Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :)

TINTA PENULIS.

Dengan Nama Allah,

Aku hanyalah insan hina berlumur dosa yang seringkali tergelincir dari landasan iman. Aku perlukan teguran, nasihat & doa yang berpanjangan dari kalian.

Sesungguhnya aku menulis disini tujuan utamanya adalah untuk memperingatkan & menasihatkan diriku sendiri. Kala aku menulis, mungkin Allah tika itu meningkatkan keimananku. Maka, bila aku rasa lemah, aku akan kembali semula ke sini & membaca kembali catatan-catatanku; untuk aku baca, hadam & menghayati semula nasihat yang pernah aku tulis suatu masanya.

Ambillah mana yang baik & tinggalkanlah yang tidak bermanfaat. Semoga Allah Mengampuni semua dosa-dosa kita.. Amiin.

Monday, October 26, 2009

Selamat BERJUANG, sahabat..


What's wrong with falling down?
Because as long as we can stand up again, it will be just fine.. :)

(Aya-chan-1 litre of tears)

Salam warahmatullah..


Alhamdulillah, kesihatan masih boleh dikatakan baik, walau dilanda 'exam fever'. hehe. Rasanya semua student IPT pun tengah stress kan..

Sabar sahabat2 semua.. InsyaAllah, selepas kesulitan pasti ada kemudahan.. itu janji Allah dalam Al-Insyirah..

Dalam post kali ini.. mungkin juga post terakhir memandangkan aku akan menghadapi peperiksaan akhir bermula 2/11/09 hinggalah 18/11/09. Tolong doakan semua urusanku dipermudahkanNya.. insyaAllah..

Banyak hal yg berlaku dalam minggu ini.. Antaranya;


Kenangan MyUsrah terakhir. Tasik Harapan USM, 24/10/2009

MyUsrah terakhirku.. :(

Janji Allah; setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..
Adat dunia.. tak mengapalah, Tuhan mengetahui apa yg terbaik bagi setiap hamba2Nya..

Syukran kak farah-naqibah usrah kesayanganku dan adik2 usrah yg lain.. Kak Farah baik budi pekerti, solehah, lemah lembut dan berilmu.. Doaku, semoga Allah sentiasa merahmatimu.. Begitu juga dengan adik2 usrah yg lain; Asma', Alia, Tie, Mira, Isz, Han dan Ina..

Semoga Allah merahmati kalian semua.. Sayang kak farah dan adik2 usrah semua... :)


Harapanku, semoga ukhuwah fillah kami semua tidakkan terputus walaupun MyUsrah dgn Kak farah telah berakhir. Semoga perjuangan kami semua akan semakin rancak utk terus mengejar cintaNya.. InsyaAllah.. :)



Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua sahabat2 yg akan menempuh sesi peperiksaan akhir semester ini; baik di USM ataupun di IPT lain. Diharapkan Allah mempermudahkan apa jua kesukaran bagi kita semua. InsyaAllah.. :)


Selamat mengulangkaji dan menuju kejayaan kepada semua sahabat2 tersayang.. Ganbatte kudasai! -sila berusaha!


Sebelum mengakhiri entry ini, aku ingin berkongsi sesuatu yg aku kira cukup menyentuh hatiku. Semoga memberi manfaat kepada kalian semua juga. InsyaAllah..

Kata ibu sebentar tadi;

"Usaha sehabis baik, disamping berdoa padaNya;
agar dipermudahkan semua urusan.
Selepas usaha barulah bertawakal..

Niatkan mencari ilmu kerana Allah,
bukan kerana ibu, bukan kerana ayah..

Kalau niat kerana ibu, kerana mahu balas jasa ibu dan ayah,
semangat itu akan hilang jika ibu dan ayah mati.
Tetapi, kalau niat kerana Allah..
InsyaAllah, usaha itu akan berterusan..
sebab Allah tak akan mati.."



