Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Tuesday, March 5, 2013
Menjadi Insan Yang 'High Class'.- Part 1
Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah.. Penghujung Februari lepas Allah izinkan saya pergi ke majlis ilmu yang dihadiri oleh ustaz & ustazah yang saya kagumi ilmunya. Tambahan pula, saya selalu mengikuti tazkirah Ustazah Laila dalam slot Tanyalah Ustazah & IM Fakhrul dalam Skuad Imam Muda Astro Oasis.
InsyaAllah saya kongsikan ilmu yang sempat saya catat sewaktu program tersebut di dalam entri ini. Moga memberi manfaat kepada semua, mudah-mudahan. :)
***
Di dalam sebuah hadis ada menyebut bahawa ar-rijal (lelaki) adalah pemimpin bagi an-Nisa’ (wanita). Hadis ini bertepatan sekali dengan firman Allah di dalam al-Quran yang mengatakan bahawa lelaki & wanita saling bersandaran fungsinya.
Kewujudan wanita adalah antara tanda kekuasaan & keesaan Allah SWT. Antara keistimewaan & kekuatan seorang wanita adalah bila mana Allah mengizinkan wanita menjadi ibu, hamil selama 9 bulan, melahirkan umat manusia serta mendidiknya pula. Disebabkan pengorbanan wanita yang besar ini, Allah telah mengangkat darjatnya hinggakan syurga seorang anak lelaki (begitu juga dengan anak perempuan yang masih belum berkahwin) diletakkan di bawah telapak kaki ibu. Subhanallah.
***
Soalan:
Apakah peranan wanita di dalam Islam?
Jawapan:
(Imam Muda (IM) Fakhrul)
Allah SWT telah meletakkan minat & keinginan lelaki (ar-Rijal) yang paling utama sekali adalah terhadap wanita (an-Nisa). Pelbagai keistimewaan yang Allah Berikan kepada wanita termasuklah kecantikan wajahnya, senyumannya, bahkan air matanya juga bisa membuatkan lelaki menjadi lemah.
Ada pepatah menyebut bahawa air mata adalah antara senjata utama seorang wanita. Mungkin kisah sirah ini boleh dikaitkan dengan kata-kata itu. Dikisahkan bahawa Sayidina Umar al-Khattab yang sifatnya keras & bengis sewaktu sebelum memeluk Islam, kalah dengan air mata adindanya Fatimah al-Khattab yang menangis apabila ditampar abangnya sewaktu membaca al-Quran; Surah Toha. Dapat dilihat di sini, sebengis & sekeras mana pun seorang lelaki tetap akan tersentuh apabila terlihat air mata seorang wanita.
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah diutuskan Allah, datangnya Nabi ke alam jahiliyyah telah mengangkat martabat golongan wanita yang sangat dihina kala itu. Sebelum kedatangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, memang sangat teruk & hina sekali nasib perempuan.
Masyarakat jahiliyyah menganggap wanita setaraf dengan batu, kayu yang tidak bernilai apa-apa. Mereka malu apabila mendapat anak perempuan, rasa hina, sanggup menanam bayi perempuannya hidup-hidup daripada menanggung malu. Manakala, masyarakat Yahudi pula menganggap wanita merupakan punca segala punca kerosakan di muka bumi.
Maka, wanita… ambillah pesanan & wasiat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam untuk menjadi perempuan yang baik-baik.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melalui hadis baginda telah menggariskan 4 syarat utama bagi seorang wanita untuk memasuki mana-mana syurga Allah.
4 perkara tersebut adalah;
1) Menyempurnakan solat 5 waktu.
2) Berpuasa.
3) Menjaga maruah & kehormatan diri dengan sebaiknya.
4) Taat kepada suami.
Namun, haruslah diingatkan kepada para wanita bahawa walaupun kesemua wasiat Nabi tersebut nampak mudah & remeh, ia bukanlah sebenarnya mudah seperti yang disangkakan.
