Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Wednesday, July 27, 2011

Berdebar Menanti Waktu.



"Barangsiapa yang bergembira datangnya bulan Ramadhan, diharamkan Allah jasadnya menyentuh api neraka." [HR Al-Nasa’i]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. waktu entri ini ditaip, hujan sedang turut dengan sangat lebatnya di luar rumah.. Suasana juga sangat mendung & gelap bagaikan sudah menjengah  malam.

InsyaAllah, ada mungkinnya minggu hadapan Ramadhan yang mulia akan datang meminang kita dengan dulang hantaran yang mewah, mahal & indah gubahannya. Membawa hantaran keampunan Allah yang berganda, terbukanya pintu syurga seluasnya, tertutup pintu neraka serapatnya, iblis & sekutunya dibelenggu, & malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu lailatulqadar.

Datangnya ramadhan bermakna, diwajibkan kita umat Islam untuk melaksanakan rukun yang tersenarai di dalam rukun Islam iaitu; melakukan ibadah berpuasa & di dalam bulan yang mulia ini jugalah-Quran telah diturunkan sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam al-Quran. Mari rujuk tafsir masing-masing, buka surah ke-2, surah al-Baqarah ayat 183-185 & marilah kita beriman dengan suruhan & perintah Allah itu.

Alhamdulillah, ditakdirkan Allah, insyaAllah ramadhan tahun ini akan ku sambut di rumah dengan ibu & ayah. Ramadhan sebelum ini aku berada di kampus Penang. Aku teruja menantikan Ramadhan kali ini untuk merasai lagi kemanisan melakukan ibadah seperti hamba-hambaNya yang lain.

Mungkin ramadhan kali ini akan berbeza pula suasana & caranya berbanding dengan kehidupan sewaktu di Penang. Mengenangkan hal itu buat aku menjadi rindu dengan suasana indah yang itu. Berusrah bersama ahli-ahli usrah di anjung masjid, berbuka puasa dengan ringkasnya di masjid USM sebelum menunaikan solat berjemaah di masjid & berpeluang menyertai tadarus al-Quran bersama sahabat-sahabat yang lain. Subhanallah. Alhamdulillah. Bestnya waktu itu.. :')

Aku sangat bersyukur ke hadrat Allah kerana memberiku peluang untuk merasai keindahan ramadhanNya yang mulia itu.. Mudah2an Allah memanjangkan lagi umurku untuk bertemu lagi dengan ramadhanNya tahun ini..

Dulu, waktu kecil-kecil.. hari rayalah yang paling ku nanti-nantikan.. maklumlah, dapat pakai baju baru, kasut baru, dapat mengumpul duit raya, makan sedap-sedap dan sebagainya. Kemudian, apabila besar sedikit, aku meraikan ramadhan dengan keterujaan & berlebihan-lebihan sewaktu berbuka pula.. haha. Sudahnya sakit perut apabila nak ikut ayah ke masjid untuk bertarawih.. ;p

Kini sudah 'besar', umur pun sudah menganjak tua, tatkala hati pun sudah dibukakan oleh Allah, apabila ku amati firman Allah menceritakan tentang keistimewaan RamadhanNya, ku hadam bait-bait kata para muallim & muallimah yang mencoretkan keindahan bulan Ramadhan, buat aku tersedar, ramadhan itu bukan hanya setakat bulan menahan lapar & dahaga di siang hari, tetapi ia adalah lebih daripada itu.

Jika kita menyedari betapa bertuahnya kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan, & betapa ruginya kita kerana mempersiakan peluang & ruang yang Allah sediakan itu selama ini. Jika kita sedari betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan buat hambaNya yang merebut-rebut untuk meraih keredhaan & ampunanNya, nescaya akan terduduk kita, terbeliak mata tak percaya

Rugilah bagi sesiapa yang memasuki ramadhan & keluar daripadanya tanpa mendapat apa-apa.. 

Raihlah & jalanilah Ramadhan kali ini dengan sebenar iman & kecintaan kepada Allah & rasulNya serta dengan azam mahu memperhebatkan ibadah kita. Pergunakanlah peluang keemasan yang Allah beri untuk mengisi ramadhan kali ini dengan kehebatan amalan lillahi taala. insyaAllah, kemanisan iman & beribadah itu akan kita rasai. Tak mengapa dengan ramadhan yang telah lepas, yang telah kita persiakan. Tebus kembali rasa sesalan itu pada ramadhan kali ini.. insyaAllah.

Hayati mengapa Allah memerintahkan kita untuk berpuasa? Jangan kita berpuasa sebab ayah suruh, ibu suruh ataupun sebab dah memang puasa dari kecil apabila tibanya ramadhan. Sedangkan, kita tidak tahu apakah sebenarnya yang Allah sirat & suratkan melalui suruhanNya itu.

