Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Thursday, January 31, 2013
Jangan Berputus Asa.
Bismillahirrohmanirrohiim..
Dengan Asma' Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu: orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: 'Innalillahi wa inna ilaihi roji'un." [al-Baqarah (2) : 155-156]
Seperti yang difirmankan Allah dalam banyak surat-surat cintaNya di dalam al-Quran, adalah normal bagi kehidupan seorang manusia diselitkan dengan pelbagai masalah, kesulitan, kesusahan, penderitaan yang Allah timpakan sebagai ujian dalam perjalanan hamba-hamba ini kembali ke alam akhirat yang abadi.
Percayalah, jika kehidupan ini disandarkan berdasarkan penilaian kita sebagai manusia yang lemah & hina, kita akan sesat & gagal dalam perjalanan ini.
Hal ini kerana pengetahuan kita selalu tersalah, 'bias' & sangat cetek.
Misalnya, jika kita menilai kejayaan sesuatu kehidupan itu berdasarkan pencapaian akademik, limpahan harta, ketinggian pangkat, anugerah yang bersusun-susun, ataupun panjangnya senarai penemuan kertas penyelidikan kita, maka mungkin segolongan manusia lain yang tidak mencapai 'status' yang disenaraikan di atas dianggap telah gagal di dalam kehidupannya.
Jangan sesekali kita tersalah anggap bahawa hidup kita telah gagal hanya kerana kita tidak bekerjaya bagus, berkereta & berumah besar, memiliki gajet terbaru, berpakaian berjenama ataupun mempunyai 3-4 akaun bank yang sudah over-limit jumlah simpanan.
Begitu juga, jangan sesekali kita menganggap kita sudah berjaya dalam kehidupan kita hanya kerana kita berjaya memiliki kesemua yang disenaraikan di atas.
Ya, memang ada disebutkan di dalam hadis bahawa antara nikmat yang boleh mendatangkan ketenangan (simbol kejayaan) bagi seseorang manusia ialah apabila memiliki kenderaan yang bagus, isteri yang solehah serta rumah yang selesa.
Namun, ciri-ciri yang disebutkan di dalam hadis di atas tidak terhad kepada sangkaan rigid kita semata.
Kenderaan yang bagus itu perlulah digunakan untuk tujuan kebaikan seperti mencari nafakoh yang halal untuk keluarga, pergi ke majlis ilmu serta untuk hal-hal ibadah yang lain. Maka, tiada gunanya jika berkereta berjenama mahal sekalipun jika digunakan untuk tujuan maksiat. Tentunya ia bukan sahaja tidak mendatangkan ketenangan kepada pemiliknya, bahkan meraih dosa pula kerana tiada keberkatan dalam nikmat yang dipinjamkanNya itu.
Begitu juga dengan memiliki rumah yang besar & selesa yang digunakan untuk mengimarahkan ilmu, mengharumkan kasih sayang antara ahli keluarga, disuburkan dengan bacaan al-Quran, diperhalusi dengan akhlak ahli keluarga yang lemah lembut & soleh, solehah. Subhanallah, demikianlah yang dikatakan baiti jannati yang luas & selesa kerana melahirkan rasa sakinah (ketenangan), mawaddah warohmah (kasih & sayang), kiranya makna rumah yang luas & selesa itu bukan rigid kepada saiz rumah tersebut, tetapi isian keberkatan yang mengisi ruang rumah itu..
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau & permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [ar-Rum (30): 64]
Sesungguhnya, keseluruhan penilaian itu terletak mutlak di tangan Allah. Kerana Allah itu Maha Adil. Maka, penilaian Allah juga adalah sangat private & confidential.
Tiada siapa yang tahu bagaimana telitinya atau mungkin bagaimana ringannya Allah menilai perihal para hambaNya. Sudah tentu hal itu tidak terjangkau oleh akal kita. Allahu a'lam.. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Siapa antara kita yang boleh menjamin bahawa semua amalannya telah diterima Allah? Atau amalan yang mana Allah telah angkat ke langit, atau amalan mana yang Allah campak kembali ke atas bumi seperti kain buruk?
Siapa antara kita yang boleh menjamin bahawa Allah telah meredhai seluruh kehidupannya selama ini? Daripada dia lahir hingga ke saat ini Allah telah ampunkan semua dosa-dosanya...?
