Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Monday, April 26, 2010

Rayuan Hati Seorang Hamba.


Entah hendak ku mula dari mana, untuk mempersembahkan semua bicara. Luahan kata dari sudut jiwa.

Yang selalu resah biar wajah nampak ceria,
Yang selalu gundah biar ada senyum di hujung kata-kata...

Inilah kata-kata yang terbuku di sudut hati.
Rayuan hati seorang hamba..

Dalam dunia yang semakin hampir pada penghujungnya, membuatkan aku selalu rasa takut, cemburu & risau.

Takut aku, sungguh aku takut memikirkan saat kematianku yang hampir tiba di kala amalanku yang masih sedikit. sedangkan insan lain laju menimbunkan pahala & keredhaanmu wahai Allah.

Cemburu aku, sangat cemburu aku tatkala memikirkan, di kala lenaku yang nyenyak, begitu ramai insan lain menggagahkan diri bermunajat tangis merinduimu ya Allah.

Risau aku tatkala mengenangkan menghitung jumlah-jumlah hari yang kian pendek, terlalu risau & terus risau dengan kematian yang bakal dtg tiba2 sdgkan diriku masih cetek agamanya membawa amal yang baru 'seciput' & mengheret dosa yang begitu menggunung.

Tertanya-tanya aku ada ketikanya;

Aduhai Tuhan...

Manakah letaknya aku di antara semua hamba-hambaMU..?

Lebih rendahkah aku dari taraf sang semut yang tidak pernah berhenti berzikir mengagungkanMu?

Atau lebih muliakah sang bulan & matahari yang setia & tak pernah mengingkari perintahMu?

Atau tiada langsungkah tempatku dalam rahmatMu?

Maka, tanpa dapat ditahan-tahan, jatuhlah air mataku berjuraian bila terkenangkan semua itu.

Wahai Allah..
Biar tiada cinta manusia untukku di dunia ini..
Akanku cuba sedaya redhakan hati.
Asalkan dapat kuraih cinta dariMu.

Yang amat mendamaikan,
Membahagiakan..
Melapangkan semua kesempitan hatiku..
Menghangatkan semua kedinginan jiwaku..

Kerana cintaMu Allah,
Aku bertambah kasih pada RasulMu,
Aku bertambah sayang pada agamaMu,
Aku bertambah cinta pada ibubapaku..

Dan aku berazam akan sedaya menjadi insan yang baik..
Untuk meraih tempat yang baik di-sisiMU..

Sungguh...
Berikanlah aku peluang wahai Kekasihku..
Untuk menyempurnakan cinta ini..
Dan menjadi tetamu jiwa-Mu..

Agar akhirnya,
Kan dapat ku bertemuMu & menatap wajahMu..

Dalam kerendahan jiwa, dan kerapuhan iman..
Kurayu ampunanMu..

Oh Allah..

Izinkanlah ku huni hati-Mu itu..





Monday, April 19, 2010

Musim Peperiksaan.


Salam warahmatullah.

Moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah.

Kini, sudah tiba masanya musim yang 'dinanti-nanti' oleh semua student IPT.

19 April 2010-7 Mei 2010.
[peperiksaan akhir semester 2-]
[bagi semua pelajar ijazah pertama/ ijazah tinggi USM]


Ketika ini perasaanku, tak senang duduk, kepala sakit, semua pun rasa nak sakit masa ni. Asyik berdebar-debar. Rasanya semua kawan-kawan yang lain pun macam tu. First paper esok, setiap minggu ada 2-3 subjek.

Dikesempatan yang sempit ini, aku nak minta maaf secara terbuka kepada semua pengunjung blog ini. Harap kalian dapat sama-sama mendoakan semoga semua urusanku dipermudahkan Allah, begitu juga bagi kawan-kawan yang lain.




Selamat menghadapi peperiksaan sahabat-sahabiah sekalian. Semoga dipermudahkan Allah semua urusan. Selamat berjaya!

Saat ini hanya dua janji Allah ini yang aku pegang.

Firman Allah;
kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah berusaha untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali-Imran: 159]

Allah berfirman lagi;
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." [Al-Insyirah: 5-6]

“Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif, Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.” -perkenankanlah permintaanku wahai Tuhanku.. (T T)

Wallahu 'alam..



p/s: Ada sesiapa ada tips macam mana nak hilangkan perasaan yang berdebar2 ni?


Tuesday, April 13, 2010

Rendang Tak Berbuah.


Salam warahmatullah.

