Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Showing posts with label ulasan buku. Show all posts
Showing posts with label ulasan buku. Show all posts
Sunday, December 29, 2013
Hebatnya Nikah : Persiapan Bakal Pengantin.
menemukan dua hati berlainan jantina dalam sebuah ikatan pernikahan.
Di dalamnya terdapat suatu rahsia yang sungguh luar biasa.
Bagi jiwa yang mendambakan redha Rabb-Nya.
***
Bismillah,
Menarik untuk dikongsikan. Seminggu dua ini, terpapar dibanyak saluran media eletronik, media maya dan juga media cetak tentang suatu isu yang evergreen sehingga kini, iaitu tentang perkahwinan. Menurut kajian yang dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) seramai 2.5 juta penduduk di negara Malaysia yang berumur 25 tahun ke atas tidak berkahwin dengan beberapa faktor yang dinyatakan.
Saya terfikir dan merenung seketika pagi tadi. Akal menerawang jauh seolah-olah mengamati realiti itu. Ya. Sebenarnya soal jodoh, perkahwinan dan pembentukan keluarga itu sangat-sangat dekat dengan kita semua. Semua orang punyai impian, hasrat dan harapan untuk melalui fasa-fasa itu bukan?
Anda pula bagaimana?
Namun, ada sesuatu yang harus dilihat ialah tentang pandangan masyarakat tentang “dunia” perkahwinan itu sendiri. Wujudnya suatu kelompok dan golongan yang menyatakan bahawa tentang kesengsaraan, kesusahan, huru hara dan pahitnya dunia perkahwinan itu. Akibatnya, kini ramai mulai bertimbang-timbang dan berkira-kira untuk tidak memilih untuk berkahwin.
Saya terbaca banyak artikel-artikel yang menonjolkan beberapa public figure, tokoh korporat dan para artis-artis yang memilih untuk hidup membujang kerana pelbagai faktor. Dan menariknya, ada dikalangan mereka begitu “teruja” dan mengesyorkan agar hidup membujang tanpa pasangan itu sebagai suatu pilihan yang baik untuk anak-anak remaja hari ini. Terdiam saya membacanya.
Lihatlah di dada akhbar hari ini, yang ditonjolkan ialah konflik rumah tangga, isu-isu pergaduhan suami isteri, cerita-cerita naik turun-naik turun mahkamah antara pasangan artis dalam menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka, perebutan harta antara keluarga-keluarga dan sebagainya. Justeru, akhirnya imej perkahwinan itu kian tercemar dan tercalar.
Lalu, timbullah slogan-slogan dan imej-imej yang negatif tentang perkahwinan. Saya sendiri dihubungi oleh beberapa orang adik serta kenalan yang mengutarakan suatu perasaan bahawa mereka sangat-sangat takut, gerun dan bimbang untuk melalui alam perkahwinan ini.
“ Abang, saya rasa takutlah dan bimbang untuk berkahwin. Bolehkah kalau kita tak kahwin?,”
“ Ustaz, jika kita memilih untuk membujang sehingga akhir hayat agak-agak boleh diterima kah dalam pandangan Islam?,”
Lebih kurang begitu bentuk-bentuk perkongsian yang diterima. Ia membuatkan saya terfikir, termenung jauh juga. Agak sukar untuk merespon tentang hal-hal sebegini.
***
Imej Perkahwinan : Ia harus “dicerahkan” sebersih-bersihnya
Sahabat pembaca, bagaimanakah kalian memandang tentang dunia perkahwinan itu sendiri? Adakah ia suatu yang mesti dan perlu dilalui? Atau kita akan berkahwin kerana semua orang disekeliling kita berkahwin?
Atau, ada yang berpandangan ia hanya pelengkap dalam lalui kehidupan kita sahaja. Terpulang kepada kita sendiri dengan pengalaman, pendapat dan kebijaksanaan “akal” kita dalam menilainya. Justeru, usahlah kita terlalu mementingkan fasa ini dalam kehidupan. Adakah begitu?
Jika itulah yang kita fahami setakat ini, harusnya kita lihat ia dengan kacamata Islam dan bagaimana Islam meletakan perkahwinan sebagai salah satu aspek terpenting dalam peradaban kemanusiaan. Menurut, Sheikh Tariq Ismail Kakhia dalam bukunya, Az-Zauji al-Islamy(Perkahwinan di dalam Islam) menyatakan bahawa Islam sungguh-sungguh mementingkan soal perkahwinan ini. Sehingga, perkahwinanlah dapat memenuhi separuh keagamaan dan keimanan seseorang muslim. Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadisnya yang bermaksud :
“ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.” ( Riwayat Baihaqi)
Seruan Rasulullah SAW kepada para pemuda-pemudi dengan suatu signal yang sangat jelas dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud :
“ Wahai golongan pemuda-pemudi! Siapa diantara kamu yang mempunyai kemampuan, maka hendaklah dia berkahwin, kerana dari perkahwinan boleh menyelamatkan penglihatan dan kemaluan kamu. Dan siapa yang tidak mempunyai kemampuan, maka hendaklah ia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu boleh melemahkan syahwatnya.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud)
Apa hebatnya dengan perkahwinan dan pernikahan ini?
