Tuesday, March 2, 2010

Mencari Kebahagiaan Abadi



Bismillahirrahmanirrahim.

Mencari Kebahagiaan Abadi..



Dimana?

Di sisi Tuhan...
Firman Allah, maksudnya:
"Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Maha Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya." (Surah Al-Qamar: 55)

Bagaimana?
1) Dengan zuhud.
Firman Allah, maksudnya:
"Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." (Surah Al-Baqarah: 86)

2) Dengan sabar dan taqwa.
Firman Allah, maksudnya;
"Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Hud: 49)


Untuk siapa?
1) Bagi yang beriman dan beramal soleh..
Firman Allah, maksudnya:
"Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Surah Al-Ra'd: 29)
Bold
2) Bagi yang beroleh hidayah..
Firman Allah, maksudnya:
"Dan sesiapa yang diberi hidayah serta petunjuk oleh Allah, dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan." (Surah Al-Isra': 97)


Subhanallah.. Allah memberikan jawapan bagi semua persoalan..

Dari Surah Al-Fajr, ayat 27 hingga 30 yang menyampaikan firman Allah yang membawa maksud;
‘Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya. Maka, masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu...’

Wallahu 'alam..

Sesungguhnya hanya Allah Yang Mengetahui segala-galanya..





5 comments:

  1. salam singgah ukhty...

    na'am...Allah itu Maha Mengetahui.. kebahagiaan abadi hanya disisi_NYA..

    Jom terus mencari cinta ilahi...(",)

    moga redha Allah s.w.t. dan cinta_NYA mengirangi tiap langkah kita dalam menuju_NYA..

    wassalam..

    ReplyDelete
  2. wasalam ya ukhti..
    syukran sudi singgah..
    memang ukhti selalu jadi pemberi komen pertama entri ana.. syukran sgt2.. :)

    insyaAllah ukhti. biarpun bukan senang, tetapi tidak mustahil..

    yup. semoga Allah memberi cinta dan redha, mengiringi kehidupan kita. insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  3. dan umi akan selalu berada ditangga kedua atau terakhir T______________T sedih.hehe


    ‘Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya. Maka, masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu...’

    paling suka ini.
    :) wah alhamdulillah safi tengah hafaz tafsir quran ke?hihi subahannallah.umi perasan sejak kebelakangan neh safi banyak sekali melontarkan ayat2 Allah.kagum tau.T_T

    semoga engkau dicintai Allah,sahabatku.

    :)

    ReplyDelete
  4. salam umi.. :)

    insyaAllah, mmg berhajat utk tadabbur (mengkaji) isi Al-Quran. Di dlmnya ada semua jawapan bagi setiap persoalan..

    Alhamdulillah, semoga Allah pandang usaha safi ni. safi nak cuba sikit2, umi..

    suka ayat ni.
    "semoga engkau dicintai Allah, sahabatku."

    :)

    semoga engkau juga dicintai Allah, umi..
    sayang umi kerana Allah.. hrp berkesempatan bersua wajah.. :)

    ReplyDelete
  5. salam ziarah kak..

    lama xjenguk blog kak..
    mmm..cbuk sgt akhr2 nie..blog pun baru update..

    moga kak sihat2 saja...

    syukran entrinya..

    sememangnya segala persoalan kita ..jawapannya semua ada dalam mukjizat Allah yakni Al quran..hatta benda sekecil zarah sekalipun..

    hanya terpulang pada kita untuk mencarinya dan menhayatinya..

    wallahu'alam..

    ReplyDelete

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."