Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)
TINTA PENULIS.
Dengan Nama Allah,
Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.
Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.
Saturday, July 24, 2010
Nukilan Seorang Hamba.
Salam warahmatullah..
Ya Allah.. lamanya tak jenguk sini. Apatah lagi nak menukil sesuatu. I’m so sorry my dear diary, I’m really quite busy now. Sangat terkilan kerana tak dapat menjagamu dengan baik..
Alhamdulillah, PP [Para PencintaMu] sudah genap setahun di-establishkan di ruangan maya. Menjadi medium utama buatku untuk menukilkan pendapat, luahan, serta berkongsi ilmu pembacaan yang didapati mungkin daripada buku-buku ilmiah serta dari ruangan blog lain.
Setelah ditaklifkan untuk memegang dua jawatan yang agak penting dalam dua persatuan di universiti, baru ku sedar betapa sewenang-wenangnya aku telah membazir serta mengabaikan kesempatan masa yang melimpah ruah selama ini.
Sekarang, hampir setiap hari pun ada perjumpaan & mesyuarat. Hinggakan kini sampai masanya badanku merasa sangat letih dan hampir demam saja rasanya. Aku tahu, ini ujian. Ujian dan rahmat dari Tuhan untuk mengajarku agar lebih berdikari dan menjadi lebih menghargai setiap waktu senggangku.
Alhamdulillah, walau penat tapi aku amat bersyukur. Ya, harus selalu rasa bersyukur! Namun, dalam kesibukan ini, aku selalu menegur & mengingatkan diriku sendiri agar tidak mengabaikan pelajaranku serta tidak melupakan azamku.
Azamku iaitu untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam semester ini kerana keputusanku jatuh mendadak pada semester lepas hanya kerana satu subjek 'killer' (susah & unit tinggi). :( [sangat hampa sebenarnya kerana keputusan subjek-subjek yang lain sepatutnya melayakkan aku mendapat result dekan.]
Aku langsung jadi teringat pada kata-kata Imam As-Syafi’i;
“Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat.”
Aku jadi malu sendiri. Mungkin hatiku terlalu kotor dan berdebu untuk ilmu bersinar di dalamnya. Mungkin juga Allah mahu menguji keimananku padaNya.
Beratus kali ku pujuk hati supaya tabah menerima ketentuan Ilahi & cuba menganggap peristiwa itu hanyalah ujian & peringatan dari Allah supaya mengambil berat tentang semua subjek yang diambil tanpa mengabaikan satu pun daripadanya.
Ibarat kita mahu membina rumah, kalau satu tiangnya rapuh, maka rumah yang kukuh pun boleh runtuh.Begitulah jua dengan kehidupan kita. Walau sehebat mana kita, sebijak mana kita, secantik mana kita, tapi semua itu takkan bermakna apa-apa di mata Allah jika semua laranganNya kita perbuat & semua arahanNya kita ingkari.
Dalam setiap apa pun yang aku telah lakukan, sedang lakukan & akan lakukan, aku selalu mengingatkan diri bahawa aku harus ikhlas & perlu menjauhi sikap suka mengeluh & merungut.
Kalau dikira, dan diperhatikan, Rasulullah SAW lebih sibuk berbanding dengan perananku yang secuil itu. Bagindalah nabi, pendakwah, hamba & kekasih Allah, suami, bapa, ketua perang, kepala negara, hakim dan juga memainkan peranan kepada sahabat-sahabat baginda. Kalau nak diikutkan baginda lebih sibuk.
Rasulullah SAW bersabda;
“Daripada kebaikan Islam ialah seseorang itu meninggalkan apa-apa yang tidak berguna & tidak bermakna kepadanya.”
Aku baru habis baca buku PEMILIK CINTAKU: setelah Allah & Rasul karya Fatimah Syarha. Alhamdulillah, aku sangat teruja membaca setiap bait tulisan beliau. Kisah tersebut sangat terkesan dalam jiwaku.
