Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Friday, November 8, 2013

Lelaki Yang Aku Cinta.


....kerana
cinta yang kita cari itu...
ada dalam cintaNya.


Kredit Pic : Umar Mita



***

Bismillah,


Mereka bertanya.

Siapakah lelaki yang aku cinta.
Mereka bertanya.
Bagaimanakah dia lelaki yang aku cinta.


Maka, 

Aku mencoretkan ini.
Buatmu lelaki yang aku cinta.


***

Mereka mengira aku sepi.
Bila aku tiada berkirim SMS cinta.
Bila aku tiada bertemu muka.
Bila aku tiada denganmu bergurau senda.
Mempamer kasih mesra seperti mereka.
Walhal engkau selalu menemani aku.
Buat aku terus kuat & sabar berdepan masa.


Mereka mengira aku cemburu.
Bila aku masih sendiri.
Sedangkan mereka sudah bertemu..
Bersatu dengan separuh lagi jiwanya.


Aku hanya senyum.

Aku senyum kerana telahan mereka barangkali silap.
Masakan aku sepi.
Masakan aku cemburu.
Sedangkan aku telahpun ada engkau.
Menemani aku di dalam jiwa itu.


***

Cara aku mencintaimu.
Cara engkau mencintaiku.

Kita bercinta cara kita.
Hanya kita mampu memahami.
Hanya kita mampu merasai.


Untuk iman serapuh kita, menjadikan Dia sebagai perantara.

Engkau bukan separuh dari aku.
Tapi engkau sudah sebahagian dari diriku.
Aku telah temui engkau.
Dalam perjalanan hamba ini mencari Tuhannya.


Ketika aku bertemu Dia..
Aku juga telah bertemu engkau,
Wahai lelaki yang aku cinta..


Kerana aku hanya perempuan,
Maka aku malu untuk bergerak mencari.
Malah bukan mudah untukku.
Untuk terus setia menanti.


Tetapi tidak pernah aku berputus hati.
Yakin sepenuh pada Dia, untuk menagih janji.
Walau belum layak, untuk rasmi memetikmu menjadi pelengkap hati.


***

Engkau yang aku cinta.
Bukan kerana indah paras rupa.
Atau kacak kerana pangkat.
Namun bersinar kerana agama.
Bergemerlapan kerana akhlak.
Muliamu kerana iman.
Malumu menyaluti, menjadikanmu begitu mahal.


Yang aku redha agamanya.
Yang aku redha akhlaknya.
Yang cintamu hanya untuk aku.
Yang setiamu hanya padaku.
Seseorang yang boleh aku harapkan & percaya.


Aku menanti engkau yang begitu,
Wahai lelaki yang aku cinta.


***

Berkisah tentang cinta Rasulullah dengan Khadijahnya.
Bagaimana setianya..
Bagaimana lemah lembutnya..
Bagaimana santunnya..
Bagaimana manisnya..
Bagaimana romantisnya..
Bagaimana sabarnya..
Bagaimana lelakinya..
Buat aku tersenyum & teringat akan engkau.
Kerana baginda adalah teladan utamamu..


Berkisah tentang pemalunya Uthman.
Membuat gundah Ruqayyah hilang hanya dengan senyumannya.
Yang Rasulullah berkata jika baginda mempunyai lebih ramai puteri,
akan dikahwinkan semuanya kepada Uthman.
Subhanallah! hebatnya peribadi Uthman.


Ya Allah... 
Uthman buat aku jadi memikirkan engkau.
Kerana dalam bayangan aku.. engkau persis sekali dia.


Dan seringkali...
Bila aku melihat kekasih-kekasih halal yang bercinta.
Menyulam cinta di alam nyata.
Terus menambah pahala dalam catatan amal.
Membuatkan aku sungguh rindu kepada engkau..


***

Engkau yang terlalu mahal untuk aku sentuh..

Aku bercita-cita ingin bertemumu.
Bercita-cita ingin bercinta denganmu.
Bercita-cita ingin bahagia denganmu.
Mensyukuri kelebihan yang dipinjamkan..
Juga meredhai segala kekurangan yang ditakdirkan..
Kita jalani hidup yang sederhana, namun gembira apa adanya.


