Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, January 7, 2012

She's Very Kind & Inspirational.



Bismillahirrohmanirrohim..
Dengan NamaMu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Pakar motivasi mengatakan bahawa orang yang bijak adalah sama seperti span, dalam terma menyerapi semua kebaikan yang tertumpah berdekatan dengannya.

Manusia yang bijak juga sepatutnya seperti itu.

Amat rugi kalau kita berdamping dengan orang-orang yang hebat tetapi kita tidak dapat menambah nilai untuk diri sendiri walau sedikit pun.

Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur dikurniakan seorang pedamping yang sangat baik & memberikan inspirasi kepada saya. Dah lama sebenarnya saya nak tulis entri berkenaan dengan beliau. Namun, aturanNya itu penuh rahsia & Dia menentukan hari inilah yang terbaik untuk saya menulis post tentang beliau. insyaAllah.

Hampir setahun lebih juga saya duduk bersama dia. Saya banyak belajar daripadanya. Antara nilai tambah yang berharga buat diri saya ialah;


1) Jangan pernah kedekut untuk berkongsi & berbahagi rezeki.

Dia suka membeli barang-barang. Termasuklah makanan. Namun, dia bukanlah insan yang kuat makan macam saya. huhu. ;p Katakanlah dia membeli sebungkus wafer, dia akan memberi 4-5 batang wafer kepada saya. Apabila saya habis makan, dia tambah lagi. Sudahnya dalam sebungkus tu dia hanya makan 1-2 saja agaknya. Yang semuanya saya yang habiskan. ;p [Haish.. teruknya saya.]

Begitu juga dengan benda-benda yang lain. Coklat, biskut, air kotak, minuman 3in1, dadih serta banyak lagi.

Beberapa hari yang lepas, dia membelikan 1 potong kek dari Anjung Semarak, kafe yang agak popular di USM. & saya tahu, harga sepotong kek itu agak mahal harganya. Standard seperti King's jugalah.

Serius. Saya rasa terharu. Ya, dia beli tanda dia ingatkan sayalah kan.. & apabila dia ingat, tandanya dia menghargai saya. *mata berkaca-kaca tanda terharu*



2) Buah tangan yang membahagiakan.

Apabila dia pulang ke rumah, & kembali semula ke USM, dia selalu membawakan buah tangan untuk saya. Biasanya satu bekas kek yang dibuatnya sendiri. Lebih dari itu, dia akan memberikan macam-macam lagi yang sampai penuh meja dibuatnya. :)

Dia juga pernah ke luar negara. Ke Beijing & ke Indonesia. Sekali lagi, dia pulang pastinya dengan buah tangan untuk saya. Saya masih simpan & pakai T-Shirt merah bertulisan Beijing itu. Di rumah, ibu saya pernah tanya, saya beli di mana baju itu. Dan saya katakan roommate saya hadiahkan kepada saya.

Ibu saya kata; "Baik sungguh kawan In tu.."

Saya pun membalas; "Bukan setakat baik... cantik pula tu.."

Ibu saya hanya tersenyum selepas itu. Saya akan bawa ibu jumpa dengan dia waktu kami konvokesyen nanti, insyaAllah. :)


3) Kejutan yang comel... :)

Semua orang sukakan kejutan. Ya, dia belikan kek hari lahir untuk saya. Serius, itu kali pertama saya makan kek ais krim Baskin Robin. Kelas saya kan.... :) huhu.

Kawan-kawan yang lain ada juga berikan hadiah. Tapi taklah dalam bentuk kejutan yang comel seperti itu. ;D kali terakhir saya dikejutkan begini waktu masih belajar di peringkat diploma. Oh.. rindu juga dengan kawan-kawan saya yang sempoi dan comel itu; Aja. Rina, Santi, Ika & Mar...




Ok, berbalik kepada kisah kejutan BR ice-cream cake. Dia ingin buat kejutan & mengetuk pintu bilik. Tapi saya waktu itu memakai headphone & tidak endahkan ketukan di pintu. Lagipun, sebelum itu ada student yang datang mengedarkan 'survey-form', jadi saya fikir yang mengetuk itu adalah mereka.