Masih ada lagi setengah jam sebelum sesi ulangkaji subjek biodiversity. Saat-saat keseorangan sebegini membuatkan malam-malam usai solat maghrib dan sesi tadarus begini terasa agak sunyi.

Sudah 3 kali maghribku sunyi tanpa suara Fadhilah (roommate-ku) bertadarus Al-Quran. Rasa rindu juga dengan dia terutamanya waktu inilah. Rindu dengan suara lembutnya mengalunkan ayat-ayat Quran Nur Qarim. Moga dia sentiasa diiringi rahmat dari Allah disamping kegembiraan bertemu dengan keluarganya.

Ya. Sebut tentang keluarga, buatkan aku teringat pula pada peristiwa semalam. Entah macam mana, usai solat maghrib semalam aku ketiduran dan hanya dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku. Liyana call. Dengan mamai-mamai tu aku pun gagahkan diri jawab juga panggilan tu.


"Assalamualaikum kak.."
"Waalaikumussalam.. nape kik?"-kik adalah panggilan khusus yang aku berikan padanya. Kdg2 aku memanggilnya 'Ta'.
"Akak buat apa ni?"
"Hm.. stado.."
"Hm.. sibuk eh? (mgkin dia tak berapa dgr aku jwpn aku.) akk tak baca ea mesej yang adik bagi tu?"
"Mesej? Mesej apa?"
"Laa.. adik ada bagi mesej. Akk check la."
"Ok-ok. Nnti akak check.. K, assalamualaikum."

Panggilanku matikan selepas salamku dijawab. Sebelah tanganku memeriksa SMS sambil tanganku yg sblh lagi membuka telekung yang masih lagi sempurna dipakai.



'Salam, kak. Kawan adik pakai tudung labuh dating. Dah ramai yg tegur dia. Then, dia cakap nak jadi macam dulu. Tak nak pakai tudung labuh lagi dah. Dia benci orang2 yg tegur dia. Budak2 ni suruh adik nasihatkan dia. Tapi kitaorang dah nak exam, takut dia down pulak. Dia ckp, if nak jumpa dia, pakwe dia nak jumpa adik sekali. Akak rasa patut ke adik jumpa dia?'

Entahlah kenapa aku balas SMS tu mcm ni;

'Dia tu pakai tudung labuh dari SMKA or mcm mana?'

Liyana balas;

'Tak. Dia dulu duduk matriks. Kat situla dia pakai tudung labuh sampai sekarang. Dulu dia liar.'

Aku tanya lagi.

'Pakwe dia?'

Ini balasan dia; 'Pakwe dia banyak ilmu, hafal hadis. tapi lembik dgn perempuan.'

Aku sedar kini..

'Hujah bukan persoalannya.. kasihan mereka, dah terlalu asyik dibuai cinta.'

Dalam menegur juga perlukan strategi, adab & keikhlasan. Teringat akan nasihat seseorang;

'Tula.. Salahnya seorang dai'e tu apabila dia berharap dakwah akan sampai kepada hati mad'u hanya dengan sepotong ayat yang disampaikan. Walhal, sebenarnya kita bukan sekadar menyampaikan, tetapi menjadi jalan untuk dia kembali mengingati Allah. Itulah sebaik-baik dai'e. 

Kena bersungguh-sungguh & disertakan dgn kesabaran & doa agar Allah membuka pintu hati mad'u itu untuk berubah. Tak boleh tergopoh-gopoh. Dalam pada kita berdakwah, kita kena jaga cara kita, jaga hati kita, jaga akhlak kita. Semua tu juga jadi cerminan bagi seorang dai'e. 

Bak kata Abuya Hamka, kata-kata yang disertai dengan akhlak yang baik, hati yang ikhlas serta tertib & sopan pasti akan meresapi hati mad'u-nya dengan berkesan...'

Ada SMS masuk. Tapi aku tetap teruskan menaip mesej yang seterusnya.

'Tu la.. Dorg tu ada ilmu, tapi tak ada amalan, pengertian & keinsafan. Maka, smuanya jadi sia-sia. Walhal, Islam memerlukan mujahid & mujahidah yang berilmu seperti itu untuk bela Islam. Takpelah, kita jalankan kewajipan kita sbg muslimah. Biarlah Allah yang tentukan semuanya. Tegurlah dgn cara yang berhikmah mcm yg Nabi SAW ajar. Mudah2-an Allah bukakan hati mereka. InsyaAllah.'

Aku baca semula teks mesej tersebut. Sekali lagi. Ya, memang tak salah.