Hm.. sedang dilanda homesick yg kronik.. :((

I'm off, then..


p/s:

"Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"

Tuesday, October 20, 2009

MERISIK CALON PEMILIK CINTA

Salam warahmatullah,

Firman Allah swt;
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yg demkian itu benar2 terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berfikir" (Ar-Rum: 21)

Adalah wajar, jika seseorang yang hendak bernikah berharap utk mendapat pasangan yang boleh dicintai dan mampu untuk mencintainya. Wanita tentunya mahu mencari lelaki yg boleh dijadikan pelindung, pembimbing dan seseorang yg boleh dipercayai; boleh mententeramkan jiwa dan memberi ketenangan hati sebagai calon zaujnya. Sementara seorang lelaki pula mencari wanita yg mampu menyejukkan mata dan menenangkan hati sebagai calon isteri pilihan.


Nabi saw telah bersabda;

"Apabila Allah telah menjatuhkan cinta pada hati seseorang di antara kamu semua, maka hendaklah melihat wanita itu. Sebab yg demikian itu lebih nyata dapat menyebabkan timbulnya keharmonian antara kedua suami isteri itu." (Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi dan An-Nasa'ie)


Seharusnya juga tujuan 'melihat' itu adalah untuk menumbuhkan cinta, bukan utk jatuh cinta. Sebenarnya tidak benar adanya cinta pandang pertama. Cinta itu terhasil setelah dipupuk, bukan berlaku secara spontan. Cinta itu adalah buah daripada putik kasih dan sayang yang membara secara bertahap di hati. Justeru, cinta yg sejati perlu melalui beberapa proses yg memakan masa agar terus subur lagi tahan apabila diuji.

Daripada Abu Hurairah r.a;

"Aku sedang melihat Rasulullah saw. Tiba2 datang seorang lelaki memberitahu baginda bhw dia hendak kahwin dgn seorg wanita Ansar. Baginda lalu bertanya, "Sudahkah engkau melihat wanita itu?" lelaki tersebut menjawab; "Tidak." Maka Rasulullah saw bersabda, "Pergi dan lihatlah dia, kerana org2 Ansar boleh dibaca pada matanya." (Riwayat Muslim dan An-Nasa'ie)


Jelas di sini, melihat itu bukannya dari sudut rupa paras dan raut wajah. Tetapi disuruh 'membaca' iaitu melihat lebih jauh daripada apa yg dipandang oleh mata. Hal2 itu adalah pegangan agama, hati budi, perwatakan dan seumpamanya berdasarkan sabda Rasulullah saw;


"Dinikahi wanita itu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah kamu pilih yg kukuh pegangan agamanya, tentu akan menenangkan kedua tanganmu." (Riwayat Bukhari Muslim)


Wanita tidak berkuasa untuk memilih siapa yg akan menjadi ibunya, atau bapanya. Tetapi wanita mukmin boleh memilih lelaki yg bakal menjadi zaujnya. Maka, seharusnya, wanita yg beriman haruslah mengikut saranan Rasulullah saw dlm memilih calon zauj yg terbaik.


Nabi saw bersabda;

"Apabila telah datang meminang lelaki yang kamu (wanita/walinya) percayai akan agamanya dan kejujurannya (amanah); maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yg besar." (Riwayat Tarmizi)

Hal ini demikian kerana, seorang lelaki yg beriman itu lazimnya seorang yg penyayang, bertimbang rasa, penyabar, adil dan bertanggungjawab kerana lelaki yg beriman pasti akan menjaga amanahnya dgn baik sebagaimana dia menjaga hubungannya dengan Allah.

Rasulullah saw telah menyarankan tips terbaik utk memilih pasangan lantaran keutamaan lafaz ijab dan kabul yang mana ia adalah termasuk dlm 3 lafaz yg tidak boleh dibuat gurauan.

Sabda Nabi saw dari Abu Hurairah r.a;

"3 hal yg apabila dilakukan dgn sungguh2 maka bergurau pun dinilai sbg sesuatu yg sungguh2 iaitu; nikah, talak dan rujuk." (Riwayat Abu Daud)


Maka, bersungguh-sungguhlah dalam setiap apa yg dilakukan kerana setiap kebaikan yg dilakukan walau sebesar zarah pasti akan mendapat balasan yg baik pada akhirnya.

Wallahu 'alam..






p/s: rumusan dari bacaan usai Zuhur tadi. Semoga memberi manfaat kepada pembaca walau bagi satu ayat.. :)
-Pasangan di dalam gambar di atas ialah Abdullah Fahmi (Juara Akademi Al-Quran musim 1 dgn isterinya; Nurul. Gambar nikah kegemaran.. :)

Thursday, October 15, 2009

SEINDAH KASIH AISYAH


Ketika Rasulullah saw pergi..

