Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Wednesday, March 24, 2010

Tentang Sesuatu.


Salam warahmatullah..

Jam sudah melewati angka 2. Lagi 2 minit masuk pukul 3. Mata sudah kelat sebenarnya. Tapi aku paksa demi menulis entri ini. Entri kali ini bukan bawah label 'tazkirah', harap maklum. :) Sekadar perkongsian ayat-ayat dari hati yang tak pernah diluahkan kepada insani.

Sebagai 'secret book' bagi beberapa teman rapat, aku belajar sesuatu. Tak ada gunanya meluah rasa pada manusia. Lebih baik jadikan modal utk menghadap Dia sebagai tetamu di penghujung malam. Sebabnya; aku tak pernah dapat buat apa-apa untuk bantu teman-temanku yang meluah masalah, tekanan dan perasaan mereka. Hanya yang ku mampu sekadar memberi sebaris dua ayat yang membuktikan kejahilanku & ketidakberdayaanku sebagai manusia.

Sedarlah manusia;
Allah itu adalah sebaik-baik penolong bagimu. Mintalah apa jua yang kau mahu dariNya, nescaya akan diberikanNya kepadamu.

"Hasbunallah wa ni'mal wakil."

Ertinya; Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. [Al-Furqan: 31]

Dan Allah berfirman lagi;
"Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan, Allah mempunyai kurnia yang besar." (QS. Ali 'Imran: 173-174)

Sudah lebih seminggu aku bebas dari facebook. Dalam tempoh masa itu, ada beberapa teman yang 'menyoal siasat' faktor2 mengapa aku deleted facebook aku.

"Kenapa deleted fb?"-s.b

"Lama ke tinggalkan fb? Saya doakan awak cepat kembali. Banyak ilmu yang saya dapat dari status awak."-s.b

"Laa.. sampai hati kau buat fb just 4 '30 days trial pack' jek? Habis tu susahla nak contact kau nanti?"-n.z

"Nur, ber-fesbuk itu tak ada salahnya, bergantung pada jalan yang kita pilih. Bagaimana cara kita aplikasikan kemudahan trsebut. selama ini pun Nur sentiasa jg perbatasan. Nur gunakan fesbuk inikan sebagai jln dakwah? Kembalilah, terasa kehilangan."-o.a & j.a

"Salam, ana nak tanya, fb okkkk kerr? Semakin berkuranglah mujahidah fb jika ukhti pergi."-j.a

Macam-macam. :)
[Terharu juga sedikit sebanyak.]

Dulu, masa aku ada facebook, banyak la mesej masuk, tanya kenapa tak letak gambar nampak muka? Tak cukup dengan itu, ada juga yang tanya kenapa letak nama 'syauqah nur'? Bukankah syauqah maksudnya duri dan nur itu maknanya cahaya?

"Peliknya ayah awak letak nama anak dia duri cahaya. Apa nama penuh awak? Boleh tahu?"-s.b


Aku yang pakai tudung putih terlindung di balik pokok. Memanglah tak nampak kan. :) :)

Soalanku;
Buat apa kau nak telek2 muka anak dara orang..? Kau nak meminang dia-kah? 

Tidak kan.. Dah tu?

Mula-mula kau tanya ni.
"Banyaknya gambar kucing, peminat kucing ke?"-m

Lepas tu,
"Kenapa tak letak gambar muka, senanglah nanti kalau jumpa kat mana-mana, dah kenal. Kita satu U kan.. Nama betul awak pon saya tak tahu. Susahlah awak ni."-m

Aik?

Serius. Aku malas nak layan manusia-manusia macam ni. Macam tak ada kerja lain nak fikir.

Namun, dlm banyak2 komen ttg gambar ni. Ada satu nasihat yg takkan kulupakan, insyaAllah sampai ke akhir hayat.

"Kenapa tak tunjuk muka?"

Aku jawab.
"Sebab malu.. pada Allah. Sebab takut.. pada Allah."

Dan beliau menjawab;
"Alhamdulillah, pertama kali seumur hidupku ada perempuan yg memberiku jawapan sebegini. Selalunya perempuan yg aku tanya mesti jwb; 'kenapa nak tengok muka saya?' 'saya tak cantik, tak pyh tengok muka sy..'.

Mudah-mudahan apa yang kau tulis lahir dari hatimu yang ikhlas dan mudah-mudahan Allah memelihara hatimu itu. Jadilah muslimah yang benar2 menjaga batasan diri. Moga Allah merahmatimu, ukhti."