Hafal hadis? Terpana aku. Bukan apa, aku macam pernah jumpa kes macam ni. Ada saja sahabat & sahabiah aku yang hebat latar belakang agama. Nak cakap tentang hal agama, mereka lagi fasih. Lulusan SMKA itu, SMKA ini. 

Cakap pandai, bahas pandai, hujah pandai, dalil semua tepat, tetapi amat sayang sekali apabila mereka tidak menggunakan ilmu yang ada itu untuk dipraktikkan bagi membenteng diri daripada kemungkaran. 

Hal ini merupakan kerugian yang amat besar kpd Islam, khususnya.

------------------------------------

"Kau tak payah nak tegur aku. Aku tahu hal agama semua ni. Dah puas 5 tahun kena tarbiyah. Aku lebih tahu kot semua ni."

Ada tu pulak cakap macam ni;

"Kau nampak jek aku pakai macam ni, couple-couple semua, tapi aku sekolah agama dulu.. tahu jek semua bab-bab halal haram ni."

Aku keliru. Tak faham. Dah kau tahu benda tu salah kau masih buat jugak???

"Aku tahu benda ni salah. Tapi aku tak cakap yang aku tak nak buat benda tu."

"Releks, aku tak buat apa-apa pun. Aku pandai jaga diri."

Pap! Rasa macam kena tampar. Macam rasa kosong sekejap.

Ingatlah, apabila seseorang itu dah pakai tudung labuh, dah pakai kopiah, dah admit diri sendiri tu lulusan SMKA, orang pasti akan melihat kita lebih tinggi dari orang lain. Sedikit kesilapan saja sudah cukup untuk membusukkan nama agama kerana orang sangat suka mencari kesalahan golongan2 ini.

Bagi sesetengah yang faham, mereka akan masih tetap boleh bersangka baik. Ya, bersangka baiklah sesama muslim. Itu dituntut. Tetapi bagaimana pula dgn golongan yg tidak memahami?

Itulah... ada ilmu, tapi tiada amalan, pengertian & keinsafan. Perumpamaannya sama seperti pohon yang rendang merimbun, tapi tiada buah yang dihasilkan.

Motif aku menulis entri ini adalah kerana rasa terkilanku pada 'pembaziran' anak-anak muda yang berpotensi besar untuk berjuang dalam gerak kerja pengislahan & dakwah. Sungguh banyak tugas, amanah & tanggungjawab yang masih perlu kita lakukan.

Malangnya, jika kita sendiri lemah dalam mengawal nafsu sendiri & terbuai dengan hasutan iblis, bagaimana mampu kita melaksanakan amanah-amanah tersebut?

Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa; 

 “ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.”



Firman Allah;



Ertinya;
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. [Al-Isra':9]

Rujuk pula firman Allah sebelum itu;



Ertinya:
Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat). [Al-Isra':8]

Ku akhiri entri ini dengan sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi :

“Hamba yang baik ialah mereka yang beragama dan menyediakan bekalan amalan selepas mati. Manakala orang sombong adalah mereka yang mengikut kehendak nafsu dan mengharapkan belas kasihan Allah semata-mata.”

Peringatan sudah diberikan. Contoh daripada umat terdahulu juga sudah terlalu banyak. Mari bermuhasabah diri, merenungi khilaf diri. Moga-moga Allah sentiasa merahmati kita semua & melimpahkan taufiq & hidayahNya kepada kita.


Bangkit wahai mujahid & mujahidah semua! bangkit sahabat-sahabatku.. Islam memerlukan kita!

Jangan terkulai layu sebelum sempat kita menyumbang bakti demi agama & saudara-saudara kita. Jangan kerana kelemahan kita, Islam rugi satu demi satu pejuang yang berpotensi untuk bergerak kerja.. 


Demi masa, sungguh, manusia itu benar dalam kerugian, melainkan orang yang beriman & beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan dgn kebenaran & kesabaran. [Surah Al-Asr]

Wallahu 'alam..






p/s: Ambilllah pengajaran dari kisah seorang ulama yang berdakwah selama 5 tahun kepada seorang pemuda yang malas solat. Dakwahnya bukan saja berkesan, bahkan tanpa kata-kata yang melukakan. Inilah dakwah cara berhikmah namanya, yang mana disertai keikhlasan & kesabaran dalam menyampaikan risalah Islam.

Thursday, April 8, 2010

Tahajud Cinta.


Salam warahmatullah.

Pertamanya, entri ini kutulis sbg peringatan buat diriku khususnya. Keduanya baru kutujukan kepada kalian pembaca yang budiman. Demi masa, sungguh manusia itu berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dgn kebenaran & kesabaran. Moga beroleh manfaat yang besar buatmu.

