What's wrong with falling down?
Because as long as we can stand up again, it will be just fine.. :)
(Aya-chan-1 litre of tears)
Salam warahmatullah..
Sabar sahabat2 semua.. InsyaAllah, selepas kesulitan pasti ada kemudahan.. itu janji Allah dalam Al-Insyirah..
Dalam post kali ini.. mungkin juga post terakhir memandangkan aku akan menghadapi peperiksaan akhir bermula 2/11/09 hinggalah 18/11/09. Tolong doakan semua urusanku dipermudahkanNya.. insyaAllah..
Banyak hal yg berlaku dalam minggu ini.. Antaranya;
Kenangan MyUsrah terakhir. Tasik Harapan USM, 24/10/2009
MyUsrah terakhirku.. :(
Janji Allah; setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..
Adat dunia.. tak mengapalah, Tuhan mengetahui apa yg terbaik bagi setiap hamba2Nya..
Janji Allah; setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..
Adat dunia.. tak mengapalah, Tuhan mengetahui apa yg terbaik bagi setiap hamba2Nya..
Syukran kak farah-naqibah usrah kesayanganku dan adik2 usrah yg lain.. Kak Farah baik budi pekerti, solehah, lemah lembut dan berilmu.. Doaku, semoga Allah sentiasa merahmatimu.. Begitu juga dengan adik2 usrah yg lain; Asma', Alia, Tie, Mira, Isz, Han dan Ina..
Semoga Allah merahmati kalian semua.. Sayang kak farah dan adik2 usrah semua... :)
Harapanku, semoga ukhuwah fillah kami semua tidakkan terputus walaupun MyUsrah dgn Kak farah telah berakhir. Semoga perjuangan kami semua akan semakin rancak utk terus mengejar cintaNya.. InsyaAllah.. :)

Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua sahabat2 yg akan menempuh sesi peperiksaan akhir semester ini; baik di USM ataupun di IPT lain. Diharapkan Allah mempermudahkan apa jua kesukaran bagi kita semua. InsyaAllah.. :)
Selamat mengulangkaji dan menuju kejayaan kepada semua sahabat2 tersayang.. Ganbatte kudasai! -sila berusaha!
Sebelum mengakhiri entry ini, aku ingin berkongsi sesuatu yg aku kira cukup menyentuh hatiku. Semoga memberi manfaat kepada kalian semua juga. InsyaAllah..
Kata ibu sebentar tadi;
"Usaha sehabis baik, disamping berdoa padaNya;
agar dipermudahkan semua urusan.
Selepas usaha barulah bertawakal..
Niatkan mencari ilmu kerana Allah,
bukan kerana ibu, bukan kerana ayah..
Kalau niat kerana ibu, kerana mahu balas jasa ibu dan ayah,
semangat itu akan hilang jika ibu dan ayah mati.
Tetapi, kalau niat kerana Allah..
InsyaAllah, usaha itu akan berterusan..
sebab Allah tak akan mati.."

Hm.. sedang dilanda homesick yg kronik.. :((
I'm off, then..
p/s:
"Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"