Siapakah juga di antara kita yang tahu di mana kedudukannya di sisi Allah berbanding semua makhlukNya yang lain...? Yang mampu menjamin bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada si fulan, si fulan yang selalu dipandangnya rendah itu?
Kita hanya mampu menunduk malu apabila dilemparkan soalan-soalan ini.
Terasa kerdilnya diri ini di hadapan Ilahi..
Seolah-olahnya semua pertanyaan ini telah menampar perit wajah-wajah angkuh kita yang menongkah hidup selama nafas ini..
***
Bukanlah hidup ini dinilai melalui apa yang telah kita capai, tetapi kerana siapa kita berusaha untuk mencapai semua cita-cita & kejayaan tersebut.
Tanya diri kita, setakat apa yang kita capai hari ini, yang begitu kita bangga-banggakan itu, adakah telah menambahdekatkan kita dengan Allah atau sebaliknya?
Jika semua kejayaan kita matlamatnya sekadar hanya kerana dunia. Maka, rugilah kita.
Oleh itu, perbetulkanlah niat kita.
Tajdid semula niat kita.
Biarlah kerana Allah semata-mata..
-------------------
Islam sangat meraikan semua umatnya menjadi hebat, kaya, berilmu & pakar dalam sesuatu bidang. Cumanya, ia perlu disepadankan dengan syariat Islam. Kelebihan yang diperolehi diinfakkan demi kemaslahatan ummah.
Jangan kita lupa, sirah telah melakarkan betapa hebatnya para pejuang agama yang kaya raya seperti Sayyidina Uthman bin Affan, Abd Rahman bin Auf serta Khadijah binti Khuwailid. Namun, bagaimana harta tersebut diperolehi & dibelanjakan? Sudah tentunya penuh dengan keberkatan & demi membangunkan Islam.
Adalah baik untuk menjadi insan yang kaya harta. Tetapi jadilah hartawan yang beriman.
Adalah digalakkan untuk menjadi insan yang hebat. Tetapi jadilah ikon yang disegani baik oleh orang Islam juga bukan Islam.
Tentu juga lebih baik menjadi pakar di dalam sesuatu bidang. Tetapi adalah lebih baik jika kepakaran itu dimanfaatkan untuk Islam.
Jika kita termasuk di dalam kriteria-kriteria itu... ataupun tidak mampu untuk mencapainya, bukan kita telah dapat berlepas diri daripada tugas sebagai da'ie.
Kita tetap menggalas amanah Allah biarpun kerja kita hanya tukang sapu sampah, pencuci tandas ataupun suri rumah...
Malah, barangkali profesyen yang kita anggap hina di dunia seperti pemungut sampah & pencuci tandas ini adalah lebih mulia berbanding kerjaya kita yang bergaji puluhan ribu sebulan tetapi bercampur baur dengan riba & syubhah. Nauzubillah.
Oleh itu, jangan sesekali merasa rendah diri. Allah yang sedang menilai kita. Dia sangatlah Adil. Dia sangatlah Telus.
"Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian, Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka Jahannam, dia akan memasukinya dalam keadaan tercela & terusir." [al-Isra' (17) : 18]
Jika kita selalu diingatkan & mengingatkan hal ini, tentulah kita akan lebih berhati-hati dalam menyelusuri kehidupan yang penuh pancaroba ini. Juga akan meruntuhkan keangkuhan yang mula bercambah dalam diri dengan menghakimi hidup orang lain kerana jelas sekali, kita terlupa kita juga sedang diperhati & dinilai oleh Allah.
Tidak kisahlah apa pangkat, darjat, rupa & kedudukan kita. Hakikatnya, kita semua adalah da'ie. Makhluk Allah yang dihidupkan atas muka bumi ini dengan peranan yang besar. Hakikat ini perlulah dipasakkan di dalam hati kita. Sebagai repeating reminder. Supaya kita tahu apa motif kehidupan kita yang sementara ini & ke mana nak di bawa hidup ini sebenarnya.
Tidak salah bercita-cita besar, tetapi biarlah kerja keras kita di dunia ini menjadi imbalan yang baik buat timbangan kita di akhirat kelak. Yang demikian barulah benar kita telah memanfaatkan dunia ini dengan sebaiknya.
