Salam warahmatullah..
Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmatNya kita semua, insyaAllah.
Terasa lama tak menulis untuk entri baru. Aku tak mahu menjadikan sibuk sebagai alasan. Kedengaran klise, pemalas dan beralasan.Aku masih ingat naqibah usrahku pernah menasihatiku; tak kira sesibuk mana kita dgn jadual kuliah, jangan jadikan alasan kesibukan itu untuk tidak mengikuti usrah mingguan. Sesusah mana pun, jika hati kita ikhlas dan berazam utk melakukan, nescaya Allah juga tunjukkan jalan. Inilah keberkatan masa namanya.
Ada saja pelajar yang tak keluar-keluar bilik kerana menelaah pelajaran. Dia enggan mengikuti program2 di universiti sbb tak nak ganggu masa belajar. Berbeza dgn ada pelajar yang asyik keluar mengikuti program2 ilmiah hingga mengorbankan masa mengulangkajinya. Apa yang menghairankan, keputusan exam pelajar B lebih baik dari pelajar A walau pelajar B dikatakan byk 'membuang masa' dgn program2 universiti.
Nasihatku, rebutlah peluang untuk mengikuti program2 ilmiah dan berbentuk kerohanian kerana manfaatnya banyak. Malaikat2 Allah menyertai majlis ilmu dan mendoakan kesejahteraan peserta2 majlis2 ilmu. Jangan takut ganggu masa belajar, sebaliknya bermohonlah pada Allah untuk selalu memberkati masa yang kita ada.
Panjang mukadimah entri kali ni. (^^)y. Alhamdulillah, hatiku rasa sungguh gembira dan kupanjatkan syukur pada Allah. Entahlah nak mulakan dari mana, tetapi semalam aku menyertai bengkel 'smart solat' anjuran PMIUSM (Persatuan Mahasiswa Islam USM).
Alhamdulillah, program yg bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang itu memberikan banyak manfaat kepadaku. Program tersebut diisi dgn 4 slot ceramah. Jujur, semua penceramah sangat bagus dan begitu mengagumkan. Berkali-kali mata aku bergenang kerana tersentuh dgn butir bicara yang diutarakan. Di sini, ingin aku kongsikan isi2 yang sempat disalin ketika program tersebut berlangsung.
Buat masa ini, aku mencatatkan isi2 slot pertama dahulu. InsyaAllah, akan bersambung lagi. Harap kalian mendapat manfaatnya. InsyaAllah.
Slot 1: MUHASABAH-LANGKAH PERTAMA LANGKAH PERTAMA DALAM MENTAZKIYAH DIRI- Tuan Hj Rosdi Baharum (pegawai HEPP KTD)
Pernah tengok, sepasang pasangan belum berkahwin, naik motor bersama2, tetapi berhenti singgah untuk bersolat dan kemudian kembali merempit bersama? Mengapa solat 5 waktu tidak boleh membenteng diri dari maksiat? Walhal, sebaik2 pendinding diri dari maksiat adalah solat?
Tazkiyah membawa maksud kesufian. tetapi antara terma lain yang boleh digunakan untuk menerangkan perkataan ini ialah 'purify and develop'. Meneliti, membersih jiwa dan memperbaiki dan membina kekuatan diri.
Terdapat begitu banyak peringatan dari Allah di dalam Quran Nur Qarim, yang mana bisa menggetarkan tubuh badan, menyebabkan wajah pucat lesi dan berpeluh-peluh serta jantung berdebar ketakutan. Antaranya,
Dari surah Al-Hasyr, ayat 18 yang membawa maksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."
Firman Allah SWT;
"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya." (Surah Al-Anbiya':1)
Subhanallah! Allah telah memberikan peringatan demi peringatanNya kepada kita. Hari pembalasan telah dikhabarkan, mengapa kita masih bersenang2 melakukan kemungkaran seolah2 kematian itu tidak akan berlaku?
Sesungguhnya, antara semua perkara yang menakutkan, yang paling mengerikan adalah hari di mana kita akan dikembalikan kepada Allah SWT. Hanya 2 tempat yang menjadi pengakhiran kita; syurga atau neraka.
Dan sesungguhnya manusia2 yang lalai dan leka! Antara orang yang paling celaka adalah orang yang keras hisabnya; Allah memeriksa setiap amalnya dengan begitu teliti sekali.
Terdapat 3 sebab utama yang akan mencampakkan kita ke dalam neraka;
1) syirik.
2) wahan (cinta akan dunia)
3) dosa2 maksiat.
Untuk membenteng diri dari melakukan perkara2 di atas, maka kita harus mentazkiyah diri.
Apakah proses2 untuk mentazkiyah diri?
