Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Thursday, December 20, 2012
Sebab Allah Kasihan....
Bismillahirrohmanirrohiim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
"Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." [surat cinta ke-2; al-Baqarah ayat 153]
Alhamdulillah, adik bongsu saya mendapat keputusan yang membanggakan di dalam PMR. Walaupun tidak mendapat straight 9A's, namun, kami sangat bersyukur dengan pencapaiannya.
Sebenarnya, ibu, ayah & saya sudah redha dengan apa pun keputusan yang diperolehinya pagi tadi. Hal ini kerana dia diserang demam panas + chicken pox yang sangat teruk waktu musim peperiksaannya tempohari. Hinggakan terpaksa mengambil peperiksaan di bilik berasingan setelah menolak untuk mengambil di hospital.
"Ibu dah tawakal saja In.. Ibu berdoa agar semua urusannya dipermudahkan Allah. Dia dapat bangkit pagi ni untuk jawab exam pun ibu rasa bersyukur sangat..." luah Ibu selepas kereta yang dinaiki ayah untuk menghantar Anje (panggilan buat adik bongsu) untuk ke sekolah hilang dari pandangan, pagi hari pertama peperiksaan.
"Yela bu... kita pun lihat macam mana kuatnya usaha Anje. Tapi Allah dah takdirkan sebegini, tentu ada hikmahnya. Kita doakan saja untuk dia. InsyaAllah Anje boleh buat..." balas saya.
Dalam hati saya benar memaknakan apa yang saya ucapkan waktu itu. Saya benar-benar berdoa & mengharapkan Allah memberikan belas kasihan & pertolonganNya buat adik bongsu saya itu.
Malam sebelum peperiksaan, demamnya sangat tinggi. Cacar tumbuh melata di keseluruhan tubuh termasuk di dalam telinga & mulut hinggakan untuk dia bersuara pun terasa sukar apatah lagi untuk berkata-kata. Kasihan Anje. Moga Allah juga Mengasihaninya, amiin..
Saya pujuknya dengan berkata;"Takpe Anje.. insyaAllah ni kifarah semua dosa-dosa Anje yang lepas. Nanti pergi exam dengan 'akaun' pahala lebih. InsyaAllah hati lebih tenang, senang nak jawab..." saya cuba berseloroh, menghiburkan hatinya tatkala dia mengerang kesakitan.
Dia membalas dengan suara yang sangat perlahan;"Anje tawakal je ni Ude.."
Sayu hati saya mendengarnya.
Saya perhatikan, secara jujurnya, Anje-lah adik yang paling kuat belajar berbanding adik-beradik kami yang lain, termasuklah saya pun. Walaupun dia tidaklah dapat 'beat' result PMR adik saya yang lagi seorang, namun, kami tetap kagum dengan kesungguhannya. Subhanallah.
Apabila dia sampai ke rumah lebih kurang dalam pukul 2 petang tadi, saya lihat wajahnya tidak berapa ceria. Rupanya, keputusan itu tidak berjaya mencapai targetnya. Lebih memedihkan hatinya, kawan-kawannya yang menjadi pesaing terdekatnya semuanya beroleh keputusan straight A's.
Wajahnya nampak kecewa semasa kami sekeluarga mengucapkan tahniah atas kejayaannya. Hadiah yang diberikan ibu & ayah kepadanya juga gagal membuatnya tersenyum bahkan membuatnya menjadi bertambah sedih pula kerana tidak berjaya meng-'A'-kan 2 lagi subjek yang diambil. Walhal, dia tidak perasan bahawa Ibu asyik tersenyum sehingga ke malam atas khabar gembira itu.
"Jangan banding-bandingkan rezeki yang Allah bagi kita dengan rezeki yang Allah bagi kepada hambaNya yang lain kalau itu membuatkan kita jadi tak puas hati dengan Allah. Relaks, Allah Lebih Tahu apa yang kita layak dapat..." nasihat saya kepada dia setelah melihat dia gagal menerima kenyataan tersebut dengan hati yang redha.
"Kenapa Allah tak bagi lebih banyak? Sebab Allah tahu, mungkin Anje dapat straight A's anje jadi lupa diri? Siapa tahu..?" duga saya lagi. Kali ini, dia nampak terkesan dengan kata-kata itu.
Saya pernah juga rasa apa yang dia rasa. Semua orang pernah rasa kecewa jika apa yang benar-benar dihajati & kita yakin kita boleh memilikinya, tiba-tiba Allah tidak mahu beri kepada kita. Rasa pedih. Rasa sakit & kecewa.