Zuhud bukan beerti kita harus meninggalkan terus dunia, namun, ia beerti mengambil dunia sekadarnya sahaja untuk menjadi ladang bagi menuai hasil di akhirat yang kekal abadi...
Maka, usahalah sekerasnya mulai hari ini lillahi taa'la.. Agar kelak pada saat di Yaumul Mahsyar, jika Allah bertanya kepada kita apa yang telah kita lakukan di dunia yang sementara ini, kita mampu menjawab; "Aku telah berusaha ya Allah.. selebihnya aku hanya bertawakal kepadaMu.."
***
Kejayaan sebenar adalah apabila kita berjaya dengan redha Allah.
Manakala, kegagalan sebenar adalah apabila kita berputus asa daripada rahmat Allah.
"...Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir." [Yusuf (12) : 87]
Maka, jangan sesekali berputus asa terhadap diri sendiri.
Jauh sekali untuk berputus asa kepada Allah!
We are muslims, brothers & sisters! We'll keep fighting till the end..! InsyaAllah.. :)
Wallahu a'lam..
------------
Notakaki:
# Sesibuk mana pun kehidupan kita di dunia, jangan sekali-kali meninggalkan al-Quran. Bacalah walau sekadar 1 muka surat sehari beserta maknanya.
# Bagi sesiapa yang masih belum mempunyai tafsir al-Quran sendiri, silalah dapatkan segera. Jadikanlah tafsir al-Quran mini sebagai rakan baik kita di dunia ini kerana Allah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk, rahmat & penawar bagi para hambaNya.
# Al-Quran mampu menguatkan hati yang kerapuhan. Al-Quran juga mampu melembutkan hati yang keras.
# Jadilah sahabat baik al-Quran di dunia, mudah-mudahan al-Quran akan menjadi penyelamat kita di akhirat kelak, insyaAllah.
Labels:
catatan hati,
muhasabah diri,
tazkirah
Tuesday, January 22, 2013
Menegurlah Sebagai Manusia.
Bismillahirrohmanirrohim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Tegurlah Dia, sebagai manusia.
Tegur dia...
Tapi bukan dengan menyumpit peluru suara.
Berdentum memecah telinga.
Tegur dia...
Tapi bukan dengan perlian nista.
Berdesing membelah sukma.
Tegur dia...
Tapi bukan di hadapan berjuta mata.
Kau membuatnya merah muka.
Hatinya bengkak kerana terluka.
Benci mula menjalar ke dada.
Di manakah hikmah berkata-kata?
Haiwankah dia yang bisa kau ludah-ludah?
Padahal haiwan juga bisa mengaum marah.
Inikan pula manusia yang dilengkapi kod-kod jiwa & maruah.
Apakah peradaban akhlak itu hanya catatan di medan sirah?
Tegur dia, bila dia salah.
Tegur dia, bila dia khilaf.
Kita manusia sentiasa akan tersalah arah.
Graf iman selalu berubah-ubah.
Naik & turun tiada bernoktah.
Usah menegur dalam amarah.
Kerana yang tertinggal dalam hatinya,
Bukanlah nasihat yang kau hambur hujah.
Tapi kurangnya akhlakmu dalam berdakwah islah.
Tegur kerana engkau sayang.
Tegur dia kerana engkau cinta.
Hakikat mahu bersama-sama ke syurga sana.
Maka caranya...
Bukan dengan perli.
Bukan dengan herdik.
Itu tidak bisa buat dia terdidik.
Bahkan membuatnya bertambah jelik.
Bagaimana engkau dapat memantul cahaya Hidayah.
Jika engkau juga hanyalah cermin kotor yang pecah?
Dia punya perasaan, wahai engkau yang mulia.
Ketidakwajaranmu mencarik sukma manusia.
Kau beri dia barah-barah neraka.
Kau suntik dia racun-racun bahana.
Sehingga dia kesakitan tak berupaya.
Akhirnya apabila dia mengganas menghambur darah.
Padahnya, kau juga sama ikut terluka.
Jagalah air mukanya.
Kerana dia itu manusia.
Hormatilah kemanusiaannya.
Kerana dia datang dari Penciptamu yang sama.
Belajarlah melalui kekasih Dia.
Bagaimana mahu memenangi hati para manusia.
Rapatilah dia, selami sampai ke daerah jiwa.
Selitkanlah nasihatmu melalui cara halus yang bijaksana.
