Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Saturday, November 20, 2010
Moga Bertemu Lagi Dalam SyurgaNya..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; '...."Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, serta sediakanlah petunjuk untuk kami dalam menyelesaikan urusan kami.'." [Al-Kahfi: 10]
Dengan Asma' Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, peperiksaan bakal menginjak ke minggu yang terakhir, insyaAllah. Paper exam pun berbaki tinggal 2 subjek kod 'U'. Paper 'core' dan 'minor', Alhamdulillah sudah lepas. Oh ya, jangan ditanya status paper yang sudah lepas itu. Biarlah menjadi rahsia aku & Tuhanku.. :)
Firman Allah;"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Surah Luqman: 14]
InsyaAllah, subuh yang bakal menjelang ini menandakan ibuku akan bertambah lagi bilangan umurnya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya dari kejauhan & dalam kerinduan yang amat sangat.
Ibu & ibu kesayangannya..
"Ibu, i love you." kataku sangat lama dahulu.
"Hm.. ibu nak jawab macam mana tu?" tanya ibu. Seingat dia, itu kali pertama ku menyatakan cinta padanya dalam bahasa inggeris.
"Ibu jawabla; i love you too.."
Selepas itu, memang menjadi kewajipan kami itu saling bertukar 'ayat-ayat cinta' sebelum menamatkan panggilan telefon. :) Alhamdulillah.
Kepada calon zaujku. Aku benar-benar minta maaf. Kamu bukanlah orang yang pertama menerima ayat tersebut. (^^,)
Tempohari telefon bimbitku ditakdirkan rosak. Aku sangat terharu apabila ibu & ayah menghadiahkanku telefon bimbit baru kerana tidak sampai hati dengan keadaanku yang terpaksa menggunakan 'public phone' untuk berhubung dengan mereka.
Aku juga sangat terharu apabila ibu benar-benar menghantar rendang & sambal buatku kerana tak dapat pulang waktu raya aidiladha yang lalu walau sebenarnya aku hanya bergurau. Sungguh aku sangat bersyukur tatkala menerima bungkusan tersebut.
Demi Allah, aku sangat mencintai ibuku, ibuku, ibuku & ayahku selepas Allah & rasulullah saw. Akanku sedaya upaya berusaha untuk menjadi anak yang solehah, menyejukkan mata & membahagiakan hati keduanya selagi aku masih hidup, insyaAllah.
Teringat perbualan telefon dengan ibu malam 10 zulhijjah tempohari. Berlatarbelakangkan suara takbir dari masjid USM;
"Jangan sedih-sedih.. insyaAllah nanti bila In balik, kita masak lagi rendang & makan sama-sama ya.." pujuk ibu walau aku tidak ada mengadu sedih pun padanya. Namun, nalurinya pantas merasa apa yang kurasa.
"InsyaAllah, bu.."
"Ibu pun dah beli barang-barang nak masak macam-macam. Nanti kita masak sama-sama ya.." ibu memujuk lagi.
"InsyaAllah bu.." Mata dah berair-air.
"Ibu, in rindu kat ibu.. cakap kat ayah in rindu dekat ayah jugak.." kataku penuh perasaan.
"Kami pun rindu jugak dekat in. Belajar rajin-rajin, buat exam betul-betul. nanti balik insyaAllah kita jumpa." Dia memberikan semangat.
"Ok ibu, i love you banyak, banyyyaaakkk, banyak, banyak." kataku penuh perasaan.
Tapi, tak sangka ibu akan jawab macam ini.
"I love you too, too, toooo, too..."
Kami sama-sama tergelak. MasyaAllah, Allah memberikanku nikmat cinta halal yang begitu indah untuk dinikmati.
Sungguh, ibuku sangat comel. Aku sungguh bersyukur dilahirkan sebagai anak perempuan sulung ibu. Aku berharap ibu berasa begitu juga walau aku ini banyak sangat kurangnya. Mudah-mudahan.