Tengahari itu..
Gugur butiran air mata di wajahmu
Hibanya hati melepaskan Rasul pergi
Bukan tidak redha
Tapi itulah hati seorang isteri
Pasti ada rasa cinta!

Pada akrab
Sekian lama yg terpisah
Bagai isi dan kuku..
Tapi hakikatnya,
Kita semua hamba
Yang terpaksa akur
Dengan takdirNya

Jalan mujahadah
Menggamit kelangsungan budi
Setia seorang isteri
Tanpa teman menabur jasa
Makam itu cuma semadi jasad..
Tapi batinnya terus menyala
Pada sebuah amanat di sisi isterinya

Wahai serikandi Rasul yg masih hiba
Duhai serikandi budi yg masih lara
Sepuhlah air mata di usia muda
Melangkahlah semula dgn kukuh
Kerana jalan ini masih jauh
Yang wafat cuma jasad
Bukan niat dan semangat!

Citra ini mengimbau sejarah 'si merah'
-Umamahatul Mukminin Siti Aisyah
di usia remaja menjadi isteri Rasulullah
Teman Rasul ketika berjuang membela umat
Teman Rasul ketika di amuk sakarat
Di ribaannya baginda wafat
Sepeninggalan Rasul..

Dialah gedung ilmu yg mendidik tanpa jemu
Dialah gunung budi yg berbakti tanpa henti
Dia hanya kehilangan suami
Tetapi bukan kehilangan misi!

Sesekali ketika rawan diusik kenangan..
Berteduh di sejuk wudhu' menawar gundah
Istirahat hati pada suatu hakikat..
Cintaku hanya sedebu cintaNya..
Relakanlah 'dia' pergi..

Menemui cintaNya di daerah tinggi!





p/s: Puisi ini dibaca dalam ANIS keluaran oktober 2009. My favourite magazine.. :)

Saturday, October 3, 2009

Kisah Dua Orang Pejuang BADAR


Alhamdulillah,
Based on the comment that i get from post "JIWA-JIWA BADAR", ada kisah menarik yg ingin aku kongsikan..

Terdapat kisah yang menarik mengenai dua orang pemuda Ansar yang menyertai peperangan Badar. Mereka adalah Muadz bin Amr dan Muawwidz bin Afra'. Peperangan Badar di mulai dengan perlawanan satu lawan satu di antara tentera Islam dan bukan Islam. Apabila Utbah bin Rabi'ah (seorang panglima@pembesar bukan islam) mencabar untuk beradu tenaga, mereka berdua turut keluar bersama Abdullah bin Rawahah.

Ketika di dalam peperangan , Abdul Rahman bin Auf berada bersama dengan kedua pemuda ansar tersebut. Di dalam hatinya (Abdul Rahman), beliau mengharapkan orang yang berada di kiri dan kanan beliau adalah orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman dalam peperangan.

Namun, sesuatu perkara telah berlaku justeru mengubah fikiran beliau. Salah seorang daripada pemuda ansar tersebut datang membisikkan sesuatu kepada Abdul Rahman supaya tidak didengari oleh pemuda yang kedua.

Katanya;
"Wahai Pakcik, adakah Pakcik kenal Abu Jahal? Aku dengar dia adalah orang yang paling banyak menyakiti Muhammad. Tunjukkan dia kepadaku. Aku ingin membunuhnya."

Begitulah kemarahan pemuda tersebut kepada orang yang telah banyak menyakiti Rasulullah yang dikasihinya. Abdul Rahman bin Auf terkejut dengan pertanyaan tersebut dan beliau berjanji untuk menunjukkan Abu Jahal kepadanya. Selepas itu, pemuda kedua juga menanyakan perkara yang sama kepada Abdul Rahman bin Auf. Pada ketika itu, Abdul Rahman bin Auf berasa lebih tenang berada di tengah-tengah pemuda tersebut.

