"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya..."
[Surah Al-Mu'minun: 115-116]
Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya..."
[Surah Al-Mu'minun: 115-116]
Salam warahmatullah..
Sedang enak disajikan dengan balada salawat-Raihan. Fikiran terasa tenang biarpun kesihatanku kurang baik sebenarnya. Waktu-waktu begini paling mujarab untuk merenungi khilaf diri. Dan di sini, izinkan aku mencoretkan catatan hatiku.
Demi Allah,
Aku bukan manusia kalis dosa.
Ada masanya, aku juga melihat drama korea, jepun.
Ada masanya, aku juga mendengar lagu-lagu soul, rnb, country.
Ada masanya, aku juga banyak membuang masa. Melakukan hal-hal lagha.
Ada masanya, aku juga memakai tudung biasa.
Ada masanya, aku juga terlewat menunaikan solat fardhu.
Ada masanya, aku juga tertinggal bacaan al-matsurat.
Ada masanya, aku juga merugikan masa luangku.
Ada masanya, aku juga merugikan masa sihatku.
Ada masanya, aku juga mensia-siakan saat berhartaku.
Ya Allah.. khilafnya aku..
Aku melihat, senyummu sangat manis tika aku dalam labuh tudungku. Dan tiba suatu masa, aku melihat jeling matamu dalam tudung biasaku.
Tindakanmu buat aku terfikir, benarkah labuh tudungku adalah harga bagi senyummu?
Dan kerana dunia ini banyak bahagiannya. Dan manusia-manusia juga ragamnya berbeza-beza.
Aku sedar.. belum pun genap setahun penghijrahanku.
Aku pernah diperli oleh sahabat yang ku kagumi;
"Muslimah yang baru berhijrah. Maksud *** (namanya dirahsiakan), muslimah yang baru berjinak2 nak pakai tudung labuh, dia sendiri pun bukannya faham sangat agama."
-------------
Serius. Aku rasa terluka mendengar bicaranya. Tak kusangka, dalam waro' perwatakannya, dia rupanya memandang rendah padaku selama ini.
Dan kata-katanya itu buat aku termenung panjang. Membisu seharian. Inilah sebabnya mengapa aku lebih suka menulis berbanding berbicara. Jika menulis/menaip. Ayat yang salah boleh aku padam.
Tetapi jika tersalah bicara, terguris rasa hati seseorang? Mana mungkin dapatku hilangkan parut lukanya. Ucapan maaf tak mungkin cukup. Ya, memang tak cukup.
Tetapi jika tersalah bicara, terguris rasa hati seseorang? Mana mungkin dapatku hilangkan parut lukanya. Ucapan maaf tak mungkin cukup. Ya, memang tak cukup.
Disebabkan sikapku yang kadangkala suka berdiam diri, berseorangan, kadangkala menyebabkan salah faham dalam kalangan sahabat2 rapat. Mereka ingat aku marah, merajuk dan sebagainya. Walhal, sebenarnya aku sedang bermuhasabah diri.
Lazimnya, bila seseorang itu keseorangan, dia akan lebih mengingati Allah. Dia dapat mengawal nafsunya dari berkata-kata yang sia-sia dan berbuat yang sia-sia.
Tetapi, aku tak nafikan, kawan itu penting. Saat dengan teman-teman manis. Namun, saat bersendiri juga indah. Aku menghargai masaku dengan teman-teman.
Namun, adakalanya, aku memilih untuk bersendiri bila menyedari aku cenderung untuk menyakiti orang-orang sekelilingku dengan kata-kataku, perbuatanku, dan tindakanku.

Aku sedih apabila orang meyakitiku.
Aku sedih apabila orang berkata kasar dan meninggikan suara padaku. Aku sedih apabila orang menyakitiku dengan tindakan kasarnya.
Oleh itu, aku tidak mahu menjadi orang2 yang seperti itu. Lebih baik aku diam. Diam dan menyendiri. Tak menyakiti sesiapa, dan tak menyusahkan sesiapa.

Diam lebih baik dari berkata tetapi menyakiti orang lain. Diam lebih baik dari berkata tetapi tidak memberi faedah. Diam itu lebih baik dari kata-kata fitnah. Diam itu lebih baik jika berkata tetapi tidak ikhlas.
Bagiku, tidak payah berbuat apa-apa pun jika tidak ikhlas. Ia hanya merugikan diri sendiri. Sia-sia.
Oleh kerana aku mempunyai 'alam' yang berbeza2, maka sikapku juga haruslah fleksibel; supaya tidak mengenepikan dan diketepikan sewenang-wenangnya. Islam itu mengajar kita untuk harus bermasyarakat.
Jadi, ada masanya aku dengan sahabiah tudung labuhku.
Ada masanya aku dengan sahabiah sahabat mayaku.
Ada masanya aku dengan keluargaku.
Ada masanya aku dengan teman2 rapatku yang 'huru-hara' :).
Sikap mereka dan suasana yang berbeza memaksa aku untuk mengadaptasikan diri dengan sewajarnya.