(1) Berkahwin dapat mendekatkan dan menghampirkan kita dengan Allah SWT. Kemanisan iman itu akan tertingkat jika kita meletakkan matlamat pernikahan itu pada asasnya yang betul dan benar.
(2) Bernikah itu akan memberikan suatu jalan yang bersih, suci dan halal dalam kita melempiaskan keinginan hawa nafsu kita. Malah, hubungan suami isteri itu dikira sebagai ibadah dan diganjari pahala daripada Allah SWT.
(3) Ia juga akan memberikan suatu perasaan yang sungguh membahagiakan, menenangkan dan melapangkan bagi pasangan suami isteri. Indahnya apabila ada insan yang mencintai, menyayangi dan melindungi kita.
(4) Berkeluarga itu adalah suatu anugerah Allah SWT. Ia akan mendewasakan dan mematangkan lagi suami isteri dalam mengurus hal-hal rumah tangga secara bersama. Anugerah ini jika dilalui dengan bersama, wujudnya persefahaman dan serasian ia adalah bentuk-bentuk kejayaan yang akan membawa ahli-ahli keluarga kepada keredhaan Allah SWT.
(5) Suami isteri adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Titik-titik kelemahan dan kekurangan yang ada akan dibantu oleh pasangan untuk sama-sama perbaiki dari satu tahap ke satu tahap. Hal ini, amat sukar difahami kecuali hanya bagi yang telah berkahwin. Nak tahu lebih lanjut? Anda kenalah kahwin dulu.
(6) Satu lagi, perkahwinan itu boleh menambahkan rezeki manusia. MasyaAllah, benar. Ini sejajar dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).
(7) Perkahwinan itu satu perkongsian. Bak kata pepatah : Sharing is caring. Dengan berkongsi cita-cita, harapan dan impian – kita akan lebih kuat, hebat, luar bisa dan bersemangat untuk mencapai serta menggapainya. Itulah hebatnya perkahwinan, jika pasangan hidup kita adalah pasangan yang hebat maka kita akan tertempias aura atau gelombang kehebatannya.
(8) Manusia itu akan sunyi dan sepi tanpa pendamping, teman dan pasangan. Islam memberikan suatu kaedah dalam mengubati kesunyian itu melalui perkahwinan. Melaluinya, pasangan suami isteri dapat berkongsi perasaan, cerita dan segala-galanya secara bersama.
(9) Melalui perkahwinan, insyaAllah – Allah SWT akan anugerahkan cahaya mata dan anak. Ia adalah buah hati yang tidak tergambar bagaimanakah perasaan bagi yang memilikinya. Anak bukanlah bebanan, tetapi suatu amanah yang harus dipelihara dengan sebaiknya.
(10) Rumahtangga ini adalah umpama suatu bentuk organisasi berskala kecil yang di dalamnya terdapat suatu sistem pengurusan yang menyeluruh. Bagi yang berkahwin, mereka akan berusaha mengurusnya sebaik mungkin agar keluarga yang dibina dapat dikendalikan dengan seimbang, teratur dan sistematik.
MasyaAllah – inilah sunnah yang besar manfaat, pahala dan kebaikan bagi yang melihatnya melalui kacamata keimanan dan ketaqwaan.
***
Tips : Harus milik 3 kunci sebelum bernikah
Saya teringat, ketika bersembang-sembang dengan beberapa orang sahabat saya pada suatu hari. Isu yang paling diminati oleh kebanyakan orang.
“ Sebelum berkahwin, biasanya seseorang itu perlu ada tiga “kunci”,” Kata seorang sahabat saya. Ajuan pertanyaan kepada kami semua yang ada.
“ Apa tiga kunci itu?,” Sampuk seorang daripada kami.
“ Haa.. cuba teka,” Katanya.
Semua berfikir-fikir sambil berusaha menjawab. Bicara kami diteruskan sambil menikmati juadah rojak ayam dan nasi ayam di kedai D’Bagan yang sangat menyelerakan.
Terus dia berkata :
“ Pertama, kunci pejabat,”
“ Kedua, kunci kereta,”
“ Ketiga, kunci rumah,”
Kemudian dengan spontan saya berkata, :
“ Ada satu lagi, cuba teka?,”
“ Kunci Syurga!,” Ada yang cuba menambah.
Saya tersenyum sambil menyuap makan ke mulut.
“ Ada satu lagi, tahu apa dia ?,”
“ Kunci spare!,” Kata Saya.