Solat bukanlah semata-mata bersolat. Bahkan disebut sebagai mendirikan, menyempurnakan solat yakni solat yang boleh mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji & mungkar. Solat yang berkualiti yang dapat menjadikan seorang perempuan itu menjadi perempuan yang mahal harga diri, menutup aurat dengan sempurna serta dapat menjaga nafsunya dengan baik.
Begitu juga dengan perihal ibadah puasa. Puasa yang dilakukan bukanlah semata-mata puasa yang hanya sekadar mendapat lapar & dahaga tetapi ianya adalah puasa yang mampu menjadikan kita wanita yang bertaqwa. Puasa yang boleh membina taqwa, mendidik sifat sabar, sifat pemaaf, kasih sayang & sebagainya. Inilah puasa yang dituntut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis itu.
Syarat yang ke-3 untuk seorang wanita memasuki syurga Allah melalui mana-mana pintu yang disukainya ialah menjaga maruah & kehormatan dirinya daripada terjebak ke lembah yang keji lagi hina. Menjaga kehormatan ini bermakna menjaga auratnya, menjaga tuturkatanya, menjaga batas pergaulan dengan bukan mahramnya. Inilah yang membezakan antara wanita high-class & wanita yang low-class, bukan pada piawaian manusia, tetapi pada pandangan Allah & Rasulullah.
Manakala, bagi syarat yang terakhir, bagi wanita yang telah bersuami hendaklah dia taat kepada suaminya.
Ada 1 kisah tentang wanita pertama yang memasuki syurga Allah, lebih awal daripada puteri Nabi. Hal ini dikhabarkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada puteri kesayangannya, Fatimah. Mendengar khabar tersebut Fatimah menjadi terkejut kerana ada wanita lain yang mendahuluinya untuk memasuki syurga Allah. Lalu dia bertanya kepada ayahandanya apakah keistimewaan wanita tersebut.
Rasulullah menjawab, dia sangat taat kepada suaminya lalu menyuruh Fatimah menziarahi wanita itu yang rumahnya dekat dengan Jabal Uhud.
Fatimah kemudiannya mengambil keputusan untuk menziarahi wanita tersebut. Sampai sahaja di rumah wanita itu, dia memberi salam & memperkenalkan diri sebaik sahaja pintu terbuka. Namun, dia bukan sahaja tidak dijemput masuk, bahkan disuruh pulang dahulu kerana katanya ingin meminta izin suaminya dahulu sebelum menjemput Fatimah masuk ke dalam.
Esoknya, Fatimah datang kembali bersama dengan Hasan. Sekali lagi, Fatimah tidak dibenarkan masuk ke rumah kerana wanita itu hanya meminta izin suaminya untuk mengizinkan Fatimah masuk ke dalam rumah, bukan sekali dengan Hasan. Maka, Fatimah disuruh pulang dahulu dan datang keesokan harinya setelah dia meminta izin suaminya dahulu. Sekali lagi Fatimah hampa lalu pulang.
Keesokan harinya Fatimah datang sekali lagi membawa Hasan & Husin. Melihat Fatimah datang, wanita itu kelihatan sungguh gembira. Dia sudah membuka pintu rumah untuk menjemput masuk puteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam itu. Namun, dia tidak berbuat demikian apabila terlihat Husin.
“Maafkan aku wahai Fatimah… namun, aku hanya meminta keizinan untuk kamu & Hasan. Aku tidak dapat membenarkan Husin masuk sekali… apakata kamu datang esok, aku perlu meminta keizinan dari suamiku dahulu.” Ujar wanita itu.
“Husin adalah anakku, dia hanyalah kanak-kanak kecil. Tidak bolehkah kau membenarkannya masuk sekali bersamaku?” Fatimah berasa tidak berpuas hati.
“Maafkan aku… aku hanya boleh membenarkannya masuk setelah meminta keizinan suamiku terlebih dahulu… datanglah esok.” Balas wanita itu.
Fatimah hampa. Dia pulang dengan rasa tidak puas hati.
