Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Wednesday, May 1, 2013

Sebab Kuasa Talak di Tangan Lelaki.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat & salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollallhu 'alaihi wasallam..

Semalam, saya terbaca status yang agak panjang (bagi status di FB). Tapi saya kira penuh pengisian, maka saya berbesar hati untuk menempel perkongsian tersebut di sini. Saya petik dari Official FB Hamasah As-syabab. Semoga bermanfaat, mudah-mudahan.

***

Pernah seketika dahulu,
saya telah diajar perihal talak,
dan saya pernah bertanya pada ustaz saya,
akan kenapa hanya lelaki boleh menjatuhkan talak.

"Sebab, lelaki lebih terkawal emosinya. Dia lebih banyak menggunakan akal untuk membuat keputusan, dan bukannya hati. Jadi, insyaAllah, dia takkan melulu jatuhkan talak tanpa pertimbangan yang wajar."

"Tapi tapi tapi, perlu faham. Sebab itu, perlunya kamu ni semua ni cari Muslimin yang hebat agamanya. Sebab Muslimin yang hebat agama, insyaAllah sabar dia jauh lebih tinggi daripada Gunung Everest!" ustaz ujar sambil menatap wajah-wajah kawan-kawan sekelasku yang Muslimah.

"Lelaki Muslimin yang hebat agama, insyaAllah boleh bimbing wanita tak kiralah solehah atau kurang solehah. Sebab dia penyabar. Tetapi lelaki yang tak hebat agama, jika diberi yang solehah sekalipun, belum tentu dia mampu bersabar. Risiko untuk dijatuhkan talak amatlah tinggi."

"Apatah lagi jika Allah benarkan Muslimah jatuhkan talak, boleh jadi ustaz sendiri dah bercerai lima puluh kali gamaknya. Sebab Muslimah lebih banyak membuat keputusan dengan hati. Bila marah, insyaAllah akan sentiasa nak putuskan hubungan, baik persahabatan mahupun perkahwinan."

***

Perkara ini teramatlah benar, insyaAllah,
dan ianya bukanlah sesuatu yang hanya boleh diaplikasikan kepada perkahwinan,
sebaliknya dalam kehidupan berorganisasi sekalipun.

Dalam memilih pemimpin,
digalakkan memilih lelaki yang berkaliber,
dan jauh lebih digalakkan untuk memilih lelaki yang bertakwa.

Anda akan dapati,
dia akan mampu bertenang,
dan sentiasa berfikiran positif,
biarpun dunia pada tika itu sedang gelap dan mundur.

Keyakinannya padaNya,
bakal menyuluh jalan buat anda-anda kepadaNya,
dalam tika kegelapan sedang menyelubung.

Dan anda akan dapati,
biarpun badai yang melanda amatlah besar kiranya,
dia tetap akan tersenyum,
mengharunginya tanpa gentar,
dengan luka-luka yang merah.

Tetapi,
dia tetap menuju ke arah anda,
dan mengasihi anda dengan sepenuh hati.

Inilah,
pemimpin yang anda perlu cari.

Baik buat perkahwinan,
mahupun organisasi.

Pemimpin yang berwibawa,
eh eh.

***

Sejak ustaz saya berkata sebegitu,
yakni bahwa lelaki itu sabarnya jauh lebih tinggi,
dan atas sebab itu dikurniakan talak kepadanya,

saya merasakan diri saya perlu belajar untuk bersabar,
kerna jika kelak saya menjatuhkan talak,
hanya satu jawapan untuk diri saya,

saya belum cukup sabar lagi.

Kerna saya percaya,
zaujah saya semestinya mencintai saya fillah,
dan cara beliau meluahkan barangkali berbeza.

But well,
men kan from Adam a.s.,
and women from Hawa,
*flips beard*

***

Nota tambahan.

Saya pernah terdengar,
perbualan sekumpulan orang,
di mana terdapat seorang lelaki,
satu pasangan suami isteri,
dan seorang isteri yang suaminya tiada bersama.