Masing-masing ternaik kening dan riak muka sedikit teruja. – Smile -
Sejujurnya, saya sendiri tidak pasti sebelum ini adakah saya benar-benar bersedia atau tidak di saat melangkah kaki ke alam rumah tangga. Namun, dengan ilmu serta pengalaman yang amat-amat sedikit dan terbatas saya melalui dengan penuh usaha untuk lakukan yang terbaik serta meletakan sepenuhnya pergantungan hanya kepada Allah SWT. Kepada-Nya jualah diri ini kembali.
Dan, selain itu juga hasilnya ialah tanggapan saya tentang dunia perkahwinan sebelum berkahwin amat berbeza dengan tanggapan saya tentang alam perkahwinan selepas melaluinya.
Mungkin benarlah, apa yang murabbi saya sebut : “ Lalui dunia perkahwinan dengan persepsi yang sederhana, dan di saat-saat melaluinya teruslah belajar dan belajar serta perbaiki diri dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.”
Justeru, apakah yang seharusnya kita lakukan?
Wallahu’alam, berdasarkan bual bicara bersama mereka-mereka yang telah lama dalam fasa ini – bersedialah bersungguh-sungguh sebelum melangkah ke alam berumah tangga. Ia meliputi minda, hati, fizikal dan rohani. Saya ringkaskan ia berdasarkan apa yang pernah dikongsikan oleh murabbi saya melalui cetusan pandangan oleh Sheikh Hisham al-Wady. Katanya 3 kunci persediaan yang harus ada bagi bakal pengantin sebelum mendirikan rumah tangga iaitu :
(1) Memahami dan mendalami Deen Islam sebagai cara hidup
(2) Mengamati dan fahami perbezaan antara lelaki dan perempuan (Serius : Hal ini sangat-sangat penting & ramai yang terlepas pandang)
(3) Mengutip kefahaman sedalamnya tentang dunia perkahwinan itu sendiri
Dan, antara persedian dan persiapan yang paling penting ialah persediaan kejiwaan. Di sinilah titik kekuatan yang paling utuh dan ampuh dalam menghadapi rumahtangga kelak.
3 kunci ini harus kita pegang dan miliki sebelum melangkah ke alam pernikahan atau perkahwinan. Dan, ingin saya kongsikan beberapa buah buku yang baik yang harus kita baca, fahami dan teliti sebagai rujukan untuk mendirikan rumahtangga. Antaranya ialah :
Bahagia Merayakan Cinta, Tulisan Ustaz Salim A.Fillah. Versi Melayu.
Buku ini sangat baik kupasan. Bahasanya menyentuh jiwa dan miliki sentuhan perasaan yang sangat “halus”.
Mutiara Perkahwinan Menurut Pandangan Islam, tulisan Sheikh Muhamad Ali Qutb. Tulisan asas dan basic tentang dunia perkahwinan. Hujjah, dalil dan kupasannya sangat mudah difahami.
Mencapai Pernikahan Barakah, tulisan Mohammad Fauzil Adhim. Buku ini saya baca dengan bersahaja dan sungguh menyenangkan jiwa. Salim A. Fillah ketika menulis bukunya, banyak mencatatkan point-point penting dari buku ini.
Beginilah Seharusnya Suami Isteri Saling Mencintai, tulisan Sheikh Fathi Muhammad Ath-Thahir. Tulisan amat menarik, sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin dan yang telah lama berkahwin. Bacalah, hati pasti berbunga-bunga.
Ini sebahagian sahaja buku yang sempat saya kongsikan saat ini. Mudah-mudahan saya boleh kongsikan pelbagai lagi rujukan dan bahan bacaan di masa-masa mendatang.
***
Penutup : Penikahan itu sebahagian daripada batu-bata kehidupan
Hebatnya kita sebagai mukmin, apabila apa sahaja kita lakukan matlamat dan niatnya jelas. Begitu juga dalam soal perkahwinan ini. Fasa-fasa yang dilalui dalam kehidupan bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan seterusnya melangkah ke alam dewasa menjadi sesuatu yang akan dilalui bagi setiap insan di dunia ini. Fasa-fasa ini adalah titik perubahan yang meninggalkan pengaruh, kesan dan bekas kepada setiap manusia yang mengalaminya.
Begitu juga, dalam konteks alam rumah tangga. Setiap manusia yang normal, secara fitrahnya memiliki hasrat dan keinginan untuk mendirikan rumah tangga. Impian untuk mempunyai pendamping hidup, peneman dan insan yang dikasihi serta disayangi secara lebih dekat itu dengan suasana hidup secara bersama. Mereka ingin dikat serta berkongsi hidup secara halal, suci, bersih dan sah. Namun, suatu persoalan yang harus jelas tertanam dalam benak kita ialah apakah sebenarnya tujuan kita mendirikan rumahtangga melalui jalan pernikahan ini?