Selamat hari lahir ibuku yang dicintai oleh Allah.. Semoga cinta Allah akan sentiasa mewangi dalam hatimu. Semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi ruang hidupmu. Semoga redha Allah sentiasa akan memayungi ruang reluk nafasmu.
Firman Allah swt;"....'Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat'...." [Al-Baqarah: 83]
Sahabat-sahabat muslimah semua;
Buat yang masih belum bernikah, marilah bersama-sama kita menyempurnakan cinta ini sebelum syurga kita beralih kepada suami. insyaAllah. Sayangilah ibubapamu & berbaktilah kepada mereka.
Bagi sahabat yang muslimin, ingatlah, biarpun kamu sudah bernikah, ibumu tetap adalah orang yang ke-3, ke-4, ke-5 duduknya dalam hidupmu setelah Allah & rasulullah saw. Selepas itu barulah ayahmu. Selepas itu barulah yang lain-lain. Janganlah sesekali kamu melebihkan isterimu & menyakiti hati ibumu..
Sesungguhnya Allah juga berkali-kali menyebut dalam Al Quran termasuk dalam surah An-Nisa, surah Al-an'am, & banyak disebutkan dalam hadis supaya kita menjadi anak yang baik & menjaga adab ketika bersama dengan ibu bapa.
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa....." [Al-An'am: 151]
Allah berfirman lagi; "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa...." [An-Nisa': 36]
Dalam pada tercari-cari gambar ibu untuk di-edit sebelum di-upload ke blog ini, aku terjumpa gambar yang lain pula.
Ini arnab yang hampir sama dengan arnab kesayanganku; Cumi. Aku tidak sempat mengambil gambarnya. 2 gambar kecil itu adalah anak Cumi; Ciki.
Sudah lama aku tidak bertemu dengan mereka Mungkin kala ini, Cumi & anak-anaknya sudah pun bermain-main di dalam syurga Allah..
Aku masih ingat.. kali pertama ku bertemu Cumi, waktu itu tengahari pertengahan tahun 2006. Cumi adalah sebatang kara kerana ditinggalkan ibubapanya setelah dia sebesar tapak tangan. Manakala, adik-beradik Cumi mati dimakan kucing jantan jiran. Adik bongsuku merupakan saksi yang melihat anak arnab yang terakhir (kecuali Cumi) digonggong oleh kucing tersebut. Dia menangis sehingga ke malam kerana sangat menyesal kerana gagal menyelamatkan anak arnab tersebut. Kami yang lain-lain turut ikut bersedih kerana hal itu.
Hanya Cumi seekor saja yang terselamat. Dia menyorok di bawah kayu pangkin. Itupun dia menjerit nyaring waktu kami memegangnya yang kala itu saiznya hanya muat-muat tapak tangan. Kata ayah, Cumi trauma & ketakutan. Kasihan Cumi...
Demi Allah, Cumi memang sangat comel. Warnanya kelabu dan lehernya seakan-akan memakai shawl berwarna putih. Tangan dan kakinya juga memakai stokin putih.
Kami sangat sayangkan Cumi. Aku terutamanya. Seluruh keluarga tahu, aku paling sayangkan Cumi. Cumi juga mungkin paling sayangkan aku.. hehe. Sedikit perasan di situ.
Waktu aku meninggalkan Cumi demi menyambung pengajianku, hatiku rasa sangat berat & selalu merindukan Cumi hingga termimpi-mimpi sambil menangis. Roommate-ku pernah bertanya kepadaku;
"Cumi tu nama manja pakwe kau ke?.... sampaikan tersebut-sebut dalam mimpi..."
Tergelak aku mendengarnya. Sayangnya, Cumi itu betina. huhu.
*****
Feeling sekejap.
