Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Monday, April 19, 2010

Musim Peperiksaan.


Salam warahmatullah.

Moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah.

Kini, sudah tiba masanya musim yang 'dinanti-nanti' oleh semua student IPT.

19 April 2010-7 Mei 2010.
[peperiksaan akhir semester 2-]
[bagi semua pelajar ijazah pertama/ ijazah tinggi USM]


Ketika ini perasaanku, tak senang duduk, kepala sakit, semua pun rasa nak sakit masa ni. Asyik berdebar-debar. Rasanya semua kawan-kawan yang lain pun macam tu. First paper esok, setiap minggu ada 2-3 subjek.

Dikesempatan yang sempit ini, aku nak minta maaf secara terbuka kepada semua pengunjung blog ini. Harap kalian dapat sama-sama mendoakan semoga semua urusanku dipermudahkan Allah, begitu juga bagi kawan-kawan yang lain.




Selamat menghadapi peperiksaan sahabat-sahabiah sekalian. Semoga dipermudahkan Allah semua urusan. Selamat berjaya!

Saat ini hanya dua janji Allah ini yang aku pegang.

Firman Allah;
kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah berusaha untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali-Imran: 159]

Allah berfirman lagi;
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." [Al-Insyirah: 5-6]

“Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif, Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.” -perkenankanlah permintaanku wahai Tuhanku.. (T T)

Wallahu 'alam..



p/s: Ada sesiapa ada tips macam mana nak hilangkan perasaan yang berdebar2 ni?


8 comments:

  1. Salam ya ukhti ku sayang kerana Allah..selamat menduduki imtihan..semoga Allah mempermudahkan urusanmu..ana pun sedang berjuang skrg ni. semoga kita semua mendapat kejayaan baik di dunia ni mahupun di akhirat.. =)

    iloveufillah!!! hehe =)

    ReplyDelete
  2. Salam imtihan..:)

    Akk doakan smoga dipermudahkan sglanya bagimu. Ameen.

    ReplyDelete
  3. salam warahmatullah baby comel.. ;p

    safi, baby ummi.yeaay!

    selamat juga buatmu kekasihku..
    berjuang dirimbunan kertas-kertas ilmu..
    jangan engkau beku, Allah selalu bersamamu..
    doaku berpanjangan utkmu..
    hakis debarmu dgn zikir hati yg padu..
    nescaya cemerlang itu hakiki milikmu..
    perah lelahmu demi Allah dan Rassullah..
    maka nah, engkaulah mujahidah tak terkalah..

    ILOVEYOU BABY SAFI!

    "Allahku, demi kemuliaan tahta-MU, sayupkan ketajaman fikiran buat kekasihku intan safi ini agar perjuangannya beroleh kemenangan yang berdarjat, sungguh..Engkau pengkabul segala hajat"

    Ameen ya Robb..

    ReplyDelete
  4. Tajamkan akal, asahkan pena, tawakkal kepada Allah.

    ReplyDelete
  5. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete
  6. Salam warahmatullah..

    syukran atas kunjungan serta kata-kata dorongan semangat.. ana hargainya.. :)

    syukran semua;
    ukhti-sue, mek-mizah, kak nurr kasih, ummi kekasih safi ;p (hehe), mesintaip, hapi, dan ukhti muharikah..

    moga Allah mempermudahkan urusan kalian juga serta memasukkan kalian dalam rahmat keredhaan_Nya.. amin2, insyaAllah.. :)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."