Hebatnya Nikah, Jika Semuanya Untuk Allah!
Wallahu 'alam.
Sumber asal : Bro Hamzah, Langit Ilahi
--
p/s: Bagi yang bertanya, background instrumental blog ini ialah; Arwen's Vigil by Piano Guys.
Labels:
catatan hati,
cinta,
fardu ain,
khitbah,
muhasabah diri,
tazkirah,
ulasan buku,
usrah
Friday, December 28, 2012
Kamu Berkahwin, Bukan Kerana Perempuan Itu...
Bismillahirrohmanirrohiim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Pukul 6.50 pagi
Dia merebus air di dalam kendi. Di sebelahnya pula dinyalakan api untuk memanaskan kuali.
"Masak apa Mir?" Izzuddin tercegat di pintu dapur sambil memegang tasbih kayu Kokka. Dia baharu sahaja pulang dari masjid. Amir putar arah & memandang ke wajah Izzuddin. Teman sebiliknya segak di dalam jubah & serban putih.
"Goreng telur & buatkan kopi. Kenapa?"
"Buatkan untuk ana sekali," Izzuddin tersengih.
"Ana sudah agak!"
"Bertuahlah perempuan yang bersuamikan Ustaz Amir. Rajin sungguh memasak," Izzuddin menanam tebu di bibir.
"Memasak adalah tugas lelaki. Lagipun bila sudah kahwin, tugas suami memang banyak. Memasak, membasuh, menjahit, mengemas rumah, semuanya tugas suami. Malah Nabi tak pernah minta Sayyidatina Aisyah menjahit pakaiannya. Keberadaan isteri cuma membantu meringankan bebanan suami. Tidak perlu dipersoalkan tentang perkara itu. Malangnya, ramai lelaki tersalah konsep," Amir sengaja buka sesi ceramah pagi.
"Saya sudah tahu," Izzuddin membela diri. Dia tidak mahu Amir memanjangkan kalam.
"Sudah tahu, tidak apa. Siapa lagi yang mahu makan?!" Amir angkat suara sambil tangannya membalikkan telur di dalam kuali.
"Ana mahu jugak! Buatkan ana sekali!" Sahut Zaid & Hakim serentak.
"Beres! Ana buatkan untuk semua. 5 minit lagi, siap! Kita makan berjemaah!" Amir menjawab lantang. Biar semuanya dengar.
m/s 231-232
Warkah Cinta Berbau Syurga
Ustaz A.Ubaidillah Alias
"Mir, boleh ana tanya soalan peribadi?" Halif bertanya tiba-tiba.
"Apa dia?"
"Enta masih ada perasaan sayang terhadap dia?"
"Siapa yang enta maksudkan?" Amir buat-buat tidak faham.
"Siapa lagi? Orang itulah...."
"Dia? Erm... Lif, kalau sudah kenal mestilah sayang. Sayang bukannya boleh dibuang begitu sahaja," Amir menjawab sambil matanya memandang ke luar tingkap. Beberapa penumpang Arab yang lain tidak mengendahkan perbualan Amir & Halif.
"Selepas kita mengambil masa mengenali seseorang, kita pasti akan menyayanginya. Sekalipun perhubungan kami sudah berakhir, tetapi sayang tetap sayang."
"Banyak pengorbanan enta pada dia? Enta selalu belanja dia makan?"
"Belanja makan apa pula? Enta ni... Hehehe! Sejujurnya, kami tidak banyak kenangan. Agama larang kita couple macam pasangan Barat. Jadi, ana bataskan pertemuan antara kami. Termasuklah berbual di telefon juga ana tetapkan masanya. Kami banyak berutus surat. Bukan mudah Lif. Ia memerlukan ketegasan & prinsip diri yang teguh."
"Memang susah. Tambahan pula, remaja zaman sekarang kalau bercouple mesti pegang-pegang tangan atau jalan berdua-duaan. Orang zaman sekarang kalau tinggal berdekatan, mana ada bercinta melalui surat kecuali segelintir sahaja," Halif menyelitkan bicaranya.
"Itulah masalahnya tetapi ana sudah cuba susunkan hubungan kami supaya berdiri atas dasar nasihat menasihati kerana agama."
"Berutus surat? Rajin enta menulis," Dahi Halif berkerut.
"Ya. Kami banyak berutus surat. Jika dia cuba bertanya hal-hal perasaan, ana cepat mengingatkannya bahawa hidup adalah untuk hakikat & kenyataan. Bagi menghadapi hakikat & kenyataan, kita memerlukan ilmu & kesabaran. Bukannya rasa & angan-angan."