(T_T) sebenarnya aku sangat rindukan Cumi. Biarpun kini sudah ada Oyen (kucing jantan) sebagai pengganti. Namun, Cumi tetap teristimewa di hatiku kerana Cumi haiwan peliharaanku yang pertama; yang ku bela, tidur bersama, tengok tv bersama, makan bersama serta berkongsi rahsia. Cumi tahu banyak rahsiaku yang orang lain tidak tahu...
Haiwan-haiwan kesayangan kami, Cumi, anak-anak Cumi, Ciki & Ciko, Apok (Kucing jantan), semuanya sangat-sangat disayangi oleh Allah. Maka, mereka pergi dahulu meninggalkan kami. Harapnya kami akan bertemu lagi dengan mereka, insyaAllah.
Buat Cumi yang kucintai & kurindui kerana Allah.. walau tak pernah mendengar suaramu membalas semua kata-kataku, luahan rasaku, aku tetap sangat menghargaimu. Damailah kamu dalam kasih Allah. InsyaAllah kita akan bertemu lagi dalam rahmatNya.
Ya Allah... ampunilah semua dosa-dosa kami & himpunkanlah kami dalam syurgaMu dengan hati yang puas dan diredhaiMu. Ya Allah, himpunkanlah aku dengan orang-orang & yang menjadi kesayanganku di dalam jannahMu. amiin..
Suatu hadis dari Rasulullah saw;
Seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya. (Hadith Riwayat Al-Bukhari).
Ibu, ayah, Cumi & semua yang kucintai kerana Allah... insyaAllah, kita akan bertemu lagi dalam syurgaNya... insyaAllah.
Salam aidiladha semua.
Allahu 'alam.
p/s: InsyaAllah, tinggal seminggu lagi..
Labels:
coretan hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
besy la kak entry ni.. pagi2 dpt bc entry best... ngeee... feeling... feeling...
ReplyDeletethanx.. :)
oh..Ibu
ReplyDeleterespon to syauqah wardah;
ReplyDeletehehe.. memang yang menulis entry ni pun feeling jgk.. ngee ~~ :D
respon to nashrullah;
:) semoga Allah merahmati semua ibu2 di dunia & akhirat. insyaAllah.
salam kak.. :)
ReplyDeletecomelnyaaaa ibu akak..!! sama muka ngan kak intan!!!! :DD
macam copy paste la. :))
kak intan, baca post kali ni, bibir oghe senyum memnjang dr first ayat smp abes. ;)
lucu kak. lucu=comel. hiii...
tetiba jd rindu family.. n Chimmie. (^^,)
tenkiu 4 d nice post. :))
wasalam anis.. :)
ReplyDeletecomel kan ibu akk? huhu. mana sama la. ibu akk putih...
yeke? tiba2 teringin nak bercerita ttg org & cumi yg dirindui. hehe. dah call ibu tdi dah.
:)
p/s: anis tulis pn akk dah boleh bygkan anis brcakap. ngee~~ comell..
salam..kak intan..best post akak ni..terharu sy dibuatnya..huhuuhu..miz wo mama..hhuhuhuhu
ReplyDeletep/s: nk pggl k.intan k.in leh?hhehehehe
wasalam... fatihah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Fatihah dtg lagi. Terharu ke? waa.. alhamdulillah lagi. :)
sekadar berkongsi cerita kala hati dilanda homesick nih. baik bercinta dgn ibu, ayah, & dgn keluarga yg halal cintanya. :)
cakap i love byk, byk kali pn insyaAllah Allah suka & dpt pahala. dari ckp cinta-cintun dgn org yg x halal buat kita kan.. :)
terima kasih dik, sbb sudi dtg baca & beri komen. terharu akk..
p/s: boleh jek.. :D
ibu nampak muda la hehehehe
ReplyDeletehehe.. tu la tu.. lau berjalan dgn ibu, org kata dia akk saya.. :D
ReplyDeleteoyen... cumi...
ReplyDeletehmmm.. bahagia kn... wish u always had a great moment..
-fizza-