Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Friday, May 7, 2010

Women's Talk


"...kerana cinta adalah sesuatu yang kita semua rasa, alami dan cuba untuk diluahkan baik melalui kata-kata, mahupun perilaku, cuma yang berbeza ialah tujuan dan cara kita bercinta."
[Rezza Khanafiah- Berteduh Di Kebun Cinta]



Salam warahmatullah..


Terkenang kata-kata sahabiah baikku, Umi Adibah. Keinginan untuk Bercinta, Mencinta dan Dicinta itu adalah fitrah insani. Maka, ku usir rasa segan, malu dan rasa yang sebagainya untuk berkongsi lagi di medan ini.

Namun, entri ini bukan sepenuhnya bicara tentang soal jodoh & cerita kosong. Entri ini untuk melakar betapa agungnya sebuah pengertian & pengorbanan dari insan yang harusnya selalu dikenang; iaitu Ibu & ayah..

Bismillahirohmanirrohim..
 
Berbicara soal pernikahan, teman hidup... tiba2 buat aku teringat dengan perbualanku dengan ibu.



"Anak cik Mira tu, dua2 beradik tu dah ada pasangan masing2 In."

Aku sengih. [Tak tahu nak komen apa.]

"Si Intan tu pun dah ada pakwe dah.. Tu yang Cik Mira kata, Intan tu apa pun tak tahu lagi. Macam mana nak kahwin..?" kata ibu sambil tangannya melipat kad jemputan majlis abang ngahku.

"Takpela... dia somei..." komenku. Ibu diam je.

"In pulak?" soalnya. Aku buat2 la check nama jemputan pada guest list yg ayah tulis semalam. Serius, aku lemau bila sampai bab2 ini.

"In nak kahwin bila?" soal ibu lagi bila aku tak menjawab.

"Hehe.. pakwe pun tak cari lagi.." kataku.

"Tula.. dah ada yang nak, in tak nak pulak.." komen ibu.

Dush! kena aku sekali.

"Eish. Takmau la.. Nanti2 la. Lambat lagi.. lagi 6 tahun." kataku bersahaja. Tak serius.

"Berapa la tu umur masa tu?"

"27-28" kataku.

Ibu diam. Kami pun ubah topik lain seketika lepas itu. Tapi sekejap cuma. Lepas tu ibu cerita tentang hal kahwin lagi. (^^')

Kebetulan ramai kawan2ku yang pernah belajar sama sewaktu sekolah rendah sudah ramai yang mendirikan rumah tangga. Mungkin sebab tu topik ini tiba2 jadi favourite untuk didiskusikan.

Oh ibu.. anakmu ini baru nak masuk 22 tahun bulan 9 ni. Belum sempat berbakti pada ibu & ayah pun lagi. Tak sanggup nak fikir hal kahwin sebelum tertunai semua hasrat di hati untuk berbakti pada kalian..

Aku ingatkan ibu terima seadanya jawapan aku tu. Tapi... beberapa ketika lepas tu, Liyana (adik perempuanku) beritahu aku.. rupanya ibu risau bila dengar aku nak kahwin lambat. 27 lambat sangat... kata ibu.

Haish.. [sebenarnya aku risau dgn jwpn tu sbb aku ingat umur tu mgkin terlalu awal bagi ibu.]

Aku berazam untuk memberi sesuatu kepada ibu sebelum syurgaku beralih pada suamiku pula. Itupun kalau panjang umur & diberikanNya kesempatan bagiku.

As the time goes by...


"In.. belajar2 jugak.. jangan lupa cari 'calon'.. bukan senang nak jumpa lelaki yang baik & serasi sekarang ni.." pesan ibu suatu masa dulu.

Ada suatu ketikanya pula.. apabila kami berbual2 di telefon, ada juga ibu tanya tentang kawan2ku.


"Oh.. Z & J dan balik bu.. diorang singgah KL dulu. Lepas tu baru balik rumah." kataku bila ibu tanya perihal kawan2 sekuliahku.
"Macam manalah diorang ke KL tu? siapa nak jemput malam2 tu?" tanya ibu.
"Pakwe Z. Dia ada kereta." jawabku.
"Oh..."

Memang sudah menjadi rutin ibu & ayah. Mereka berdualah yang akan menunggu jika aku pulang ke N9. Walau abang2ku tinggal di seremban, ibu & ayah tetap mahu menjemput aku sendiri. Sanggup mereka berdua tunggu pukul 3-4 pagi di terminal 1 seremban demi menanti ketibaanku. (T T).