Entri ini sepatutnya ditulis sebelum pulang ke negeri 9 minggu lepas, namun tidak sempat. Namun, Alhamdulillah, dalam kesemputan nafas mengejar masa yang sempit, akhirnya dapat jua ku berkongsi di sini.

Seperti yang diluahkan seseorang kepadaku;

Aku berkira-kira, sepanjang 3 minggu berada di kampus uni, rasanya hanya beberapa kerat hari saja aku lunch dgn nasi campur. Selebihnya, tak, paling tepat, majoritinya menu kegemaran aku adalah soto ayam kafe bakti.

Tiap-tiap hari makan pun tak rasa jemu. Walau kedudukan bilik aku agak jauh dari kafe tersebut, aku sanggup. Redah arus jalan raya, mendaki bukit demi semangkuk soto ayam. :) Sampaikan makcik kaunter tu pun dah kenal dgn muka aku. Peliknya, aku tak rasa jemu, walhal bertambah suka dgn menu tersebut sampaikan rasa tak lalu nak makan nasi campur.

Paling kelakar, kawan aku pernah mengusik aku sebagai penagih. Ya, penagih soto ayam. Bukankah tengahari sepatutnya makan nasi? Mana kenyang makan soto?

Walau normalnya memang patut makan nasi, tapi aku tetap memilih soto sbg menu lunch. Pedulikan org lain, yang penting aku rasa seronok bila mangkuk licin daripada membazir.

Dalam pada kulihat kuah sup yang sudah kering, hatiku sempat bermonolog. Aku selalu menunaikan kehendak selera makanku. Bagaimana dengan santapan jiwaku?

Apakah aku sudah menunaikan kehendak jiwaku yang dahagakan keseronokan ibadah yang boleh membuatkan aku jadi penagih? Ibadah yang apabila aku tinggalkan akan membuahkan rasa rindu & rasa tidak tenang dalam jiwaku.

Aku merasakan ada yang tidak cukup dengan rutin seharianku. Masih tidak cukup hanya dengan solat 5 waktu, tadarus & tadabbur Quran Tafsirku. Aku merasa masih ada yang tidak sempurna. Sama rasanya seperti sehari tanpa soto ayam kegemaranku.

Lama masanya aku memuhasabahkan diri untuk mencari sebuah jawapan bagi semua persoalan jiwaku.

Dan akhirnya aku tahu jawapannya.

Jiwaku menginginkan sesuatu. Ya, sesuatu. Aku mahu menjadi bukan sekadar muslimah. Tetapi mukminah sejati. Kerapku baca dalam tafsir, seruan Allah pada manusia. Kebiasaannya Dia akan menyeru;

"Wahai manusia yang beriman!, wahai orang2 yang beriman!, wanita yang beriman, lelaki yang beriman."

Aku bukan mahu sekadar Islam pada nama. Aku mahu benar2 menjadi Islam. Aku benar2 mahu merasai kemanisan iman & cinta Ilahi kerana hanya dgn cintaNya dpt kutepis cinta semu dari dunia yang fana ini.

Aku mahu dekat padaNya. Aku mahu melihat wajahNya di akhirat kelak. Aku mahu jadi hambaNya yang dicintaiNya.

Lantas, aku merasakan, ibadahku masih belum cukup untukku merealisasikan azam & harapanku. Ya, aku perlu melipatgandakan amalanku. Amalan yang boleh meraih redha, rahmat & cintaNya.

Kuselak helaian sejarah kekuatan para mujahid & serikandi agung Islam. Ku untai rahsia kekuatan iman & pegangan mereka. Dan akhirnya kutemui jawapannya.

Baginda sultan Al-fateh dan tentera-tentera baginda ingin menunaikan solat Jumaat kali pertama di Konstantinople selepas menumpaskan Angkatan tentera Byzantine. Timbul pertanyaan di kalangan mereka siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda kemudiannya memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan:
"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya,
"Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertitah,
"Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri!

Subhanallah! Betapa hebatnya penangan Tahajud! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh.

Sememangnya, ada satu waktu yang amat ajaib dalam kehidupan kita; waktu pilihan Tuhan untuk bertemu dengan hamba-hambaNya. Waktu itu, sekiranya ada manusia yang bangun, membersihkan diri & sujud kepada Maha Pencipta, sesungguhnya, martabatnya telah diangkat lebih tinggi berbanding manusia lain.

Firman Allah;
"Dan dari sebahagian malam, hendaklah engkau bangun (tahajud), sebagai amalan tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat yang terpuji." [Al-Isra': 79].