Nescaya walau pedih akan cuba dia menerima.
Kerana pedih itu terawat sudah, dengan akhlakmu yang mulia.
Menegurlah sebagai seorang manusia.
Bukan seperti malaikat yang suci tak bernoda.
Sedarlah bahawa kau juga hanyalah manusia.
Sama seperti dia yang berlumur noda....
Sebelum kau tunding jarimu ke wajahnya,
Perhatikanlah dahulu ke arah dirimu...
Sedarkah engkau...
Hukumanmu ke atas jemala mereka...
Seolah engkau itu, tak pernah sekali pun berdosa....
Seolah engkau itu, tak pernah sekali pun berdosa....
Notakaki:
Peringatan buat diri ini & semua manusia yang bergelar dai'e.. mari kita sama-sama muhasabah..
# Berjuta kali kita melakukan kesilapan, namun tidak pernah pun kita membenci diri kita sendiri. Jadi mengapa bila orang lain membuat kesilapan, baru sekali, sudah kita membencinya, melabel & menghukumnya?
Mari tapis semula cara kita 'melihat'. Lihatlah kepada kelemahan diri sendiri & perhatikanlah kebaikan orang lain. Dengan itu barulah kita sedar bahawa kita masih punya banyak sekali lompang-lompang yang perlu diperbaiki..
Peringatan buat diri ini & semua manusia yang bergelar dai'e.. mari kita sama-sama muhasabah..
# Berjuta kali kita melakukan kesilapan, namun tidak pernah pun kita membenci diri kita sendiri. Jadi mengapa bila orang lain membuat kesilapan, baru sekali, sudah kita membencinya, melabel & menghukumnya?
Mari tapis semula cara kita 'melihat'. Lihatlah kepada kelemahan diri sendiri & perhatikanlah kebaikan orang lain. Dengan itu barulah kita sedar bahawa kita masih punya banyak sekali lompang-lompang yang perlu diperbaiki..
# Apabila kita menegur orang lain.. sedarlah bahawa, hakikatnya telinga terdekat yang menadah nasihat & teguran itu adalah telinga kita sendiri.
Betapa besarnya hikmah peringatan yang Allah beri untuk menyedarkan kita bahawa target pertama yang perlu kita tembusi adalah diri kita sendiri, kemudian barulah orang lain.
Hayatilah surah As-Saff.
Betapa besarnya hikmah peringatan yang Allah beri untuk menyedarkan kita bahawa target pertama yang perlu kita tembusi adalah diri kita sendiri, kemudian barulah orang lain.
Hayatilah surah As-Saff.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." [As-Saff (61): 2-3]
# Dai'e yang efektif dakwahnya ibarat sebuah cermin yang bersih & terang, yakni mampu memantulkan Hidayah Allah swt kepada orang lain.
Maka, apabila mad'u tidak mampu meresapi dakwah islah kita, check semula hati kita. Perbaiki semula niat kita. Mungkin yang bermasalah bukan dia yang mahu kita tegur, bahkan diri kita sendiri.
Maka, apabila mad'u tidak mampu meresapi dakwah islah kita, check semula hati kita. Perbaiki semula niat kita. Mungkin yang bermasalah bukan dia yang mahu kita tegur, bahkan diri kita sendiri.
# Tegurlah mad'u sebab kita sayangkan mereka. Maka, secara automatik cara kita akan lebih berhikmah dalam menegur & menasihati.
Apabila kita menegur bukan atas dasar kasih sayang, kita akan mudah putus asa, mudah marah apabila mad'u tidak menerima apa yang kita sampaikan. Malah kita juga akan melakukan dengan sekadar melepas batuk di tangga, sekadar tangkap muat.
# Dakwah islah kita refleks kepada diri kita sendiri. Adakah kita juga bertambah dekat dengan Allah dalam kehidupan sehari-hari?
Keberhasilan dakwah itu bukan 100% dinilai dengan berapa ramai followers blog & twitter, beratus ribu subscribers & 'like' post di facebook, tetapi sekuat mana kita tetap istiqomah menjalankan amanah yang diberikan Allah pada kita; iaitu untuk beribadah kepadaNya serta menyebarkan kebaikan & mencegah kemungkaran.
Ingatlah, penilaian yang hakiki & adil itu adalah hak & rahsia Allah.