Terkedu aku baca komen tu.

Betul, aku setuju dgn pendapat beliau. Buruk, atau cantik. Hodoh atau jelik. Ingatlah semuanya datang dari Allah.

Wajah yang buruk juga adalah nikmat dari Allah. Dengan rahmat Allah, mungkin dengan hodoh wajahmu itu, akhirat nanti syurga tempat diammu kerana taqwa yg ada padamu. Dan jangan dengan secantik2 wajahmu itu yg menjadikan kau mendiami neraka Allah kerana ingkarmu. Nauzubillah.


Wajah kita adalah anugerah dan amanah Allah. Maka jagalah amanah Allah ini. Semuanya pasti akan dipersoalkan kelak di akhirat.

Punca aku buat fb sbb kawan2 (masa sekolah menengah-jumpa wktu reunion dis/09) sibuk merayu-rayu suruh buat. Senang nak contact kata mereka. Tapi lepas aku buat, tak adanya nak contact pun. Setakat sekali dua jek 'write on the wall'. Sedih.

Itu puncanya wujud terma '30 days trial pack'. Genap sebulan, i'll bid farewell to my fb account. Alhamdulillah, the promise fulfilled.

Kesimpulannya, fb memang bagus byk faedahnya. Banyak sahabiah yg baik2 aku ketemu di sana. Status fb sentiasa berkaitan 'hadis, firman Allah, ayat2 hikmah'. Banyak aku pelajari di fb. Tapi, byk juga masaku yg trbuang di situ tanpa kusedari. Tanpa sedar, aku cuma baca 2 muka Quran kerana hatiku membuak2 mahu check inbox gmail.

Aduhai, hatiku ini adalah harta yg paling berharga sekali dalam diriku. Aku takkan benarkan ia rosak & lalai hanya sebab2 yg begini. Baik berhenti sebelum trlambat. Inilah faktor utama mengapa aku deleted akaun fb-ku. Bukan kerana negatifnya laman sosial tersebut, tetapi kerana kelemahanku dan kelalaianku sendiri..

Apapun, tahniah aku ucapkan kepada teman2 sahabiah yang masih istiqamah berdakwah melalui fb & berjaya menguruskan masanya dgn baik. Alhamdulillah, rahmat Allah bagimu, insyaAllah.

Baiklah. Cukup bicara hal fb.

Next topic, please.


Akhirnya, petang tadi aku sempat habis menonton filem 'Perempuan Berkalung Sorban' setelah dibahagi kepada 4 sesi tontonan melalui youtube (harus jaga kualiti masa)- (^^)y). Selepas pulang diskusi dengan liyana di DUP, hatiku terpujuk untuk menonton 'Ketika Cinta Bertasbih' (diberi oleh liyana-beria-ia dia pujuk suruh tengok filem ni.).

Alhamdulillah, tahniah kepada Indonesia kerana masih menghasilkan filem2 Islami dikala Malaysia sibuk dihujani dengan cerita keruntuhan akhlak insani & filem hantu tak habis2. Bohsia, KL-drift, jalang, V3, Adnan sempit, Niyang Rapik dan segala macam filem yang merepek dan merapik2!

Baiklah, cukup dengan sindiran itu.

Berbalik kepada 2 filem Islami Indonesia tersebut. Jika kau tanya apa komen aku tentang kedua-dua filem itu, jawapanku;

"Subhanallah."

Lebih cantik, lebih menarik, lebih kekeluargaan dan syahdu penceritaannya.

Lebih baik dari 'Ayat-Ayat Cinta' aku kira.

Kedua filem itu jalan ceritanya berbeza, tapi penghujungnya tetap sama.-Kembalilah kepada Allah sebagai penolong yang nyata.

Bagaimana kedua-dua watak utama (wanita) filem2 ini gagal dalam perkahwinan yang pertama dan Alhamdulillah bahagia pada pernikahan yang kedua.

Aku sangat kagum dgn watak Khudori (PBS). Lelaki yang sangat baik, lemah lembut, dan penyabar melayani isterinya. Juga aku kagum dengan watak Khairul Azzam yang sangat baik ilmu agamanya & merupakan anak yg taat-(sudah pasti kedua-dua watak ini alim dan waro' memandangkan lulusan Al-Azhar.) Cuma bezanya latar belakang plot masa yg melatari filem2 ini. 'PBS' berkisar tahun 80-an hingga 90-an. Manakala 'KCB' pada masa kini.

