Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Thursday, January 7, 2010

Jalan Keluar Dari API NERAKA


Firman Allah:
"Dan kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh mujahadah;
untuk mencari keredhaan Kami,
nescaya Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami itu."

(Al-Ankabut:69)



Salam warahmatullah..
Setiap hari aku berdoa, petunjuk Allah sentiasa mengiringi kita semua.. InsyaAllah..

Ahamdulillah, hari ini jadual kuliah agak lapang. Jadi, nikmat kelapangan masa yang diberikan Allah ini inginku manfaatkan dgn menulis entri ini.

Daripada Sayidina Abu Sa'id r.a berkata:
Rasulullah SAW telah keluar pada waktu Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Aidilfitri menuju ke tempat solat.

Kemudian baginda SAW melalui para wanita, lalu bersabda;

"Wahai kaum wanita, bersedekahlah kalian kerana sesungguhnya aku diperlihatkan tentang kalian banyak menjadi penghuni neraka."

Dan dalam riwayat yang lain pula;

"Bersedekahlah dan perbanyakkanlah beristighfar."
Mereka berkata;
"Dengan sebab apakah wahai Rasulullah?"

Baginda SAW bersabda;

"Kalian banyak melaknati (mencaci) dan mengingkari suami, tidaklah aku melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang melemahkan inti kekuatan lelaki yang tegas seperti salah seorang daripada kalian."

Mereka bertanya lagi; "Apakah kurang agama dan akal kami ya Rasulullah?"
Baginda SAW menjawab;
"Bukankah syahadah (persaksian) wanita sama dengan separuh lelaki?".
Mereka menjawab; "Ya."


Rasulullah SAW bersabda;

"Maka itulah kekurangan akalnya, bukankah jika wanita haid, dia tidak solat dan puasa?"
Mereka menjawab; "Ya."
Rasulullah SAW bersabda lagi;

"Maka itulah kurang agamanya."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad)


Wahai wanita-wanita beriman yang dikasihi Allah!

Renungilah baik-baik sabda Rasulullah SAW;
"Sesungguhnya wanita pelacur telah melihat seekor anjing pada hari yang sangat panas mengitari sebuah sungai dan menjulur-menjulurkan lidahnya kehausan, kemudian dia memberikan air dengan kasutnya ke mulut anjing tersebut, maka Allah mengampuni dosanya." (Riwayat Muslim)

Subhanallah.. Maha suci Allah yang Maha Mengampuni, bagaimana sedekah yang kecil dapat menjadi rahmat dan maghrifah (ampunan) Allah SWT.

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda;
"Hendaklah salah seorang dari kalian menyelamatkan wajahnya dari api neraka, walaupun dengan bersedekah setengah biji kurma." (Riwayat Ahmad)

Tidak sekadar sekadar sedekah dari segi makanan dan yang lain-lain, malah, berkata-kata dengan perkataan yang baik juga adalah sedekah.

Pesan Rasulullah SAW lagi dalam sabdanya;

"Takutlah kalian kepada neraka walaupun dgn setengah biji kurma, jika kamu tidak mendapatkannya, maka dengan perkataan yang baik." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dll)

Maka, dengan itu wahai teman-temanku yang dirahmati Allah sekalian,
D
osa yang sudah banyak jangan ditambah lagi dengan berbicara sesuatu yang kasar, kotor lagi mengguris perasaan orang lain.
Sinonim dengan sifat seorang muslimah, kelembutan serta sopan santun itu adalah sifat yang harus ada di antaranya.
Islam itu sangat indah, jangan mengotorinya dengan perkataan-perkataan yang biadab, kotor, kasar dan tidak berhemah.
Sesungguhnya, Allah juga bersifat Maha Lemah-Lembut dan menyukai sikap berlemah lembut.


Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai sikap lemah-lembut. Allah memberikan sesuatu dengan jalan lemah-lembut, yang tidak dapat diberikan jika dicari dengan cara kekerasan, juga sesuatu yang tidak dapat diberikan selain dengan jalan lemah-lembut itu." (Riwayat Muslim)

Memberi harta benda (baik dari segi makanan, wang atau yang lain-lain), perkataan yang baik adalah dikira sedekah. Malah, bermanis muka sewaktu bertemu dengan sahabat-sahabat, saudara-saudara juga adalah ditulis sebagai suatu sedekah.