"Allah ada. Malu la pada Allah bila kita tak terima apa yang Dia beri. Seolah-olah kita lagi hebat daripada Dia. Sedangkan selama ni kita heboh cakap kat mad'u kita yang Allah tu Maha Mengtahui & Dia ada bersama-sama orang yang sabar dengan ujianNya. Tapi, bila kena kat diri sendiri, kita macam tak bersyukur hanya sebab hal dunia macam ni. Jangan sampai kita letak dunia dalam hati."
Inilah nasihat adik saya waktu saya mengadu yang saya sangat kecewa bila gagal mendapat dean's list sedangkan ramai kawan-kawan 1 major yang skor waktu semester itu.
Rasa pedih. Tapi kerana Allah, kita akan cuba sedaya upaya untuk menerima ketentuanNya itu. Sebab apa, sebab kita mengaku kita sayang & cintakan Allah, maka berusahalah untuk menyukai semua yang diberikan olehNya kepada kita. Itu pujukan saya untuk diri sendiri apabila takdir Allah tidak menepati kehendak diri ini. Astaghfirullah al-adzhim..
Ingatlah Firman Allah swt; yang saya kira sangat masyhur dalam tazkirah yang selalu kita hadam selama ini;"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu yang terbaik bagimu, & boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." [surat cinta ke-2; al-Baqarah ayat 216]
Tadi, sebelum tidur, sekali lagi Anje merapati saya & bertanya;"Ude, macam mana nak elak daripada rasa riak eh? Padahal tadi baru buat nota pasal Aqidah, riak tu adalah sebahagian daripada syirik kecil sebab kita bertuhankan nafsu sendiri."
"Riak? Riak kenapa?" tanya saya kurang mengerti.
"Yelah... Anje masih boleh skor even hari tu Anje tak sihat."
Saya cuba masuk ke dalam kasutnya.Haruslah saya akui, memanglah sangat sukar untuk menjaga keikhlasan sekeping hati...
"Hm.. nak elak rasa riak, ujub & takabbur terhadap diri sendiri ni senang je... ingatkan diri, apa yang kita dapat hari ni yang membuatkan kita rasa hebat itu adalah milik Allah. Allah bagi pinjam kepada kita sebab Allah kasih & kasihan. Lagi satu, boleh jadi kita berjaya sebab keberkatan doa orang-orang yang sayangkan kita. Macam Anje hari tu, sangat ramai orang yang doakan kejayaan Anje. Ibu, ayah, akak, yang lain-lain, termasuklah cikgu-cikgu Anje pun. Jangan sesekali rasa kita berjaya sebab usaha kita. Boleh jadi jika kita usaha kuat sekalipun, Allah boleh je kalau nak bagi 1-2 A. Tapi Allah bagi lebih banyak sebab dia kasihankan kita..." panjang pula saya meleterinya.
Wajahnya nampak berubah.
"Ha'ah kan.. Sedih pula bila dengar Ude cakap, Allah bagi sebab kasihankan kita..."
Saya angguk.
"Ye.. bila kita sedar diri yang apa yang kita ada hari ni bukan milik kita, Allah bagi pinjam sebab belas kasihan Allah pada kita, & berjayanya kita atas keberkatan doa-doa orang di sekeliling kita, barulah kita akan tahu betapa kerdilnya kita sebenarnya..."
Saya menasihatinya sambil mengingatkan diri sendiri juga, insyaAllah.
Ujian buatnya, ibrahnya melimpah kepada saya juga, Alhamdulillah.
"Anje, Anje dah okey?" tanya saya kepada dia yang sibuk menghadam tulisan Hilal Asyraf.
"Alhamdulillah dah. Tambah-tambah bila baca buku Sinergi-Hilal Asyraf ni." jawabnya tersengih-sengih.
Alhamdulillah.
Saya tersenyum.
Bahagia.
-------------------
Anje yang pilih gambar ini. Dia masih tersengih-sengih melihat saya menaip entri sempena dirinya kali ini.
Terima kasih Allah, kurniakan saya seorang adik perempuan yang 'unik' tetapi baik hati seperti Anje. Menjadikan saya lebih matang untuk memahami apa yang terbuku di fikiran & hatinya.
Anje, sekali lagi, tahniah.
Alhamdulillah.
Allahu a'lam..
Labels:
catatan hati,
hikmah,
muhasabah diri,
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamu'alaikum In. Tahniah utk adik In. Allah sentiasa membantu hamba-Nya. Ditambah pula dgn doa ibu dan ayah yang tak putus.
ReplyDeleteIn, please mesej akak. Akak dah hilang semua no. Syukran.
Wa'alaikumussalam kak.. Alhamdulillah.. :)
Deletepatut pun senyap je.. rupanya no fon hilang.. insyaAllah nt in sms.