Adegan yang menyentuh jiwaku dalam PBS adalah waktu Nisa & Khudori difitnah berzina dan ingin direjam dengan batu oleh pelajar-pelajar madrasah tersebut. Lalu ibu Nisa menghalang dengan mengatakan;
"Berhenti! Hanya orang yang tidak pernah berbuat dosa saja yang layak untuk merejam batu pada mereka. Yang lain enggak pantas!"

Lalu, semua orang berhenti membaling batuan kepada mereka berdua. Semua orang mengelak & tertunduk malu tatkala ibu Nisa menghulurkan batu di tangannya kepada seorang demi seorang pelajar yang pada mulanya beria-ia merejam.

Terlintas di hatiku waktu itu;
"Siapakah manusia yang tidak pernah berbuat dosa? Ada ke selain dari Rasul yang maksum?"


Dan sungguhnya, ada satu ayat yang mencuri hatiku dalam PBS;
Kira-kira begini maksudnya;
"Jangan gelar aku perempuan sejati jika hidupku bergantung pada lelaki. Tapi bukan beerti aku tak perlu lelaki untuk aku cintai..."



Dalam KCB pula, seperti kata ukhti bidadari besi- hatiku tersentuh waktu melihat reaksi Azzam tatkala dia diberitahu dia lulus dalam pengajiannya. Ekspresi beliau boleh buat hati kita rasa lain macam..

Keduanya; tak sedar aku menangis tatkala Azzam mengucapkan "Allah, Tuhan..." apabila Hj Lutfi menyebut nama anak perempuannya untuk dinikahkan dengannya. Manakala Anna yang mencuri dengar perbualan tersebut terus sujud syukur tatkala lelaki yang dicintainya sekian lama akhirnya adalah jodoh baginya.

Ya Allah, sungguh.. tak dapat digambarkan perasaan itu. [Aku memang menonton dengan penuh perasaan.. (^^)y]

Sebenarnya; InsyaAllah, banyak lagi scene yang bisa menggetarkan hati & membangunkan jiwa. Tontonlah dengan mata hati nurani. Lihat keakraban persahabatan, keindahan hubungan kekeluargaan serta perbatasan antara lelaki & perempuan yg begitu terjaga dgn baik.

Sungguh, semua orang suka orang baik, semua orang suka dilayan dengan baik, semua orang mengharapkan yang terbaik saja dalam hidupnya. 

Namun, apakah mengharap saja sudah cukup? Adakah kita sudah cukup baik bagi mendapatkan yang terbaik itu?

Kesimpulannya, aku harap kalian yg belum menonton filem2 ni silalah berbuat demikian jika berkelapangan. InsyaAllah, akan dapat memujuk hati dan perasaan yg kadangkala asyik tertanya2 tentang perihal jodoh.

Bismillahirahmanirrahim..
Allahumma sa’ khirli zaujan solihan yakhtibuni wayatazauwajubi, wayakunu sahibanli fiddunya wal jannah...
Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminangku dan menikahiku. Dan Tuhanku, jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurgaMu...


-------------


Syauqah Nur. Aku tetap suka nama ini.

Aku tetap akan jadi duri bagi yang bukan hak bagiku kerana aku hanya akan menjadi Nur buat dia yang halal bagiku. InsyaAllah. :)

Kerana Allah-lah yang lebih Mengetahui segala-galanya...




p/s: PBS perlu ditonton dengan keterbukaan hati, minda & akal untuk membuka seluas2nya interpretasi konklusi. Tonton sehingga habis baru boleh membuat kesimpulan. Ada beberapa scene yang agak .... (tak tahu ayat yg sesuai utk digunakan). Hakikatnya, anda perlu menontonnya sendiri. Hakikatnya Islam bukan bermakna perlu jumud & ektremis. Bukankah Islam itu indah & sempurna?