Hati ini memang rasa tak sedap kerana asyik susahkan ibu & ayah. Tapi memang sejak dari tingkatan 1 lagi ibu & ayah akan menjemputku pulang ke rumah. Ada sekali saja aku pulang menaiki bas. Itupun sebab ayah tidak sihat untuk memandu sendiri.

Ayah sangat2 memanjakanku & adik2. Bukan tak pernah kami adik beradik [Aku & Liyana] ditegur ahli keluarga yang lain.


"Balik la sendiri naik bas. Kan dah besar.." kata pak ngah.

"Susah in... kesian ibu ayah tunggu pagi2 tu.. duduk sini jek la. Biar kami jemput. Bukan jauh pun.." kata mak sedaraku.


"In tumpang rumah mak uda jek la. Kesian pulak dekat ibu & ayah. Dari pukul 10 dah bertolak semata2 nak jemput kat seremban tu. Bukannya dekat." tegur nenek pula.

Oh... (T T). 
Aku pula yang kena..


Sedangkan ayah pula bertegas.
"Dia anak saya. Biar saya yang bersusah. Tak nak saya susahkan orang lain."
"Dia dah besar tulah nak jaga baik2.. kecik2 dah puas saya jaga dia.."


Ibu pula kata.
"Tak sedap hati ibu nak susahkan sedara2 selalu sangat.. sekali sekala takpe.. Kalau dah selalu tu nanti orang pun jadi tak senang.. Nak harapkan abang2 kamu pun diorang kerja..."

Ok, baiklah. Mendengar jawapan tu hanya mampu buat aku diam saja. Mungkin inilah sebabnya ibu & ayah terlalu tinggi tempatnya dalam hati ini.

Tapi.. ada juga sekali tu ibu mengadu.


"In.. carilah teman seorang. Tengok macam Z tu. Apa2 hal pakwe dia je yang jemput. Apa2 hal senang dah ada orang yang standby. Takde pun nak harap sangat mak ayah dia.."

Terkejut aku bila ibu cakap mcm tu. Sedih pulak bila dengar ibu kata mcm tu. Nampak jugalah ibu dah jemu & penat berulang alik dari rumah ke seremban.

Serius, memang jauh. Ambil masa 1 jam lebih jugalah. Jelasnya ibu lebih realistik berbanding ayah yang tetap dengan pendiriannya.


"Tulah.. memang In ni salu menyusahkan ibu & ayah kan.. kalau macam tu, cuti pendek In tak payah baliklah.." kataku agak perlahan. Berair juga mata ni. [Aku ni mmg sensitif.. :)]

Dari hujung mataku aku perasan ibu sempat mengerlingku sedikit. Wajahnya jelas berubah.



"Ish.. ada pulak.. bukan tu maksud ibu.. takkan la seorang ibu nak biarkan anak perempuannya keluar berdua mcm tu je dgn lelaki yg tak ada ikatan sah dengannya?
ibu bukannya apa.. In tu dah besar.. Boleh dah kalau nak cari seorang.. kenal hati budi baik2. Kalau asyik dgn ibu ayah je macam mana pula nanti.." ibu cuba memujuk.

Hehe. Sebenarnya aku memang tahu ibu tak serius.. :)

"Entahla bu.. Z, J, F tu semuanya somei2.. Anak ibu ni biasa2 jek bu.. siapalah pulak yang nak.." jelas sekali ini adalah jawapan dari hatiku yang sangat rendah separas bawah tapak kaki keyakinannya ini.

Ibu tersengih.
"Tu ada tu yang dekat tu. In pulak tak nak.." uja ibu.

Aku mula la buat muka.
"In tak suka dia la bu.. kawan je dia tu.." ulasku.

"Habis tu In suka siapa..?" ibu mendugaku.

"...." (^^')


"Orang dah suka tu terima jek la In.. adalah lebih baik kita kahwin dgn orang yg cintakan kita dari kita kahwin dgn orang yang kita cinta tapi dia tak suka kita. Betul2 makan hati jek nanti.." beria2 ibu bercerita.

Tiba2 nenek pun menyambung.

"Betul la tu. Kata ibu tu betul. Dengar nasihat ibu tu. In nak kahwin nanti jangan pilih laki yang dah ada pilihan hati. Jangan mak dia pilih kita, tapi anak dia tu dah ada perempuan lain dlm hati dia. Merana la badan menanggung nanti.