Abu Jahal di kawal ketat oleh orang-orangnya. Abdul Rahman menunaikan janjinya dengan menunjukkan kepada dua remaja tersebut yang mana satu Abu Jahal. Belum sempat Abdul Rahman menghabiskan percakapannya, kedua-duanya sudah melompat menuju ke tempat Abu Jahal. Mereka merempuh barisan tentera bukan Islam sambil menebas kiri dan kanan dengan pedang mereka. Akhirnya, mereka berjaya sampai kepada Abu Jahal dan memukul Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahal jatuh.

Semua orang tidak menyangkakan tindakan kedua pemuda tersebut. Abu Jahal telah cedera parah namun masih lagi bernyawa. Muadz bin Amr, salah seorang pemuda tersebut berada di tengah-tengah tentera kuffar dan telah dibunuh oleh Ikrimah iaitu anak Abu Jahal yang berada berhampiran dengan ayahnya. Manakala, Muawwidz bin Afra' sempat berundur tetapi malangnya, tangan beliau terpotong dan masih tergantung di badan. Beliau membalut tangannya itu dan terus berperang. Namun, tangannya itu menganggu pergerakannya. Lantas, beliau memijak tangannya itu dengan kaki dan memutuskannya agar beliau lebih mudah bergerak. Dia terus berperang dan akhirnya syahid dalam peperangan Badar.

Begitulah hebatnya iman pemuda-pemuda tersebut. Walaupun masih belasan tahun, namun telah memainkan peranan yang begitu penting di dalam peperangan dalam menegakkan Islam.

Semoga akan ada mujahid2 Islam yang berani seperti pejuang2 sejati BADAR ini.. insyaAllah.. sama2 kita berusaha untuk menjaga agama Allah yg mulia ini dan teruskan mengutip dan mengkaji sirah mujahidin Islam utk membakar semangat kita sebagai umat akhir zaman...





p/s: syukran anaklaut atas komen yg begitu berinfomatif. Lantas, kukongsikn dgn visitors yg lain.. semoga terus dirahmati Allah.. :)

Friday, October 2, 2009

Jiwa-Jiwa BADAR


Menjelangnya Peperangan Badar..


Malam itu, tiba-tiba saja..
Rasa mengantuk datang
Menyelimuti semua pasukan perang Badar
Tidak ada yang dapat lepas..
Dari “serangan kantuk”
Yang Maha Hebat itu..

Padahal besok mereka semua akan berperang
Melawan pasukan musyrikin Quraisy.
Wajah-wajah lelah mereka berubah..
Menjadi wajah-wajah syahdu, mereka tenang
Dalam tidurnya.
Mereka sedang menikmati
Nikmat Allah SWT;
'tidur yang nyenyak'

Diam-diam, Rasulullah SAW keluar dari khemahnya
Di tengah keheningan malam yang begitu dingin
Baginda melewati dan menatap satu-persatu sahabatnya yang
Sedang damai dalam tidurnya.
Baginda menatap sayang dan cinta
Para sahabat baginda yang sudah lelah
Berjalan kaki pada bulan Ramadhan
Dimana itu adalah puasa pertama mereka lakukan.

Ayunan langkah kaki baginda
Berakhir di sebuah himpunan pasir yang agak tinggi
Dibawah sebuah pohon yang rendang
Tempat itu menjadi saksi
Sujud-sujud panjang
Dan lantunan doa’
Dari seorang pejuang dan pemimpin mulia,
Rasulullah SAW..

“Ya Allah... aku menagih janji-Mu kepadaku”
“Ya Allah... berikanlah kepada kami kepastian Janji-Mu”
“Esok kami semua akan berperang melawan musuh-musuh-Mu. Jika kami semua mati esok,
maka jangan pernah Engkau berharap diri-Mu akan disembah lagi di atas bumi ini!!”

Dalam tangisan cinta & munajat syahdu
Kali itu tangan baginda menadah dengan
Tinggi… setinggi-tingginya
Sehinggakan, selempang baginda terjatuh ke tanah
Lantas,
Abu bakar ra menghampiri baginda,
Seraya berkata;

“cukup... cukup... cukuplah wahai Rasulullah...
Rabb-Mu pasti mendengarkanmu...”
Sambil beliau menangis juga
Dan mengembalikan
Selendang Rasulullah saw ke bahunya

Wahai…jiwa-jiwa badar
Wahai…jiwa-jiwa pejuang sejati
Wahai…jiwa-jiwa pemburu syurgaNya
Mari kita berkumpul di lapangan jihad ini

Saksikan kami duhai Allah
Tidak ada yang kami cari kecuali Redha-Mu
Kami mahu kemenangan atas perjuangan ini, Ya Allah
Bukan kerana kemenangan itu semata,
Namun kemenangan itu adalah pengakuan-Mu
Atas benarnya iman dan ‘amal kami Ya Allah...