Sabda Rasulullah SAW lagi;
"Janganlah sesekali kalian menganggap remeh perbuatan baik walau sedikitpun, meskipun dengan menunjukkan wajah yang ceria di saat bertemu dengan saudaramu." (Riwayat Muslim)

Sehubungan dengan itu, wanita muslimah yang beriman haruslah mengetahui bahawa apabila dia memberi sedekah atau menunaikan perbuatan makruf, maka amal-amal itu akan dapat menyelamatkannya dari api neraka.

Di dalam Al-Quran Nur Qareem ada menyebutkan;
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu serta ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batuan..." (Al-Tahrim: 6)

Akhir kata;

"Iman seseorang hamba Allah tidak akan lurus,
sebelum hatinya lurus,
Dan hatinya tidak akan lurus,
sebelum lidahnya menjadi lurus."

Wallu a'lam..




p/s: peristiwa 'tersadai'-left by irresponsible bus driver (bersama fizza, zieha dan jamilah) di tengah-tengah kota KL lewat 1 pagi (1/1/10) yang lalu membuatkan aku benar-benar insaf.

Dalam keadaan letih, mengantuk, dan takut, kami dikerumuni dan diganggu oleh mat-mat motor yang mabuk (menyambut pesta Tahun Baru Masihi), syukurlah ada fizza untuk melindungi aku (I was hidden behind her). Dan syukurlah Allah menyelamatkan kami.


Masih ingat doaku waktu itu;
"Ya Allah, selamatkanlah aku dari negara yang aku tidak rasa selamat lagi di dalamnya.."

Betapa aku sungguh malu dan takut melihat kehancuran saudara seagama dan sebangsa denganku di hadapan mataku sendiri!

5 comments:

  1. salam sayang ukhty...

    alhamdulillah, menulis juga akhirnya... insyaAllah..sama2 kita jauhi jalan menuju ke NerakaNYA...

    ReplyDelete
  2. salam sayang, bidadari besiku..

    Alhamdulillah, akhirnya diberi kesempatan oleh Allah..

    InsyaAllah, Allah akan menyelamatkan hamba-hambaNya yang bertakwa.. :)

    ReplyDelete
  3. Bismillah..
    salam~
    =) nice post ukhty!
    knapakah muslimah hari ni,
    ta mlihat pkara skecil ini yg mampu mnjauhknnya dr neraka Allah?
    makin jauh ummah Islam hari ini..
    ana akui,kbnrn ukhty..
    kini kta bkn lg brada d negara Islam.
    trnyata Islam yg dlunya dkatakn sbgi agama rasmi tlh pn jth dpijak pnganutnya sndri...
    kembali asing pd pnganutnya sndri yg mngaku keESAan ALLAH dan MUHAMMAD sbgi PESURUH ALLAH..

    berbahgialah mreka yg asing..
    iaitu yg msih teguh imannya mnggenggm agamanya skalipun baranya myakitkan~

    ReplyDelete
  4. زهرة حلوة,

    salam warahmatullah..
    nama yang indah, ukhti zahrah.. :)

    syukran sudi singgah..
    bagaimana harus ku sangkal lagi, melainkan benar katamu ukhti..

    Islam itu sudah terpinggir, Islam itu sudah asing dalam kalangan penganutnya sendiri..

    Mereka itu mengetahui bahawa jalan yang lurus itu adalah jalan Islam, berpegang pada sunnah dan Al-Quran, tetapi mereka telah berpaling darinya..

    Inilah tanda.. manusia akhir zaman..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    semoga kalian terdiri daripada wanita-wanita solehah yang dijanjikan syuga... selamat beramal...
    Wanita mudah masuk ke neraka kerana kemungkaran yang dilakukannya, namun wantia juga mudah masuk ke syurga dengan kebaikan yang dilakukannya. Allah telah memberikan pilihan. Terpulang kepada hamba-hamba Allah untuk memilihnya...

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."