Nak nikah nanti tanya siap2. Kau dah ada orang yang punya ke belum. Kalau baru putus cinta pun tak payah! Eee.. betullah cari nahas kalau hidup dengan laki yang hati dia ada perempuan lain. Nanti dia tak pedulikan kita tahu?" kata nenek pula.

"Tak berbaloi..." sepatah kata ibu lagi.

Aku lihat ayah sempat memandangku dari mejanya. Lidahku tiba-tiba saja kelu. Aku yang suka tergelak ni tiba2 tak boleh nak gelak atau buat2 gelak apabila dengar hujah ibu & nenek.. Hm.. Terlintas persoalan ini di dasar hatiku;

Ibu suruh In cepat2 nikah.. Ibu dah tak sayang In lagi ke? 
Sampai nak beri In pada orang lain? 
:'(

Ada masanya.. fikiranku melayang-layang juga fikirkan hal ni.


"21 bukannya muda lagi In. Bila In nak cari? Dah kerja nanti? Nak kenal hati budi lelaki ni bukan cukup 2-3 bulan sayang oi.. kahwin tu bukannya main pondok2.." ada suatu masa yang lain ibu menegurku.

Baiklah.. sekarang aku teringat pula tentang cerita ustaz syam (ustaz Pengajian Islam Liyana)


"Kak, ustaz adik kata.. memasak, membasuh, kemas rumah semua2 chores tu bukan kerja orang pmpuan. Dia kata, tugas seorang isteri hanyalah melahirkan zuriat & melayan suami je. Ustaz adik kata, selama dia nikah dengan wife dia, dialah yang memasak, membasuh, lipat baju, kemas rumah, semuanya dia yang buat. Wife dia duduk berehat je.. Serius kak! Cara dia cerita tu.. memang romantik... :) :) :)" beria2 senyumnya sampai ke telinga waktu deliver cerita ustaz dia tu.

Ada banyak lagi la yang diceritakan. Sungguh, aku rasa memang beruntung semua wanita kalau bernikah dengan suami yang semacam ustaz adik aku tu. Tapi aku cepat2 mengingatkan dia bahawa jangan terlalu mudah meletakkan harapan pada calon suami jika kita sendiri tidak layak utk dilayan sebegitu baik!

Awal2 lagi aku dah ingatkan diri & berpesan pada yang lain supaya bersikap realistik. Jangan terlalu ghairah membuat list ciri2 yang harus ada pada si dia sedangkan diri sendiri juga masih banyak kekurangannya.

Keajaiban hanya Allah anugerahkan buat mereka yang benar2 istimewa di sisiNya. Maka, hati ni memang harus selalu diingatkan supaya tak lalai dan terkeluar dari landasan yang sepatutnya.. :)


"Kamu liyana.. nak kahwin nak cari lelaki yang macam mana?" [ustaz tu tanya Liyana].
"Mestilah nak lelaki yang baik, soleh, beriman..." jawab adik aku.
"Kenapa ustaz?"

Jawapan yang lelaki itu berikan begitu mendalam bagiku.


"Semua perempuan nak cari lelaki yang baik. Semua lelaki nak cari perempuan yang baik. Carilah.. pasti kamu jumpa. Tapi, untuk memiliknya itu belum tentu sebab selalunya orang yang baik2 ni.. dalam hati dia memang dah ada sukakan seseorang. Cuma perasaan itu dipendamkan dalam hati dengan kesabaran & menjadi rahsianya dengan Allah. Dia takkan nak heboh2.. Tapi, dalam doanya, pasti ada nama yang disebutkan untuk menjadi penemannya untuk ke syurga Allah kelak.."

Dush! Pengsan kejap.

Baiklah.. baiklah..

Ok.. Ok.. 


Tak ada maknalah nak admire dekat ikhwan yang soleh macam nih. =.="

[Sebenarnya dah tak tahu nak kata apa... untuk komen kata-kata beliau itu.]

Hakikatnya, pernikahan itu satu ibadah. Bukan suatu hal main2.. Bukan sekadar menyempurna mimpi. Tapi nikah itu besar tanggungjawabnya.. samada boleh jadi syurga atau neraka, samada jadi pahala atau dosa..

Teringat salah satu firman Allah di dalam Al-Quran..


Kata Allah:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [Ar-Rum: 21]

Dan Allah berfirman lagi:
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." [An-Nur: 26]

Sungguh, inilah janji Allah buat kita semua. Inilah jawapan bagi semua persoalan. Persoalan yang kau persoalkan. Dan juga persoalan yang aku persoalkan. Jawapan Allah tetap sama.