Apabila kita menegur bukan atas dasar kasih sayang, kita akan mudah putus asa, mudah marah apabila mad'u tidak menerima apa yang kita sampaikan. Malah kita juga akan melakukan dengan sekadar melepas batuk di tangga, sekadar tangkap muat.
# Dakwah islah kita refleks kepada diri kita sendiri. Adakah kita juga bertambah dekat dengan Allah dalam kehidupan sehari-hari?
Keberhasilan dakwah itu bukan 100% dinilai dengan berapa ramai followers blog & twitter, beratus ribu subscribers & 'like' post di facebook, tetapi sekuat mana kita tetap istiqomah menjalankan amanah yang diberikan Allah pada kita; iaitu untuk beribadah kepadaNya serta menyebarkan kebaikan & mencegah kemungkaran.
Ingatlah, penilaian yang hakiki & adil itu adalah hak & rahsia Allah.
# Ramai orang sangat taksub dengan matlamat mahu 'memberi' hidayah kepada orang lain sampaikan terlupa meneliti cara penyampaian mereka kepada mad'u..
Memang terdapat pelbagai cara untuk berdakwah; sila tanya diri kita sendiri, ada masa, mungkin ya kita perlu ditegur dengan ketukan pedas untuk bangun. Namun, banyak masa kita lebih menagih nasihat dalam teguran halus & disampaikan dengan sopan & lemah lembut... betul kan..? :)
Juga, jangan sesekali lupa, akhlak yang mulia itu juga adalah dakwah. :)
# Perbaiki hubungan dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan kita dengan manusia. Sekencang mana dakwah yang kita lakukan kepada manusia, tidak beerti jika hubungan dengan Allah juga seakan retak menanti belah.
# Allah jadikan kita sebagai manusia. Manusia yang menyebarkan perkara maaruf & mencegah perkara mungkar. Allah tidak jadikan kita sebagai penghukum atas dosa orang lain, apatah lagi untuk sibuk mencari aib & salah orang lain.
Maka, mari hentikan tabiat buruk tersebut. Ia hanya mengundang dosa.
# Sekali lagi, Allah jadikan kita manusia, yakni hanya bertindak sebagai penyeru, bukan pemberi Hidayah. Usaha dakwah islah itu bahagian usaha kita, namun, yang membuka hati para hambaNya untuk kembali ke jalan yang benar itu adalah Dia.
Maka, mari hentikan tabiat buruk tersebut. Ia hanya mengundang dosa.
# Sekali lagi, Allah jadikan kita manusia, yakni hanya bertindak sebagai penyeru, bukan pemberi Hidayah. Usaha dakwah islah itu bahagian usaha kita, namun, yang membuka hati para hambaNya untuk kembali ke jalan yang benar itu adalah Dia.
# Hate the sin, not the sinner. Benci kepada dosa & maksiat yang dilakukan, bukan bermakna perlu membenci pelakunya. Kita yang berlumur dosa ini juga Allah tetap berikan peluang, kasih & sayang.
Maka, hentikanlah asyik mencari salah orang lain & melabel mereka. Selalu muhasabah, satu-satunya yang layak menilai kedudukan seseorang hamba di sisi Allah, hanyalah Dia.
Maka, hentikanlah asyik mencari salah orang lain & melabel mereka. Selalu muhasabah, satu-satunya yang layak menilai kedudukan seseorang hamba di sisi Allah, hanyalah Dia.
# Ramai berpendapat kerja dakwah ini hanya untuk orang yang baik. Walhal, sesiapa yang bergelar muslim wajib menyebarkan dakwah.
Ingatlah, diri kita takkan pernah sempurna dari dosa, namun begitu kita juga takkan sesekali dapat berlepas diri daripada tugas dakwah ini. Malah, pada kita sedang melakukan kesalahan yang sama.
Memang benar amat besar kemurkaan Allah buat sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Namun, adalah lebih besar kemurkaan Allah kepada mereka yang melakukan kebaikan tetapi terus melupakan seruan kepada kebaikan. Tentunya, ia adalah dosa yang berganda.
# Akhirul kalam, mari hayati pesanan berharga daripada kekasih Allah, Saidina Ali Radiallahu anh ini;
"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang & kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang & dosa yang dilakukan akan terus kekal." [Saidina Ali R.A]
Subhanaka laa 'ilma lanaaa illaa maa 'alam tanaa, innaka antal 'alimul hakim..
