Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Tuesday, January 12, 2010

Puisi buat Serikandi Tuhan :)


"Demi Allah, tidak beriman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya
sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
[Nabi Muhammad SAW]

Salam warahmatullah...
Entri khas buat sahabatku; Ummi Adibah.

Ini puisi dari umi.

syauqah wardah,
untukmu teristimewa.

dulu, disaat manusia lain tidak memandangku,
maka kau datang hulur kepercayaanmu.
dulu tika manusia galak mempertikaikanku,
kau datang menyokong pundakku.
dulu tika manusia menghina diriku,
kau datang mengelus airmataku.
dulu tika aku tersilap langkah,
kau kembali lagi memperbetulkan aku.

sayangku syauqah..
engkaulah ratu bidadariku..
inspirasiku mengorak langkah perjuangan..
Allah pasti menganjarkan yang terhebat buatmu ukhti.
sebagai manusia aku mencintaimu
kerna engkau adalah manusia kesayangan Tuhanku..

izin aku memeluk baumu dan bersendu dibahumu.

salam tasbih cinta dariku.
ummi adibah

************************************************************************************


Ini pula puisi dariku untuk umi.

Ummi Adibah,
hatiku terpagut sayu membaca puisimu,
dapatku rasakan kejujuran kasihmu di situ,

Bait kata-katamu cukup memalu senduku.
Ku berimu gelaran 'Serikandi Umarku'
kerna aku amat menyanjungi kecintaanmu kepada Tuhanmu.

Kali pertama ku menyapamu,
Hatiku rasa besar untuk mengenalimu,
Benar sangkaanku..
Kukuh benar semangat mujahidahmu.
Sesungguhnya, aku bangga denganmu.
Terima kasih atas sudimu menerimaku.


Serikandi Islam yang dikasihi Allah,
Hatiku sayu sekali..
saat kau kejatuhan,
Kesedihan,
Kebuntuan,
Aku masih di kejauhan,
tidak dapat berbuat apa-apa demimu,

Tiada bahu untuk dipinjam,
Agar dapat kau bersandar,
Tiada jemari untuk menyentuh,
Juga menyapu gugur air matamu.

Maafkan aku..
Hanya kiriman kata dapat ku berikan padamu.
Sebagai tanda ku kasih padamu.
Tapi ku yakin..
Tuhan pasti akan menjagamu selalu..

Antara ratusan pemburu hujahmu,
Mungkin,
Aku bukanlah sesiapa bagimu.
Tetapi ketahuilah sayangku..
Dalam sepiku, dalam jauhku,
Aku selalu memerhatikanmu..
Selalu merindukanmu,
selalu mendoakanmu..

Moga kau sentiasa setia dalam jalan yang kau pilih,
Jalan yang penuh beronak duri dan ranjau..
Teruskan berlari memburu cintaNya,
Dan dirimu akan selalu mendapat redhaNya.

Dengan izinNya,
Jika tiada jodoh kita untuk bertemu didunia,
Ku harap dapat bertemumu dalam syurgaNya..

Hanya kesyukuran dapat kupanjatkan padaNya,
kerana memberiku,
sahabat yang sehebatmu..

Demi Allah,
Ku menyayangimu demiNya..

Salam penuh kecintaan;
Safi. :)



p/s: Umi adalah satu-satunya insan yang memanggilku 'safi'.. dan aku menyukainya. :)

"Maaf umi.. ana tak pandai berpuisi.." (^^)y

7 comments:

  1. teruskan perjuangan ya ukhti...
    Allah bersama org2 yang menegakkan agamaNya..

    ReplyDelete
  2. salam..

    indahnya ukhuwah jika bersulamkan cinta kepada Allah..

    semoga ikatan ukhuwah yang terbina didalam alam maya ini kan menjadi salah satu bukti kita saling mencintai kerana Allah di akhirat kelak..

    uhibbukifillah kak syauqah n kak ummi..

    ReplyDelete
  3. sayang...
    aaaaa nak capai tak dapat, nak cium bau pon tak sempat.hanya doa ku kirim sebagai semangat.demi cintamu kerna cinta-Nya.

    nanti umi buat satu entry khas untuk jawab puisi syahdu ini.
    selama ini umi berpuisi, takpenah orang lain buat puisi untuk umi selain safi.dan ini adalah terpaling bagus sekali yang pernah umi temui.

    sayang..
    engkau membuktikan ukhuwah cinta ini rupanya sangat luhur dan enak untukku jamah.

    i love u sayang*menangis*
    kedu.

    ReplyDelete
  4. To mujahid;

    insyaAllah.. moga Allah sentiasa meredhai kita semua. insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. To nisa90;

    wasalam dik..

    benar, jika kita menyayangi seseorang kerana Allah, Allah akan beri nikmat kasih sejati buat kita. insyaAllah.

    Gunalah hati untuk menyayangi, moga sahabat yang dikasih menjadi cermin buat diri.

    Akk juga sayang nisa kerana Allah..
    Moga Allah memberkatimu, dik.. :)

    ReplyDelete
  6. Umi..

    Tak ada ayat yang dapat kucapai sebagai kata untuk kugambarkan perasaan ini kepadamu..

    Moga kasih sayang ini kekal kerana Allah. Dan moga Allah kekalkan kasih sayang ini dalam hati kita.

    Moga Allah beri kebahagiaan buatmu, sahabat..

    safi sayang umi.. :)
    kerana Allah!

    ReplyDelete
  7. hi. greetings fr me 2 u... blg wlkg...

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."