Bismillahirrohmanirrohiim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Selawat serta salam buat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam..
****
Seorang lelaki datang kepada 'Ubadah Ibn as-Samit & berkata...
"Jawab soalan aku ini, apakah pendapat kamu mengenai lelaki yang bersolat dengan tujuan semata-mata kerana Allah, tetapi dia suka dipuji. Dia bersedekahsemata-mata kerana Allah, tetapi dia suka dipuji & dia mengerjakan haji semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji?"
Jawab 'Ubadah;
"Dia tidak mendapat apa-apa..."
Allah berfirman dalam hadis Qudsi;
"Aku adalah sebaik-baik rakan kongsi. Sesiapa yang mempunyai ahli kongsi bersama-sama Aku, maka semuanya itu adalah untuknya & Aku tidak berhajat padanya apa-apa pun."
****
Firman Allah;
"Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa. Barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh & janganlah dia mempersekutukanNya dengan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya." [al-Kahfi (18):110]
****
Simptom pertama futur di jalan dakwah:
Kepentingan diri mengatasi kepentingan Ilahi....
[Rujukan : Golongan Yang Tercicir Disepanjang Jalan Dakwah, Fathy Yakan]
****
Dari Tsauban dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bersabda;
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan."
Kata Tsauban kepada Nabi;
"Wahai Rasulullah, ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahuinya."
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memberitahu;
"Mereka merupakan saudara-saudaramu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian, mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)"
****
:'(
Muhasabah, koreksi diri.
Perhalusi matlamat, perbetuli niat.
Ya Allah... aku perlukan iman...
No comments:
Post a Comment
"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."