Peringatan buat diri ini terutamanya.
Peringatan buat diri ini terutamanya.
Semoga Allah menerima semua amalan kita. Allahumma amiin...
Allahu a'lam.
-------------
Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam ya habibi wa qurratu aini.. :')
Eid milad ya Rasulullah! Sollu 'ala nabiy!
* kredit kepada 'perempuan hijab berhati laser' untuk raw idea bagi puisi di atas. Jazakillah khairan. :)
-------------
Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam ya habibi wa qurratu aini.. :')
Eid milad ya Rasulullah! Sollu 'ala nabiy!
* kredit kepada 'perempuan hijab berhati laser' untuk raw idea bagi puisi di atas. Jazakillah khairan. :)
Labels:
catatan hati,
cinta,
muhasabah diri,
puisi,
tazkirah
Derita Beramal Bak Debu.
Bismillahirrohmanirrohiim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Selawat serta salam buat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam..
****
Seorang lelaki datang kepada 'Ubadah Ibn as-Samit & berkata...
"Jawab soalan aku ini, apakah pendapat kamu mengenai lelaki yang bersolat dengan tujuan semata-mata kerana Allah, tetapi dia suka dipuji. Dia bersedekahsemata-mata kerana Allah, tetapi dia suka dipuji & dia mengerjakan haji semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji?"
Jawab 'Ubadah;
"Dia tidak mendapat apa-apa..."
Allah berfirman dalam hadis Qudsi;
"Aku adalah sebaik-baik rakan kongsi. Sesiapa yang mempunyai ahli kongsi bersama-sama Aku, maka semuanya itu adalah untuknya & Aku tidak berhajat padanya apa-apa pun."
****
Firman Allah;
"Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa. Barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh & janganlah dia mempersekutukanNya dengan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya." [al-Kahfi (18):110]
****
Simptom pertama futur di jalan dakwah:
Kepentingan diri mengatasi kepentingan Ilahi....
[Rujukan : Golongan Yang Tercicir Disepanjang Jalan Dakwah, Fathy Yakan]
****
Dari Tsauban dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bersabda;
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan."
Kata Tsauban kepada Nabi;
"Wahai Rasulullah, ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahuinya."
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memberitahu;
"Mereka merupakan saudara-saudaramu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian, mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)"
****
:'(
Muhasabah, koreksi diri.
Perhalusi matlamat, perbetuli niat.
Ya Allah... aku perlukan iman...
Labels:
hiba,
hikmah,
malu,
muhasabah diri,
tazkirah
Monday, January 14, 2013
TIPS Tangani Nafsu Syahwat.
Bismillahirrohmanirrohiim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Saya agak segan sebenarnya mahu menulis tentang hal ini. Namun, apabila saya pernah ditanya berkenaan perihal ini melalui emel & cara lain melalui maya, saya perlahan-lahan seakan mengerti betapa pentingnya untuk saya berkongsi tentang permasalahan yang kian meruncing, seakan sel barah yang memakan sel tubuh secara perlahan-lahan, sebelum menguasai keseluruhan tubuh & membunuh individu itu akhirnya.
Percaya atau tidak, kajian menunjukkan bahawa orang yang mengalami ketagihan terhadap perkara seperti ini merupakan pesakit yang mengalami ketidakseimbangan elektrolit di dalam badannya. Ketidakseimbangan itulah yang menyebabkan mereka tidak mampu mengawal nafsu seperti manusia normal yang lain. Hal ini disebabkan oleh hormon badannya tidak stabil (akibat kestabilan elektrolit terganggu) kerana terlalu ketagih seks.
InsyaAllah, saya kongsikan persoalan & jawapan berkaitan masalah ini untuk kita muhasabah bersama. Mudah-mudahan kita, seluruh keluarga & zuriat keturunan akan bebas daripada masalah seperti ini, Allahumma amiin...
Saya agak segan sebenarnya mahu menulis tentang hal ini. Namun, apabila saya pernah ditanya berkenaan perihal ini melalui emel & cara lain melalui maya, saya perlahan-lahan seakan mengerti betapa pentingnya untuk saya berkongsi tentang permasalahan yang kian meruncing, seakan sel barah yang memakan sel tubuh secara perlahan-lahan, sebelum menguasai keseluruhan tubuh & membunuh individu itu akhirnya.