Manalah mungkin dapat kau menggapai Muhammad SAW andai dirimu tak sehebat Siti Khadijah..

Layakkah engkau mendapatkan Ali jika dirimu tak segah empunya Fatimah Az-Zahra..

Rasulullah SAW bersabda:
“Tuhanku mendatangiku dalam tidurku seraya firman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah, ‘Ya Allah, aku meminta kepada-Mu cinta-Mu, dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta perbuatan yang mengantarkan aku kepada kecintaan-Mu.’” (HR Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Al-Thabrani)"


"Dan Allah menyatukan hati-hati mereka yang beriman dengan cinta..."

Bagi wanita-wanita yang masih bujang, pesanku, pilihlah untuk mencintai Allah & rasulNya dahulu.. serta hargailah pengorbanan ibu & ayah kalian.. Sempurnakan dahulu kisah cintamu dengan mereka sebelum meraih cinta yang lain2..

Pernikahan adalah sekadar salah satu cebisan kecil kehidupan. Jika ia dilaksanakan, sabda Nabi ia umpama sudah menyempurnakan separuh dari agama. Tetapi harus diingat, tujuan utama kehidupan adalah untuk mengutip rahmat & redha Ilahi untuk bertemu Allah di penghujungnya. Itu yang paling utama.


---------------------------------------------------

Ayah yang hanya mendengar ibu & nenek meleteriku waktu itu kemudiannya datang menghampiriku. Waktu itu kami hanya tinggal berdua.

"Ibu cakap macam tu sebab dia risaukan anak-anak dia. Hati ibu in.. memang nak anak-anak dia sentiasa bahagia.. sebab tu dia emosi sikit tadi.

Tapi...

Bila tiba waktunya nanti, jangan pilih orang yang suka kat kita atau jangan pilih orang yang kita sukakan."

Aku pandang wajah ayah.

"Pilihlah agama. Pilih pasangan seperti memilih agama., untuk menyempurnakan agama kita.. InsyaAllah untuk kelangsungan di syurga nanti.. Banyak-banyak berdoa. Mudah2an Allah akan berikan yang terbaik.." 

Wallahu 'alam..

*Diedit semula pada 8 Mei-8.30 mlm.





p/s: Terima kasih ya Allah.. kerana memberi ibu & ayah yang sangat2 menyayangi, memahami, & melindungiku..

Begitu berjela nikmat yang Kau beri buatku, layakkah aku meminta-minta lagi? Sedangkan nikmat yang ada belum sempurna ku syukuri?


Ya Allah... aku malu padaMU..


12 comments:

  1. salamun'alaikum ya ukthti.
    ana baru saja bicara soal ni dalam blog ana. nampak seperti musim pula :)

    ReplyDelete
  2. Wasalamualikum warahmatullah..

    ya.. ana baru saja berkunjung ke blog ukhti. memang sedang musim barangkali.. :)

    p/s: syukran atas kunjungan.. :)

    ReplyDelete
  3. kat sini musim bunga. http://naimulfirdaus.blogspot.com/2010/04/musim-mahu-berbunga_954.html

    ReplyDelete
  4. salam mahabbah ya ukhti... sekarang musim ya? ana pun ada berbincang dan terfikir akan hal ini.. apatah lagi umur ana n=ini dah 22 tahun, 9 bulan..
    namun ana anak tunggal dalam keluarga.. terlalu banyak untuk dipertimbangkan
    semoga ukhti mendapat pasangan yang diredhaiNYA
    amin..

    ReplyDelete
  5. Response to Hamba Ilahi.

    syukran atas link. syukran juga atas kunjungan..

    ReplyDelete
  6. Salam mahabah kembali ukhti asiah yusro..

    sebagai anak perempuan sulung, yang masih perlu banyak memperbaiki diri untuk dijadikan contoh kepada adik2 serta terus berusaha utk menjadi qurratul ain buat ibu bapa, hal spt ini hanya akan timbul tatkala musimnya tiba.. :)

    amin2 insyaAllah, semoga ukhti juga dikurniakan pasangan yang diredhaiNya. amin.

    ReplyDelete
  7. Salam ...
    Walimah hanya perkara kecik saja, jika walimah itu adalah semata untuk melepaskan masaalah kita dan urusan biology kita sajaha,cuma yang harus kita fikirkan adalah natijah walimah itu sendiri.

