Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Monday, April 26, 2010

Rayuan Hati Seorang Hamba.


Entah hendak ku mula dari mana, untuk mempersembahkan semua bicara. Luahan kata dari sudut jiwa.

Yang selalu resah biar wajah nampak ceria,
Yang selalu gundah biar ada senyum di hujung kata-kata...

Inilah kata-kata yang terbuku di sudut hati.
Rayuan hati seorang hamba..

Dalam dunia yang semakin hampir pada penghujungnya, membuatkan aku selalu rasa takut, cemburu & risau.

Takut aku, sungguh aku takut memikirkan saat kematianku yang hampir tiba di kala amalanku yang masih sedikit. sedangkan insan lain laju menimbunkan pahala & keredhaanmu wahai Allah.

Cemburu aku, sangat cemburu aku tatkala memikirkan, di kala lenaku yang nyenyak, begitu ramai insan lain menggagahkan diri bermunajat tangis merinduimu ya Allah.

Risau aku tatkala mengenangkan menghitung jumlah-jumlah hari yang kian pendek, terlalu risau & terus risau dengan kematian yang bakal dtg tiba2 sdgkan diriku masih cetek agamanya membawa amal yang baru 'seciput' & mengheret dosa yang begitu menggunung.

Tertanya-tanya aku ada ketikanya;

Aduhai Tuhan...

Manakah letaknya aku di antara semua hamba-hambaMU..?

Lebih rendahkah aku dari taraf sang semut yang tidak pernah berhenti berzikir mengagungkanMu?

Atau lebih muliakah sang bulan & matahari yang setia & tak pernah mengingkari perintahMu?

Atau tiada langsungkah tempatku dalam rahmatMu?

Maka, tanpa dapat ditahan-tahan, jatuhlah air mataku berjuraian bila terkenangkan semua itu.

Wahai Allah..
Biar tiada cinta manusia untukku di dunia ini..
Akanku cuba sedaya redhakan hati.
Asalkan dapat kuraih cinta dariMu.

Yang amat mendamaikan,
Membahagiakan..
Melapangkan semua kesempitan hatiku..
Menghangatkan semua kedinginan jiwaku..

Kerana cintaMu Allah,
Aku bertambah kasih pada RasulMu,
Aku bertambah sayang pada agamaMu,
Aku bertambah cinta pada ibubapaku..

Dan aku berazam akan sedaya menjadi insan yang baik..
Untuk meraih tempat yang baik di-sisiMU..

Sungguh...
Berikanlah aku peluang wahai Kekasihku..
Untuk menyempurnakan cinta ini..
Dan menjadi tetamu jiwa-Mu..

Agar akhirnya,
Kan dapat ku bertemuMu & menatap wajahMu..

Dalam kerendahan jiwa, dan kerapuhan iman..
Kurayu ampunanMu..

Oh Allah..

Izinkanlah ku huni hati-Mu itu..





10 comments:

  1. salam..kak syg,..

    diz great entri..sayu..mcm terasa dihatii
    aduhai diri..siapala kamu dipandangan Allah..

    syukran atas entrinya ya kak..sungguh menusuk kalbu..~_~

    ReplyDelete
  2. Salam warahmatullah..

    Menginsafi diri..T__T

    "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan"
    (Surah Al-Syura 42:25)

    Smga kita dapat meraih cinta-Nya...

    ReplyDelete
  3. salam sayang kembali buatmu nisa..

    syukran atas kunjungan.. :)

    Lama dah tak update rasanya.. ~~~ :)

    catatan hati ini mewakili hati-hati perindu cinta Ilahi.. bukan sekadar monolog diri sbg retorik semata tetapi prsembahan hati hamba yg rendah jiwanya..

    syukur Alhamdulillah.. catatan dari hati ini sampai jua akhirnya ke dalam hatimu.. :)

    moga Allah merahmatimu dik..

    ReplyDelete
  4. salam warahmatullah kak nurr..

    ya Allah.. rindunya dgn akk.. :) :)

    syukran atas kunjungan.. insyaAllah, lps xm akan merajinkan diri utk update blog ni, insyaAllah..

    sungguh, Allah sentiasa menerima taubat setiap hambaNya. Malah, Dia tidak pernah berhenti membukakan pintu taubatNya kepada kita...

    Mudah2-an Allah akan terus memberikan taufik & hidayahNya buat kita para hambaNya..

    syukran ya kak.. atas kunjungan & komen.. :)

    ReplyDelete
  5. salam kak..mau copy ayat kak "perindu cinta Ilahi.. bukan sekadar monolog diri sbg retorik semata tetapi prsembahan hati hamba yg rendah jiwanya.." jdi status FB ya..mau kongsi dgn sahabt2 moga da manfaatnya..ngee(^^,)

    ReplyDelete
  6. subhanallah.... syukran kak... atas nukilan yg sgt2 bermakna..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak, saya copy ye..

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam dik..

    copylah.. jika memberi manfaat bagimu..

    p/s: syukran atas entri "syauqah nur". luv-u-fillah.. :)

    ReplyDelete
  9. suka entry ni..menarik2.. sy tnggu entry sterusnya :)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."