Biar ku ukir di sini antara bait-bait penutup karya ini;
Bingkisan ini kutulis hanya kerana aku terlalu menghargai & mencintaimu, duhai suamiku. Semoga lebih ramai wanita yang akan mengecapi nikmat bahagia apabila peribadi suaminya seperti peribadimu, atau lebih baik daripadanya, mencontohi peribadi Rasul. [insyaAllah.. :)] Terima kasih kerana menjadi imam untuk hidupku ini. Aku berdoa dapat bercinta lagi denganmu di taman Firdausi.
Haish… sangat terharu. Sungguh Allah telah mengotakan janjiNya buat Qani’ah dengan menghadiahinya suami sehebat Dr Muslih. :)
Selain dari karya tersebut, aku juga baru membeli naskah tulisan akhi Hilal Ayraf; Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya, Khalid Haddad [12 Tokoh Pengubah Dunia] serta Ibnu Qayyim Al-Jauziyah [Bahagiakan Hatimu]. Alhamdulillah, kesemua tulisan tersebut memberi inspirasi bagiku.
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga buat Tuhanku kerana memberikan kesembuhan buat nenek yang seminggu lalu kritikal keadaannya. Semoga kesembuhan ini adalah hak yang terbaik buat ibu kepada ibu kesayanganku itu.
Buat semua yang hatinya sedang merindui ibunya, ayahnya, serta segala yang ada di rumahnya sepertimana aku sekarang, teruskanlah berdoa buat mereka. Semoga Allah merahmati mereka semua.
Firman Allah;Walau penat, letih dan hampir tersungkur dalam ujian tarbiyah dari Allah, aku amat bersyukur kerana terpilih menjadi hambaNya terpilih kerana Allah hanya akan menguji hamba-hamba yang dekat denganNya. Itu tanda Dia sayangkan kita. Itu kata ustazahku suatu ketikanya.
“Kami telah turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar & rahmat bagi orang-orang yang beriman & Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim kecuali kerugian.” [Al-Isra’: 82].
Wallahu 'alam.
status: sedang berperang dengan demam sambil Jiwa terganggu oleh figura 'seseorang'... Semoga Allah akan sentiasa menjaga hati, jiwa & dirinya di kejauhan.
Labels:
catatan hati
Sunday, July 18, 2010
9 Panduan Hindari Zina.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda;Desakan jiwa yang meronta lantaran suasana sekeliling, hambatan hati yang mendengus lantaran keadaan persekitaran yang terbuka, semangat ingin mencuba lantaran ajakan atau perlian kawan yang mendesak, keghairahan nafsu serta bisikan syaitan yang berterusan, semuanya itu merupakan faktor atau punca beraninya manusia melakukan larangan serta tegahan Allah, termasuk melakukan dosa besar; zina.
"Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian zina pada keturunan Adam (manusia), ketentuan ini tidak dapat ditolak. Zina kedua mata adalah pandangan, zina lisan adalah perkataan, sementara nafsu yang berangan-angan dan menginginkan, lalu kemaluan yang membenarkan dan mendustakannya." [Riwayat Muslim]
Untuk mengelakkan berlakunya zina, panduan berikut perlu diusahakan.;
Panduan 1:
Menuntut Ilmu.
Tuntutlah ilmu supaya datangnya kesedaran tentang haramnya zina serta bencananya. Mengetahui hukum adalah langkah yang paling asas untuk mengukuhkan iman. Hadirilah majlis ilmu kerana belajar dengan berguru akan menjadikan kita terpimpin.
Panduan 2:
Amalkan Ilmu.
Ilmu agama semata-mata tidak memadai untuk menguatkan iman dan mendatangkan kekuatan bagi menjauhi zina, andainya ilmu itu tidak diamalkan sungguh-sungguh. Selain Ilmu syariat, seseorang itu perlu mendalami ilmu tauhid dan akhlak, agar rasa sentiasa diawasi oleh Allah, bukan setakat mengetahui Allah itu Maha Melihat.