Keesokannya dia datang sekali lagi dengan Hasan & Husin. Kali ini, dia dibenarkan masuk & dilayan dengan baik sekali. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, dia lihat wanita itu kelihatan keresahan sambil terintai-intai di celahan tabir tingkap melihat ke luar rumah. Di tangan kanannya memegang air, tangan kirinya memegang rotan sambil mengangkat sedikit kain sebelah kirinya hingga menampakkan betisnya.
Fatimah rasa terganggu dengan sikap wanita itu. Sebetulnya dia mahu mengorek apakah rahsia wanita itu hinggakan dikhabarkan menjadi wanita yang pertama memasuki syurga Allah. Melihat gelagat wanita tersebut, akhirnya Fatimah menyuarakan rasa hairannya.
Wanita itu akhirnya meminta maaf sebelum menjelaskan bahawa dia ternanti-nanti kepulangan suaminya. Kebiasaannya waktu tersebut suaminya akan pulang ke rumah. Maka, dia menyiapkan air supaya jika suaminya haus, dia akan terus memberikan air tersebut tanpa perlu suaminya menunggu lama. Rotan di tangan kirinya sebagai persediaan supaya jika suaminya rasa tidak puas hati kepadanya, suaminya boleh memukulnya dengan rotan itu. Manakala, kain yang disingkatkan itu bertujuan jika suaminya berkeinginan kepadanya, maka, dia akan melayani kehendak suaminya dengan penuh kerelaan.
Mendengar penjelasan tersebut menyebabkan Fatimah terpukau. Akhirnya dia mengerti akan keistimewaan wanita itu yang menyebabkannya memasuki syurga Allah, iaitu kerana sangat taat kepada suaminya.
Subhanallah. Allahuakbar.
Sungguh benarlah apabila dikatakan bahawa sebaik-baik kecantikan dunia adalah wanita yang solehah..
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki & perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi mereka yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, & mencegah dari perkara yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, & taat kepada Allah & Rasulnya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” [at-Taubah (9) : 71]
Seperti yang dinyatakan Allah di dalam al-Quran, peranan lelaki & perempuan sama-sama besar. Mereka setara dari segi fungsi menjayakan dakwah. Mereka perlu menjaga tuturkata, cara pemakaian, cara berjalan, cara makan, semuanya perlulah mengikut seperti apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam; semuanya adalah cerminan bagi agama Islam.
Allah SWT berfirman; “Lelaki (suami) itu adalah pelindung perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagiaan yang lain (perempuan), & kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka, perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka yang yang taat (kepada Allah) & menjaga kehormatan diri ketika suaminya tidak ada, kerana Allah telah menjaga mereka (Allah telah mewajibkan lelaki untuk menggauli isterinya dengan baik)…” [surah an-Nisa’ (4) : 34]
Lelaki perlu menyedari hakikat bahawa mereka perlu membimbing, mentadbir, mendidik perempuan-perempuan di bawah jagaannya termasuklah ibunya, isterinya, anak-anaknya serta saudara-saudara perempuannya. Begitu juga para wanita, sekalipun bekerjaya besar sekalipun, tetap perlu melaksanakan tanggungjawabnya selaku seorang isteri, ibu & juga tetap menjadi anak yang solehah kepada ibu bapanya.
***
Siapakah layaknya yang menjadi role-model muslimat? Masih relevankah sirah & sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dapat menjadi panduan & teladan bagi muslimin & pasangan suami isteri?
Jawapan:
(IM Fakhrul)
Sirah menyaksikan betapa Aisyah tidak pandai memasak, namun dia pergi mempelajari cara memasak daripada madu-madunya yang lain yang lebih handal memasak untuk memikat & menggembirakan hati Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
Sirah juga melakarkan betapa Fatimah az-Zahra pernah mengadu keletihan, kepenatan & tidak tahan apabila terpaksa melakukan semua kerja rumah daripada memasak, membasuh, mengemas, mendidik anak-anak, menguruskan anak-anak serta melayan suami. Dia meminta pembantu daripada ayahandanya kerana dia tahu suaminya tidak mampu menyediakan untuknya.
