Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Saturday, February 26, 2011

Sumbangan Umar Al-Khattab Kepada Islam.



Salam alaik.. Sempena perlantikan baru kepimpinan setiap universiti. Rasanya aku ingin berkongsi tentang sirah kepimpinan agung pada zaman Khulafah Ar-Rasyidin.

Semoga kemenangan yang diperolehi akan membawa kemanfaatan buat Islam khususnya. Mari kita ikuti sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab pada zaman pemerintahannya memerintah Islam.

Khalifah Umar bin al-Khattab adalah khalifah ke-2 yang memerintah iaitu dari 634-644M, selepas khalifah pertama, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Zaman pemerintahan  Khalifah Umar ra adalah amat menyerlah dan dikenali sebagai “The Golden Age” oleh kebanyakan pengkaji sejarah.

Dalam usaha menjana  system pendidikan yang lebih mantap, beliau telah menubuhkan pusat-pusat Pengajian Islam di kota-kota seperti Basrah, Kufah dan Fustat. Guru-guru agama telah dihantar ke pusat-pusat Pengajian ini sementara para imam ditempatkan di masjid-masjid. Beliau juga menubuhkan kuttab (pendidikan pra sekolah).

Umat islam diwajibkan untuk mempelajari sekurang-kurangnya 5 surah dari al-Quran iaitu; al-Baqarah, al-Nisa’, al-Ma’idah, al-Hajj dan an-Nur. Umat islam juga diwajibkan untuk menghafaz al-Quran, sekiranya tidak berusaha untuk menghafal maka akan dikenakan hukuman. Selain menenkan pelajaran al-Quran, terdapat juga subjek lain seperti memanah, menunggang kuda, membaca dan menghafal syair, madah dan peribahasa.

Dari segi politik, gerakan perluasan wilayah berlaku dengan pesat dan berjaya sehingga meliputi Afrika Utara, Asia Minor dan Khurasan. Bagi memudahkan pentadbiran, beliau membahagikan kepada 8 wilayah iaitu Madinah, Mekah, Syria, al-Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir dan Palestin. Setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor yang dibantu oleh setiausaha, ketua tentera, pemungut cukai, pegawai polis, pegawai perbendaharaan dan hakim. Terdapat juga wilayah yang ditadbir terus dari Madinah.

Beliau juga telah menubuhkan satu institusi baru yang dikenali sebagai dewan ataupun jabatan. Antara jabatan yang diwujudkan adalah Jabatan Tentera, Ganjaran dan Pengagihan, Cukai dan Pos. Di bawah Jabatan Tentera telah dibahagikan unit ketenteraan iaitu pasukan berkuda, berjalan kaki, perkhidmatan peninjau dan peninjau sayap belakang.

Dalam aspek sosial, Khalifah Umar telah menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat. Manakala dari segi ekonomi, beliau telah menubuhkan baitulmal. Namun, pada zaman pemerintahannya kawasan jajahan takluk Islam semakin berkembang lalu beliau menubuhkan satu institusi kewangan Negara yang dikenali sebagai diwan dan khazanah yang kemudiannya dikenali sebagai baitulmal. Sistem ‘usyur (cukai perniagaan bagi Islam dan bukan Islam) juga turut diperkenalkan.

Begitulah cekap & efisiennya zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab. Hinggakan begitu banyak kebaikan yang dibawanya untuk Islam.

Rasulullah SAW pernah berkata kepada Umar; "akan berlaku sesuatu yang buruk kepada Islam selepas runtuhnya satu tembok yang kukuh." Lalu, Umar bertanya kepada baginda, "siapakah tembok yang kukuh itu?" Dan Rasulullah SAW kemudiannya menjawab; "Tembok yang kukuh itu adalah kamu."

Allahu 'alam.


*Rujukan: Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam. Ditulis oleh Zulkifli Dahalan et al.

-------

p/s: Tahniah Kepada Pengerusi Lajnah Penerbitan & Multimedia, akhi Ahmad Muslihin bin Ahmad kerana dipilih oleh Allah dalam menjalankan amanah selaku antara MPP USM yang baru. :D [Makin bz la pengerusi kita nih...]

2 comments:

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."