Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Wednesday, October 24, 2012
Ada Suatu Ketika.
22 Oktober.
10.27 pm.
Ada suatu ketika..
Apabila yang aku rancangkan,
Bukanlah seperti yang Dia rencana.
Apabila yang aku kehendaki,
Tidak Dia kurnia..
Sebalik Dia Memberi,
Apa tak ku ingini.
Dia memberi,
Apa yang aku mahu jauhi.
Apa yang aku tidak sukai.
Aku merasa jatuh.
Namun,
Yang tetap menyambut aku kembali..
Tetap adalah Dia..
Apabila Dia Memberi,
Tidak aku hargai,
Bukankah itu bermakna nikmatNya tidak kusyukuri?
Apabila yang aku mahukan.
Tidak Dia bagi..
Apakah dariNya, aku mahu berpaling pergi?
Hati aku merajuk?
Iman aku mereput?
Apakah akan serapuh itu aku menjadi?
Bukankah aku wajib memahami.
Bahawa Dia Memberi apa yang Mahu Dia Beri.
Bukannya Dia Beri apa yang Aku mahu Dia Beri...
Bila aku kecewa pada takdirNya.
Tentulah Dia kecewa kepadaku lebih-lebih lagi..
"Apakah setakat ini sahaja cintamu kepadaKu selama ini?"
"Apakah memang benar kau akan berpaling sebaik sahaja diuji?"
"....Walhal, ujianKu hanya sekecil ini?"
Hiba aku hiba.
Mengapa perbuatan tidak selari apa terucap.
"Aku ni sangat jahatkan Allah...?" (T.T)
Hati, pujuklah hati.
Kalam Ilahi dalam surat cintaNya yang kedua.
Banyak menjentik naluri.
Kaji,
Sila habis dulu mengkaji.
Hembus kabus jahil & duniawi,
Biar menjauhi pergi dari diri..
Allah..
Menggunung dosaku yang belum terampuni.
Tak tercapai dek taubat & doaku saban hari.
Ampuni aku yang tak layak diampuni.
Ampunilah aku Ya Robbi...
------------
Setiap kejadian,
Setiap ujian,
tiada yang sia-sia.
Kerana apapun yang datang dariNya itu tiada sia-sia.
Bukanlah kebetulan cuma.
Melainkan penuh hikmah & rahsia.
Semua dalam pengetahuanNya.
Tidak mampu tersingkap oleh sepasang mata hamba...
Tersenyumlah menerima semua.
Kerana itu datang daripadaNya.
Dan apa yang diberikan olehNya itu..
adalah yang terbaik buat setiap hambaNya..
Notakaki:
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu..
Dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta..
Labels:
catatan hati,
hiba,
hikmah,
malu,
muhasabah diri,
puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
karya yang cantik..penantian itu kesabaran.dan kesabaran itu sentiasa indah..salam aidiladha ya ukhti.salam ukhwah
ReplyDeleteAda 2 kata2 penyejuk & pemujuk hati berkaitan dengan sabar.
Deletefasobrun jamil (sabar itu cantik)wa innallaha maassobiriin (& Allah bersama dengan orang2 yg sabar)..
Allah itu dekat & sesiapa yang mencariNya, pasti akan ketemu. insyaAllah. & pada setiap ujian, jika direnung kembali, semua adalah dariNya & apa drpNya tentulah yg terbaik.. :)
salam eidul adha wa ukhtifillah insyaAllah.
syukran sudi baca & singgah. :)