Dan kemenangan itu akhirnya menjadi milik ISLAM...


SELAWAT BADAR

Rahmat dan salam semoga Allah limpahkan, kepada Thaha (Muhammad saw) utusan Allah.
Rahmat dan salam semoga Allah curahkan, kepada Yaasin (Muhammad saw) kekasih Allah.
Kami bertawassul dengan nama Allah, dengan Al Hadi, utusan Allah.
Dan dengan setiap mujahid yang muhklis kerana Allah, serta Ahlu Badr (Yang dijamin Allah masuk ke syurga)

Ya Allah, Tuhanku, selamatkanlah umat dari semua bencana dan siksaan.
Dan hilangkanlah kesedihan dan kesusahan, lantaran tawassul kami dengan Ahlu Badr.
Ya Allah, Tuhanku, selamatkanlah kami, hilangkanlah semua seksaan yang menyakitkan.
Selamatkanlah kami dari tipu daya dan muslihat musuh, dan kasihilah kami, lantaran tawassul kami dengan Ahlu Badr.

Ya Allah, Tuhanku, hapuslah semua duka, hindarkan kami dari kebinasaan yang diakibatkan oleh orang-orang yang derhaka.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari bala dan penyakit menular, lantaran tawassul kami dengan Ahlu Badr.
Banyak sekali rahmat yang Engkau anugerahkan dan banyak sekali kehinaan yang Engkau hilangkan.
Dan banyak sekali nikmat yang Engkau berikan, lantaran tawassul dengan Ahlu Badr.

Ya Allah, telah banyak orang yang Engkau beri kecukupan (kekayaan), dan banyak pula orang yang tidak mampu yang Engkau tolong.
Demikian pula banyak orang yang berbuat dosa yang Engkau ampuni, lantaran tawassul dengan Ahlu Badr.
Sungguh hati (kehidupan) ini terlalu sempit, padahal dunia ini luas sekali.
Maka, selamatkanlah kami dari ujian yang sulit ini, lantaran tawassul dengan Ahlu Badr.

Kami datang kepadaMu dengan memohon belas kasih, kebaikan dan kebahagiaan yang merata.
Maka, limpahkanlah anugerahMu kepada kami, lantaran tawassul dengan Ahlu Badr.
Ya Allah, janganlah Kau tolak kami sehingga kami kecewa akan tetapi, terimalah kami dengan segala kebaikan.
Ya Allah, yang Maha Mulia dan Maha Berwibawa, kami bertawassul dengan Ahlu Badr.

Ya Allah, jika Engkau tolak kami, maka, kepada siapakah kami akan mengadu dan meminta semua keperluan kami?
Ya Allah, yang Maha Menghapus semua bencana dan musibah, lantaran tawassul dengan Ahlu Badr.
Ya Allah, Tuhan kami, Engkau adalah Zat Yang Penuh Lemah Lembut, Zat Yang Penuh Anugerah, dan Zat Yang Penuh Dengan Kasih Sayang.

Ya Allah, banyak sekali kesusahan yang Engkau hilangkan, lantaran tawassul dengan Ahlu Badr.
Ya Allah, limpahkanlah selalu rahmat kepada Nabi yang mulia saw tanpa hitungan ataupun batasan.
Demikian juga kepada keluarga sayyid dan para pemimpin terkemuka, lantaran tawassul dengan Ahlu Badr.



Thursday, October 1, 2009

Syawal Terindah

Salam warahmatullah...

Ya Allah, it's been so long.. i've dropped nothing in this blog. Hanya Allah yg tahu betapa keinginan utk menaip begitu membuak2 dlm diri sy. Tetapi, waktu lapang yg begitu terhad membataskan keinginan trsebut.

It's normal.. since final exam is just around the corner.. waktu2 mcm ni, semua lecturer pun brlumba2 utk mghabiskan silibus serta mghadiahi student dgn test saban minggu.

