Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Friday, April 26, 2013
Mari Memilih Dengan Iman.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam..
Undi Kita, Jihad Kita.
Dalam seminggu dua ini...
Di mana-mana seakan berpesta. Pesta bendera. Pesta promosi pilihan calon, pilihan parti dan sebagainya. Di dalam rumah, di jalan raya, di universiti, di bilik, di kelas, di dalam bas. Sana dan sini semuanya bicaranya hampir sama; berkisar tentang pilihan raya.
Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Allah.. jika Allah izinkan, inilah kali pertama saya akan participate sebagai pengundi bagi pemilihan saf pimpinan, kerajaan yang seterusnya, insyaAllah.
Dalam keterujaan ini.. ada rasa sedih & kecewa menerpa.
Ada yang saya dengar awal-awal sudah mahu membuat undi rosak.
Ada juga yang bercadang untuk tidak mahu keluar mengundi pada hari penting tersebut.
Hal ini sangatlah tidak bertanggungjawab sebenarnya.
Saya menyeru kepada diri sendiri & sahabat-sahabat semua, jangan lupa untuk menunaikan kewajiban kita sebagai rakyat untuk mengundi pemimpin pilihan. Kelak, kita akan ditanya di akhirat, siapa yang telah kita pilih untuk menjadi pemimpin kita. Walaupun kita tidak mengundi, tetapi dengan sikap kita tidak mengundi, ia juga memberi kesan kepada siapa kepimpinan negara akan diamanahkan.
Saya masih ingat taujihat yang disampaikan oleh para ustaz. Menegakkan Islam sebenarnya bermula dari sekecil usaha memangkah pilihan pemimpin. Sekurang-kurangnya ia antara jihad kita, usaha kita untuk menegakkan Islam di negara kita. Jika selama ini kita bertanya, manakah dia ruang & peluang untuk kita menyumbang sesuatu demi Islam?
Nah... inilah dia ruang & peluangnya.
***
Ciri Pemimpin Yang Kita Cari.
"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan & hati nurani, semua itu akan diminta pertangungjawabannya." [al-Isra' (17) : 36]
Ketika memilih imam solat berjemaah, tentunya yang akan kita pilih sebagai imam adalah orang yang paling kita percayai agamanya yang mana; kita yakini bagus bacaannya, faham hukum hakam, rukun solat dan sebagainya kerana jika berlaku sesuatu di dalam solat itu, kesilapan dan sebagainya, dia boleh mengatasinya dengan ilmu yang sohih. Begitu juga dengan makmum. Kedua-duanya perlu mempunyai ilmu. Itu hal dalam memilih imam solat berjemaah.
Kalau memilih bakal pasangan pun kita cerewet, termasuklah usaha buat istikharah, istisyarah, semak background family dia, stalk akhlak dia dengan ibu bapanya, sahabat-sahabatnya (& lain-lain), serta meneliti peribadinya di alam realiti mahupun maya, sebagai ijtihad agar tidak tersalah memilih bakal suami/isteri, bakal ibu/bapa anak-anak kita... sedangkan itu baru maratib amal di tangga yang kedua bagi kehidupan muslim.

Inikan pula dalam perihal memilih imam negara, antara maratib amal paling atas dalam kehidupan seorang muslim.
Dia yang kita pilih, pemimpin yang akan kita ikuti. Yang kita serahkan kepercayaan kita kepadanya untuk mempimpin kita dengan ilmu, yang kita harapkan akan membawa kita lebih dekat kepada Allah, kepada akhirat..
Pemimpin kesayangan & sanjungan seluruh ummat, Nabi Muhammad sollallhu 'alaihi wasallam adalah pemimpin terbaik sepanjang zaman. Maka, sudah tentulah pemimpin yang perlu kita pilih hari ini adalah berdasarkan siapa yang jelas mahu menyambung perjuangan baginda, insyaAllah.
Pilihlah Islam.
Pilihlah untuk berada di pihak yang mengandungi ramai ulama' warisan anbiya' di dalamnya.
InsyaAllah, mudah-mudahan kita akan selamat dengan berada di pihak yang benar. Ini juga sebahagian daripada ijtihad kita sebagai rakyat marhaen.