1) Kesedaran
2) Berfikir dan merenung
3) Berazam
4) Muhasabah
5) Taubat
Tahukah kalian? Kita harus fokus dan tetapkan dalam hati kita, kita harus berazam untuk masuk ke syurga Allah. Ya, mulai sekarang! Mulai dari sekarang, kita harus fokus pada matlamat untuk ke syurga Allah dan kita perlu buat apa yang perlu dibuat untuk melicinkan usaha kita tersebut.
Kata Ibnu Jarir;
Bila Allah tetapkan sesuatu sasaran, Allah juga menyediakan jalan untuk kita menyempurnakan sasaran tersebut. Allah sediakan syurga, maka, Dia juga menyediakan jalan untuk kita menjadi penghuni syurgaNya.
Dan dalam suatu Hadis Khudsi;
Nisbah orang yang masuk syurga dan masuk ke neraka adalah 1:1000 atau lebih dari itu. Perumpamaan orang masuk syurga dan penghuni neraka ialah seperti mencari sehelai bulu putih pada badan kambing berbulu hitam.
MasyaAllah, begitu sukar sekali untuk masuk ke dalam syurga Allah.
Begitu pun, Allah masih mengasihi kita biarpun kita banyak melakukan kemungkaran dan meninggalkan perintahNya. Dia masih beri kita makanan untuk dimakan meskipun mulut kita berat untuk melafazkan syukur padaNya. Dia masih beri kita rezeki biarpun tangan kita begitu sukar untuk melaksanakan suruhanNya. Dia masih memberi kita pelbagai nikmat sedangkan kita masih ingkar kepadaNya.
Bayangkan jika Allah sangat bertegas, katakan jika kita melihat benda yang tidak sepatutnya dilihat, mata kita akan buta. Jika kita mencuri, Allah hilangkan tangan kita. Jika kaki selalu melangkah ke tempat 'clubbing' kaki akan kudung serta merta?
Subhanallah, Allah itu tidak zalim terhadap hambaNya. Bahkan kitalah yang menzalimi diri sendiri. Cuba bayangkan? Bayangkan betapa banyak nikmat dan peluang Allah telah beri pada kita? Betapa Allah mempunyai banyak hak terhadap diri kita.
Oleh itu, haruslah bagi kita untuk bermuhasabah. Muhasabah adalah jalan untuk bertaubat. Muhasabahlah untuk mendinding diri dari masuk ke dalam neraka. Dindingkan diri dari melakukan perbuatan keji yang boleh mencampakkan diri ke dalam neraka. Serta dindinglah hati dari perkara yang melalaikan.
Ada satu riwayat menceritakan di mana ada suatu ketika Annas bin Malik r.a membaca surah At-Tahrim, lalu beliau jatuh pengsan serta merta kerana begitu takut dengan azab seksa Allah.
Bagaimana pula dengan kita? Biasa saja.. tak rasa apa2 pun.. (dalam hati jawab ini.) Ataupun, Puas memaksa diri untuk berasa takut. Padahal hati langsung tidak berasa kecut.
Bahaya, bahaya! Besar masalah yang sedang kita hadapi ini. Masalah HATI!
Untuk bermuhasabah, kita perlu bandingkan apa yang datang dari Allah dan apa yang datang dari kita sendiri. Kita harus sedar, semuanya datang dari Allah. Kita harus sedar, nikmat, rahmat, pengampunan dan kehancuran semuanya datang dari Allah. Maka, haruslah kita bersyukur kerana Allah sangat baik dengan kita.
Carilah cinta Allah, cinta Rasul, cinta ibubapa. Jauhilah cinta luar nikah. Tahukah anda, terjadinya cinta di luar nikah (yang berakhir dengan anak luar nikah) ini berpunca dari kegagalan mahabatullah (cinta Allah). Hati kosong dari merasakan cinta Allah. Mata hati buta, dan nafsu datang bagaikan ombak ganas yang menghempas pantai hati.
Dan ingatlah, untuk melawan dan membenteng diri dari nafsu, hanya pertolongan Allah satu2nya penyelesaian. Nafsu tidak boleh ditolak dengan akal. Nafsu tak boleh diberi muka, kerana ia akan mengheret kita mengikut satu demi satu anak tangga menuju kehancuran yang di akhirnya membinasakan diri kita sendiri.
Tn Hj Rosdi sempat berkongsi cerita. Beliau menceritakan bahawa beliau mendapat gambar bukti salah seorang pelajarnya ber'couple' dan ber'dating'. Lalu, pelajar tersebut dipanggil ke biliknya.
Tn Hj Rosdi: Betulkah gambar ini gambar kamu?