Sedar atau tidak sedar, sebenarnya ramai dalam kalangan ummah kita yang mengalami masalah ketagihan nafsu seks seperti ketagih menonton pornografi, berzina, seks luar tabi'e, malahan juga kes sumbang mahram. Kadangkala, permulaannya adalah kerana terjebak secara tidak sengaja, sekadar 'suka-suka' ataupun ikut-ikut kawan... namun, akhirnya memakan diri sendiri apabila keinginan tersebut akhirnya tidak lagi dapat dikawal oleh keimanan & akal fikiran.
Percaya atau tidak, kajian menunjukkan bahawa orang yang mengalami ketagihan terhadap perkara seperti ini merupakan pesakit yang mengalami ketidakseimbangan elektrolit di dalam badannya. Ketidakseimbangan itulah yang menyebabkan mereka tidak mampu mengawal nafsu seperti manusia normal yang lain. Hal ini disebabkan oleh hormon badannya tidak stabil (akibat kestabilan elektrolit terganggu) kerana terlalu ketagih seks.
Namun, tiada yang mustahil bagi Allah. InsyaAllah setiap penyakit pasti ada penawarnya. Demikian jugalah dengan 'penyakit' ketagihan ini. Selain perlu dibantu dengan ubat-ubatan untuk mengawal hormon & secara psikologi, keimanan yang lemah juga perlu diperkukuhkan dengan kembali bertaubat kepada Allah. Sangat perlu untuk kita yakin bahawa Allah sahajalah penawar segala-galanya yang paling mustajab.
InsyaAllah, saya kongsikan persoalan & jawapan berkaitan masalah ini untuk kita muhasabah bersama. Mudah-mudahan kita, seluruh keluarga & zuriat keturunan akan bebas daripada masalah seperti ini, Allahumma amiin...
"Sesungguhnya janganlah kamu menghampiri zina kerana ia adalah jalan yang sangat keji & buruk..." [surah al-Isra']
---------------
Soalan:
Ustaz, saya mengalami ketagihan nafsu seks yang sangat melampau. Setiup kali terlanjur, saya sangat menyesal & bertaubat. Namun, tidak lama selepas itu saya mengulanginya kembali. Ustaz, bantulah saya. Bagaimana cara untuk menghentikan tabiat keji ini buat selama-lamanya?
Jawapan:
Teks jawapan oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa. Kegagalan mengawal nafsu syahwat adalah lumrah bagi majoriti manusia. Hanya segelintir sahaja yang mampu mengekang nafsunya hasil mujahadah luar & dalam. Namun demikian, ada kalanya mereka yang mampu mengawalnya juga mungkin tertewas.
Nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa. Kegagalan mengawal nafsu syahwat adalah lumrah bagi majoriti manusia. Hanya segelintir sahaja yang mampu mengekang nafsunya hasil mujahadah luar & dalam. Namun demikian, ada kalanya mereka yang mampu mengawalnya juga mungkin tertewas.
Firman Allah swt:
“Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” [Yusuf (12) : 53]
Maka, ringkasnya mengekang nafsu syahwat bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Kita tidak perlu mengeluh dengan ketagihan nafsu & kesukaran untuk mengawalnya, apatah lagi untuk berputus asa.
Sebaliknya, apa yang perlu kita lakukan ialah:
Sebaliknya, apa yang perlu kita lakukan ialah:
1. Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran & keinginan inilah yang perlu untuk bertindak.
2. Mengenal pasti sumber & punca yang boleh membiakkan nafsu, lalu dengan segera dipotong & dihapuskan.
3. Mengenalpasti cara, suasana, tempat & individu yang dapat menyibukkan kita daripada mengingati syahwat.
-----------------------
Berikut adalah 20 TIPS untuk mengawal nafsu syahwat:
1. Fikirkan tentang matlamat hidup & sibukkan diri untuk mencapainya.
2. Pasakkan keyakinan bahawa Allah Maha Melihat apa yang sedang kita lakukan.
3. Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita & mencatat apa yang ditulis, diucap & dilakukan.
4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik & soleh.