***
Promoter, Jentera, Jagalah Akhlakmu!
Saya sangat berbesar hati & meraikan usaha rakan, taulan, sahabat handai, saudara-saudari yang sangat aktif mempromosikan parti pilihan masing-masing yang mereka percayai akan memperjuangkan Islam, memperjuangkan hak-hak rakyat. Ini adalah satu usaha yang murni.
Namun, kemurnian itu boleh dicacatkan dengan buruknya bahasa yang kita guna serta akhlak yang kita pamerkan.
Sekalipun kita menolak pihak lawan kita, janganlah sampai mencercanya, mengejinya, memfitnahnya serta menamakannya dengan gelaran yang buruk. Nauzubillah. Sesungguhnya Rasulullah sollallhu 'alaihi wasallam tidak pernah mengajar kita sedemikian.
" Musim pilihanraya menyaksikan ramai orang menggunakan bahasa 'dosa' dalam percakapannya. Iaitu kejian, cercaan, sangka buruk, sindiran memuaskan nafsu sendiri & menyakitkan orang, mentakwilkan kenyataan nasihat baik kepada buruk lalu mencaci yang menasihat secara umum, marah-marah, mengulas tanpa adab dan lain-lain.
Adakah pencaci berbahasa kotor & kesat ini fikir, 'bahasa busuk' yang digunakan BOLEH menjadi ASBAB kemenangan yang akan DIBERKATI ALLAH?. Astaghfirullah.. "
[Ustaz Zaharuddin Abd Rahman]
Sekali lagi... saya menyeru kepada diri sendiri & kepada semua saudara saudari yang mengaku diri mereka sebagai promoter & jentera kepada perjuangan Islam agar menjaga akhlak (bahasa percakapan, bahasa penulisan, mimik muka & komen-komen membalas hujah) sepanjang membantu usaha menegakkan Islam sepanjang proses pilihan raya kali ini, insyaAllah..
Ingat, jika kita tidak mampu untuk menjadi permata yang membuatkan Islam semakin bersinar, janganlah sampai kita menjadi fitnah kepada Islam yang indah ini.
Jangan kerana rosaknya akhlak kita menyebabkan kekalahan Islam & perjuangan yang murni ini hilang keberkatannya di mata Allah.
Nauzubillah.
***
Buatlah Pilihanmu.
"Ingatlah ketika pemuda-pemuda itu berlindung di dalam gua, lalu mereka berdoa; "Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu & sempurnakanlah petunjukMu yang lurus bagi kami dalam urusan kami." [al-Kahf (18) : 10]
Alhamdulillah, InsyaAllah... saya sudah pun memasakkan pilihan saya di dalam hati. Saya memilih untuk berada di pihak yang benar-benar boleh saya percayai.
Dan saya memilih Islam.
Bagaimana pula dengan anda?
:)
Mari memilih dengan iman.
Sesungguhnya apa yang kita pilih, juga tentu tercatat dalam catatan amal.
Pilih kerana Allah.
Selebihnya kita bertawakal hanya kepadaNya.
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita, terus memberikan petunjukNya kepada kita & memberikan kemenangan kepada Islam. Amiin.
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita, terus memberikan petunjukNya kepada kita & memberikan kemenangan kepada Islam. Amiin.
Selamat mengundi.
Wallahu 'alam.
-----------
p/s: Siapa pun yang kita pilih, di PARTI mana pun kita berdiri & memihak... kita tetap saudara seagama. Maka, hormatilah & tetaplah menunaikan hak-hak sesama kita. Jaga akhlak kita, jaga iman kita, jaga hubungan dengan Allah & dengan manusia. Ini cuma sebahagian fasa di dalam kehidupan dunia. Jangan terlalu ektremis sampai terlupa kehidupan akhirat kita di sana.. Peringatan buat diri ini terutamanya.

Labels:
catatan hati,
isu,
muhasabah diri,
PRU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus.nak share akak...=) eh..profile picture sayalah =)
ReplyDeletehuhu... :D
Deletesilakan share jika bermanfaat.. hopefully bermanfaat. :)
p/s: ha'ah.. pinjam DP. :D
thnaks nak share ye
ReplyDeletesilakan.. moga bermanfaat.
Delete