Si lelaki telah bertanya pada si suami,
apakah ciri-ciri wanita idamannya.

Dan si suami menjawab,
segala apa yang terdapat pada isterinya,
sambil tersenyum.

Si lelaki pun beralih kepada si isteri,
dan bertanya padanya pula,
apakah ciri-ciri lelaki idamannya.

Dan si isteri pun tersipu-sipu,
sebelum menjawab dengan penuh bersemangat,
"Saya nak suami yang hensem, yang tough, yang kaya-raya."

Sebelum itu, saya baru sahaja mendapat tahu bahwa,
si suami itu tiadalah berada orangnya.

Hati saya terasa seperti dihiris beribu kali,
pabila memikirkan apakah perasaan si suami pada tika itu,
insyaAllah terasa dirinya bukanlah idaman isterinya sendiri.

Ah, pilu.

Kemudian,
si lelaki beralih kepada si isteri yang lagi satu,
dan bertanya soalan yang sama.

Dan dia telah menjawab,
segala apa yang ada pada suaminya.

Allahu Rabbi,
saya tersenyum lebar pada tika itu,
kerna akak itu bertudung,
maka saya sangat gembira,
pabila memikirkan isteri yang muslimah,
insyaAllah akan sentiasa menyintai suaminya.

Tapi si lelaki belum berpuas hati,
maka dia pun bertanya lagi,
dan mengatakan takpe, suami takkan tahu punya.

Setelah disakat,
dan dipujuk-pujuk,
akhirnya si isteri itu berkata,
saya teringin nak ada suami macam Brad Pitt.

Alahai.

Konklusinya?

Anda lebih arif menilai, insyaAllah.

***

Kepada ikhwah sekalian,
silalah belajar untuk bersabar,
kerna dengan sabar,
anda akan menjadi pemimpin yang hebat insyaAllah.

Dan anda jua perlu belajar,
untuk menggunakan hati dalam perkara-perkara,
yang melibatkan perasaan,
barulah zaujah dan anak-anak buat syarikat sayang!

Kepada akhawat sekalian,
anda jua perlu belajar untuk bersabar,
kerna dengan sabar,
anda mampu membahagiakan zauj anda insyaAllah.

Dan anda jua perlu belajar,
untuk memilih zauj yang faham agamanya,
faham dan tahu itu berbeza,
dan tidak semua ustaz yang mengetahui itu memahami.

Kerna pabila dia faham,
yakinlah, anda insyaAllah akan sangat bahagia.

Sekian,
moga Allah redha.

***

PRU dah hampir,
sudahkah anda memilih pemimpin yang berwibawa?
Yang sabarnya jauh lebih tinggi daripada Everest?
Yang membuat keputusan dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah?
Yang akalnya geliga?

Kerna,
pemimpin yang sebegitu,
insyaAllah tidak akan menggadaikan nyawa dan harta anda,
melainkan pada jalanNya insyaAllah.

Dan dia tidak akan 'menjatuhkan talak' pada anda,
dan mengkhianati mahupun menipu anda.

Ini kalilah!

***

afiqsazlan.
0652.
30042013.

*

Wallahu 'alam.

-----------
 :)

# Selamat mengundi kepada semua muslimin muslimat, semua rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih!

# Selamat bertunang kepada muslimin muslimat, sahabat-sahabiah yang bertunang. 

# Selamat menyempurnakan sebahagian daripada agama kepada muslimin muslimat, kawan-kawan yang berbaitul muslim.

# Selamat hari pekerja kepada semua yang telah menunaikan tanggungjawab & amanah dengan berdedikasi. Semoga terus cemerlang!

Selamat. Selamat. Selamat semuanya-semuanya.. :)

Importantly,
Moga kita semua selamat dunia akhirat. Amiin.. InsyaAllah.

4 comments:

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."