"Enta tak rasa macam tegas sangat? Sesetengah orang anggap cara macam ni terlampau syadid (keras/tegas)"
"Soal syadid ataupun tidak, itu perkara kedua Lif. Kita perlu kembali kepada agama. Islam larang kita menghampiri zina, oleh itu mana-mana perbuatan yang menjuruskan ke arah zina perlu dijauhi. Pertemuan, perbualan & percampuran yang tidak disyarakkan perlu dijauhkan sama sekali. Biarlah nampak syadid pun, namun itulah yang paling selamat dalam menjauhi fitnah."
"Susah juga mahu ikuti apa yang agama suruh. Maklumlah zaman sekarang kebanyakan orang ada handphone. Boleh SMS bila-bila masa. Boleh berbual bila-bila masa. Kalau iman tidak kuat, macam-macam boleh jadi."
"Halif, remaja memang mudah ditipu oleh perasaan sendiri. Dalam usia muda sepatutnya mereka menjaga kesucian diri & membina karisma sebagai bakal ibu atau bakal bapa. Bagi membina karisma mereka memerlukan ilmu & panduan agama. Malangnya, mereka sibuk dengan perkara yang tidak perlu. Mereka sibuk dengan SMS & berbual kosong. Kemudian, apabila rumah tangga didirikan, kebanyakan mereka hilang arah. Tidak tahu hendak bawa keluarga ke mana. Saat itu baru tercari-cari rujukan. Masa itu sudah dikira terlambat."
"Macam tu rupanya. Wawasan enta tu terlalu jauh!"
"Lebih jauh sesuatu wawasan, lebih baik. Kita lelaki Lif. Kita adalah bakal suami & bakal seorang bapa. Kita adalah pemimpin kepada keluarga. Kita juga adalah khalifah di muka bumi. Kita perlu mengajarkan isteri perkara-perkara yang benar-benar diperlukan dalam menempuh kehidupan. Kita perlu mendidik anak-anak kita dengan didikan yang betul. Bukan perkara yang dirasakan indah & mengasyikkan sedangkan tidak memberi apa-apa manfaat."
m/s 262-265
Warkah Cinta Berbau Syurga
Ustaz A.Ubaidillah Alias
"Begini sebenarnya Amir," Abah membuka suaranya yang tertahan.
"Amir kena faham beberapa perkara, selaku anak lelaki tunggal dalam keluarga Amir kena bersedia untuk ambil tanggungjawab menjaga ibubapa di hari tua. Kak long ada suami, dia tidak boleh berkhidmat sepenuh masa untuk mama & abah. Begitu juga Erma, dia juga akan mempunyai suami & perlu berkhidmat untuk suaminya. Itu adalah aturan yang ditetapkan oleh agama. Tiada orang yang lebih layak mengambil tanggungjawab ini melainkan anak lelaki abah seorang sahaja. Kami mahu Amir fikirkan hal ini dengan baik. Ia berkait rapat dengan pemilihan seorang isteri, kerana ia melibatkan masa depan. Abah yakin, Amir faham."
"Memandangkan mama & abah akan menempuh usia tua, Amir bertanggungjawab menjaga mama & abah."
"Tidak ramai ibubapa yang berpeluang untuk memberitahu perkara ini kepada anak lelakinya. Sebab itu ramai anak-anak selepas berkahwin tidak mengendahkan ibubapa. Abah percaya, Amir bukan begitu." Garis di dahi abah bergalur terang. Amir diam. Seketika kemudian, dia mengangguk.
"Panjang umur Amir, Amir sempurnakan niat mama & abah."
Perbualan tamat di situ.
m/s 173
Warkah Cinta Berbau Syurga
Ustaz A. Ubaidillah Alias
"Siapa?"
"Seganlah nak bagitahu."
"Siapa pun yang kamu suka, ibu mahu kamu fikir panjang-panjang. Banyakkan berdoa. Minta sisih jika itu mainan perasaan."
Dan aku tak rasa pesanan ibu itu cukup. Justeru, sebelum cuti musim sejuk aku yang lepas itu berakhir, aku ada berbincang dengan pensyarahku di University of Yarmouk. Namanya adalah Dr. Mehmed Towalbeh. Seorang pensyarah yang baik & peramah. Dia juga seorang yang alim tetapi bersahaja. Antara pensyarah yang masyhur di Jordan ini.
Aku mengutarakan masalahku ini. Aku risau, ini adalah mainan perasaan sahaja. Walaupun aku saban malam selepas dinasihatkan Sharafie, mendirikan solat istikharah untuk memohon jawapan, namun aku masih tidak mendapat jawapan yang sebenarnya. Tetapi, aku suka dia. Maka, hal inilah yang aku cuba bincangkan dengan Dr. Towalbeh.
"Anakku, muhasabahlah dirimu. Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Jika kau inginkan perempuan yang baik, maka perbaikilah dirimu. Allah jugalah yang memberikan kamu apa yang kamu pinta. Maka, jadikanlah cintamu kepada Allah sebagai pokok yang membuahkan cinta-cinta yang lain. InsyaAllah, kamu tidak akan kecewa bila silap, & kamu akan rasa bahagia bila betul."