Alhamdulillah, kesihatan masih baik. Boleh dikatakan agak baik memandangkn hanya 2 kali migrain menyerang minggu ni. (pain killer tinggal kt N9). tunggu ibu post.. hehe. sy pun xtahu knp sjk akhir2 ni sy jadi pelupa benar.. smpaikn duit raya abg n kak ipar kasi pn xtahu letak mana.. (mgkin effects dari ubat yg sy makan kot..)

Actually, i have nothing 2 share here but just wanna drop some words about my "Kenangan Hari Raya 09".

Jujurnya, syawal tahun ini mmg sedikit brbeza. agak jauh brbeza bnding dgn tahun lps. Mklumlah, kali pertama duduk begitu jauh dr famili. Jadi, kelainan trsebut start dari hari sy nk balik ke kmpung itu sndiri.

Sy balik N9, hari jumaat, 18hb sept. Memandangkn sy balik naik kereta dgn izati dan abangnya, jadi, mood itu terasa lain brbanding naik bas. keterujaannya lain mcm.. hehe.
Kesian jugk sy pd En. Muhd Ahyar.. yela, he'd drive all the way from Penang to N9. Sy keluar dr USM pkul 3 ptg, smpai ke Pt Buntar dlm area 6 lbih mcm 2. Asar pun dh lewat benar.. Kami lmbat sbb tunggu bas agak lama di stesen Butterworth. Mmg pnt, tp sy rasa seronok sbb sy jrg naik bas, tmbh2 ke tmpat yg tak tahu lgsung; Pt Buntar 2.
Tp, Zati mmg independent. she planned everything n She really take care of me.. mcm dia pulak akk! :)

Rasanya, tak payahlah cerita lebih lnjut ttg prjalanan kami (saya, zati dan abg zati) spnjng mlm itu. Biar jadi rahsia antara sy dan Allah. Yang pastinya, mmg kenangan itu sgguh brmakna pada sy. Kedua2 insan soleh dan solehah trsebut mmg produk trbaik keluarga Hj Zul. :)
~ menjadi benchmark utk sy memperbaiki kekurangan diri... :)

Saya sampai dgn slmt di hdpn rumah pd hampir pkul 3 pagi disambut oleh ibu. kesian ibu, dia sggup xtdur sbb tunggu sy.. trharu.. Kami berpelukan lama. Rindu bnr sy padanya. Waktu itu, rasa letih + mengantuk terus hilang di samping rsa brsyukur y amat sgt.. sy brbual dgn ibu smpai pkul 4. Mklumlah, lama xbersua.. lepas tu, kami masak sama2 utk brsahur. teruja jgk memasak. Dah lama rasanya x memasak. sdgkn dulu masa menganggur 6 bulan kat rumah, sy jadi tukg msk 'tegar' B.138 tu. hehe..
Bangah sampai esoknya. Balong balik ke rumah mertuanya. Hai.. menantu soleh kan.. tapi smpat juga dia balik jengah kami mlm mantai..

Masih sy teringat, gelak tawa sy dgn kikta (adik sy) swktu perah santan bersama2. asyik trgelak saja. Dia memg suka buat lawak. Tambah pula dgn ibu y tak kurang kelakarnya, hm, riuh sungguh dapur kami masa 2. Paling kelakar masa tengok ayah trsengguk2 semasa memotong daging lembu (utk dibuat rendang). kesian ayah.. dia penat sbb seharian ke rumah saudara kami di Simpang Pertang. Mak dan ayah mertua sepupu sy meninggal dunia.. Senggukkan ayah tak lama.. Dia bangun, terus tidur kat ruang tamu lps 2.. hehe..

Kikta, adik sy, memg anti-dapur. sy mmg nak trgelak bila lihat muka dia.. mcm trpaksa je.. katanya, baik suruh dia brtukang dari suruh dia memasak.. ada ke patut ckp mcm 2..hehe. Sebelum kami balik raya, dia banyak kali call sy, tanya sy balik bila. Dia takut kalau2 dia kena tolong ibu sorg2.. gelak sy dgr rungutan dia..
Walau mcm mana anti-dapur pn dia, dia still lagi mmbantu ibu dan saya di dapur ptg mantai itu..

