Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, November 3, 2012

Ironi.




[Perbualan 1] : Lelaki Baik, Bosan?

A: "Sweetnya la Suri ni kan...?"
B: "Suri mana?"
A: "Surinder Singh. Watak cerita Rab Ne Bana Di Jodi ni la..."
C: "Apa yang sweet? Nerd gila ada." dengan wajah tak puas hati.
A: "Sweet la... baik... Untunglah wife dia. Jadi first love dia. Setakat kita bekalkan makanan untuk lunch dia pun dia terharu & hargai betul. Serius comel.."
B: "...." 
Dengan muka tak mengerti...
C: "Tak faham aku kau ni.. Lelaki tua 40-an yang tak pernah bercinta, tetiba dapat kahwin dengan perempuan muda, cantik gila yang dia terjatuh cinta at the 1st sight. Memanglah macam tu pun reaksi dia. Apa yang sweetnya pun..." Masih tak puas hati.
A: "Itulah yang sweet... sudahlah 1st love, terus kahwin pulak." 
C: "Pathetic."
B: "Kau tak suka ke lelaki baik...?" Wajah kepelikan.
C: "Lelaki baik bosan la... kalau baik sangat pun bosan.."
A: "Mana kau tahu lelaki baik tu membosankan? Kau tak kahwin pun lagi dengan mana-mana lelaki baik kan?"
C: "Aku pun tak nak. Not every good girl like a good guy. Some of them love bad guys."
B: "Husyoo.. Kau pakai falsampah orang putih nampak..." Senyum sambil angkat kening..
C: "Yela.. bad guy ni unik tau. Tak la nerd, plain, bosan macam lelaki yang 'terlampau' baik. Sweet apa ada dynamic character macam tu.. Full of suprise." Tersenyum bangga.

--------

Bad guy yang disangka dinamik, penuh suprise itu benar-benar membuat kejutan apabila flirting around dengan ramai gadis keliling pinggang. 


Ironis.



[Perbualan 2] : Tupai Yang Licik.
J: lelaki & A, B: perempuan.

J: "Walaupun aku pernah rosakkan ramai anak dara orang, aku kahwin, confirm pilih perempuan baik. Wife aku tu suci tau masa aku kahwin dia. Tak nak aku perempuan dah kena tebuk tupai.."
A: "Even kau 'tupai'-lah tu?"
J: "Eh... kalau dengan aku dia boleh bagi free-free je.. confirm dengan lelaki lain pun dia boleh buat macam tu jugak. Aku bukan bodoh nak pertaruhkan hidup aku dengan kahwin dengan perempuan yang dah rosak."
B: "Tadi kau kata, mostly perempuan-perempuan tu kau yang... (tak tahu nak guna ayat apa) hm... kaulah perosak pertamanya kan... Lepas tu diaorang pregnant, kau lari pulak..."
J: "Ah... tak nak aku... pandai-pandailah kau nak hidup macam mana. Aku guna nama persatuan back-up nama aku. Cover line.. lepas....."
B: "Tak baik kau buat macam tu tau... zalim namanya.."
J: "Aku zalim? Eh.. Kau dengar eh.. aku pernah suka dengan perempuan baik yang bertudung labuh, baik la macam korang ni.. tapi disebabkan dia baik, aku tak sanggup nak rosakkan dia. Kira aku ni baik la.. yang rosak tu sebab dia yang menyerah diri.. bodohlah aku kalau aku tolak..."
B: "........"
J: "Aku pesan kat kau... jagalah diri kau baik-baik.. lelaki, macam mana puaka jahat pun, kahwin confirm cari perempuan yang baik jugak..."
A: ".........."
J: "Bertuahlah kalau seorang lelaki dapat perempuan yang menjaga diri macam kau ni..."
A: "Err... Allahu'alam... tapi lebih bertuah kalau semua perempuan dalam dunia ni tak bertemu & terjebak dengan lelaki yang macam kau ni..."
J: "Oih!"
Bengang.

A: "Maaf... aku tau aku melampau. Tapi aku tiba-tiba rasa ada yang tak kena dalam hati aku ni bila dengar cerita kau. Marah mungkin."
J: "It's okay. Aku share untuk pengajaran korang..."
B: "Oh... terima kasihlah.. memang banyak pengajaran."