Pelajar: (Melihat ke arah skrin komputer riba Tn Hj Rosdi buat seketika sebelum tersenyum kemudiannya.) Laa... gambar yang ini ke..? (Masih lagi tersengih mcm tak ada apa2 yang serius.)
Tn Hj Rosdi: Kamu boleh gelak lagi? Kamu tahu salah ni kan?
Pelajar: Berhenti senyum. Terdiam.
Tn Hj Rosdi: Kalau dekat dunia, Allah boleh nampakkan dosa kamu macam ni. Kamu tak fikir macam mana dekat akhirat kelak, macam mana Allah boleh tunjukkan semua dosa2 kamu? Lebih banyak, semuanya! Kamu tak takut? Jangan disebabkan gambar nilah nanti Allah campakkan kamu dalam neraka!
Pelajar: Diam. Dan tertunduk malu.
(KTD-Kolej Teknologi Darul Naim Kelantan adalah sebuah kolej agama swasta.- melalui ketegasan Tn Hj Rosdi, aku dapat mengagak, pelajar2 KTD pastinya sangat hebat2 orangnya. Mungkin sangat jauh lebih hebat dari pelajar2 IPTA).
Dari Surah An-Nazi'at ayat 40-41;
Firman Allah maksudnya;
"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya."
Kata Saidina Umar Al-Khattab;
Selepas bersolat Taubat, hendaklah disusuli dengan 1 infak (kebaikan).
Selain itu, kita juga perlu memupuk sifat su'uzhan (berprasangka buruk pada diri sendiri). Sifat ini amat penting untuk mengelakkan diri dari merasakan sudah cukup baik. Apabila diri merasa cukup baik, maka akan menimbulkan sifat riak, ujub dan pelbagai lagi sifat buruk selepas itu.
Untuk mendapatkan solat yang syumul, hati yang syumul, tazkiyah yang syumul kita perlu mempunyai ilmu. Ilmu untuk membezakan;
1) Antara haq dan batil.
2) Petunjuk dan kesesatan.
3) Bahaya dan yang menyelamatkan.
4) Mana yang baik dan mana yang buruk.
Ada orang kata;
"Aku tak solat pun Allah bagi pointer 4.00. Aku tak solat pun dapat dean's list. Kau solat tapi result hampeh!"
Ingatlah! Fitnah itu sangat berbeza dgn nikmat. Istidraj atau fitnah ini adalah ujian untuk Allah bagi orang yang tidak mendapat kasih sayangNya. Allah boleh saja bagi semua yang kau nak. Result exam bagus, kerja bagus, isteri cantik, rumah besar, harta banyak. Allah buat kau lupa diri dan lupakan Allah. Saat-saat kau semakin mencintai dunia ini, Allah akan rentap nyawa kau dan kau mati dalam kekufuran!
Oleh itu, berhati2lah.. ada masanya Allah memberimu nikmat dalam bentuk fitnah, dan ada masanya memberi fitnah dalam bentuk yang kau anggap nikmat. Allah sekadar ingin menguji keimananmu sebenarnya.
Kata Saidina Ali r.a;
Perjalanan ini perjalanan yang jauh detinasinya. Untuk cepat sampai hendaklan dia berjalan malam. Hidup ini jauh destinasinya. Hendaklah kita bersolat malam. Dan kembalilah dengan hati yang sejahtera kepadaNya.
Manakah letaknya kita di sisi Allah? jawapannya, di mana kamu meletakkan Allah dalam hati kamu?
...insyaAllah, slot 2, 3 dan 4 akan disambung kemudian.. Maaf kalau ayat serabut..
Wallahu 'alam..
p/s: Baru habis membaca buku 'UNTUKMU WANITA-Zaharuddin Abd Rahman'. Sangat bagus! Sekarang mahu sambung membaca buku; '501 Persoalan Fikah Wanita-Zawiyah Hassan & Rohayati Bakri'.
Sangat terkilan rasa hati apabila tak dapat beli buku Saidina Uthman bin Affan. Kebetulan hanya bawa not 50. Sampai sekarang masih rasa terkilan walau hati sudah redha. (T T)
Saidina Uthman adalah antara sahabat Rasulullah SAW kegemaranku.. huhu. Sifatnya lemah lembut, sopan dan sangat pemalu... *melting2* (^^)y
Saidina Uthman adalah antara sahabat Rasulullah SAW kegemaranku.. huhu. Sifatnya lemah lembut, sopan dan sangat pemalu... *melting2* (^^)y
rasa macam cemburu....dengki...iri hati....safi diselimuti biah solehah dan tarbiyah.oleh rakan-rakan,oleh ustaz-ustaz,oleh naqibah,oleh usrati..