Misalnya, dalam sebuah keluarga, ibubapa akan menyayangi anak-anak mereka secara adil. Tetapi, antara anak yang degil, pemalas, suka meminta-minta dengan anak yang baik & menyenangkan hati ibubapanya, manakah yang meraih tempat lebih dekat di hati ibubapa mereka? Percayalah, anak yang lebih ringan tulang & suka berbakti dengan ikhlas akan lebih disayangi berbanding anak-anak yang lain.

Begitulah jua hubungan antara manusia & Penciptanya. Allah mensyariatkan hal yang wajib bagi hambaNya utk dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Namun, Allah juga membuka seluas-luasnya peluang bagi hamba-hambaNya yang memperbanyakkan amalan sunat sebagai jalan untuk mendekatkan diri padaNya.

Ketahuilah.. kehidupan ini panjang jalannya, maka haruslah kita banyak berjalan malam untuk cepat sampai ke penghujungnya. Orang yang tidak meninggalkan ibadah yang wajib & memperbanyakkan ibadah sunat pasti duduknya takkan sama dengan orang lain di sisi Allah SWT.

Kelebihannya akan menyerlah keberkatan dalam hidup, sifat mahmudah menghiasi dirinya & kata-katanya senang sampai ke dalam hati manusia yang mendengarnya; sebagaimana terbukti bagi para nabi, para sahabat, para solehin, para tabiin & seterusnya orang-orang beriman pada zaman ini.

Saat seorang hamba pergi pada Penciptanya dengan susah payah melawan rasa kantuk & letih, sebenarnya dia sedang membuka jendela cintaNya. Waktu Tahajud adalah 1 per 3 malam yang menyaksikan para insan di alam mimpi. Tahajud adalah waktu khusus bagi seorang hamba untuk bertemu & berbicara dengan Tuhannya dengan ketenangan & kedamaian.

Simpanlah semua masalah, sakit hati, sayu, sedih & resah di siang hati & hamparkan semuanya di hadapan Allah dalam tahajudmu. Itulah yang lebih baik bagimu dari mengadu pada manusia yang tidak dapat berbuat apa-apa untukmu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Setiap 2 sepertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia sambil berseru, "Hambaku yang malam ini menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat tahajud, Aku berasa malu padanya sekiranya Aku tidak mengampuni dosanya & mengabulkan semua doanya serta memberikan apa yang mereka minta. Sungguh, solat sunat yang utama selepas solat fardu adalah tahajud."

Tahajud malam. Satu perkara yang mudah diperkatakan tapi bukan mudah untuk melaksanakan bagi kita yang belum benar-benar sebati utk menikmati kurniaan besar yang Allah datangkan. Namun, jangan mudah patah semangat, tetaplah terus berusaha untuk mencapainya.

Jangan mudah berputus asa untuk meraih cintaNya. Kuatkan hati, ingatkan diri, hanya redha Allah yang sangat diharapkan untuk melayakkan kita ke syurga & bertemu dgnNya.

Harus terus cuba, cuba & cuba! Tak ada bayi yang lahir terus pandai berjalan melainkan melalui fasa meniarap, merangkak, bertatih & barulah berjalan perlahan. Setapak demi setapak. Selangkah demi selangkah. Begitu jugalah kisahnya dengan meraih keredhaan Allah.


Tak senang nak bangun malam & tinggalkan tempat tidur, bantal yang empuk, toto yang panas menyamankan badan yang kedinginan. Tetapi ingatlah, syurga Allah itu mahal harganya..

Ku akhiri catatan ini dengan Firman Allah SWT;

"Mereka itu orang-orang yang dipimpin oleh Tuhan, maka dgn pimpinan mereka itulah yang hendaknya engkau turut." [Al-An'am: 90].

Susurilah perjalanan para solehin untuk sama-sama berada dalam saf orang-orang yang mendapat rahmat & cinta dariNya.

Ya Allah, mudahkanlah urusanku & jadikanlah aku penagih tahajud cintaMu..




p/s: Tahajud adalah ibadah tambahan bagi mereka yang ingin mendekatkan lagi diri dgn Allah. Namun, jangan pula sibuk mengejar Tahajud dlm pada solat fardu masih belum sempurna. Sebaiknya, mantapkan dahulu ibadah wajib seperti solat fardu, tadarus & tadabbur Al-Quran serta zikrullah. InsyaAllah, dgn keimanan yg mantap, pastinya kemanisan Tajahud meraih cintaNya akan lebih sempurna. Allahu 'alam..