?

Benarkah sudah benar cinta, cukupkah hanya dengan taipan kata indah, madah manis.

Namun, bila ujian sesekali singgah. Goyah benar iman pun tergugah-goyah.

Malah, tertanya-tanya mengapa terjadi, kenapa mesti terjadi. Kenapa diri ini yang terpilih? 


"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya." (Surah Al-Mu'minun: 115-116)

Cinta itu bukan hanya diinterpretasikan melalui bait kata indah dan madah manis. Cukuplah apabila ujian begini datang menguji, dan kau mula merungut. Itu sudah cukup membuktikan betapa rapuhnya sebuah keimanan. Betapa rapuhnya sebuah kepercayaan dan pergantungan.

Rapuh sudah semua itu. Hanya kerana sebuah ujian.

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?" (Al-Baqarah: 214)

Kemudian entah hilang ke mana cinta yang selama ini beria dilaung-laungkan, ditaip-taipkan, ditazkirahkan. 

Hanya kerana satu ujian.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (al-Ankabut: 64)

Astaghfirullah hal adzhim..

Jika engkau benar beriman. Engkau pasti mengetahui, ketentuanNya itu adalah yang terbaik. Lalu engkau pun akan sepenuhnya redha & ikhlas menerima, kerana Kau percaya, Dia lebih Mengetahui.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [al-Baqarah : 216]

Sesungguhnya jika engkau benar beriman. Engkau pasti takkan berani merungut apatah lagi berani mempersoalkan. 

Dia pun telah berjanji;
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." [al-insyirah :5-6]

Masakan adanya pelangi jika tanpa adanya hujan? 

Begitu jua resminya hidup, apa maknanya tanpa disapa ujian?



Sungguh, keimanan itu bukan hanya kata indah yang semudah ungkapan & taipan.

Moga dengan bertambahnya ujian, akan membuahkan iman & cinta yang makin menggebu-gebu buatMu, Tuhan..

Mardhotillah tujuan kita, saat ini, esok & hingga akhirnya, insyaAllah.

Allahu'alam.




p/s: enough with 'those' feeling. It's already passed. Be prepared for the next paper, insyaAllah.