Pendek kata, antara PBS & KCB, KCB adalah lebih sopan & 'bersih'. :) (^^)y

21 comments:

  1. salam sayang syauqah nur...(",)

    ana pun suka nama tu...(",)..alhamdulillah, entry yg bermanfaat..perkongsian perjalanan hidup insan, alhamdulillah...

    yg berkaitan facebook tu..ana juga dpt kritikan begitu, nama x nmpk muka, x letak nama sbnr, profile pun x lengkap n seangkatan dgnnya..

    apa pun, ana yakin dgn Allah s.w.t., DIA Maha Mengetahui isi hati tiap dr hamba-hamba_NYA.. usah difikir apa yg dikatakan org laen yg penting cinta dan kasih kita pd Allah s.w.t. x prnh kurang..(^_^)

    ana juga stuju ngan p'dpt ukhty pasal filem nie, dua2 ana dah tngk...bnyk p'gajaran buat kita...part yg ukhty ckp pun, hati ana b'getar...subhanallah...juga saat azam tau result dia dr shbtnya...subhanallah..

    jom, kita tarbiyah n muhasabah diri ukhty...(^_^) salam sayang dr ana...

    ~Bidadari_besi~

    ReplyDelete
  2. Salam syauqahwardah...

    Syukran atas perkongsian ini. Slps baca entri ini, banyak yang perlu akak koreksi diri tentang MASA.

    "Kesimpulannya, aku harap kalian yg belum menonton filem2 ni silalah berbuat demikian jika berkelapangan. InsyaAllah, akan dapat memujuk hati dan perasaan yg kdgkala asyik trtanya2 ttg hal jodoh."

    * Akak la antara org yang tak menonton filem2 ini lagi. Insya-Allah akan diusahakan :)

    ReplyDelete
  3. Response to>

    1)Bidadari besi.

    Wasalam warahmatullah... :)
    Terima kasih kerana suka pada nama itu. :) Alhamdulillah, ana risau juga kalau2 entri ini tiada manfaatnya.

    Benar sekali ukhti.. cukuplah hanya Allah sebagai top on the list dlm list hati kita. Dia Mengetahui apa yang tersirat & tersurat dalam lubuk jiwa kita yg kadangkala kita sendiri juga silap menafsirnya.

    Benar sekali lagi ukhti. Kedua-dua filem tersebut baik sekali sebagai hiburan yg mendidik jiwa.

    Ayuh ukhti, masih banyak yg perlu di-muhasabahkan..

    Response to> nurr kasih.

    Wasalam warahmatullah kak nur kasih..

    Afwan kak. Alhamdulillah, moga2 bermanfaat bagimu.

    Masa itu amat berharga bagi muslimah seperti kita kak. Jgn dibazirkan begitu saja. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari tergolong dlm golongan org2 yg rugi.

    Ya kak, ada masa tontonlah. InsyaAllah bermnfaat.

    apapun, syukran sudi singgah. :)

    ReplyDelete
  4. subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar..

    tahniah ukhti, selalu muhasabah diri..

    ReplyDelete
  5. Salam dik..
    Lama tak dengar khabar berita..

    syukran atas kata-kata nasihat, biiznillah, insyaAllah akk akan usahakan utk terus menjaga maruah diri sebagai seorg muslimah.

    Adik juga jaga diri baik2. Moga Allah selalu memberi petunjuk padamu dan merahmatimu selalu. insyaAllah.

    syukran sudi singgah. :)

    ReplyDelete
  6. suke entry ni...
    thnks ;)

    ReplyDelete
  7. soalan yg sama ditnya pd saya

    tapi saya hny senyum dlm hati dan biarkn jwpn itu sy sndri yg tahu..

    ;)

    syukran alaik ya ukhti

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah jane.
    Thnks juga sebab sudi dtg sini & beri komen.. :)

    Kadang-kadang, seribu ayat jawapan belum tentu bisa memahamkan orang yang suka menghalalkan apa yang tidak halal..

    Tidak rugi menyembunyikan sesuatu yang berharga. Allah pasti tahu, siapa yang layak utk memiliki 'permata berharga' itu. InsyaAllah.

    teruskan istiqamah. afwan ya ukhti.. :)

    ReplyDelete
  9. salam alaik ukhti..

    Alhamdulilah..mmg KCB cerita yang menarik..
    Saya sendiri sdh menonton..
    Tak sabar nak tgu karya Habiburrahman El-Shirazy yg seterusnya..
    Tapi perasaan membaca novelnya dengan menonton ceritanya lain..terasa lebih lengkap jika baca karyanya sekali..

    InsyaAllah teringin nak tonton PBS pula..
    Rasa teruja baca entri ukhti ttgnya.