Saya malas mahu buka pintu kerana saya dah pun letakkan borang jawapan di hadapan pintu waktu itu seperti yang mereka suruh.

Jadi saya buat tak tahu sahajalah ketukan tersebut. Dan kelakarnya, dia akhirnya membuka sendiri pintu & datang ke meja saya & lalu berkata,

"Happy birthday, intan. Kenapa awak tak buka pintu...?"

;D

Mukanya nampak kecewa. Stress dengan ke-lampi-an saya mungkin.

=.="

Jangan dikenangkan betapa terkilan & rasa serba salahnya saya waktu itu.

Sampai sekarang bila teringat, buatkan terasa nak menjerit;

"Maafkan saya..........." *muka serba salah*

********************

Sepanjang setahun lebih ini kalau saya nak senaraikan kebaikannya, mungkin tak cukup hanya dalam 1 entri cabuk yang macam ini. Dia pernah urutkan kaki saya waktu saya accident & Alhamdulillah, berkat keikhlasan hatinya, saya lekas sembuh. Bengkak kaki saya cepat surut & sakit pun tak berpanjangan.

Segala kebaikan & pertolongan yang diberi, dia tidak pernah berkira. Malah, setahun saya berpisah dengannya kerana bertukar pasangan sebilik, dia selalu juga datang berziarah & membelikan makanan & souvenir untuk saya. Bekas pensil tu masih ada atas meja belajar saya sekarang ni. :)

Oh ya... dia juga adalah 'kamus bergerak' saya sebab saya suka tanya dia perkataan-perkataan bahasa inggeris sebab her english is very good. :D

Selebihnya, masakan ikan patin mak dia memang sangat sedap. ;p Oh ya, kek butter self-made dia pun sedap juga.. :) [Bertuahlah suami awak kelak, Fad. insyaAllah.]


Hehe. Untuk roommate saya yang tercinta; Noor Fadhilah bt Abdul Ghani, terima kasih yang tak terhingga sebab selalu buat saya gembira, terharu & dihargai..

saya sayang awak... sangat! & saya tahu Allah sayangkan awak lebih-lebih lagi. Semoga Allah sentiasa merahmati awak, insyaAllah..



Cantik kan..? :D

InsyaAllah, secantik peribadi & pekertinya.

InsyaAllah juga, kalau panjang umur, saya ingin bertemu dengan mak dia dan katakan kepadanya;

"Alhamdulillah mak cik.. terima kasih kerana melahirkan anak yang sebegitu hebat, baik & cantik.. insyaAllah saya pun nak jadi baik macam dia..." :)


*******************


PENUTUP : Biar Kecil Asalkan Berterusan...

Fad mengajar saya, yang kecil tetapi bermakna itu tetap ada nilai yang besar di sesuatu sisi lainnya. Sebagaimana setiap sedekah yang dia beri, selalu menggembirakan hati saya. Mungkin baginya, hal itu kecil, namun, hal yang kecil-kecil tetapi berterusan itulah yang membuatkan saya bertambah sayang & menghormatinya.


Hal ini saya cuba aplikasikan dalam hubungan saya dengan Allah. Sebagaimana Fad selalu ingat untuk membelikan makanan bekal itu saya, & hal itu membuatkan saya gembira, seperti itu jugalah Allah akan gembira jika saya sentiasa mengingatiNya kemana pun saya pergi. insyaAllah.


Hal-hal kecil seperti menyebut namaNya; insyaAllah, Alhamdulillah, tetapi dilakukan secara berterusan pasti akan membuatkan Allah juga mengingati dan menyayangi kita. Sebagaimana Fad selalu membuatkan saya teringat & sayang kepadanya kerana tindakan-tindakan kecilnya yang spontan & bersahaja itu.

Hal ini juga aplikasikan kepada orang lain, sahabat-sahabat yang lain. Dan ternyata, saya gembira apabila melakukan hal tersebut. Saya gembira dapat menggembirakan orang lain. Saya juga mahu orang lain rasakan bagaimana saya rasa apabila digembirakan.


Ya, kita rasa dihargai.. :)


Banyak kebaikan yang saya perolehi daripada insan sekeliling saya. & sebab itu jugalah Allah menyuruh kita memperbanyakkan pergaulan. Berkawanlah dengan orang-orang yang positif & baik, insyaAllah, banyak kebaikan juga yang akan kita perolehi..