Mudah-mudahan, ramadhan kali ini akan menjadi universiti terbaik yang menyediakan pelan pendidikan & tenaga pengajar yang terbaik untuk mendidik iman kita, mengawal nafsu kita, memperelokkan akhlak kita serta menambahkan amal ibadah kita, insyaAllah.

Akhirul kalam,

Rasulullah saw bersabda; mafhumnya; "Kalaulah seandainya umatku tahu keutamaan bulan puasa, tentu mrk akan meminta supaya bulan yg ada dijadikan puasa selamanya." [HR Ibn Majah]

Selamat bersabar dalam debar menanti kedatangan rombongan 'kekasih' yang bakal meminang.. ;)

Allahumma balighna fi ramadhanul qareem.. 
ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan ramadhanMu yang mulia itu..

Allahu'alam..

Thursday, July 14, 2011

Seandainya Kekasih Bersama Kita...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Bagaimanakah agaknya.. kalau kekasih yang dicintai dan dirindui tanpa memandang wajahnya selama ini tiba-tiba muncul di hadapan mata kita?

Sempena sya'ban yang bakal berakhir dan ramadhan yang bakal menjelma, marilah bersama-sama kita membenih dan menuai cinta dan rindu buat kekasih Allah, kekasih yang amat kita rindui, Rasulullah s.a.w.

Perbanyakkanlah selawat ke atas baginda. Mudah-mudahan dapatlah bertemu kita dengan baginda & dikurniakan syafaat kelak di akhirat, insyaAllah..






Lau Kana Bainanal Habib
[Seandainya kekasih bersama kita]

If the beloved were among us
Those from far & near will come to him
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him

In His company the soul feels great

On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha will not cease to exist

Oh You who answers prayer please fulfill our hope to meet him

I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved
Muhammad honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)



Mudah-mudahan, kerinduan ini bukanlah sekadar bermusim, bahkan semakin menggebu-gebu menanti waktu untuk bertemu.. Sesungguhnya, siapa lagi insan yang layak untuk dikasihi & dicintai selain Allah melainkan rasulullah s.a.w?

Buktikanlah wahai sahabat-sahabat, cinta ini bukanlah palsu, bukanlah sekadar meniti di bibir tanpa redla bahkan lahir dari hati yang sebenar ikhlas. Buktikan, kita ini ummah yang boleh dibanggakan oleh baginda. insyaAllah.

*Bolehlah men-download mp3 Lau Kana Bainana Habib [di sini]

"Ya Allah, kurniakan aku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu,serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.Ya Allah,sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu di dalam diriku. Jangan jadikan cintaku pada yang selain dariMu, mengatasi cintaku padaMu."
(Do'a Nabi Daud yang diamalkan oleh Rasulullah saw)


Allahu 'alam.

Tuesday, July 5, 2011

Bicara Hati.

 

InsyaAllah, 

kumulakan coretan ini dengan kalam agung, Bismillahirrohmanirrohim..

Sebagai manusia, aku percaya, perihal cinta takkan pernah dapat dipisahkan daripada kehidupan kita. Bahkan, adanya kita di dunia ini juga atas cinta, belas & kasih sayang daripadaNya juga. Kalau dahulu, soal tersebut agak popular dibicarakan dalam kalangan ahli keluarga; yang pernah ku coretkan [di sini]. 

Kini, sejak akhir-akhir ini, topik ini semakin popular pula dibual bicarakan dalam kalangan teman-teman. Mungkin juga kerana faktor umur yang semakin meningkat atau juga kerana ramai teman-temanan yang sudah mendahului dalam mendirikan masjid masing-masing, lantas membuatkan tekanan buat insan solo seperti aku ini bertambah.  mungkin? ;p

p/s: Buat rakan-rakan yang telah mendahului, Alhamdulillah, kebaikan & kebahagiaan yang melimpah didoakan buat sekalian mereka.

Aku rasa terharu apabila teman-teman yang terdekat menunjukkan rasa ambil berat terhadapku yang masih solo-molo ini. Ada yang mahu merekomenkan calon, ada yang memberikan tips-tips mencari calon pemilik cinta, tidak kurang juga ada yang membekalkanku dengan nasihat agar mengkhitbah sahaja calon yang kurasakan cukup soleh untuk menjadi pembimbing diri. :)

Terima kasih buat kalian, jujur, aku sungguh terharu.

Adapun perihal cinta adalah satu perkara yang memang takkan pernah dapat dielakkan daripada dibincang serta dibualkan. Bagaimana inginku lari sekalipun pasti akan tercalit jua secarik dua.