    Sy stuju dgn pdpt ukhti ttg fb..
    sehingga kini sdh puluhan ajakan untuk join fb yg sy trima tp hati ini tetap berkeras tidak mahu.
    Semoga Allah mengekalkan hati ini dalam ketetapan pendiriannya..
    Bkn anti atau boikot fb tp diri ini tahu jika sdh melibatkan diri dgnnya, pasti kelak lalai mendisiplinkan diri..

    Alhamdulilah entri yg menarik utk dikongsi bersama..
    salam sayang selalu..

    ReplyDelete
  10. Wasalam alaikum warahmatullah ya ukhti.. :)

    syukran atas komennya yang bagus. ana pernah meminjam novel KCB tetapi sempat selak2 saja kerana terikat dgn jadual kuliah yang padat serta test yg bersusun2 schedule-nya. Pastinya yg ditanya dulu oleh Allah apa yg wajib sebelum yg lain2 kan.. :)

    Apapun, insyaAllah ana akan usahakan utk baca novel ni nt. Enti doakan..

    PBS perlu ditonton dengan sikap keterbukaan sebelum memberi persepsi keseluruhan bg mengelakkan terserlahnya kesempitan pemikiran. :) Ada masa tontonlah, tentunya bermanfaat, insyaAllah.

    Tentang fb. tak rugi kalau ukhti tak sign up.. Ya, mudah-an enti tak trpengaruh dgn anasir2 yg boleh menggoyahkan disiplin diri..

    Alhamdulillah, syukur sekali andai entri ini bermnfaat bagimu..

    i-luv-u-fillah (^^)y

    p/s: dtglah berkunjung selalu..

    ReplyDelete
  11. salam kak syauqah syg..

    wooo..sy lah pengkomen paling lambat..sedih...
    suka entri nie

    wah sy pun nak nnton gak la cerita PBS tu..dah lama berhajat..ingatkan xda dlm youtube..

    kak ada lagi satu filem yg rasa2nya agak bgus ..selasa nie u sy bedah filem mengejar mimpi (xpasti tajuk) xp yg penting filem nie ada sangkut paut dgn laskar pelangi..

    akhirnya dapat gak baca ntri kak stlah lama mencari masa terluang..

    huhu..

    syukur,...

    ReplyDelete
  12. Wasalam nisa yg kusygi krn Allah.. :)

    Oh.. xpe2.. lambat atau cepat, akk ttp gembira nisa sudi dtg ziarah blog ni & beri komen.. :)


    PBS ada dlm youtube.
    http://www.youtube.com/watch?v=G0IOBt2sK9o&feature=PlayList&p=4301BDA759104D8C&index=1

    Iye? Bolehlah nisa post ttg filem tu nt. Laskar pelangi pun bagus ceritanya. Akk cuma dpt baca novel dia je.. belum brkesempatan nk tengok filem LP.

    Syukur Alhamdulillah kiranya entri & blog ini memberi mnfaat bgimu. dtglah ziarah selalu ye..

    :)

    ReplyDelete
  13. :) patut rasa jauh.

    salam warahmatullah sayang...
    sudah semakin bangga melihat dirimu dan pendirianmu...taktahu nak cakap apa.tetiba umi rasa lain..

    jaga diri yah.Allah sudah memilihmu.tahniah sayang.

    ReplyDelete
  14. Wasalam warahmatullah sayangku.. :)

    Alhamdulillah, semua ini adalah kurniaan Allah, umi. Pastinya safi juga banyak belajar daripada kekuatan & keteguhan semangat umi..

    InsyaAllah. Memang sedang berusaha menjaga diri biarpun seringkali juga tewas. Tak mengapalah, setiap manusia seingkali melakukan dosa, sebab dosa itu adalah bagi memberi pengajaran & peringatan pada kita..

    Muslim & muslimah tidak mengulangi kesalahan. Mukmin & mukminah berusaha menjauhkan diri dari melakukan kesilapan. :)

    Alhamdulillah, sungguh, aku lebih berbangga denganmu kerana Allah memilihmu lebih awal dariku. Terus istiqamah umi..

    Aku akan terus mencintaimu selagi hatiku mencintai-Nya..

    :)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Syauqah Wardah..

    Salam ziarah dan salam ukhwah...