1 SYAWAL
Kami sekeluarga sampai di kampung lebih kurg pd pkul 12.15 tgh hari. Yang ada kat rumah nenek masa itu hanya nenek, pak long dan isteri, pakcik dan syikin (anaknya) serta busu PD dan anak2nya. Yang lain2.. sy sendiri tak sure kenapa tak sampai lagi..


Sy agak 'teruja' tengok pak long. Maklumlah, dah lama tak jumpa.. (amboi, sinisnya bunyi..). Tapi, saya lagi teruja jumpa dgn busu. Bagi saya, dia mmg seorg mak sedara yang happening dan boleh dibuat tmpat brgantung hrp. Bygknlah, sy boleh gurau2, borak2, peluk2 dgn dia mcm kawan.. she's the best aunty ever!

Hubungan kami adik-beradik dgn anak2nya juga baik. 1 perkara y saya suka ttg busu; dia ttp akan dtg brtandang ke rumah kami (yg dikatakan brd di hujung tanjung), dia sggup dtg dari PD. Respect2.. syg2..
Mlh, paling mengharukan hati, rumah kami adalh destinasi prtama mereka. Suka! :)

Hm.. Tahun ini, ramai saudara2 yg dtg ziarah ke rumah kami. Ada yg saya tak prnah jumpa pn.. Ya Allah, sy nampak, ibu dan ayah lapang hati menerima kunjungan mereka. Bayangkanlah.. ibu asyik memasak utk mereka. Soto la, mee kari la.. mcm2.. Kesian sy tgk ibu. Tapi, ibu mmg org yg memuliakan tetamu. Dia sanggup penat, asalkan tetamu puas.

Katanya, takkanlah tetamu dtg jauh2 semata2 nak makan biskut kering je? sy fikir2, betul juga.. sy belajar sesuatu dari ibu saat itu. Dan, memang habis soto dan mee kari yg ibu buat memandangkan ramai tetamu yg dtg; sampaikan kami pn tak dpt merasa soto ibu 2.. hm, takpe2, niatkan kerana Allah. :)

Jauh di sudut hati, sy rasa gembira apabila tengok ibu dan ayah gembira. Mereka puas apabila saudara yg prnah bersengketa akhirnya dtg menziarahi kami.. Syukur..

Syawal tahun ini, saya pun sibuk ikut famili beraya. Kami start jln raya pada raya ke-4 sbb raya prtama hingga ke-3 tetamu tak putus2 dtg. Memang seronok dikunjungi dan membalas kembali kunjungan mereka..

Seronok tengok ibu, ayah bergurau senda dgn sepupunya. Saya dan kikta juga seronok bergelak tawa dgn sepupu rapat kami; ida. Paling lucu, paling haru, dan ketawa kami meletus waktu Pak Ngah dan Tok Ilan pura2 mahu bertumbuk dan bergaduh. Last2 mereka berpelukan sambil tepuk blkg. Ya Allah, takjub sungguh tengok ukhuwah yg hampir longgar kembali trjalin erat.. Syukur!

Dalam keseronokan itu, ada juga sayunya.. terutama apabila masing2 sudah berkemas2 mahu pulang bekerja dan balik ke uni masing2. Kdg2 cemburu tgk kikta. uni dia dkt. boleh je selalu jenguk ibu, ayah, anje.. tapi, saya tahu, di sebalik jauhnya jarak penang dan N9, ada hikmah yg trsirat..

sayu hati saat bersalaman dgn ayah ibu, kikta, dan anje (adik bongsu sy) sblum sy memboloskan diri dlm kereta Honda En. Ahyar (dia muda lagi.. tp guna "Encik" sbg tanda hormat). 

Syukur, Seronok, gembira, bahagia syawal tahun ini.. di sebalik travelling jauh2.. sy dpt kenangn bersolat di banyak tempat.. takjub dgn kekuasaan Ilahi..

Tuhanku.. izinkan untuk aku memiliki ramadhan dan syawal pada tahun seterusnya.. dgn rasa penuh kesyukuran dan kebahagiaan.. :)

I'm off, then.





p/s: Maaf xdpt sertakan pic raya tahun ni.. seronok sgt sampaikan lupa nak bergambar.. hehe.