5. Putuskan hubungan songsang & gelap samada yang dilakukan secara serius ataupun suka-suka, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, emel, web & sebagainya. Putuskan semua medium peningkatan syahwat. Jika berseorang depan komputer boleh menyebabkan syahwat naik, maka elakkan berseorangan. Jika berbual mesra dengan rakan sekerja berlainan jantina boleh meningkatkan syahwat, maka elakkan diri daripada terjebak. Begitulah seterusnya.
6. Putuskan hubungan adik, kakak, abang angkat yang berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram & pendorong maksiat.
7. Ubah rutin harian yang mendorong kepada peningkatan syahwat. Setiap orang tahu & sedar jenis tindakan apa yang boleh mendorong syahwat masing-masing. Ia berbeza mengikut individu.
8. Hadirilah Majlis ilmu & sibukkanlah diri membuat sasaran baru seperti membuat blog ilmiah, menulis buku & majalah, menghasilkan karya seni lukisan & sebagainya. Buat 1 sasaran lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda bagi mencapainya. Tanpa sasaran dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak& berkembang akibat waktu yang kosong tidak digunakan.
9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa anda kembali kepada Allah. Namun, awas, jangan sampai terjebak kepada golongan kumpulan songsang & sesat.
10. Sertai kumpulan NGO @ kumpulan berasaskan dakwah. Selain mendapat rakan-rakan yang soleh/solehah, masa yang luang boleh dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah yang dianjurkan badan terbabit. Cadangan saya: Murshid, tabligh, ABIM, GAMIS, IKRAM, Yayasan AMAL, NISA’, Persatuan Peguam Syari’e & sebagainya.
11. Jika anda sedang belajar @ bekerja, sasarkan diri untuk cemerlang dalam pelajaran @ kerja anda. Dengan itu, anda akan lebih sibuk memikirkan masa depan yang lebih terarah & positif. Ingatan kepada syahwat juga dapat disempitkan.
12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar apabila memikirkan kematian.
13. Fikirkan bahawa anda akan mati sewaktu melakukan maksiat itu. Adakah anda suka untuk menerima kematian yang sebegitu? Fikirkan selalu.
14. Kalau anda sedang bersyahwat dengan seorang wanita secara maya seperti di internet & TV, segeralah gambarkan kehodohannya agar syahwat menurun. Contohnya: bayangkan wanita itu mulut & nafasnya berbau busuk, giginya kotor, ada penyakit keputihan & lendir yang teruk, AIDS dan sebagainya.
15. Kalau komputer menjadi penyebab utama peningkatan syahwat. Selalulah mainkan alunan al-Quran setiap kali menghadap komputer supaya timbul rasa malu kepada Allah. Jika tidak malu banyak, sekurang-kurangnya masih rasa malu sedikit. Kalau nafsu masih menggila, segera berhenti & keluarlah melihat awan, pokok untuk mengingati kebesaran Allah.
16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau oleh nafsu & syaitan. Apa sahaja perbuatan yang mendorong kepada maksiat yang lebih besar hendaklah disekat dengan segera.
Ingatlah Firman Allah swt:
“Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya dia musuh kamu yang amat jelas.” [al-Baqarah (2):168]
17. Menjaga pemakanan dengan memastikan makanan tersebut halal, baik, bersih lagi diberkati. Makanan yang haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
18. Memastikan harta yang diperolehi dari sumber yang halal. Sumber harta yang haram menjadi virus yang menjadikan nafsu syahwat lebih kuat & dahsyat.
19. Amalkan berpuasa sunat, berzikir secara berdisiplin setiap kali selepas solat & berdoalah sebanyak mungkin semasa sujud agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
20. Segera beristighfar & bertaubat walau belum jatuh ke lembah maksiat yang berat.
Firman Allah swt:
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu & syurga yang terbentang seluas langit & bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.” [ali-Imran (3) : 133]
Demikianlah beberapa cara, usaha & kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal & mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati & akal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar & ditipu oleh kenikmatan yang sementara & keburukan kekal yang menanti.
Maka, sama-samalah kita saling ingat-mengingati. Akhir sekali, marilah kita renungi firman Allah swt:
“Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya & telah rugilah orang yang mengotorinya.” [al-Syam : 9-10]
Allahu a’lam.
-------------
*Sumber : al-Ustaz ISU NO.9 : Teks jawapan oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR).
Labels:
dosa besar,
hiba,
malu,
muhasabah diri,
tazkirah,
tips
Subscribe to:
Posts (Atom)