    Alhamdulillah, saya juga tlh berkesempatan menonton kedua2 movie tersebut bersama suami. banyak benar pgjrn yg dpt kami kutip bersama. Sesuai untuk tontonan sesiapa shj terutama mereka2 yg belum berkahwin dan masih sdg mencari.

    Bila menonton bersama suami, byk juga yg dpt kami ambil pgjrnnya. Syukur Alhamdulillah. Saya juga sama spt Sauqah,menitis air mata since Ana sujud syukur tu. Tak malu pun nangis depan suami sbb dia tahu isterinya ini seorang 'flower', lembut hatinya ;)

    Berkenaan fb, saya juga setuju dgn pndpt Sauqah. Malu juga terbaca entry ni, sbb blog saya sendiri ada memaparkan wajah2 saya. ish2, nak kena cari masa dan edit ni mana yg perlu..hehehe..trima kasih sauqah. dulu pn saya ada fb, tp hanya untuk kenalan2 yg sy kenal je. yg x kenal mmg sy x approve. tp tu lah masalahnya, mmg x dinafikan byk masa sy dibazirkan dgn ber'fb'. sampai kdg2 terlajak utk masak. huhu..Syukur ada suami yg x pernah nk marah2, cuma tegur scr baik dan memaafkan. Alhamdulillah..Terima kasih Allah...

    Err, ok lah pjg pulak comment nye..hihi...mcm nk buat entry kt blog sauqah pula. hihi...

    Wassalam :)

    ReplyDelete
  16. Wasalam warahmatullah TanpaNama.. :)

    Alhamdulillah.. xpe kak.. tulis panjang2 pun xpe.. sy seronok baca pengalaman org.. :)

    Alhamdulillah, akk dikurniakan suami yg soleh insyaAllah. Saya doakan kebahagiaan rumah tangga akk selalu, insyaAllah. :)

    Sesuatu kemudahan itu ada kebaikan & keburukan, terpulanglah kepada kita bagaimana mahu menguruskan kebaikan & keburukan tersebut...

    selalulah singgah sini ye..

    salam ukhuwahfillah.:)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum...

    ana juga sudah menonton AAC, KCB dan PBS. kesemuanya ada nilai-nilai baik di dalamnya. Cuma di dalam filem PBS ada beberapa scene yang ana tak setuju, scene di mana menunjukkan seakan islam ni sebuah agama yang merendahkan martabat wanita.

    semoga istiqamah dalam perjuangan...

    ReplyDelete
  18. Waalaimukumussalam warahmatullah.

    yup. betul2.. PBS agak kasar. Menunjukkan buruknya jika tidak benar2 memahami ajaran agama.

    Dalam PBS wujudnya watak pihak yg terlalu jumud. Ada pihak yg terlalu ektremis beragama. Semua itu boleh menjadi pengajaran yang cukup baik kepada penonton bahawa pentingnya, ilmu, faham & amal dlm beragama..

    tonton dgn hati, minda & akal.. :)

    Mudah2an kita bukan dalam golongan yg menjadi fitnah kepada agama yg syumul & indah ini.. insyaAllah.

    syukran atas kunjungan & komen anta.

    Moga dirimu juga istiqamah & terus tsabat menuju keredhaanNya. Semoga Allah merahmatimu.

    ReplyDelete
  19. Assalamu'alaikum......salam kenal ukhti....sebelumnya syukron karena telah berkunjung di blogku....temtang KCB dan PSB, memang menjadi hal yang luar biasa di Indonesia. Kenapa saya bisa mengatakan begitu? karena saya adalah orang Indonesia......yang jelas, salah satu film tersebut, yaitu PSB banyak yang mengkritik, karena dianggap mengusung konsep feminisme. tapi kalau yang KCB, memang luar biasa...subhanallah....

    ReplyDelete
  20. slm.
    sy tertarik apabila kali pertama menjengah ke blog awk. terasa ingin mengenali adik syauqah ni
    -cahaya petunjuk 1986-

    ReplyDelete
  21. Response to Luqman:

    Waalaikumussalam warahmatullah.
    Syukran atas kunjungan & komen.
    Alhamdulillah, tahniah indonesia!





    Response to anon:

    wasalam..
    syukran sudi dtg..
    Alhamdulillah, moga bermanfaat.
    slm prkenalan. sy juga teringin nak kenal dgn akk hidayah.

    rajin2 ziarah saya di sini..
    Mohon tunjuk ajar & nasihat.. :)

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."