Lalu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi memujuknya dengan menyuruhnya berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sebanyak 33 kali tiap kali selepas solat. Zikir tersebut juga dinamakan sebagai Tasbih Fatimah yang dikatakan lebih baik daripada seorang pembantu kepadanya. Subhanallah.
Di sini, ada satu kisah bagaimana romantiknya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam terhadap para isterinya, untuk kita jadikan renungan & panduan bersama..
Pada satu hari, pulang saja Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam daripada permusafiran, Sayidatina Aisyah menyambutnya dengan mesra sambil mengatakan bahawa dia telah menyiapkan bubur tepung kesukaan baginda. Baginda meraikan usaha isterinya itu dengan wajah yang manis & ceria sambil terus mengambil mangkuk bubur yang dihulurkan Aisyah kepada baginda.
Setelah suapan pertama, oleh kerana bubur tersebut terlalu enak, menyebabkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam terimbau kenangannya bersama isteri pertamanya yang sangat dicintai baginda, Sayidatina Khadijah binti Khuwailid yang semasa hidupnya juga gemar melayannya dengan hebat sedemikian rupa.
Lalu, tanpa disedari, akibat rindunya baginda terhadap Khadijah, baginda telah terlepas kata; "Sedapnya... pandai 'Khadijah' masak..."
Mendengar nama Khadijah keluar daripada mulut baginda (Sememangnya Aisyah sungguh mencemburui Khadijah seperti yang diriwayatkan dalam banyak hadis), maka terlepaslah mangkuk di tangan Aisyah yang berisi lebihan bubur tepung tadi.
Aisyah tergamam.
Suasana sunyi buat seketika.
Teka apa yang baginda lakukan?
Adakah baginda menempelak Aisyah kerana membazir makanan ataupun memarahi Aisyah kerana memecahkan mangkuk?
Tidak. Tentu sekali tidak.
Sebaliknya, baginda secara perlahan-lahan merapati isterinya Aisyah sambil memeluknya dengan penuh kasih sayang, lalu berbisik perlahan; "Sayang, abang minta maaf..."
Allahu akbar. :')
Sweet kan Nabi...?
Begitu juga jika Aisyah merajuk, Nabi Muhammad akan datang kepadanya lalu mencubit lembut pipinya sambil berdoa; “Ya Allah yang memegang hati Muhammad, ampunilah dosa-dosaku & hilangkanlah kekerasan dari hatiku.” Baginda memohon keampunan Allah atas kesilapannya menyakiti hati Aisyah. Allahuakbar.
Lihat… bagaimana halus, bijak, romantisnya Rasulullah menangani emosi Aisyah. Contohi bagaimana Rasulullah mengendalikan rumah tangga baginda. Inilah sepatutnya yang dijadikan contoh oleh para suami sekalian.
Sesungguhnya, pada batang tubuh Nabi, sirahnya, akhlaknya, dakwahnya; semuanya adalah contoh terbaik. Sebagai umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam, siapakah yang lebih patut kita ikuti, contohi, teladani melainkan Rasulullah-lah yang paling utama & selayaknya kita jadikan role-model?
Pasakkanlah di dalam hati bahawa sirah & sunnah Rasulullah adalah relevan untuk sepanjang zaman.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.
InsyaAllah, setakat ini dulu.
Wallahu'alam..
----Jawapan:
(IM Fakhrul)
Kita dituntut untuk mengajarkan kepada anak-anak kita tentang 3 perkara;
1) Ajar untuk sayang & cinta kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
2) Mencintai ahli keluarga Nabi; isteri, anak-anak, cucu-cucu baginda.
3) Menyayangi Al-Quran.

p/s:
Bahagian Ustazah Laila Aniza akan ditulis berasingan dalam entri seterusnya, insyaAllah.
Begitu juga dnegan Sesi Q & A insyaAllah. :)
Semoga bermanfaat..
Labels:
catatan hati,
muhasabah diri,
seminar,
sunnah,
tazkirah,
tokoh islam,
usrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."