Buat semua sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah.. saya doakan, persahabatan ini akan kekal kita bawa hingga ke syurgaNya kelak. insyaAllah. Sayang antum semua fillah. Alhamdulillah, terima kasih kerana membawa begitu banyak kebahagiaan kepada diri saya yang banyak kekurangannya ini..


Allahu 'alam.. :)


p/s: Terima kasih juga untuk Cik Elah Jejem selaku pegawai kebajikan yang suka menyedekahkan nasi apabila saya kelaparan, Cik Guni Guniha yang selalu concern & menemankan diri ke makmal malam-malam serta yang lain-lain juga... Allah sahajalah yang membalasi semua kebaikan kalian. InsyaAllah.. :)


MARI SAMBUNG BACA CATATAN INI JUGA: POSITIF ITU INDAH



4 comments:

  1. salam,awesome entry.but cam ne dgn 1 pemberian yg kecil 2 penerima tidak mengunakan sebaik2nyr n tidak m'gunakan atas dasar jalan Allah..cam ne 2?

    ReplyDelete
  2. wasalam.. maafkan saya, saya tak berapa jelas soalan enti sbnrnya...

    kalau boleh, berikan contoh utk pencerahan. Apa pemberian kecil itu? & menggunakan atas jln Allah yg bgaimana enti maksudkan..

    Sbnrnya.. apabila kita beri sesuatu kpd org, apabila pemberian itu sudah jdi hak mereka, itu trpulanglah kpd mereka bagaimana mereka mahu mggunakannya.

    sy ambil analogi kita hadiahkan pen. Kalau pen itu digunakan ke jalan kebaikan, tulis tazkira/nota/mutiara kata islami & difotostat lalu disebarkan, itu adalah kebaikan utknya.

    kalau pen itu digunakan untuk menikam teman sebiliknya, itu dikira sbg tindakan yg luar bijak oleh dirinya.


    Bertindak & berfikirlah.. lebih baik benda yg murah & kecil ttp mengingatkn kita kpd Allah, drpd bnda yg mhl & bsr ttp mnjauhkan kita dripadaNya.

    Namun.. adalah sangat jauh lebih baik lagi.. kalau kita memandang setiap rezeki yg Allah kurniakan kpd kita, kecil atau besar, baik ataupun kita nmpk buruk, kita tetap redha & brtambah dekat dgnNya...

    Allahu'alam..

    ReplyDelete
  3. Intan...

    Sangat2 terharu. *berair mata bila baca*,=(

    Intan, im just being myself. No hypocrite at all,hehehe. Betul,setiap pemberian yg kecil itu adalah sgt2 bermakna,huhuhu.

    Apabila kita menghargai org lain, org lain jugak akan hargai kita. Dan setiap kebaikan yg kita lakukan pasti ada balasan,begitu jugak dengan kejahatan yg kita lakukan pasti ada balasannya kan?huhu

    Saya ni xde la baik mana pn intan, pasti ada kekurangan di dalam diri ini. Saya mengagumi awak dari sudut yang lain pulak. *Sudut yg masih lagi sy kurang dan terasa diri ini sgt kerdil disisi-Nya*

    For your info,2 pn 1st time sy mkn kek BnR,huhuhu. Wish u all d best 4 ur final,=)

    ReplyDelete
  4. :'D *tersengih dgn mata bergenang*

    insyaAllah, setiap kebaikan yang kita lakukan akan walau sebesar zarah dibalas kebaikan oleh Allah. begitu juga dengan kejahatan walau sebesar zarah yg juga akan mendapat balasan.

    fitrah la tu fad.. kita kan manusia.. mana ada manusia yang sempurna kan..?

    Tetapi, kita lihat yang baik2 sajalah dalam apa pun yang ada di sisi kita... insyaAllah, yg terserlah pn akan nampak yg baik2 juga. :)

    hehe.. kiranya BnR tu kenangan manis bersama la.. waa.. bangganya saya! ;p

    insyaAllah fad, doakan kejayaan saya. saya juga akan selalu mendoakan yg terbaik utk awak, insyaAllah. :)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."