Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang..


Firman Allah SWT;
"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani." [Al-Baqarah: 163]
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” [Surah al-An’aam: 32]
"... Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)." [Ali-Imran: 13]
"Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini mencintai orang yang beriman & jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.." [Riwayat Muslim]
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." [Ali-Imran: 8]
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran." [Al-Baqarah: 164]
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Ar-rahman: 28]
"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." (An-nur; 24:43)
"... dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." [Al-Hadid: 20]
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya. Maka, masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu..." [Al-Fajr: 27-30]
Wallahu 'alam.
"..Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).." [Luqman: 14]
* Rehlah bersama ibu, ayah, Liyana & Ayu.
* 17/6/2010 (Khamis)
* Persisiran Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati & melimpahkan kebahagiaan kepada kamu semua, wahai manusia-manusia yang menjadi kecintaan & kerinduanku. Moga cinta & rindu Allah juga mekar buatmu. Amin ya robbal 'alamin..
* 17/6/2010 (Khamis)
* Persisiran Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati & melimpahkan kebahagiaan kepada kamu semua, wahai manusia-manusia yang menjadi kecintaan & kerinduanku. Moga cinta & rindu Allah juga mekar buatmu. Amin ya robbal 'alamin..
salam kak..
ReplyDeletecantiknya view pantai nie..teringin sangat nak pi pantai..
nak tenangkn diri sambil melihat keindahan ciptaan Allah swt yang Maha sempurna..
syukran kak..^_^
wasalam nisa.. :)
ReplyDeletesubhanallah.. mmg cantik..
gunakan mata utk melihat, gunakan akal utk mentafsir, gunakan hati untuk bersyukur, gunakan bibir utk berzikir..
subhanallah, betapa besarnya kekuasaan Allah.. :)
p/s: sdg kumpul duit utk beli kamera, nak tgkap lbih byk gambar yg membuktikan kekuasaan Allah, insyaAllah. :)
suka yang ini "Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini mencintai orang yang beriman, dan jadikanlah orang beriman mencintaiku". Amen.
ReplyDeletedah lama x jenguk pd, walaupun dekat ngn umah
rindu bangat sama sekolahku sdasa ;)
hani;
ReplyDeleteamin ya robbal 'alamin.. :) suka jgk yg itu..
yup, sdasa menyimpan byk kenangan.. ;D dulu pnh skali p, sdasa dah byk berubah.. skg mgkin makin byk perubahan..
huhhuuu..
ReplyDeletewaiting for Missing You part 2 ;)
huhu..
ReplyDeleteinsyaAllah akan menyusul.. :)
p/s: sebulan lgi nak final xm.. ngee~~~
tulaaaa..pjm celik je.dah nak final......
ReplyDeletex bersedia u tggalkan kampus life.wuwuuuu
Salam Safi..
ReplyDeleteMasya-Allah..nice view and nice pic.
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Ar-rahman: 28]
Nanti dah beli kamera boleh berkongsi lebih banyak pic ^_^.
salam rindu..