Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Wednesday, January 6, 2010

Hijrah Rasulullah SAW

"...Kerana itu, ingatlah kamu akan Aku, nescaya Aku akan ingat pula kepada kamu."
(Al-Baqarah : 152)


Salam warahmatullah..

Sudah lebih 20 hari kita menyambut Tahun Baru Hijrah, sayangnya baru hari ini dapat posting entri berkenaan peristiwa Hijrah Rasulullah SAW. Alhamdulillah, ya Allah, akhirnya diberi kesempatan untuk terus berkongsi..

Nabi Muhammad SAW telah menempuh 2 perjalanan penting di dalam hidup baginda, selanjutnya menempa 2 peristiwa besar yang penuh makna bagi seluruh umat Islam, iaitu; perjalanan Israk Mikraj ke Sidratul Muntaha dan hijrah Nabi ke Madinah.

Di antara 2 perjalanan bersejarah itu, Sayidina Umar Al-Khattab memilih peristiwa hijrah sebagai permulaan kalendar tahun baru Islam. Tentunya ada hikmah besar dalam pandangan jauh di balik ijtihad sahabat utama Nabi SAW ini.

Dalam peristiwa Israk Mikraj, baginda diperjalankan dengan kebesaran mukjizat. Sementara hijrah Nabi SAW bukan satu perkara 'khawarikul-adah' (mencarik adat), tetapi menggunakan segala potensi kekuatan manusiawi dengan perancangan rapi dan pelaksanaan berstrategi untuk menjayakannya.

Diriwayatkan kitab-kitab sirah, hijrah Nabi SAW dimulai dgn Sayidina Ali mengambil alih pembaringan di tempat tidur baginda. Setelah itu, Nabi SAW menyelinap keluar dari pemuda-pemuda Quraisy utk bertemu dgn Sayidina Abu Bakar as-Siddiq yang telah bersedia dengan tunggangan dan perbekalan. Kemudian, mereka bersama-sama menuju ke selatan Makkah yakni ke arah Yaman yang bertentangan jalan ke Madinah. Mereka selanjutnya menetap di dalam Gua Tsur selama 3 hari.

Dalam tempoh tersebut, beberapa individu telah terlibat dalam menjayakan misi hijrah agung ini. Antara lainnya ialah; Sayidatina Asma' binti Abu Bakar (kakak Sayidatina Aisyah) yang berperanan menghantar bekalan makanan ke Gua Tsur. Manakala, Sayidina Abdullah bin Abu Bakar pula berperanan sebagai pengintip dan pembekal maklumat risikan pergerakan pemuda dan pembesar Quraisy yang sedang mencari Rasulullah SAW. Setiap malam mereka berdua mendaki Jabal Tsur untuk ke gua.

Sementara Amir bin Fuhairah, hamba Abu Bakar r.a pula berperanan menghilangkan kesan-kesan perjalanan Abdullah dan Asma' dengan mengembala kambing.

Selepas 3 hari bersembunyi di dlm Gua Tsur, Nabi SAW meneruskan perjalanan ke barat sebelum menuju ke utara ke arah Yatsrib. Baginda menggunakan jalan berhampiran Laut Merah yang tidak biasa digunakan oleh kafilah Arab.

Demikian sungguh licik pergerakan penghijrahan Nabi SAW ke Madinah. Apa yang jelas, perjalanan hijrah itu bukan suatu yang eksklusif (khusus) untuk baginda Nabi SAW, tetapi hijrah tersebut juga boleh dilakukan oleh umat baginda dgn menggunakan segala kekuatan untuk mencapai kejayaan mengubah nasib dan keadaan.

Sesuai dengan kedatangan 1 Muharam secara berulang setiap 12 bulan, hijrah untuk berubah juga perlulah dilakukan berulang kali dan terus menerus.

Kerana firman Allah SWT dalam Surah Ar-Raadu ayat 11 yang membawa maksud;
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan yang ada di dalam diri mereka sendiri."

Sepatutnya kita tidak berputus asa, walaupun di tahap orang awam dalam usaha menjadi orang soleh dan solehah, perjuangan untuk menjadi dalam kalangan hamba terbaik di sisi Allah adalah usaha yang sangat baik.

Yakinlah pada janji Allah dalam firmanNya;
"Berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah:195)

Berusaha untuk berhijrah itu lebih baik daripada tidak ada usaha langsung untuk mendekati Allah... Paling penting, niat ikhlas kerana Allah, kerana ikhlas itu adalah rahsia-Nya ..

Hijrahlah.. kerana itu satu jihad..





p/s: Azam 1431H, cuba mengurangkan sikap bertangguh, melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh, mahu kurang membuat, berkata-kata dan melihat perkara-perkara lagha secara keterlaluan dan memanfaatkan masa yang diberikan Allah dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah, semangat!

No comments:

Post a Comment

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."