-------

Kau sangka kau cukup bijak. Boleh melepaskan diri dari tanggungjawab, perbuatan jahat yang telah dilakukan. Malangnya, adik perempuan kau sendiri akhirnya menerima nasib yang serupa seperti mana perempuan malang yang pernah kau zalimi & tinggalkan.

Ironis.



[Perbualan 3] : Perempuan ustazah-type, Scary?
R: lelaki, A & B: muslimat.

R: "Aku taklah harap sangat isteri aku nanti bertutup litup, tudung labuh bagai. Ustazah-type ni bosan la orang kata. Tak romantik. Kalau 24-jam cerita bab akhirat je masak aku.... Aku tak dapat bayangkan hidup dengan keadaan yang membosankan nanti. Tak sanggup aku."
A: "Sarkastiknya statement kau. Tapi bagi aku still better 24 jam cerita bab akhirat daripada 24 jam asyik cerita hal dunia je kot."
R: "Oi.. 24 jam tu.. ceramah pun yang boleh dengar takat 24 minit yang paling lama. Ei.. bosan gila macam tu. Tak ada life langsung."
A: "Mana kau tau perempuan ustazah-type ni membosankan? Kau tak kahwin pun lagi dengan perempuan jenis tu kan.."
R: "Sederhana je sudah la.. tak payahlah baik sangat. Scary doh."
B: "Sederhana macam mana tu..? aku rasa perempuan paling sederhana perempuan yang kau kata scary tu la.. maintanance paling low sekali. Tudung pun jahit sendiri. Make-up hapah tak pakai.."
R: "Alah... banyak tanya plak kau ni.. sederhana tu biasa-biasa je la.. pakai jugak tudung tapi taklah habis tutup satu badan. Orang laki nak dekat pun takut..."
A: "Eh... macam tu la bagus... suami dia je yang berani dekat. Special la sikit..."
R: "Whatever. Aku rasa tu depends la pada citarasa masing-masing..."
B: "........" 

--------

Perempuan 'sederhana' yang kau terima tu akhirnya tinggalkan kau & kembali semula kepada kekasih lama dia. Hakikatnya, kau sebenarnya menaruh hati pada seorang gadis yang baik, kemudian dia revert jadi lebih baik & pakai tudung labuh, kau tiba-tiba rasa tak layak untuk dia. Rupanya, kau bias terhadap perempuan jenis itu, sebab kau nak sedapkan hati sendiri. 

Ironis.




[Perbualan 4]: Lelaki Baik, Masih Wujudkah? 
Rententan daripada [Perbualan 1].
Situasi: After bergaduh dengan teman lelaki yang bad-guy-type tadi.


C: "Tak ada ke lelaki baik dalam dunia ni...? Setia.. macam cerita tu.."
B: "Cerita yang mana? Suri?"
C: "Hm.." angguk kepala. 
"...Lelaki baik..." sambungnya.
Melepas nafas perlahan.
B: "Ada. InsyaAllah ada. Tapi mungkin mereka bukan untuk kita..."
Saling berpandangan.
B: "... Mereka adalah untuk perempuan yang baik-baik juga."
C: "......." Speechless sambil berwajah sugul.


------------

Allah itu Maha Mengetahui serta Maha Adil.
Dia Memberi apa yang kita layak dapat.
Dia Kurnia apa yang berpadanan dengan diri kita.


"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, & lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji..." 


"..Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, & lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang. Mereka beroleh keampunan & rezeki yang mulia (syurga)." 

[surat cintaNya yang ke-24; ayat 26]




Allahu'alam.

------------
Notakaki:
# Ironi : keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dgn yg menjadi hakikatnya. 
Bahasa Asal :Inggeris
Sinonim: tersembunyi, makna berlapis, sindiran.

# Ironis: menunjukkan atau bersifat ironi

p/s: 
Perbualan di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada persamaan, ianya hanyalah sekadar kebetulan. 


2 comments:

  1. terima kasih atas pesanannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita saling mengingatkan ya.. insyaAllah.. :)

      terima kasih atas kunjungan..

      Delete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."