Ketika itu, aku seakan-akan terasa seperti dipancur siraman dari langit. Kata-kata Dr. Towalbeh penuh makna. Cinta kepada Allah-lah yang akan membuahkan cinta yang lain.
"Kamu berkahwin, bukan kerana perempuan itu. Tetapi kamu hendak memenuhi amanah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam & arahan Allah azza wa jalla. Kamu berkahwin untuk membina ummah, mengembangkan lagi bilangan umat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang faham akan Islam. Sedarlah, bila kamu menjadi suami, ketua keluarga, maka sesungguhnya kamu bertanggungjawab ke atas mereka."
Ya Allah, kata-kata itu menyedarkan aku kembali akan konsep bait-al-Muslim yang sebenar. Bukanlah siapa perempuan yang kita pilih menjadi masalah, tetapi bagaimana kita mmembangunkan diri kitalah yang menjadi asas kepada keluarga yang diredai Allah.
Kita berkeluarga, untuk mengejar redha Allah sebenarnya. Memandu isteri, anak-anak, untuk hidup menjadi hambaNya yang baik. Maka, pembinaan diri sendiri itu yang perlu diutamakan. Bukan mencari siapa perempuan yang ingin dikahwini yang kita kena dahulukan.
"Kalau kamu faham apa yang kukatakan ini, maka binalah diri kamu mulai hari ini. Kemudian, dengan yakin, kamu lamarilah dia. Tak semestinya dia itu jodoh kamu, tetapi kalau kamu silap, kamu tidak akan kecewa. Sebab kamu faham bahawa kamu bukan berkahwin kerana dia."
Aku mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Towalbeh. Perkongsiannya memang benar-benar menghidupkan jiwaku & menjelaskan pemahamanku.
"Aku doakan kamu dapat apa yang kamu mahu, & Allah merahmati kamu & keluargamu."
Semenjak itu, aku terus-terusan berusaha mempertingkatkan diri. Daripada segi emosi, rohani & jasadi. Daripada kata-kata Dr. Towalbeh itu, aku nampak perkahwinan itu bukan sekadar cinta lelaki & perempuan, tetapi cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, cinta kepada perjuangan hendak membawa Islam, cinta kepada anak-anak yang bakal lahir, cinta kepada keluarga sendiri & keluarga mertua & pelbagai lagi cinta yang bersangkut paut dengan perkahwinan sebenarnya.
Aku perlu nampak bahawa aku sekurang-kurangnya bakal menjadi ketua & pendidik, kepada isteri & anak-anak. Justeru, aku perlu letakkan diri aku pada tahap yang kompeten untuk itu. Aku terus berusaha. Aku anggap, semester terakhir aku di University of Yarmouk ini sebagai masa aku meningkatkan segalanya.
Pada masa yang sama, Istikharah memang tidak pernah aku lupakan.
Saban malam, bersyahdu dengan Ilahi memohon kebenaran.
Dan setiap pagi juga, aku bangun dengan wajah Atikah berada dalam bayangan.
m/s 298-301
Terasing
Hilal Asyraf
Atikah terus menghenyakkan punggungnya di sebelah aku. Bahunya menyentuh bahuku. Wah, terasa macam hendak putus jantung aku sekarang.
Bau wangi menerjah.
Bau wangi menerjah.
"Geramlah, kenapa macam takut sangat?" Atikah mencubit pinggangku.
Aku mengaduh. "Segan sebenarnya."
"Segan?"
"Mana biasa berurusan dengan perempuan seorang diri. Selama ni, kalau cakap dengan perempuan pun ada teman."
Kulihat Atikah tersenyum. "Itu dengan perempuan tak halal."
Terus dia menggapai tanganku. Hangat.
Dia mengangkat tanganku & mendekatkan ke bibirnya. "Saya, halal untuk abang."
Hilang terus rasa gemuruh. Macam hendak mengeluarkan air mata kerana perasaan terharu. Mengenangkan kembali hari-hari aku berusaha mempertingkatkan diri, malam-malam yang terisi dengan istikharah, pengaduan & pengharapan, rasa takut kehilangan, rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai ketua keluarga yang berwibawa, semuanya datang dalam bentuk imbasan yang pantas.
Hari ini, tangan ini berjaya kusentuh.
Aku perlahan-lahan menggenggam erat tangan Atikah. Tangan lembut itu kukucup penuh cinta. Segala cinta yang terpendamsimpan selama ini, kutumpahkan. Air mataku mengalir, turun ke pipi, membasahi tangannya yang bersih.
"Abang cintakan awak juga. Sangat-sangat cintakan awak." Aku meluahkan.