ReplyDeletesedang umi..*menangis*
terpaksa mentarbiyah diri sendiri.terpaksa berhempas pulas menwujudkan biah solehah sendiri.mengingatkan ini, umi akn nangis sepanjang hari.penat dah nak berduka bersedih.
maha beruntungnya safi..teruskan sayang.umi kagum pada safi.alhamdulillah semakin mahir bermain ayat2 'al quran' hadis dan sebagainya.umi tak mampu selembut saidina abu bakar sayang..umi sudah terdidik bengis seperti saidina umar al khatab.tabiat2 lama umi masih ada yg kekal..*nangis*
emonya.sori.nanti umi 'bayar' hutang puisi harituh yaa sayang.maaf sebab lambat tunaikan.umi masih berusaha mencari gambar yg safi nak.jaga dirimu selalu..Allah semakin mencintaimu dan aku sudah cemburu melulu-lulu.
silap baca.
ReplyDeletesaidina uthman. T___T
lemah lembut,sopan dan pemalu.-umi sangat kurang yang ini.ajarlah umi wahai wanita kesayangan Allah.*menangis teresak2*
salam syg kak syauqah...
ReplyDeletejazakallah..entrinya...
subhanallah kak...sgt b'syukur dpt baca entri nie ketika hati dilanda kerinduan padaNya..
baru semalam dgr ceramah ttg istidraj nie..nikmat yg Allah beri pada org yg lupa padaNya agar dia semakin lupa pada Allah swt..nauzubillah...
xsbr tggu slot seterusnya..
nak jga beli buku yg kak ada..xp skg nie xda peluang lagi pi kedai buku..
InsyaAllah..mudah2an Allah swt permudahkan..
ayat nie sungguh menyayat hati.."Manakah letaknya kita di sisi Allah? jawapannya, di mana kamu meletakkan Allah dalam hati kamu?"
Response to > Ummi Adibah.
ReplyDeleteUmmi,
Alhamdulillah, sangat bersyukur rasa hati ini apabila Allah kurniakan nikmat tarbiyah yang bertalu2.. namun, berat tanggungjawabnya umi. Apabila kita sudah didedahkan ilmu, kita perlu mengamalkannya. Itu petandanya safi harus melipatgandakan amalan safi.
Ummi, jangan sedih..
jangan rasa cemburu, iri hati atau dengki dgn org lain hingga trlupa utk mensyukuri jalan yg serba indah yg telah Allah kurniakan pd kita. Ummi jg punya jln tarbiyah yg sungguh indah yg diberi oleh Allah..
Jalan yang kita lalui mgkin ada bezanya, tetapi umi, sasaran penghujung kita adalah ttp sama, kan? Keredhaan Allah dan Rasul menjadi dambaan setiap mukmin.
mari umi.. mari sama2 terus melangkah mencari keredhaan Allah.
Ummi, baik saidina Abu Bakar, saidina Umar, saidina Uthman atau saidina Ali, semuanya adalah insan kecintaan Allah dan Rasulullah SAW. ambillah iktibar, dan jatuhlah cinta dgn agama mereka.
Umi, adik safi pun jatuh cinta dgn Saidina Umar. Tak semestinya garang Umar tiada lembutnya. Dalam bengis Umar, Umar juga punya lembutnya.
Umi, percayalah, dlm bengis Umarmu, kau juga punya lembutnya hati Umar..
Dan aku menyayangimu kerana keberanianmu..
Dan aku menerima ketegasanmu,
Dan aku menyanjungi kelembutanmu..
Ummi, bagaimanapun dirimu, aku akan terus menyayangimu kerana Allah.
Dan Allah juga pasti menyayangimu apa adanya.. InsyaAllah. :)
Bukan hanya tegasmu, beranimu, mahupun lembutmu yang Allah pandang.. Tetapi Allah mencintai takwamu..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteResponse to >Nisa
ReplyDeleteSalam sayang Nisa..
Sama seperti Nisa, akk juga gerun apabila dikhabarkan ttg beza istidraj dan nikmat. Rasa sgt takut jika tersalah tfsir istidraj yg Allah beri selama ini sbgai nikmat.
Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua, amin2, insyaAllah.
Akk juga doakan Allah permudahkan jalan Nisa. Belilah buku2 trsebut. Mudah2an mendapat manfaat yg sgt banyak, insyaAllah.
may God bless you, sis.
salam uktie,
ReplyDeleteSUbhanallah sharing yang sangat best.Jazakillah.Study Usm yer? dah tahun berapa?kalau masih ada setahun dua lagi InsyaAllah boleh bertemu...
Wasalam ukhti mimiamilia.. :)
ReplyDeletesyukran jazilan ya ukhti..
yup, study usm.
InsyaAllah boleh bertemu jika Allah berkehendak..
salam ukhuwahfillah.. :)