Penyatuan hati-hati kita, bukan kerana nafsu semata.
Bahkan untuk menjaga iman & kehormatan diri.
Juga demi menyempurna & memperjuangkan agama.
Aku mengimpi cinta kita menembus sampai ke syurgaNya.
Begitulah mahalnya cintaku padamu.
Wahai lelaki yang aku cinta..


Kerana Dia, aku mencintaimu sepenuh jiwa.
Kerana Dia, aku merinduimu sepenuh raga.
Kerana aku yakin.. engkaulah titian aku menuju Dia.
Kerana itu aku tak pernah lelah mencintaimu.
Kerana itu aku tak pernah penat menantimu.
Kerana dasar cinta itu adalah kerana Dia.


***


Telah aku terima lamaran seseorang.
Aku kira dia adalah engkau...

Aku mencarimu di dalam dia.
Aku berharap dia adalah engkau.
Aku berharap engkau adalah dia.

Tanpa izinNya, boleh jadi bukan.
Kalau Allah izin, boleh jadi juga iya.


Apa jua keputusan & pilihanku.
Engkau tetap yang paling aku cinta.
Kerana Dia telah menjadikan engkau sebahagian dari jiwaku.


Kerana engkau menjadikan aku semakin kuat mencintaiNya.
Kerana engkau menjadikan aku semakin gigih mendekatiNya.
Kerana engkau menjadikan aku lebih berusaha untuk membaiki diriku.

Kerana engkau jambatan aku kepada Dia.

Dan...

Kerana engkau antara satunya lelaki,
Yang mampu aku percaya kejujuran & ketulusannya..


***

Aku hanya manusia biasa.
Yang penuh kekurangan & lumuran dosa.

Sedangkan engkau mungkin pemuda syurga agaknya.
Mungkin juga engkau terlalu tinggi untuk aku gapai.
Mungkin juga engkau terlalu jauh untuk aku jejaki.
Terlalu mahal & suci untuk aku sentuhi...

Hingga tidak wujud di dalam dunia ini.


Jika engkau tiada dalam dia yang melamariku itu.
Dan jika Allah tidak mengizinkan aku bertemu & memilikimu di dunia ini.
Aku berharap moga kita dipertemukan Allah di dalam syurgaNya nanti..
Dalam suasana yang Allah redhai..
Dalam rasa yang tenang & bahagia..
Dalam cara yang mulia & terjaga..


Kerana atas izinNya, engkau sahaja yang aku cinta.
Bukan dia.
Bukan dia juga.
Melainkan dia adalah engkau.

Sekiranya engkau adalah dia....
Maka nyata Allah telah memegang mimpi aku menjadi nyata.


Aku tidak tahu jika engkau juga mengharapkan yang sama.
Kerana siapalah aku..
Hamba hina,
Tiada mampu untuk meraihmu..


Dengari ini...
Suara dari lubuk hatiku..
Wahai lelaki yang aku cintai kerana Allah..


Sungguh diri ini amat merinduimu...


----------

~syauqahwardah1209~
1101pm
060313
Serdang.

***



Notahati:

1) Kepada yang dicintai;
Kiranya dia yang engkau cinta itu menjadikan engkau menjauhi Ilahi, maka terbuktilah dia tidak layak untuk engkau cintai.

2) Kepada yang mencintai;
Engkau yang mengaku mencintainya kerana Tuhan, buktikanlah melalui perbuatan bukan hanya perkataan picisan ataupun lisan. Lihatlah dia kini lebih soleh/solehah atau menjadi futur setelah kedatangan engkau ke dalam hidupnya?

3) Kepada yang ingin dicintai & mencintai;
Hati engkau itu terlalu mahal untuk disentuhi oleh manusia yang di dalam hatinya tiada cinta kepada Ilahi.

Wallahu 'alam.


3 comments:

  1. SubhanAllah!
    hebatt kurniaan Allah beri ilham pdmu.. cukup indah!
    AllahuRabbi!

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah!
    hebatt kurniaan Allah beri Ilham pdmu..
    sungguh indah! <3

    ReplyDelete
  3. SubhanAllah!
    hebatt kurniaan Allah beri ilham pdmu.. cukup indah!
    AllahuRabbi!

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."