Aku bukanlah suci benar hatinya. Bahkan pernah juga ku tersentuh oleh cinta duniawi sebelum Allah membukakan hijabku untuk menyedari cinta yang sebenar hakiki itu adalah terbentang di hadapan mata.

Tidaklah aku ini hebat dalam melakarkan kisah cinta Romeo Juliet seperti kamu yang banyak kali bercinta & punya puluhan kekasih, bahkan masih belum layak jua untuk mencoretkan keindahan & kesempurnaan cinta Ilahi seperti kamu yang zuhud dan telah pun larut dalam cintaNya.

Namun, terdetik di hatiku untuk menitipkan entri di sini sementelah ku berasa risau melihat teman-temanan yang ada di sekelilingku terlalu asyik & mudah benar tertipu dengan tipuan dunia yang satu itu iaitu; bercinta & berpasangan sebelum nikah.

Coretan ini juga untuk memperingatkan diri ini yang selalu kerapuhan jua, insyaAllah.

Dia memang kacak, pandai pula mengambil hati, sangat romantis dan penyayang.. Namun, benarkah dia tertulis menjadi kekasihmu yang halal kelak?
Kalau kamu juga tidak tahu & tidak pasti, mengapa mudah benar kamu menyerahkan dirimu untuk disentuh oleh dirinya yang belum halal bagimu?

Aku bukan cemburu denganmu. Ya, kamu memang cantik, tubuhmu yang langsing dan wajahmu yang menawan itu selalu saja mencairkan hati nurani sang lelaki. Namun, apalah maknanya hantaran yang berpuluh ribu itu, jika semua keindahanmu telah pun menjadi tontonan mata lelaki durjana saban waktu?


Wahai sahabatku, wahai para wanita yang dikasihi Allah,
Tidakkah kamu ingat peringatan Rasulullah saw; bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah daripada kaum kita? Tidakkah kamu ingat lagi, Rasulullah saw juga pernah mengingatkan bahawa kita adalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki setelah pemergian baginda?

Aku tahu, kamu cinta dia. Aku tahu, dia baik. Aku tahu, kamu tak mahu kehilangannya.

Aku tahu, kamu fikir bila kamu melepaskannya, ada kemungkinan kamu tak mungkin mendapat ganti yang lebih baik...

Namun, tahukah kamu, semua itu adalah tipu daya syaitan untuk kita sentiasa mengikut telunjuknya & memasuki jalan yang buruk?

Jalan yang hina yang membawa kita terus masuk ke lembah kehinaan. Iaitu jalan yang menghampiri penzinaan? zina hati, zina tangan, zina pancaindera dan sebagainya.

Kita selalu tertanya-tanya. Tidak adakah lagi lelaki yang baik dan soleh di dalam dunia ini? Mengapa yang ditemui semuanya lelaki haprak dan tidak berguna?

Tanyalah pada diri kita sendiri, layakkah kita mendapat pasangan yang soleh agaknya? layakkah kita mendapat seorang ustaz atau imam muda kiranya solat kita juga tidak sempurna? Subuh juga tertinggal, aurat juga terdedah sana sini. menuntut ilmu pun malas & iman juga masih rapuh?

Tahukah kita, mukmin yang soleh itu mendoakan jodohnya adalah calon yang terdiri daripada mukminah yang solehah jua?  Bahkan mereka sungguh sabar menjaga hati & perasaan lantas menyerahkan cinta itu kepada pemilik segala cinta iaitu Allah?

Ku beri satu analogi mudah di sini; Sama juga kisahnya dengan calon Matrikulasi ataupun STPM yang memohon menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda. Adakah pointer 2.2 sudah cukup untuk melayakkan kita mendapat tawaran jurusan perubatan?

Tidak.
Tentu tidak layak...

Teman rapat saya sewaktu sekolah yang mendapat pointer hampir 4.0 juga terpaksa melupakan hasratnya untuk menjadi pelajar perubatan kerana persaingan yang terlalu sengit.

Ya. Persaingan.

Ingat...
Bukan kita sahaja yang baik.
Ramai lagi orang yang sangat, sangat, sangat baik.

Semua orang mahukan yang terbaik sahaja di dalam hidup mereka. Namun, layakkah kita mendapat yang terbaik itu? 

Soalkanlah soalan itu pada diri kita sendiri. Malulah sedikit kepada Allah.. Malulah kepada Allah, kita tidak layak pun untuk meminta lebih daripadaNya. Sungguh Allah jua menganugerahkan rezeki & ujian yang berpadanan dengan kita.


Kita juga selalu mengharapkan kebahagiaan daripada kisah cinta kita dan si dia. Namun, ingatlah, kebahagiaan itu datangnya daripada Allah. Logikkah kita meminta & mengharapkan kebahagiaan daripada sesuatu yang memurkakan Allah yakni dengan berbuat kemaksiatan?