Atikah merapatkan kepalanya. Dahi kami bertemu. Dan air matanya juga mengalir.
"Moga abang dapat bantu saya membina diri & hidup dalam keredhaan."
"Moga Atikah juga, dapat menjadi pendamping abang hingga akhirat."
"Ya Allah, redhailah kami, keluarga kami, zuriat kami & seluruh kehidupan kami."
Aku berazam, untuk menjadikan keluarga aku, sebagai keluarga yang diredhai Allah, & anak-anakku sebagai anak-anak yang soleh & taat kepada Allah. Agar kami semua dapat berkumpul di syurga, meneruskan kebahagiaan kami secara abadi di sana.
Ya Allah...
Perkenankanlah.
---------------------------
Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Dan daripada kalangan manusia ada yang berdoa; "Wahai Tuhan kami, berikanlah kami dunia", & mereka di akhirat kelak tidak akan mendapat apa-apa. Dan ada pula daripada kalangan manusia ini yang berdoa, "Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia & berikanlah kami kebaikan di akhirat, & jauhkanlah kami daripada azab api neraka." Mereka adalah yang memperoleh apa yang mereka kerjakan, & Allah Allah Maha Cepat PerhitunganNya." [suratul Baqarah (2); ayat 200-202]
Allahu a'lam..
------------
p/s: Subhanallah, soleh & hebat sungguh watak-watak utama yang dilakarkan di dalam kedua-dua novel ini. Saya pesan pada diri, sebelum memasang anganan tinggi untuk ingin menjadi pendamping lelaki yang soleh, perlukan mujahadah yang kuat untuk mempersiapkan diri menjadi cukup solehah dahulu. Perlu amalkan konsep 'menjadi solehah' sebelum 'mencari yang soleh'. Pesan Ustazah Fatimah Syarha; insyaAllah, lazimnya yang soleh adalah seperti magnet yang akan tertarik kepada yang solehah. Begitu juga sebaliknya. Janji Allah dalam Suratun Nur juga perlulah dikaji.
Paling penting, jadi solehah, niat kerana Allah. Hanya kerana Allah.
Notakaki:
Dalam seminggu dua ini, waktu terluang saya isikan dengan membaca & menghadam 2 buah novel islamik karya 2 orang penulis lelaki; Warkah Cinta Berbau Syurga tulisan Ustaz A.Ubaidillah Alias & novel Terasing, tulisan Ustaz Hilal Asyraf.
Sebelum ini, novel islamik yang saya pernah baca & hadam kebanyakannya hasil tulisan Ustazah Fatimah Syarha & zaujnya. Saya suka semua tulisannya seperti Cinta High-Class, Tautan Hati, Syabab Musafir Kasih, Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul dan lain-lain.
Maka, apabila saya lihat novel-novel ini menghiasi rak buku adinda saya (dia sememangnya peminat tegar novel Ustaz Hilal Asyraf seperti Sinergi, VT, Hero, Remaja Mulia, Matahari dan lain-lain), saya raih peluang untuk cuba membaca tulisan dari reluk hati seorang ustaz pula.
Alhamdulillah. Sangat banyak input yang diperolehi tatkala singgah ke satu per satu helaian kedua-dua buah buku tersebut. Penuh pengisian berilmu & bukan setakat menghidangkan cerita cinta picisan tanpa pengisian.
Saya sarankan kalian membacanya. InsyaAllah, ianya membangun jiwa. Terutamanya bagi seorang lelaki. Setelah selesai pembacaan, saya seakan diberi pencerahan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang lelaki sebagai seorang pemimpin.
Benarlah firmanNya di dalam surah an-Nisa' bahawa lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita. Menjadi imam (lelaki) perlukan ilmu, yang menjadi makmum (wanita) juga perlukan ilmu. Tanpa ilmu, kehidupan yang bakal dilalui ibarat meniti titian yang rapuh...
Benarlah firmanNya di dalam surah an-Nisa' bahawa lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita. Menjadi imam (lelaki) perlukan ilmu, yang menjadi makmum (wanita) juga perlukan ilmu. Tanpa ilmu, kehidupan yang bakal dilalui ibarat meniti titian yang rapuh...
Alangkah indahnya andai semua pemuda Islam (tidak terlepas juga kaum wanita) diberi pencerahan tentang amanah & tanggungjawab yang berat ini sedari mereka masih kecil. Maka, mereka akan sedar betapa besarnya peranan mereka di dalam sesebuah institusi kekeluargaan, masyarakat, & seterusnya kepada sesebuah organisasi negara.
Para pemuda & pemudi juga perlu diberi pendedahan tentang kepentingan bait al-Muslim (rumah tangga mengikut acuan Islam) & tarbiyatul aulad fil islam (pendidikan awal anak-anak mengikut acuan Islam) semenjak kecil supaya mereka tahu betapa mulianya sebuah matlamat perkahwinan.