    Suami bukan hanya untuk menjadi teman atau untuk memudahkan urusan kehidupan kita tapi yang paling dasarnya adalah untuk memandu kita menjelajahi taman taman syurga dan menghirup halwa manisannya, dan menatap wajah sang pencipta yang teramat nikmat itu.

    Jika itu matlamat perkahwinan, kita harus banyak bersabar dan berdoa untuk meraihnya tetapi jika sekadar untuk membantu menguruskan pergi balik kerja kita, makan minum kita dan urusan biologi kita ...kita boleh cekup dimana saja tanpa perlu berfikir!

    Wallahuaklam sekadar pandangan dari saya.
    muharrikdaie - menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa.

    ReplyDelete
  8. Salam warahmatullah muharrikdaie,

    sungguh benar apa yang anta cetuskan itu. Pernikahan bukan semata-mata memuaskan kehendak hati, menyempurnakan mimpi satu pihak..

    Tetapi pernikahan adalah besar tanggungjawabnya memandangkan Rasulullah saw bersabda bahawa sesiapa yang bernikah bermakna telah menyempurnakan sebahagian agamanya..

    Itu yang ana pesan pada diri ana, pada adik perempuan ana yang sudah terpujuk dgn mimpi indah pernikahan kerana kisah ustaznya..

    Pernikahan adalah ibadah untuk menyempurnakan iman, menuntut kesabaran, dilalui dgn keimanan & ilmu di samping saling menegur & meneguh utk sama2 mencari redha Ilahi.

    Hakikatnya, pernikahan hanyalah sebahagian dari picisan kehidupan.. selebihnya harus diingatkan.. tujuan utama kehidupan itu adalah untuk berjumpa dengan Allah dlm rahmat & keredhaanNya di hujung hidup kita ini..

    wallahu 'alam..

    p/s: syukran atas kunjungan & pendapat yg diberikan..

    ReplyDelete
  9. Salam'alaik ukhti,
    ana fikir sekarang ni mood orang bercakap tentang kahwin sebab ada ahli keluarga yang nak kahwin, mahupun kenalan lain tambahan pula bulan 6 ni cuti sekolah kan maka bertambah lagi mood orang bicara soal kahwin =)

    Ramai orang menunggu dan mencari lelaki (mahupun perempuan) yang TERBAIK sehingga lupa penanda aras itu sama juga kepada pihak yang satu lagi. Tanpa membaiki potensi diri, tanpa melakukan muhasabah berpanjangan (konsisten membaiki kelemahan) masakan keduanya akan bertemu.

    Aqidah mestilah sama (bukan sekadar islam), ada pula seorang berhajat mahu yang 'sempurna' tetapi diri sendiri tunggang langgang, Allahuakbar! Ada pula yang sudah memiliki ciri yang bagus, mantap kata orang tetapi Allah mengujinya dengan pelbagai mehnah.

    Kehidupan ini satu ujian, kalau semuanya kemanisan... alangkah ruginya! Kita dimanja dan terus dibelai sehingga akhirnya kita tidak mampu untuk mengurus HATI supaya sentiasa dekat dengan Allah. Ujian pencetus RASA untuk mahu berlama-lama dengan Nya.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  10. Wasalamualaikum warahmatullah ukhti Insyirah..

    Ana faham apa yang cuba ukhti sampaikan..

    Ya, begitu banyak hujah yang dilontarkan, begitu banyak pandangan yang dinukilkan, begitu banyak pendapat yang diutarakan.. sudahnya di penghujungnya, ana percaya kita semua tetap kembali kepada Allah & rasul sebagai matlamat, ikutan & pedoman..

    Apapun, kita tetap harus percaya & yakin kepada Allah.. manusia boleh saja merancang pelbagai macam rancangan.. tapi Allah jualah yang menentukan..

    Ya, sungguh hanya Allah-lah yang Paling Mengetahui.. apa yang tersirat, tersurat, apa yang ada di hatimu, di hatiku & dan di hati kita semua..

    Moga Allah merancang & mengaugerahkan yang terbaik buat kita semua.. amin2 insyaAllah..

    syukran atas pendapat yang diberikan. Moga Allah merahmatimu.. :)




    p/s: Terkadang apa yang ingin disampaikan sering saja disalah tafsir.. Haish..

    ReplyDelete
  11. situasi yang saudari alami, sama seperti apa yang sya alami..ap pun, nice entry

    ReplyDelete
  12. :) semoga Allah memberikan takdir yang terbaik buatmu ukhti, syukran atas ziarahnya. :)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."