Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Monday, February 25, 2013
Bila Waktu Telah Berakhir.
Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah... Allah masih memberi peluang buat hambaNya ini bertaubat & memperbaiki diri.
Pagi tadi, berita pulangnya seorang kenalan 1 coursemate sewaktu di USM ke pangkuan Ilahi buat selama-lamanya, mengejutkan kami, termasuklah saya.
Saya baru melabuhkan duduk di surau Fakulti waktu itu, sambil melepaskan lelah & menunggu masuknya waktu solat Zuhur, saya membaca 3 SMS daripada teman-teman tentang berita itu.
"Salam, untuk makluman kawan-kawan... sahabat kita, Ainol Fauzei meninggal dunia dalam kemalangan bas sewaktu perjalanan pulang daripada Johor ke USM. Al-Fatihah.."
Mata yang agak layu membulat.
"Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un... daripada Allah kami datang, kepada Allah jualah kami kembali."
Al-Fatihah disedekahkan buat Allahyarham. Moga beliau ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh & beriman.
Banyak juga mesej daripada kawan-kawan yang menghamparkan rasa tidak percaya & terkejut peristiwa itu.
Hakikatnya saya juga terkejut & tidak percaya.
Begitu sekali Allah merahsiakan kematian daripada para hambaNya.
"Sudah sampai waktunya. Kita ni... entah 'masanya' sampai sekejap lagi entah tidak.. Allahu a'lam.."
Ini peringatan yang sangat mengesankan dalam hati saya. Entah sesaat dua lagi tiba pula masa saya.
Tiada siapa dapat menghalang. Tiada siapa dapat menelah.
Tiada siapa dapat menghalang. Tiada siapa dapat menelah.
Begitulah suratan takdir Allah. Kematian itu pasti.
Bersedia atau tidak. Berani atau tidak. Kita tetap akan mati.
Seperti yang difirmankan Allah;
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasan bagimu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperolehi kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." [ali-Imran (3) : 185]
Tidaklah tercepat hatta satu saat mahupun terlewat satu saat.
Apabila datang waktu yang ditetapkan.... kita akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya untuk kembali kepada Allah... yang menemani kala itu hanya taqwa & amalan selama ini yang kelak akan diperhitungkan..
"Dan Allah tidak akan Menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [al-Munafiqun (63) : 11]
Melalui attachment di news feed Facebook (yang di-linkkan oleh coursemate yang lain), banyak komen di wall akaun Facebook Allahyarham, tentang takziah, doa & al-fatihah yang bertali arus. Juga berita yang tersiar di televisyen & akhbar online tentang perihal kemalangan tragis tersebut.
Memang saya tak dapat menolak daripada terimbau peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan Allahyarham Ainol Fauzei.
Saya pernah bekerja sama persatuan dengan beliau. Juga pernah satu kumpulan kelas Bahasa Melayu dengan beliau. Pernah mencedok ilmu C++ (yang saya sangat lemah) dengan beliau (sanggup mengajar kawan-kawannya yang agak lemah waktu itu).
Selama 3 tahun mengenali, beliau terkenal dengan sifatnya yang suka tersenyum, tak pernah saya lihat dia marah, soft spoken serta lemah lembut & bersopan santun dalam berbicara. Subhanallah.
Selama 3 tahun mengenali, beliau terkenal dengan sifatnya yang suka tersenyum, tak pernah saya lihat dia marah, soft spoken serta lemah lembut & bersopan santun dalam berbicara. Subhanallah.
Saya teringat Ustaz Pahrol pernah menulis dalam blognya;
"Orang yang baik-baik ni selalu 'pergi' awal..."
Moga Allah mengampuni segala dosa-dosanya, menerima semua amalannya & menempatkan dia dalam kalangan hambaNya yang Allah Kasihi. Amiin.
Moga Allah ampunkan juga semua dosa-dosa saya, menerima semua amalan saya & terus memberikan petunjuk & Hidayah TaufikNya buat insan hina ini. Amiin..
Perginya dia ke negeri abadi.
Ibrahnya untuk kita yang masih diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Dikhabarkan beliau pergi dalam husnul khotimah. Subhanallah.
Bagaimana pula penghujung diri ini kelak... cukuplah buat muhasabah diri yang selalu terlalai leka ini..
Allahurobbi... :'(
Mari sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat saudara kita ini. InsyaAllah.
Kita selalu merasakan kematian itu jauh daripada kita, walhal ia hanya berada di depan mata; begitu hampir dengan kita. Hakikatnya kelak kita akan meninggalkan dunia yang selama ini begitu kita kejar & gilai..
Allahu a'lam.
Labels:
catatan hati,
muhasabah diri,
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam takhziah ..
ReplyDeleteSemoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman ...
Allahhu rabbi ... terasa sangat takut memikirkan kematian ... Ramai yg kata kematian adalah perkara yg sngat mengembirakan kerana kita akan bertemu Allah ... tapi mampu ka kita kembali dengan amal kita yg xseberapa nie .. :'( Allah :'(
Allahumma amiin..
DeleteItulah... kata 'alim ulama', kematian itu merupakan kerehatan & waktu yg paling menggembirakan bg org2 yg sgt mencintai Allah..
Semoga kita juga termasuk dalam golongan yg sgt mencintaiNya, seperti yg dikatakan itu..