Maka, perlulah kita sama-sama, semuanya bermuhasabah diri. Koreksi kekurangan & kelemahan diri serta memperbaikinya secara berperingkat, namun, insyaAllah usahakan secara istiqomah. Mari bersama-sama berusaha menjadi hambaNya yang terbaik dalam perjalanan menuju kepadaNya..
Kala ini, bagai terngiang-ngiang nasihat para ustaz, ustazah, para naqib-naqibah yang selalu berpesan bahawa dalam usaha menegakkan sebuah negara Islam, Islam itu perlu ditegakkan terlebih dahulu di dalam diri setiap dari individu pemuda/pemudi Islam itu sendiri. Betapa perlunya tarbiyyah sebagai asas dalam diri. Seperti sepotong kata-kata yang sangat masyhur; "Memanglah tarbiyyah bukanlah segalanya, namun, segala-galanya memerlukan tarbiyyah."
Oleh itu, bagi semua yang mempunyai kefahaman Islam, mari amalkan ajaran Islam & sebarkanlah ilmu kepada masyarakat yang mungkin masih bergelumang dengan jahiliyyah.
Mari, mainkan peranan walaupun kecil, insyaAllah..
Jika Islam itu digambarkan sebagai sebuah bangunan yang tersergam indah, mudah-mudahan diri ini juga merupakan antara binaannya walaupun cuma sekadar serpihan batu yang kecil...
Mudah-mudahan..
Semoga Allah meredhai..
Semoga Allah meredhai..
Labels:
catatan hati,
cinta,
jodoh,
muhasabah diri,
tazkirah,
ulasan buku
Friday, July 10, 2009
Bersabarlah!

Bismillahirrohmanirrohim..
Kepada setiap orang yang tidur dengan tenang dalam redha Allah dan takdirNya dengan berbantalkan angin yang keras, bila-bila masa senjata dapat menyerangnya dan panah pun dapat menusuknya.
Namun, dia tidak mengenal kesedihan dan matanya tidak pernah menitiskan air mata.
Ditujukan khas buat orang-orang yang kehilangan anak, kekasih, orang tua dan teman2. Ditujukan jua kepada mukmin yang menerima ujian. Dan ditujukan jua buat orang yang mendapat cubaan. Semoga Allah mengagungkan dan melipat gandakan pahala, meninggikan darjat, serta menghilangkan kesedihan anda.
Maka berbahagialah dengan pahala akhirat di dalam syurga Firdaus dan tempat yang berada paling dekat di sisi Tuhan yang Maha esa di syurga 'Adn dan tempat yang sangat disenangi, sebagai ganjaran atas apa yang telah engkau kerjakan. Selamat buat anda yang telah memiliki iman dan kesabaran serta percaya pada pahala Allah. Kelak anda akan mengetahui bahawa dalam keadaan apapun, andalah orang yang beroleh kebahagiaan dan keberuntungan.
BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH, LALU TIDURLAH DENGAN TENANG
Allahu'alam.
sumber: Buku 'Jadilah wanita paling bahagia'.
Kepada setiap orang yang tidur dengan tenang dalam redha Allah dan takdirNya dengan berbantalkan angin yang keras, bila-bila masa senjata dapat menyerangnya dan panah pun dapat menusuknya.
Namun, dia tidak mengenal kesedihan dan matanya tidak pernah menitiskan air mata.
Ditujukan khas buat orang-orang yang kehilangan anak, kekasih, orang tua dan teman2. Ditujukan jua kepada mukmin yang menerima ujian. Dan ditujukan jua buat orang yang mendapat cubaan. Semoga Allah mengagungkan dan melipat gandakan pahala, meninggikan darjat, serta menghilangkan kesedihan anda.
Dan Allah juga berfirman;Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang sabar dan khusyuk. (Surah Al Baqarah: 45)
Ali Radhiyallahu anhu pernah berkata;Kedudukan sabar dalam iman sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh.
Maka berbahagialah dengan pahala akhirat di dalam syurga Firdaus dan tempat yang berada paling dekat di sisi Tuhan yang Maha esa di syurga 'Adn dan tempat yang sangat disenangi, sebagai ganjaran atas apa yang telah engkau kerjakan. Selamat buat anda yang telah memiliki iman dan kesabaran serta percaya pada pahala Allah. Kelak anda akan mengetahui bahawa dalam keadaan apapun, andalah orang yang beroleh kebahagiaan dan keberuntungan.
Kerana Allah telah berfirman;...dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Surah Al Baqarah: 155)
BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH, LALU TIDURLAH DENGAN TENANG
Allahu'alam.
sumber: Buku 'Jadilah wanita paling bahagia'.
Labels:
hiba,
muhasabah diri,
tazkirah,
ulasan buku
Subscribe to:
Posts (Atom)