Mudah-mudahan dengan rasa sentiasa diawasi, seseorang itu akan malu untuk menghampiri zina, apatah lagi untuk berzina. Jika dilihat orang pun dia akan malu, apatah lagi jika Allah SWT yang melihat. Rasa malu kepada Allah ini adalah akhlak hamba kepada Tuhannya. Ia merupakan benteng daripada terjebak kepada kemaksiatan.
Panduan 3:
Dekati Orang Berilmu.
Selain menghadiri majlis ilmu secara rasmi, seseorang itu perlu mendekati orang berilmu dalam suasana tidak rasmi bagi mendapatkan pandangan, nasihat dan teguran.
Panduan 4:
Berusaha Menjauhi Dosa.
Hindari dosa2 kecil yang membawa kepada terbiasanya melakukan dosa-dosa besar. Tinggalkan perkara yang makruh yang Allah tidak suka, serta jauhi sama sekali perkara haram yang Allah murkai.
Panduan 5:
Menolak Segala Jalan Yang Membawa kepada Menghampiri Zina.
Dengan kata lain, menutup semua 'pintu' yang boleh mengarah kepada zina. Dalam istilah fikah, ia disebut sadduz zara'ik. Antaranya;
* Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, terutama mengelakkan dari berdua-duaan.
* Mengelakkan dari mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat serta tidak sempurna menutup aurat.
* Mengawal mata dari melihat perkara-perkara yang tidak halal yang boleh menaikkan nafsu seperti menonton pornografi atau melihat gambar lucah.
Rasulullah SAW menegaskan;
"Pandangan itu merupakan seutas panah beracun daripada panahan iblis. Barangsiapa yang menjaga atau mengawalnya, nescaya Allah akan mengurniakan jiwanya dalam kemanisan ibadat yang akan dirasainya sehingga hari kiamat." [HR: Imam Ahmad dan At-Tabrani]
Kata Pujangga Islam;*Hindari tempat-tempat yang menimbulkan fitnah seperti tempat yang menggalakkan pergaulan bebas dan aktiviti maksiat.
"Sesiapa yang menjaga pandangannya nescaya Allah akan menjaga jiwanya."
Panduan 6:
Mengamalkan Zikir.
Zikir yang diamalkan secara berterusan dan tersusun mampu mensucikan hati. Hati yang bersih akan kuat menolak ransangan nafsu untuk berbuat dosa.
Panduan 7:
Bergaul Dengan Orang Yang Baik-Baik.
Pergaulan dengan orang yang baik akhlaknya, baik amalnya dan baik ilmunya dapat membantu seseorang untuk menghindarkan maksiat, kerana yang baik akan memimpin dan mengajak kita ke arah kebaikan. Mestilah kuatkan azam untuk mencari sahabat-sahibah yang dapat membantu memberi petunjuk ke jalan kebenaran dan berusahalah mewujudkan suasana pergaulan yang baik.
Panduan 8:
Sibukkan Diri Dengan Ibadah Dan Kerja Kebaikan.
Jika selama ini seseorang itu ketagih melihat filem porno di internet, dia mestilah melawan ketagihan itu dengan penuh keazaman dengan banyak mengisi masa beribadah dan melakukan kerja-kerja kebaikan yang lain.
Panduan 9:
Amalkan Sunnah Nabi SAW.
Adab-adab seharian bermula daripada bangun tidur hingga kita tidur kembali yang menjadi amalan Rasulullah SAW; marilah bersama kita sekeluarga amalkan. Yakinlah apabila kita bersungguh-sungguh 'ketagih' mengamalkannya dan menjadi amalan seharian, insyaAllah Allah akan memberi kekuatan untuk kita mampu mengawal diri daripada perlakuan yang tidak baik.
Sesungguhnya setiap amalan Rasulullah SAW bersulamkan doa-doa yang merupakan menjadi pelindung diri daripada pelbagai musibah.
Wallahu 'alam.
*sumber rujukan: ANIS; Dr. Hj. Nik Yusri Musa.
Labels:
dosa besar,
hikmah,
malu,
muhasabah diri,
tazkirah,
tips
Subscribe to:
Posts (Atom)