Jangan mudah benar menyerahkan hati & perasaan. Apatah lagi sekadar buat lelaki yang tidak berkualiti seperti dia. Kalau baru pertama kali bertemu sudah berani menyentuh tangan kita, itu sudah cukup untuk membuktikan dia bukan lelaki beriman. Kalau baru 2-3 kali ber-SMS sudah memanggil kita dengan panggilan 'sayang', itu juga membuktikan betapa murahnya kasih & sayang si dia.

Ingatlah teman-temanku,
Bukan begitu caranya Saidina Ali mencintai Fatimah Az-Zahra.  Bahkan jauh benar bezanya dengan cara Rasulullah saw mencintai Siti Khadijah.

Cinta mereka dihubungkan oleh cinta Allah sebagai perantaranya. Cinta suci yang membawa bahagia hingga ke syurga..

Benda yang sangat murah & mudah diperolehi, mudah jugalah untuk dibuang. Begitu jugalah dengan cinta & hati kita. Jangan mudah sangat jatuh cinta dengan orang tidak berhak atas kita. Itu sudah membuktikan betapa murahnya harga sekeping hati & harga diri.

Jagalah hati, jagalah iman, jagalah peribadi, jangan sesekali khianati amanah diri, agar mahal hargamu, mahal daripada dunia & segala isinya, insyaAllah. Teruskan berdoa & bersabar. Mudah-mudahan Allah akan menganjarkan balasan yang setimpal, insyaAllah.

Tidak salah jatuh cinta. Namun, perlulah disalurkan melalui saluran yang betul. Apalah salahnya menjadi rahsia kita & Allah sahaja? Jika berjodoh, insyaAllah Allah akan menyatukan jua cinta itu. Boleh jadi, jatuh cinta itu juga merupakan ujian buat kita.


Akhirul kalam, renungilah kata-kata ini teman..

Sesungguhnya, tidak kiralah sekuat mana cinta dan kasih kita pada seseorang, yang menyatukan cinta itu adalah Allah. Tetap takkan bersatu hati dan cinta itu tanpa perkenan daripada Allah.

Namun, jika Allah meredhakan dan mengizinkan, tidak kiralah sejauh mana terpisah, selama mana menyepi dan terputus khabar, atau sedalam mana reluk kita berlari, kekuasaan dan keesaan Allah tetap akan menyampaikan perasaan yang kita rahsiakan itu.
 
Oleh itu, adalah teramat perlu untuk kita mencari dan mencintai ‘Yang Menjadikan Sesuatu’ itu dan Dia yang menyatukan cinta itu, iaitu… Allah swt.

Adapun Allah melengahkan kedatangan jodoh & pertemuan buat kita kerana mahu kita meraih cintaNya dan rasulullah saw, menuai cinta dengan ibu bapa, membenih kasih dengan amal kebaikan serta mahu menyedarkan kita bahawa satu-satunya cinta yang paling kita perlukan ialah cintaNya semata-mata.

Kalaulah kita mengetahui, sungguh keindahan cintaNya itu sudah memadai untuk menyempurnakan kehidupan kita sebagai seorang hamba. Bahkan, kerana kesempurnaan cintaNya itulah sudah cukup untuk membawa Rabiatul Adawiyah menghuni & menghirup harumnya raudhah firdausiNya itu..

Allahu 'alam..


------------------------

Notakaki:
# Waktu kita bercinta; selalu tanya diri, beginikah caranya Rasulullah saw & isterinya bercinta?
# Waktu kita terniat hati untuk mula melakukan steps ke arah 'couple' sebelum nikah; contohnya berSMS, chatting, inbox FB, tanya diri; "Apakah yang aku lakukan ini bakal mendekatkan aku kepada Allah?"
# Ingatlah saudara/saudariku; Allah tidak menciptakan manusia semata-mata untuk mencari jodoh, bercinta & berkahwin. Ia hanyalah salah satu cara untuk mencapai mardhotillah. 



p/s: musim menanam anggur & menternak lemak di rumah. :D



Friday, July 1, 2011

Lembaran Hidup Wanita Solehah.




Mampukah aku ya Allah...

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah,
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Harta diperjuangkan ke jalan Allah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana,
Pendorong tatkala kesusahan & penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan,
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang..

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang,
Tiada sebarang harta dunia,
Layaklah dia penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah,
Ingin kuintip serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah,
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagaikan wanginya pusara Masyitah. 

Mampukah aku ya Allah..
Untuk menyusuri jalan para pencintaMu ini..?

ya Allah..
Izinkanlah aku bertemu & berkumpul dengan mereka dalam jannahMu..