Jujur, ada masanya aku juga menonton crows zero, merantau warriors dengan abang-abangku yang berjiwa fighters itu. Juga banyak lagi filem-filem aksi & martial arts yang kadangkalanya cukup ganas untuk dilihat oleh mata seorang gadis seperti aku. Tetapi aku layankan saja kerana itu sahaja caranya aku merapatkan diri dengan mereka, selagi tidak melanggar syara', maka, aku tidak nampak mana salahnya tindakanku.
Aku meyakinkan diriku;
Jika aku menghormati mereka, Mereka akan menghormatiku semula.
Jika aku memuliakan mereka, mereka akan memuliakanku semula.
Jika aku menerima mereka seadanya, maka mereka akan menerimaku seadanya pula..
Sikap give and take. Itu sangat perlu.
Toleransi itu sangat penting bagiku. Aku dan adik-adik pernah diketawakan sewaktu kami pergi ke suatu majlis kenduri perkahwinan. Mereka menggelarkan kami ustazah sambil ketawa sinis. Aku rela terima semuanya. Tetapi aku pasti sedih jika benar, aku memalukan kedua orang tuaku. dengan hijrahku. Yang mana hijrahku juga membuka jalan penghijrahan adik-adik perempuanku.

Kami berpegang sabda Rasulullah SAW; jika seorang ibu mempunyai 3 orang anak perempuan dan ketiga-tiganya solehah, maka syurga bagi ibu tersebut.
Syukur Ya Allah. Ibu, ayah.. dan semua sudi menerima kami seadanya. Syurgalah balasan bagi ibu dan ayahku. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami semua sehingga akhirnya.
Bagi aku,
Lain.. lain suasananya jika ada di universiti dan pergi ke majlis ilmu. Dan lain pula jika bercampur gaul dengan masyarakat yang tidak mengikut acuan al-Quran & sunnah. Tetapi aku sedar. Mana mungkin dapat ku cari masyarakat yang sebenar-benar Islam seperti zaman Rasulullah SAW dalam dunia akhir zaman ini. Oleh itu aku menerima seadanya semua ini tanpa merungut. Sudah tertulis, memang inilah sifat-sifatnya manusia akhir zaman.
Maka doa & harapanku padaNya, jangan pula aku & keluargaku termasuk dalam golongan yang sama. Nauzubillah.

Dan Rasulullah SAW juga ada berkata;
"Umatku akan berpecah belah kepada 7 golongan. Dan hanya 1 golongan sahaja yang akan terselamat."
"Umatku akan berpecah belah kepada 7 golongan. Dan hanya 1 golongan sahaja yang akan terselamat."
Sematkanlah peringatan Rasulullah SAW ini dalam fikiran. Semoga kita termasuk dalam golongan yang terselamat itu.
Bolehkah kita mengukur seseorang dari segi pakaiannya?
Manusia, bukan tarafmu untuk menghakimi dan mengadili.
Aku hamba, kau juga hamba, dia juga hamba. Kelebihanmu pemberian Allah. Kekurangannya juga adalah pemberian Allah.
Hiduplah di dunia Allah ini dengan serendah-rendah hati. Kedudukan kita di akhirnya belum pasti mana campaknya.
Kau belum tentu masuk syurga. Aku juga belum tentu masuk neraka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kau belum tentu masuk syurga. Aku juga belum tentu masuk neraka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kau mungkin hanya nampak dosanya. Tetapi Tuhan nampak semua pahalanya.
Janganlah merasakan dirimu cukup tinggi, janganlah merasakan dirimu cukup bijak, janganlah merasakan dirimu cukup kuat. Ingatlah, tinggi itu, bijak itu dan kuat itu semuanya datang daripada Allah SWT.
Ingatlah wahai manusia. Buatlah apa yang kamu suka di atas dunia ini. Tetapi ingat, kelak, semua tindakanmu akan dipersoalkan Allah. Setinggi mana tempat kau berada hari ini, akankah sama tingginya dengan darjatmu di sisi Allah?
Berfikir sebelum melakukan sesuatu. Dan lakukan ikhlas kerana Allah. Jangan berputus asa dalam mencari cinta Allah. Berjuanglah dengan caramu sendiri. Dan haruslah terus bersabar dengan ujian yang menguji.
Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara.. Dan kepada Allah jualah tempat kita semua kembali...
Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara.. Dan kepada Allah jualah tempat kita semua kembali...
Firman Allah:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?" (Al-Baqarah:214)
Maaf, entri kali ni tak lebih dari sekadar sebuah curahan hati yang bercampur baur.
Wallu 'alam.
Maaf, entri kali ni tak lebih dari sekadar sebuah curahan hati yang bercampur baur.
Wallu 'alam.
-------------------
Sedikit tambahan; hasil edit semula-27/2/10
-Pertamanya, syukran kepada sahabat-sahabiah yang sudi memberi sokongan kepadaku. Allah sahajalah yang membalas dgn sebaik-baik balasan pada kalian.
-Keduanya, kisah ini kukongsikan agar menjadi peringatan kepada kita semua bahawa kita takkan pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan bersabarlah dengan ujian dari Allah. Allah takkan membebani hambaNya dgn ujian yang berat, melampaui kemampuan hamba tersebut.
-Ketiganya, haruslah kita menyedari bahawa jalan untuk mencari keredhaan serta cinta Allah itu amat sukar kerana penghujungnya adalah manis.
Firman Allah:
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah Al-Insyirah: 5-6)
-Tetapkan hati, kuatkan semangat dan teruskan bersabar. Jangan sesekali berburuk sangka kepada Allah. Percayalah kepada Allah kerana Allah itu adalah sebaik2 sandaran..